Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 17, 2009

Sup Tulang

Nih menu hari ni...
Selalunya tumis dulu bahan2 spt bawang n halia..kali nih try cara k nor plak..
alaa...Kak Norrr..sapa tak kenal Kak nor yg femes tuh..heee
Nih kamus dapur nih.kire pakar dapur laa gitu..maklum,dah bertan garam kak nor rasa..dari secubit garam gitu.hihii.ampun k norr..
Tapi sungguh yer,k nor nih memang berpengetahuan luas dalam bidang masakan..
Pun begitu,masih suka mencuba resepi2 baru..best2!

Nih cuba cara rebus terus..maklum,nak kurangkan masakan bertumis katekan..lebih sihat gitu kan..heh heh..(iyolah tu)
Rebus lama nii..kan kalo sup nih makin lama rebus makin sedapp.. tambahan lg,pressure cooker kite duk kat kedai lg kan..sebab tuh kena rebus lama..kehkeh
Lama tak makan sup tulang...Nih separuh jer,sebab x muat dalam mangkuk..beso tulang lembu tuh.fresh gitu..err,maksud aku beberapa bulan lepas..heee..
Dah lama kejang dalam peti es tuh..alaa,kire fresh laa jugak...fresh dr pt sejuk.ngeeee :D

Resepi c np dr myR..thanks to kak nor

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji ubi kentang
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 btg celery jika suka
  • 1 kiub pati ayam
  • air
  • bawang goreng dan daun sup-daun sup kehabisan stok,yg ada daun bwg je.huhu

Cara-cara

  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..
Slurrppp..sedap niii..ada orang suka makan ngan sambal kicap kannnn...heee..sape laa tu gamaknya :P

P/s:Rebus separuh masak malam tadi..so dah sejuk pagi ni..lemak pun timbul dan mengeras ler..jadilah gambar yg menjadi teka teki di bawah tadi..hehehe....
Tahniah untuk kak Tun krn berjaya meneka dengan tepat. :D

Hana@Kak Ina tuh macam biasa laa..kemain jawab banyak..satu pun TAK BETUL!!kehkehkeh :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

K.Nor said... [Reply to comment]

amboi amboi amboiiiiiiii kuatnyer aircond!!! bila masa akak makan bertan garam?? kan secubit garam jer tuh heheheh.. bak sup semangkuk, akak lapar nih.. eeee sedapnyerrrrrr..

HaSue said... [Reply to comment]

k Nor:ahahakk..tuh aircond made in indonesia kak..maunya kuat pasang sket..kalo tak bunyi jer kuat tp x sejuk.hihihiii..
Dah anta semangkuk kat myr tuh..x cukup ke?ekeke..
tq yerr kak.. :D

Anonymous said... [Reply to comment]

Sup tulang memang ler best... makan nasik laju jer kalau ade lauk neh... huhu

HaSue said... [Reply to comment]

blogresipi/ijan:makan nasiknya slow jer...sup yg laju tuh ijan...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...