Meh datang rapat2..nak cerita sikit pasal kek lapis sarawak..hehee..
Saja2 nak tambah pengetahuan kan..
Aku bukan pakar pun,cuma nak berkongsi dengan viewers blog aku yg x seberapa ni jer..
Sudah menjadi kelaziman pembuat2 kek lapis di Sarawak nih,terutama yg buat bisnes kek lapis mula mencuba resepi2 baru sebulan dua sebelum bulan Ramadhan.
Ini kerana sebelum bulan puasa lagi orang ramai dah mula menempah kek lapis kesukaan mereka.
Jadi kalau ada resepi baru ia menjadi sesuatu yg menarik untuk dicuba..
Balik kampung baru2 ni pun seorang kawan yang rajin mencuba resepi baru setiap tahun dah tanya resepi baru..aku kate,sabarrr2..hee
(lain macam jer intro aku nih ekk..cam nak cerita panjang jer.huhu...)
Satu persoalan dan kebiasaan orang tanya..kenapa kek lapis sarawak manis2 belaka?
>sudah menjadi trademark kek lapis sarawak dibuat manis dari kek biasa.. Salah 1 sebabnya kerana kek lapis nih dulu2 cuma dibuat semasa hari raya sahaja.. Sebuah rumah boleh jadi akan menghidangkan beberapa jenis kek lapis dalam satu2 masa dalam pelbagai warna dan perisa. Sebab ia manis,ia cepat muak dimakan dengan banyak..sekadar untuk merasa setiap jenis kek. Bayangkanlah nak pergi beraya dari rumah ke rumah tu..kalo sebuah rumah hidang sampai 4 jenis kek lapis..pergi 10 buah rumah..fhewww..
Bak kata seseorang,"kalau tak manis..bukan kek lapis sarawak lah namanya.."
-cuma sekarang kek lapis sarawak banyak yang sudah diubahsuai dan semakin hilang keasliannya..ye laa,dah ramai pandai buat kan..dah pandai buat dah pandai adjust sendiri ler..ikut selera katakan..hehe
-kek lapis sarawak kini boleh didapati bila2 masa tidak seperti dulu tunggu raya baru dapat merasa..
Kenapa kek lapis sarawak mahal harganya?
>Harga kek lapis sarawak boleh mencecah hampir rm100 bergantung kepada kos bahan2 yang digunakan..Adalah normal jika disebut sebiji kek lapis berharga sekitar rm75
>Bahan2 yang digunakan untuk membuat kek lapis mengunakan harga kos yang tinggi. Bukan itu sahaja,skill nak membuat kek lapis juga diambil kira.. Tak berani komen lebih2,takut silap cakap lak kang..hehee..
>Ada jugak kek lapis sarawak yang dijual murah,cuma bahan2 guna yg minimum sahaja..
Kenapa resepi kek lapis sarawak menggunakan sukatan gelas?susah lahhh..gelas kan ada banyak saiz!
>sebelum nih rahman bestari kat myr ada terangkan mengapa..
Orang dulu2 guna sukatan gelas ni sebab ia mudah didapati di setiap rumah orang sarawak,sebab gelas jenis yg sama boleh dapat percuma untuk setiap pembelian serbuk pencuci di masa tu..
>Tapi sekarang sudah banyak resepi kek lapis yang dipermudahkan dengan sukatan metrik untuk rujukan ramai..
Jenama mentega yang biasa digunakan untuk membuat kek lapis sarawak.. Juga gambar gelas yang biasa digunakan untuk menyukat bahan2..
Kenapa ada resepi kek yang nampak sedap tak dikongsi sesetengah orang sarawak??
>Kalau semua diorang nak kongsi,camne nak bisness..korang nie ponnn..hihiii
>Jangan sangka orang sarawak kedekut ilmu pulak tau..cuma ia menjadi punca pendapatan sesetengah pihak tu..kena hormat diorang juga..hehee
*Kek lapis sarawak ada yang dibakar dan ada juga dikukus.. seperti sedia maklum,kek yang dikukus dan menggunakan mentega lebih sedap dan 'basah' cuma tak dapat bertahan lama berbanding yang dibakar..
Dah,dah...cerita dah habis..Kalo nak ikutkan banyak lagi nak cerita..
len kali kalo rajin aku sambung laa lagi eh..
Kot2 dayangjack atau pembuat2 kek lapis ada nak tambah ke pasnih..hehee
Terima kasih pada yang sudi membaca..
Semoga bertambah pengetahuan anda yng sudi bertandang ke sini.. :)
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
6 Komen Di Sini:
mak saya pon guna butter tu, harganya memang agk mahal kan. tp memang di jamin sedap!!!
haahlah kek lapis sarawak mmg mahal regenye..yelah nak buat dia kan rumit...
siti hidayah:betul tu..
Hanim:rumit ke?nanti dah berkesempatan bleh cube yer.. :)
saya pernah cuba pakai majerin dan tepong biasa, menjadi tu tetap menjadi cantik pulak tu, tapi rasa dan texture nya kurang lah, agak lembut.. jika d tekan tebukak kulit nya kekadang.. so nak yg best rasa dia.. guna mentega dan tepong hong kong.. from experience kek lapis maker.
salam semua...boleh tak saya komen sikit pasal kek Sarawak ? baru2 ni saya ada baca dalam fb yang mentega golden churn tidak halal sbb ada mengandungi lemak kninzir . sejauh mana kebenaran nya saya pun tak tahu...allahu'alambisawab
@Iwan Ikhwan
w'kumsalam..kami pun ade baca desas desus juga..bkn je di FB malah ada blog yg buat n3 pasal tu.cuma ia lebih kepada rumors..tiada pengesahan pun dari JAKIM setakat ini..jadi saya tak berani nak war2kan sebab ia boleh menimbulkan syubhah kepada umat islam yang lain..jadi sehingga ia sah tidak dihalalkan,adalah baiknya kita cari sumber yang BENAR2 boleh dipercayai kerana benda ni kdg2 org nak sabotaj pun boleh jugak..seperti minyak sapi QBB yang femes dulu..anyway TQ
Post a Comment