Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Dari Dapur HaSue... Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur HaSue... Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Bergedil Daging Burger Tanpa Telur

Sana sini orang membedil eh! buat begedil yer..
Aku pun sibuk jugak nak buat begedil taaaapii versi aku ni tak guna telur untuk menyalutnya.
Kiranya khidmat telur tidak diperlukan untuk menyatupadukan doh yang diperbuat dari kentang lecek tersebut..
Pernah tak korang buat bergedil adakalanya minyak yang berlebihan tak habis2 rasanya melekat kat bergedil tersebut.. Kini!!!Tidak lagiii!! tu diaa..amik..!!ayat iklan aku belasah. Mungkin juga jalan penyelesaian untuk mereka yang alergik telur tapi nak makan bergedil ke kan..lagi pun boleh makan bergedil tanpa merasa minyak berlebihan pada bergedil kita tu yer.insyaAllah...lagipun guna minyak yang rendah kalori ni,taklah membimbangkan sangat,kan.. ;)

Marilah aku tunjuk serba sedikit bagaimana menghasilkan bergedil yang sedap la pada tekak aku dan pastinya jika korang pemakan kentang(ganas je ayat aku guna nih) yang tegar,pasti suka menu2 yang berasaskan kentang ni diperlakukan sebegini.haha..lantak la korang paham ke idak yer.. dah mamai dah mata ni nunggu upload gambar banyak ni tadi hah. Ayat pun tunggang terbalik kot..

Mula2 tu, tayang gambar contoh hidangan...

Kalau biasa korang makan dengan soto ke,mee kuah2 tu ke...kali ni bergedil ni enak dimakan begitu saja bersama sos dan mayonis jika suka..aku sukakk !! :D
Tapi untuk anak2,kalau tak suka buh banyak bahan seperti daun bawang dan daun sup tu,pandai2 laa adjust yer. Kalau anak2 aku,nampak jer cili dalam kuih tu contohnya,boleh fobia jap.hehe.. jadi isinya tu kena ikut selera masing2 yer. Resepi cuma panduan aje..

Jom buat bergedil mudah ni... Inspirasi dari cara membuat daging burger oleh rachel ray..hehe..
Oh yer,dan terima kasih buat kak Rosaliza yang buat aku teringin nak membagedil tempoh hari..pencetus semangat dan idea gitu..

BERGEDIL DAGING BURGER TANPA TELUR
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

2 Biji kentang-lebih kurang 400g
2 keping daging burger ayam ramly-cincang/potong kecil2
1-2 tangkai cili merah-hiris dan cincang halus
3 tangkai daun sup-hiris termasuk batangnya sekali
6 tangkai daun bawang-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris dan cincang halus
1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung
Minyak zaitun/minyak jagung atau minyak canola secukupnya.
Garam secukup rasa dan serbuk stok ayam(jika suka)

Cara membuatnya:
Mula2,kena laa rebus kentang sehingga lembut. Aku rebus guna pressure cooker lebih kurang 5 minit jer dah lembut selepas berdesir(aku belah 2 jer kentang tu).

Selepas kentang dah lembut(cucuk dengan garfu untuk menguji) boleh la dilecek menggunakan masher..masher ni memang berguna kat dapur..nak buat jemput pisang pun guna ni jugak.. ala,yang biasa orang guna untuk tekan2 daging burger tu. Kalau takde,boleh la guna garfu yer.. lecek sampai lumat semasa masih panas.

Setelah itu,ha..yang ni aku tak ingat nak snap gambar..panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar yang dicincang halus sampai naik bau,masukkan daging burger yang dicincang atau potong kecil sehingga masak. Perasakan dengan garam..boleh tambah sedikit serbuk pati ayam jika suka.
Sementara itu potong/hiris semua bahan lain.

Ini laa rupa bahan2 yang sedia untuk dijadikan bergedil. Gaul guna tangan atau senduk. Tambahkan tepung ubi atau tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa keseluruhan. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit agar mudah dibentuk.
Keluarkan dari peti ais,scoop menggunakan sudu bulat atau pencedok aiskrim supaya mendapat bergedil yang sama besar. Bulat2kan dulu kemudian baru tekan untuk mendapat bentuk yang sedikit leper.

Panaskan satu sudu besar minyak zaitun di dalam nonstick pan. Masukkan beberapa ketul bergedil (jangan letak terlampau banyak,nanti susah nak terbalikkan). Biarkan betul2 keperangan barulah terbalikkan(guna sudip leper,jangan guna penyepit) dan biarkan sehingga masak.
Angkat menggunakan sudip tadi dan toskan di atas kertas tisu(guna 2-3 lapis).


Minyak akan diserap pada kertas tisu seperti di atas..

