Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Sosej / Fishball. Show all posts
Showing posts with label Sosej / Fishball. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Roti Sosej Mini

Semalam nengok roti sosej umah kak watie,teringin lak nak meroti ..(eceh,macam pantun 2 kerat lak)hek..
Untuk pengetahuan kak nor JB,hanya guna kudrat tangan montel ini jer kakk..nak nguli roti ni..sue nyer breadmaker(BM) duk kedai lagi,takmo ikut balik..hahah..
Actually x pernah ushar pun lagi BM sebelum nih sebab takde nawaitu nak memilikinya..maklum laa,meroti pun jarang2..heee...
Lagipun takde laa nak patah tgn ni,nguli tepung sebanyak suku kilo jer pun(chet,berlagak!haha)..kalo sampai 3 kilo tadi mau meraung gak laa nak mintak belikan BM kot...ekekee

Oklah,jom kite tengok resepi kak yani dr myR nih..hehe...sue tambahkan bread softener untuk melembutkan doh dan kurangkan sedikit air sebab selalunya resepi yang guna BM ngan uli guna tangan sukatan air tak sama...nih ikut pengalaman yg tak seberapa ni ler..ehe

Bahan-bahan ( 16 biji )

* 140ml air > sue letak dalam 12oml jer
* 20g telur
* 250g tepung roti
* 20g gula
* 4g garam
* 25g mentega
* 3g (1 sudu kecil) dry yeast
* 8g susu tepung
* 8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
* susu segar utk sapu di roti
>sue tmbh sesudu kecil bread softener
>sue letak sedikit keju cheddar parut untuk ditabur atas roti

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
5. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. .

Sebenarnya sosejnya nih bahagi tiga sebab stok x banyak rupanya..(doh dah siap adun baru sibuk kuarkan sosej dr esbok)ngee...tuh yg kontot2 jek roti ni...dah laa ala2 roti obesiti gitu..hukhuk..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 30, 2009

Sosej Fishball Goreng Sos

Nih menu simple dan amat senang dibuat tatkala ketandusan idea nak masak apa..hehe..
Kalau nak tambah bahan2 lain seperti tomato ke, carrot ke..ikut suka jer..
Itulah bestnya masak sendiri nih..ikut suka kita jer letak apa kan..yang makan pun kita2 juge..hehe

Bahan2:
  • Fishball-potong 2 atau belah 4 jgn putus
  • Sosej - potong serong agak nipis
  • Daun bawang- potong 2 inci panjang(nih lupa letak lak..heee)
  • 1 Cili merah-hiris
  • bawang merah-hiris
  • bawang putih-hiris
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 cili merah-hiris memanjang tanpa biji
  • 1 labu bawang besar-potong wedges
  • 1/3 cawan air
  • garam-jika perlu
Cara2:
  1. Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau
  2. Masukkan semua jenis sos dan air. kacau goreng hingga pecah minyak
  3. masukkan sosej dan fishball. kacau goreng lagi sehingga masak
  4. Masukkan bawang besar dan cili.
  5. Kacau sebentar sehingga sebati dan padamkan api
Nih menu sahur banglong...aku bab sahur2 nih takde laa nak cari makanan sangat..
Kalo ada buat pengat tuh..dah cukup sangat..sebab kalo makan nasi nih cam berat jer pagi2 tuh kang..huhu
Kalo boleh,cukup kurma n air suam jer..kadang2 air ais pun hantam gak..haha..
Cuma x baik la amalkan yer...lemah sendi kang.heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...