Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, July 4, 2009

Kek Lapis Alwani

Salam hujung minggu...
Emmm...nih laa kek yg sempat gak masak sebelum kuar semalam..
Ramai dah cuba resepi asal by dayangjack nih kan..


Mesti ada yg heran nape aku x bahasakan diri panggil 'kakak' kat dier wpun dia senior dr aku...ehehe..
Sebenarnya orang sarawak nih,kalo dah jadik 'geng' ,jarang bahasakan diri panggil 'kakak2' nih..cukup sekadar 'kitak' dan 'kamek' sudah cukup lembut dan menghormati orang yg lebih tua..betul tak kak dayang??
Lagipun dayangjack nih bukan senior sangat ponn..masih muda ayu jelita gituu..
kalau orang yg jauh senior tuh kena panggil kakak jugak..huhuu..

Tapi, yg aku panggil kakak2 tuh bukan bermakna u allz x muda jelita yer..cuma kadang2 kena sesuaikan diri dengan masyarakat. Hormat sangat kat tua muda nih..kalo boleh yg muda dari aku pun nak aku panggil kakak,boleh gitu??eheee

Ok nak sambung citer pasal kek..
Dah menjadi resam membuat kek lapis sarawak kena ikut betul2 bahan2 asal kek tersebut untuk mengekalkan nama asalnya..Kuantiti bahan sahaja yang boleh dikurang atau dtambah..Bahan2 tuh kalau ditukar lain kena tukar nama laa kot..huhu..
Tak berani aku nak tukar bahan2 asal,takut kena buang negeri(pinjam ayat dayang jack jap)hehe..
Aku cuma tambah kandungan horlicks bg setengah cawan..kismis lak potong kecik2.. harap tn empunya resepi x marah..hehee

Kek nih sedap..rasanya sesiapa yang belum cuba tuh cubalah yer...tak rugi apa pun,kos pun tak mahal sangat.
Cuma nak cadangkan pada yang nak guna marjerin untuk buat kek lapis sarawak, lebih disyorkan menggunakan mentega untuk sukatan yg sama..
Kalau guna marjerin rasanya telur harus dikurangkan sebab marjerin sudah agak berminyak..


Thanks to dayangjack.. sudi berkongsi resepi nih..i lebiuuuu..hihii
Kamek mintak izin c n p resepi kitak kat sitok ehh..
Kelak mun rajin,dapat molah gik dah raya..tp mesti pakey mentega..hehe

Untuk resepi asal dayangjack sila klik > Kek Lapis Alwani

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.


*Tapi kat umah aku nih,kek berkismis atau kek buah memang lambat nak abis...huhuuu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 Komen Di Sini:

Ahliahnizam said... [Reply to comment]

Salam ....

Waahh, pandei na kitak molah kek lapis ya ohh. Kamek tok sampei kinek tok pandei makan jak, hekss....

Actually kamek org Malaya, cik abe org Saratok. Kitak asal siney kah ?

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Laa...cantiknye kek tuh! Love lupa nak beli horlick plak...

Kalau takde steamer pot...boleh guna kuali tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...