Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, July 2, 2009

Kek Lapis Bumi

Salam..
Sebenarnya nak n3 malam td,kesinambungan cerita pasal kek lapis sarawak tu kan..
Tapi line agak mengong so sambung hari ni laa pula yer..

Pada asalnya nak try resepi kek alwani dayangjack ,tapi memandangkan request abanglong nih dah tertunda dah beberapa hari..jadi aku tunaikan dulu permintaan untuk membuat kek lapis kegemarannya ini..siap bawa bekal ke sekolah n jamu kawan2 semalam..hehee

Resepi nih dah share kat Myresipi, Sila klik > Kek Lapis Bumi
Memandangkan mungkin ada yang takut nak cuba 1 adunan,sue sediakan resepi dan cara2 mengukus kek lapis ini untuk separuh adunan.
Hasilnya seperti ini:
Bahan2 (Untuk separuh adunan biasa)
  • 220g Mentega (untuk kek lapis yg sedap,guna golden churn)
  • 90g /1/2 Gelas gula halus-kurangkan kpd 80g jika x suka manis
  • 110g /1 Gelas tepung gandum
  • 5 Biji telur
  • 150g seri kaya
  • 190g/ 1/2 tin kecil susu pekat manis -susu tin rendah boleh rujuk sini
  • 1/3 Cawan serbuk nescafe (campurkan dengan 1 sudu air panas)
  • 1/2 penutup botol esen vanilla
  • Pewarna Hijau dan Kuning secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Loyang digris dengan mentega dan di tabur tepung sekata.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  3. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  4. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  5. Setelah itu,masukkan pula tepung gandum.. tepung gandum boleh diayak terus ke dalam adunan)
  6. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe dan gaul rata
(Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus)
  1. Tuangkan separuh adunan kuning,tutup dengan aluminium foil dan kukus 3-5 minit(bergantung saiz pengukus),jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan adunan dah tak cair semasa hendak memasukkan lapisan ke dua dan seterusnya..-seperti membuat kueh lapis.. :)
  2. Seterusnya masukkan setengah adunan lapisan nescafe
  3. Diikuti separuh adunan lapisan hijau. (Terpulang nak letak kuning atau hijau di permulaan lapisan. Seterusnya ulangi langkah pertama tadi sehingga adunan habis.
Pandangan close-up...
Resepi untuk separuh adunan ini menghasilkan 6 lapisan (Gambar kat atas nih disusun 2..untuk pameran sahaja..hehe)

Tips:
>Semasa membahagi adunan,gunakan senduk dan kira sama rata untuk hasil lapisan yg sama..
-untuk 1 adunan biasanya adunan yg x diwarnakan diketepikan dahulu dan akan ditambah pada adunan yg kurang cukup pembahagiannya.
>Semasa mengukus,setkan masa/minit bagi setiap lapisan supaya tidak teragak2 hendak melapis lapisan seterusnya..misalnya lapisan pertama masak dalam 3 minit,begitu juga lapisan ke 2..perlu diingat semakin lapisan ke atas mungkin masa berkurang sedikit sebab cepat masak.
>Pastikan aluminium foil tidak bocor,untuk selamat..sila gunakan yg baru dan bukan kitar semula. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

::sakura:: said... [Reply to comment]

salam..kak, aluminium foil 2 tutup loyang 2 masa tgh kukus ek? tutup atas je la kan?

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

adui banyaknya step dia sue..poning den...susahlah sue, rumit yer buat dia. Seri kaya tu, kaya yg makan ngan roti tu yer?

nama sy kan hanim boleh muza pun boleh.

Unknown said... [Reply to comment]

salam hasue..akak buat kek lapis alwani..lagi sonang..tak banyak bahan dia..

HaSue said... [Reply to comment]

sakura: betul tu,aluminium tu untuk elak air kukusan menitk dr penutup jer,tak perlu tutup rapat2 pun.. :)

Softtouch [Hanim]:ha'ah,seri kaya tuh ler..tak rumit jika difahami langkahnya betul2..nampak rumit jika sekali imbas jer..hehee.maklum laa,terperinci kan..tuh yg nampak panjang tuu..

kak ina kl: wkumsalam kak..lain kek lain bahannya kan..yg nih perisa berbeza dr kek akak cuba tu dan menggunakan mentega. Juga resepi lama dan agak femes di sarawak.. ada masa nanti akak cubalah yer dan rasai kelainannya :)

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Whoooaaa rajinnye semua buat kek...nampak sedap!! ;)

HaSue said... [Reply to comment]

love2cook:kek nih peberet family kite dr zaman ke zaman..hehee(br 2 zaman pon)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...