Boleh lah di hidangkan bersama sos cili dan mayonis..enak dimakan begitu saja..macam makan kuih muih jer.. menu yang mengenyangkan! Tak payah makan nasik dah.hehe

Terasa lembut kentang dan wangi dari daun sup serta daun bawang..Yuummmmyy!!
Selamat mencuba ^__^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 24, 2012

Udang Goreng Tempoyak..buat penggemar tempoyak!

Assalamualaikum

Uiihh..tadi kan,rambang jer mata nengok menu2 kat rumah rakan2 blogger jiran di tingkap dapur nih..memasing tayang menu2 menyelerakan..rata2nya tayang menu juadah berbuka puasa laa kan,dan yang paling banyak dalam carta penglihatanku hari ni tayang kuih muih..hamboii...ai tak berkesempatan lagi buat kuih muih ramadhan tahun ni.. ni petang kang baru nak buat kuih berasaskan pulut..tu pun kalo tak terbantut la.. jap lagi nak menyagat nenas lak nak wat inti tart..haih,cam sibuk bebeno yer..
Dalam keterujaan melihat rakan bloggers yang rajin ngupdate tu..hampir semua laa aku klik nak gi jengah kann...namun begitu,rata2 page tayang loading error..ah,sudah...kalo nak tunggu refresh memang kena lakukan banyak kali,baik ngupdate blog sendiri dulu.kikiki.. insyaAllah akan ku jengah juga nanti..ehehe..

Penggemar tempoyak? siapa? Aku ler teww.. Menu yang simple tapi membuka selera..hmm,rasanya di bulan puasa ni memang sesuai laa untuk menu sahur kott...sebab ia boleh disiapkan di sebelah malam sebelum tido..so esok tu tinggal nak panaskan jap jer..kalau nak buh cili hijau tu semasa sesi memanaskan tu pun boleh kann..

Guna udang,apa2 jenis udang pun boleh..cuma udang kering jer kurang relevan kot..heh.
Udang galah boleh,udang kertas,udang kecik,udang besar..udang geragau tak sesuai sangat laa jugak kot ek..
Dah..nak taip resepi nih.. nak bagitau dari segi rasa tu rasanya tak perlu dah bagitau kot..kang ada pulak yang membayangkan rasanya yang masam2 pedas tu..eh!kan dah terbagitau..

Sebelum ni dah gak post resepi sama..cuma kita adjust ikut stok bahan yang ada dan ikut kesesuaian citarasa masing2 ya..contohnya cili tu..kalau jenis lidah tahan pedas yang amat,buh laa banyak mana ikut suka ya..resepi cuma panduan saja..takkan kena marah kalo kurang atau tambah bahan... ^_^

UDANG GORENG TEMPOYAK
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

200g isi udang tanpa kulit
2 tangkai cili merah-hiris
6 cili api(merah+hijau)-hiris atau tumbuk
2 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
1/2 labu bawang besar-hiris
7 tangkai cili hijau-hiris
2 sudu besar tempoyak
Garam dan sedikit gula
sedikit minyak-dalam 1-2 sudu besar

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau. masukkan udang dan kacau goreng sehingga separuh masak. masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga masak. Masukkan cili hijau dan kacau sebati. Sebatikan dengan garam dan sedikit gula. Padamkan api dan sedia untuuk dihidangkan.


Rasa tempoyak kalo diganding dengan pedas cili memang boleh bertambah nasik tanpa sedar.huhu..menu sempoi tapi menyelerakan..tapi kalo yang tak makan tempoyak tu,ai..tak dapek laa den nak menolong eh.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 23, 2012

Sup Tulang.. mudah disediakan.. !

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan buat semua pengunjung lama dan pengunjung yang baru menyinggah ke sini..
Alhamdulillah bertemu kita kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan dan diberkati ni..syukur ya Allah..semoga segala amalan kita juga semakin bertambah insyaAllah..

Nih tayang menu simple2 belaka laa kan..lagi2 di bulan puasa ni memang tercari2 jer menu yang simple belaka..tapi nak yang sedap. Macam sup tulang ni,kalau masih berbaki lagi,boleh la diubahsuai menjadi hidangan mee sup pula. Jangan membazir kann... contohnya dah jadi hidangan untuk lauk berbuka puasa..buat mee sup tu untuk sahur la pula,gitu. siap bagi contoh lagik.heee..

Sebenarnya ia sup tulang memang lebih mudah disediakan dan disiapkan jika memasaknya menggunakan pressure cooker..tengok laa sup tulang aku kali ni..gara2 nak sangat isinya lembut,sampai lekang terus dari tulang..huhhuu.. sah2 laa lembut kann...pastu kan,kali ni buat lak sup tulang rusa..memang sedappp..bukan senang nak dapat tu.. :D

Sebelum ni rasanya dah pernah share resepi mudah ni..saja laa nak kongsi kan kot2 ada yang tak jumpa lagi cara mudah buat sup ni.. cuma tu la,aku ni kalo sup gini memang suka nak tumis dulu..sebab aroma sup tu lebih kaw2 gitu bagi aku.. tapi jangan laa buh beriya..sekadar untuk menumis saja.. lagi satu aku suka jika air daging tu dikeringkan dulu semasa menumis..jadi sup tak mudah basi..begitu juga ketika memasak daging,ayam dan sebagainya.

SUP TULANG SIMPLE
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1.5 kilo tulang + sedikit isinya.
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawaang putih*
2 inci halia*+1 cm halia(dihiris)
2 uncang bunjut sup adabi
sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya.
Garam dan perasa/kiub pati daging/ayam

Bahan lain:
Daun sup,daun bawang,bawang goreng,cili hiris

Cara2:
Tumbuk lumat bahan bertanda *.Panaskan minyak,tumis bahan2 tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging dan tulang dan gaul seketika sehingga daging mengeluarkan jusnya..Biarkan kering sedikit dan masukkan air sehingga 3/4 periuk tekanan.
Masuk bunjut sup adabi,garam dan perasa -nanti boleh adjust rasa..jadi letak tu agak2 sahaja.
Tutup periuk dan masak sehingga empuk-lebih kurang 40-50 minit selepas bermula desiran..bergantung jenis periuk tekanan juga.
Padamkan api,keluarkan tekanan sehingga kembali normal..buka penutup periuk dan sebatikan rasa sup. jika perlu tambah garam,tambah la secukupnya ya...setelah tu didihkan seketika dan padamkan api. Jika ingin menambah kentang,masukkan kentang dan masak lagi selama 4-5 minit selepas desiran.

Sup daging ni memang sedap dihirup gitu ajer.. Buat yang suka sambal kicap,boleh laa dihidang bersama sambil hirup kuah pedas2 kann.. aku sukakk!
Untuk daging yang segar memang tak perlu banyak sangat bahan2 nak buat sup nih...kali ni buat sup guna tulang gearbox..eh betul ke ek..hehe.bagi yang suka korek2 isi tulang tu lagi syok kan.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 19, 2012

Popia Nestum Horlicks..

Assalamualaikum.. :)

Nih nak habiskan kulit popia yang dah lama bertapa dalam freezer.
Kira kalo seorang lelaki yang bertapa mesti dah tumbuh janggut yang panjang.huhu...
Cara nak buat tu memang senang cam goreng ikan jer.
Gulung kulit popia tu satu persatu...gamkan dengan air atau air yang dicampurkan sedikit tepung...goreng sehingga sedikit kekuningan..toskan dan biar sejuk sedikit.. masa suam2 tu baru gaul ngan bahan2 yang dikisar iaitu nestum,gula dan horlicks.
Ada juga yang tak buh horlicks kan,tapi aku prefer ada horlicks sket ni..lagi kaya rasa gitu.
Jenis kulit popia yang digunakan juga mempengaruhi kerangupannya.

Sangat best untuk kudap2an / snek atau juadah sampingan di hari raya... Tapi kalau biar budak2 makan sendiri kena jaga2 gak la kalau gulanya tu bersepah mau stress gak nak ngemop lantai tak sudah.haha

oklah, klik SINI untuk resepi penuh..
Dan pada pendapat aku kan,kulit popia jenama PERTAMA lebih sesuai untuk snek yang manis gini..manakala untuk buat popia goreng yang berinti ayam,kentang dan sebagainya atau untuk dibuat samosa tu lebih sesuai guna jenama LOTUS.. tekstur kulit popia tu agak berbeza ye..
selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 17, 2012

Kerabu Udang Galah Dan Terung Bakar

Assalamualaikum

Selamat pagi semua pengunjung blog ni..terima kasih sebab rajin belek blog ni eh..tak laa sunyi entri2 dalam ni ha.. ;)

Pagi2 dah tayang kerabu kan..kusss semangat! Memang dasar ni. Dasar suka peram entri..hoho. Entri ni pun dah duk dalam draft since 4 hari lepas..kikiki..tu pun menu tertunggak.. :D

Oh,kot2 ada udang galah yang masih banyak stok tu, lepas tu boring kan asyik nak masak rebus asam jer,kari ke,masak lomak ke..hahh,apa kata tukar menu ke udang tu dibakar lak..jadi menu pembuka selera..selalu kalau udang aku bakar,ratah jer cicah kicap yang perah limau dan lecek cili api..huwargh!sedappp..!!
Tu dah sedap tu, ni kan pulak dikombinasikan dengan terung yang turut dibakar. huh. ngah makan tu,orang pijak kaki pun tak rasa nih.. Ni bagi penggemar udang dan terung mesti dapat bayang nih..tapi yang tak suka makan terung pun boleh jadi suka kot..

Resepi mudah tapi membuka selera...

KERABU UDANG GALAH BERSAMA TERUNG BAKAR
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
4 ekor udang galah -Bakar,kupas kulit dan hiris isinya
4 batang terung panjang(ungu)-bakar dan ambil isinya
1 batang cili merah(nak tambah pun boleh)*
10-15 biji cili padi(merah+hijau)*-nak pedas lagi,tambah la yer ikut selera
1 ulas bawang merah*
1 sudu belacan bakar*
Garam dan gula secukup rasa*
3 biji limau kasturi -atau secukup rasa

Cara:
  1. Tumbuk bahan2 bertanda *.
  2. Gaulkan semua bahan2 dalam bekas.
  3. Perahkan limau kasturi.
  4. Gaul sebati dan sebatikan rasa. Sedia untuk dihidangkan
Contoh udang galah yang digunakan.. saiz yang sepit biru ni ..kalaudimasak rebus(kari masak lemak dan sebagainya tu),kepalanya tu yang boleh jadi kuah sekali..juicy.hehe..

Rasa udang dan terung bakar diganding dengan rasa pedasss dan masam serta disulam rasa belacan..hermmmmph!speechless.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 20, 2012

Ribena Soda Berlaici.. minuman menyegarkan!

Assalamualaikum..

Panas sungguh cuaca sekarang ni kan.. Kalau pagi2 tu pukul 7.30 dah mula terik dah..huhu.
Di samping banyakkan minum air kosong,tercari2 juga minuman berperisa dan terasa segar untuk melegakan tekak.huhuu..

Resepi main letak jer..akceli my hb nyer idea yang tercetus setelah beliau minum kat satu restoran tu lepas tu buat ler sendiri..dah buat sendiri dan menepati citarasa tu.harus laa puji sendiri dan promosi kat isteri dia ni kan..heehee

Kemudian,baru2 ni masa jalan2 kat myr,aku terlihat ada yang share resepi nih..sila rujuk SINI.. ikut la mana2 senang nak refer yer.. :)
Aku ikut main letak jer sebab kena adjust ikut kemanisan masing2 lah yer..thanks to my laling sebab share.. ^_^

AIR RIBENA SODA BERLAICI
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2: 1 gelas besar

Ribena -dalam 1 sudu besar
Air aiskrim Soda- 1 cawan
1 sudu besar syrup laici dan beberapa biji buahnya(yg dalam tin tu)
Ais kiub secukupnya
Air kosong(tambah sedikit jika tak suka terlalu manis)

CARA:
Letakkan buah laici atau longan bersama syrupnya sekali.Tuangkan air aiskrim soda ,tambahkan sedikit air jika tak suka manis. Tuangkan ribena perlahan2 dari tepi gelas untuk membentuk lapisan. Akhir skali,bubuh ais perlahan2..
Kacau sebati dan sedia untuk di minum..selamat mencuba!

Segar oh rasa air ni sampai ke tekak..!sesuai gak untuk minuman berbuka puasa.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 15, 2012

Samosa Udang Kentang ..waduh,enak!

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang penuh keberkatan..
Pagi ni nak share menu ringkas tapi padat dengan isi yang sedap ke tekak kami sekeluarga. Samosa simple jer..hee..
Memandangkan ada stok udang galah comel2 jer saiznya,aku kupas n potong2 dan campur ke dalam inti kentang berkacang cam biasa aku buat untuk inti karipap.
Takde udang galah,udang laut biasa tu pun boleh. Kalau ada stok udang galah besar tu lagi senang,amik seekor je dah cukup isinya untuk buat inti.huhu..

Bezanya bila dibuat samosa gini bandingkan dengan yang digulung seperti popia biasa tu adalah,yang pertamanya..kerja banyak la skit kan:-sebab nak potong kulit popia,sebelum lipat2 bentuk samosa .. TAPI akan dapat banyak la samosa yang comel2 sebab kulit popia tu dibahagi tiga. Kalau untuk makan ramai2 memang seswai sangat laa..
Intinya tu terasa padat dan hmm..best jer setiap gigitan boleh rasa ke'udang'annya.

Rasanya semua dah tahu cara lipat samosa kan. Yang penting masa nak mula tu jer..lipat segitiga dulu,buh inti,pastu ikut je bentuk segitiga tu dan gamkan hujungnya dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit tepung.

Nak share jugak resepi ringkas ni..Boleh jadi alternatif jika malas nak nguli doh karipap tapi ada stok kulit popia.*ni macam ngajar orang jadi malas pun ada nih.hee.. bukan,ye. cuma alternatif jek.. ;P

Samosa Udang Kentang
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
Kulit popia saiz 7.5"x7.5"
1 sb tepung gandum+1sb air biasa-sebagai 'gam'

Inti
200g udang-yang sudah dipotong kecil2-boleh juga cincang kasar(boleh je kalau nak letak lebih)
3 biji kentang saiz sederhana-kupas dan potong dadu kecil
5 batang kacang panjang-potong kecil
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 sudu makan udang kering-rendam seketika*-bahan bertanda * tumbuk halus
1 sudu besar kari daging-campur dengan 2 sudu besar air jadikan pes
Air secukupnya-untuk memasak sehingga kentang empuk
Garam secukup rasa
Secubit gula-jika perlu
2 sb minyak masak

Cara memasak inti:
  1. Panaskan minyak,tumis bahan yang ditumbuk lumat sehingga naik bau. Masukkan pes kari dan masak sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan kentang,kacau seketika dan biar sebati dengan bahan buat beberapa saat.
  3. Tambahkan air sehingga lebih sedikit paras kentang. Tutup periuk supaya kentang cepat empuk. Setelah empuk,biarkan air agak kering. Jika masih keras,tambah air lagi.
  4. Dah inti agak kering,garam dan gula..masukkan juga kacang panjang yang sudah dipotong pendek2/kecil. Kacau sebentar.
  5. Akhir sekali masukkan udang. kacau sehingga udang masak-udang tidak memerlukan masa yang lama untuk masak.
  6. Cara membuat samosa:
  7. Sekeping popia dipotong 3. Ambil sekeping dan lipat segitiga hujungnya. Bubuh inti dan lipatkan bentuk segitiga dan kemaskan hujungnya dengan gam tepung tadi.
  8. Goreng dengan minyak yang banyak dan sudah dipanaskan menggunakan api sederhana. Janagn guna api perlahan untuk mengelakkan samosa/popia menyerap minyak berlebihan.
  9. Sedia dihidangkan dan dinikmati untuk minum petang..selamat mencuba!

Dah last tu cam malas nak melipat,kita gulungkan ajer seperti peranan yang dimainkan oleh kulit popia seperti biasa..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 13, 2012

Pizza ..urgh!

*urgh! kat ujung tu sebab stress tak dapat kawal perasaan nak makan pizza setelah lama tak buat dan makan.heh..

Cuti sekolah baru2 ni berkesempatan la membuatnya sebelum abanglong balik ke asrama.. aritu dia ada duk sebut2 lama tak makan pizza,haih..cair gak hati ni nak membuatkan pizza sosej kegemaran beliau.. Bukan tak suka buat,sebabnya kalau buat kompom aku pun makan beria..bila dah makan beria,sendiri mau ingat laa..hohoo..berjoget2 lemak dalam badan terima kawan baru..
Lagi2 kan,bila buat topping sendiri ni mana mahu kedekut dengan bahannya..nak lebih sosej,nak lebih cheese..uihh..menyampass betul dengan aku sendiri sebab berlebih2 bahan..hee

Sebenarnya buat doh ni guna resepi doh yang biasa aku buat, korang boleh la guna mana2 resepi doh kegemaran atau boleh juga guna resepi DJ yang aku sertakan kat bawah ni..
Sos putih berkeju tu aku guna resepi DJ lah dan kutambah dengan mozarella cheese untuk adegan bertali2 tu..ahak..

Aku bakar dalam loyang bulat beso jer ko.. takde pan yang nipis tuk bakar piza tuh lagi..huk.. yang bekas kertas cam kat bakery tu ada,tapi malas nak wat kecik2 aritu...macam nak potong2 n main tarik tali jer baru best!


Yummm..!! sedappp tau,lepas buat doh tu dan doh naik..boleh laa leperkan balik..sapu pes tomato atau sos tomato sebagai alas inti tu..lepas tu taruk ler apa2 inti kesukaan korang ek! Untuk budak2,sosej memang selalu menjadi kegemaran.. aku tak guna mix vege yang frozen tu..tak suka kacang peas dier selalu keras..tak besh! tak besh! nih guna jagung dalam tin,lepas tu lobak merah potong dadu atau kalau dah malas bebeno boleh parutkan aje janji bahagia..

Meh nak kongsi resepi dari DJ..terima kasih DJ..lebiuu!hee..oh ye,untuk resepi doh yang aku gunakan kali ni boleh rujuk SINI
Aku kongsikan resepi DJ nih untuk mereka yang nak buat versi Dj nih ekk..aku nak buat tapi takde stock bread softener...jadi daripada mengalter,baik buat resepi yang dah ada dalam kepala..yang penting hasilnya tetap mantopp..gitu. :D

Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Pizza base I :

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara :

Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.



***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!


Sedapp woo..! sos keju tu dikenali gak sebagai sos putih kan.. sedap juga untuk buat baked makaroni..ah,seafood lasagna ke..yumm! Selamat memizza..*rosak bahse
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 25, 2012

Bendi Goreng Kicap Pedas..buat penggemar bendi.

Tu diaa..bendi goreng pun nak masuk blog? Uihh..jangan pandang senget sebelah wokeh.. yang dah terer masak tu boleh la pandang sebelah mate jer(pakai spek kapten hook)ni khas buat rakan2 yang baru nak berkecimpung mengenal bawang.. diorang tak bersalah,cuma lambat sikit je nak belajar memasak..better late than never kate uncle John*seorang watak omputih..

Siapa minat sayur bendi sila angkat kibod tinggi2..kalo guna laptop tu sila angkat laptop masing2..motip nak angkat tu aku pun tak tau la kan..saja jek.heh..kalau yang online kat umah tu ok lagi,kalau yang kat opis ke,kat cybercafe ke..tak ke pelik rupa dier ngangkat kibod tinggi2..sungguh bekerjasama..hakhak.

Bendi nih,memang berlendir kan..tu KALAU dicuci selepas dipotong.. Jadi,untuk mengelakkan lendir tu berleluasa.. maka,cucilah ia sebelum dipotong..tak perlu letak garam untuk elak lendir tuu..
Masa nak masak tu..cuci bersih2,nak gosok kotoran ke apa,buat sebelum dipotong. Lepas tu toskan..kalau dah rajin sangat sebab takde kerja boleh jugak la nak lap guna tisu dapur ke.. Dah lepas potong2 tu usah dicuci lagi..terus ajer memasaknya..insyaAllah tak berlendir.

Tips nak tahu bendi yang muda dan sedang untuk dimasak adalah melenturkan/mematahkan hujung bendi tu..kalau liat jer..usahlah kau mengharap pada yang sudi..tu dah tua la maknanya. .lupakan,lupakan..ingat!jangan patah2kan pula bendi yang dijual kat pasar raya tu..lentur sikit2 jer.. sebab ada 2 jenis bendi ni. ada yang panjang tu kadang2 masih muda lagi..ada spesis yang kecik2 lagi dah keras.. ah, lantak la kalo korang paham ke tak bahasa aku ni..hehee

Bendi Goreng Kicap Pedas
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

10 tangkai bendi -cuci dan toskan,baru dipotong serong
2 tangkai cili merah-buang biji dan potong2
2 tangkai cili merah*
5 cili padi-nak pedas tambah la lagi *
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu mkn penuh udang kering-rendam air panas jap*
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat-hasue guna ayam brand
2 sudu besar minyak masak-atau secukupnya untuk menumis

Cara2:
  1. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau goreng sebentar.
  3. Masukkan bendi dan cili hiris. Kacau goreng lagi sehingga masak.
  4. Jika mahu bendi yang lembut(tidak rangup) masukkan sedikit air dan tutup periuk. Tunggu sehingga kuah kering sedikit dan tutup api.
  5. Walaupun ada penggunaan air,ia tidak akan berlendir kerana kuah sudah mengering.. selamat mencuba!


Nama jer pedas tapi tak pedas mana pun yang aku masak nih.hee..Korang yang suka pedas tu pepandai la tambah cili yer.
Sebenarnya kalau incik abangku lebih gemar yang betul2 sudah lembut..dan sedikit berkuah.. aku lak suka dua2,lembut ok..yang masih sedikit rangup pun ok.. dia suka masakan yang biasa jer tak buh cili kalau masak bendi nih.. aku masak gini masa dia tak lunch kat umah masa tu..hehe.. sedap makan ngan nasi putih..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 21, 2012

Nasi Goreng Kampung Satuuu!!!

Assalamualaikum..

Bertemu di minggu baru.. ada yang lemau2 lagi ke hari ni? Yang ada blog tu sila2 laa update blog masing2 yer..ada juga nak ditatap anak cucu kemudian hari.. aku yang tenet tak berapa laju ni pun terupdate,takkan la korang tenet laju berdesup tak ngupdate2 kann..hee...tapi paham gak tu,kadang2 tenet laju tapi kekangan masa membuat kita tak sempat berlama2 di depan skrin kan.. tambahan lak di dunia blogging ni bukan nak buat entri aje...tengok blog kawan update,nak jugak gi jengah..hehe...

Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum cuti sekolah..mesti ramai hati dah berbunga2 nak balik kampung atau cuti2 dengan keluarga tu ha..
Cerita pasal kampung meh laa layan menu kampung lak pagi nih..
Rasanya ramaiii dan rata2 kita tau goreng nasi kan.
Nasi goreng antara menu yang mudah disediakan dan mudah mengenyangkan.

Nih nasi goreng yang simple dan mudah disediakan. Tapi sedappp.. untuk anak2 aku kurangkan cilinya..nanti kalo merasa pedas,boleh fobia budak2 tu nengok nasik.hehee..

Nasi Goreng Kampung
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
3 cawan nasi
2 ulas bawang*
1 ulas bawang putih*
1 tangkai cili merah*
5 tangkai cili api-letak lebih jika suka pedas2.*
1 sudu mkn ikan bilis-siang* -bahan2 bertanda * ditumbuk hampir lumat
Garam secukupnya
1 cawan kangkung
1-2 biji telur-pukul sedikit
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah-hiris
Minyak masak secukupnya untuk menumis(lebih kurang 2 sudu besar)

Cara2:
  1. Panaskan minyak masak secukupya dan goreng bawang yang dihiris sehingga keperangan,angkat dan ketepikan, goreng pula ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Kemudian goreng telur hancur,angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan secukupnya minyak,tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan nasi dan kacau goreng sehingga nasi tidak melekat langsung antara satu sama lain dan benar2 sebati. Tambahkan garam (tabur atas nasi agar mudah sebati) dan kacau goreng lagi.
  4. Akhir sekali masukkan kangkung dan bahan2 yang sudah digoreng tadi. sebatikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati..
Aku suka jika bawang goreng tu yang dah lembik untuk makan nasi goreng ni..hee..ia lebih berkaramel dan sesuai untuk dimakan bersama nasi goreng pada tekak aku ler. Kalau nak yang lembut kena la goreng lebih awal kan.. :)

Dah,jemput laaa jamu mata yer. Air ada bawak sendirik kannn..hee
Eh..Korang pernah makan cili api jenis cili jarum tu tak? Atau dalam bahasa sarawak cabik jaghum?pedasss oohh.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 18, 2012

Kek Lapis Choco-Horlicks..

Assalamualaikum..

Perasmian..perasmian..nak rasmi apa? Ingatkan apa laa kan..padahal merasmikan header blog kat atas tu jer.eh nama pun header,takkan duk bawah lak kan.hee.. saje boring2 macam orang takde keje..tu yang gi godek2 header sendirik.. aku kate 'macam' takde keje ..padahal keje tak abis2..maklum la surirumah berwawasan kann..ahak!

Apa2hal, nak wish dulu HAPPY BIRTHDAY buat adikku yang kini semakin meningkat dewasa pada hari ini.. Buat Cik Haza yang kini berada nun jauh di mata..dah tua ko yer sis..hehe.. last jumpa dia masa gi KK aritu jer..rinduuu sangat nak buli dia kat dia dan karenahnya yang unik tu..tak sabar nak jumpa dia balik hujung bulan ni..insyaAllah...semoga menjadi wanita berjaya dan solehah dunia akhirat..aminn

Owh,pasal kek lapis ni lak..aritu dah tayang kat FB..saje nyakat DJ aritu yang tayang kek lapisnya kat FB untuk bertukar kek,tibe2 ramai pulak menge'like' pic kek tu..huhuu..Terima kasih lah semua yer.. maaf baru kuar dengan resepinya ni.. ^_^
Nih kek lapis bodo2 jer..yang bermaksud kek lapis simple amat ..tapi boleh tahan sedapnyer woo!
Untuk buat minum2 petang tempoh hari.. oh dah lama buat aritu baru nak share kat sini yer..saje jek,takut korang mintak!haha..takdelah. Kemalasan ngupdate disebabkan tenet lemau dan semangat lemau..tu yang jadi entri tertunggak..huhu

Mula2 aritu nak buat kek lapis holiday inn..tapi sebab takde stok biskut marie masa tu...jadi godekkan ajelah bahan yang ade,masa tu main letak aje bahannya ikut resepi biasa buat(basic kek lapis)..
So ni laa kejadiannya..

Kek nih tetap moist dan lembut menepati ciri2 kek lapis sarawak biasa .. perisa coklat(tak la heavy sangat, dan perisa horlicks)
Kalau nak perisa coklat yang heavy sket,boleh la guna coklat masakan ..cairkan dahulu coklat masakan tu guna kaedah double boiler.

Duh..aku masih malas amat menaip nih.. tapi aku gigihkan jugak laa..kalau idak makin banyak entri tertunggak karang...heh.. macam banyak sangat kan..

Aku buat dalam loyang 8.5"x4.5".. Kalau nak kek lebih besar kena doublekan bahan yer.. yang nih sebab malas nak simpan baki mentega yang dipek 250g tu,aku gunakan aje 250g.. kalau nak buat sebiji guna 450g pun insyaAllah takde masalah.. ^_^


Kek Lapis Choco-Horlicks
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara2:
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
  7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Tangan si kecik yang tak sabar nak merasa..huhuuu.. selalu ada adegan ni sebenarnya time menu berposing..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 15, 2012

Getuk Ubi Kayu.. sedap dan best!

Assalamualaikum..

Selamat pagiii...
Korang sarapan apa pagi ni? Nasi lemak ke? Jangan disebut2 deh..aku jeles kang.. aritu ramai buat pakatan tidak terancang tayang laksa sarawak kat FB,tak pasal2 aku melaksa jugak..walaupun tak berapa nak cukup bahan..heee..gitu laa kalau imaginasi pasal makanan ni melebih2. Kecuali kalau stok bahan takde langsung tu takleh la nak buat apa kan.. tu selera ngade2 tu,orang nak makan..ko nak makan gak.. :D

Ni, kuih ubi kayu ni,getuk ke getok eh? Mana2 laa kan..kat sarawak aku tak sure panggilan kuih ni apa... kalo orang jual yang intinya gula tu ada ler..tu pun bila tanya nama dia kata kuih ubi jek. ^_^
Rasanya korang semua pun pandai buat kan..
Aku suka makan kuih ni kalau kena gayanya..lapisan tepung tu aku guna adunan batter aku biasa buat tu,untuk buat roti goreng rangup, goreng pisang dan sebagainya.. kecairan dan kepekatan batter(adunan tepung untuk menggoreng) sendiri la ejas ek.. kalau nak lapisan tu nipis cam aku buat ni kena la cairkan sikit adunan tu,tapi jangan sampai cair sangat lak..cukup sekadar menyelaputi ubi kayu tadi..

Oh,intinya tu tak terhad.. ubi kayu yang direbus dilenyek atau ditumbuk halus,lepas tu gaul dengan gula dan kelapa parut(putih sahaja).. buh laa sebanyak mana ikut suka dan ikut selera..jangan lupa buh secubit garam untuk rasa lebih best dan lemak.
Lepas tu korang leh bulat2kan,atau bentuk ikut suka..lepas tu celup kat adunan tepung dan goreng macam goreng pisang..

Maaf ler,gambar yang ada ni tak berapa memuaskan..janji ado jer.. heee.. ni pun kes nak ngabiskan stok kelapa parut bertahi lalat aritu.. Nanti suruh parut yang putih aje,orang tu nak juga parutkan yang itam sekali..

Sedappp tau..luar rangup,dalam lembut.. resepi boleh cari dalam blog ni untuk adunan tepung(batter) tu..atau untuk resepi getuk ubi sepenuhnya..
Tenet ku sangat lemau lak nak bagi link..petak carian kat tepi tu pun dia tak abis2 loading..sebab tu juga laa lemau nak mengentri kebelakangan ni..hehe.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 4, 2012

Oops! Kek Batik Lagi..!

Assalamualaikum..

Apa kes mengupdate memalam ni kan.
Alhamdulillah selamat sampai petang tadi di kampung halaman..korang yang dah lama tak balik kampung tu sila syahdu jap.. gurau je..jangan syahdu2 ye,biar aku je jadi wakil balik kampung minggu ni..
Jadi nak mengupdate awal2 siang tadi tak nyempat2 lantaran kesibukan yag melanda. Nak buat auto post pun tak sempat gak..sapa suh blogwalking sampai pagi kan..
Oh ya,hujung minggu ni ada acara 'makan tahun' kat kampung aku nih..kenduri yang diadakan setiap tahun di setiap kampung sekitar daerah berdekatan kampung aku nih..
Kalau aku rajin akan ku susuli dengan ceritanya.hee..kalau takde,tak rajin laa tu..

Ni haaa,saja laa nak menayang kek batik coklat yang masih diadaptasikan dari resepi mylla yang acapkali dah aku buat sebab jadi menu feveret kat my family.
Selain bahan mudah didapati,cara buat pun senang. Sebenarnya buat ni pun aritu dah..serentak hari dengan yang percubaan letak agar-agar. Cuma baru je amik gambar kemudian lagi..

Hari tu dah buat yang letak agar2 kan, kali ni aku cuba letak telur..sebelum ni ada orang tanya adunan ni camna kejadian dier kalau letak telur... Ni aku tunjuk sikit la rupa dier ek.. dan hasilnya masih ok..dier lebih kurang tak letak telur gak la..masih makan comot2 gitu sebab cair la sikit kan,tapi rasa cloud 9 seperti resepi asal tak kuat dah..
Pastu biskut dia tak berapa rangup..kira jadi lembut lak..kiranya adunan yang bertelur ni mudah meresap kot dalam biskut tu. Sesuai la untuk yang suka biskut lembut dalam kek batik.

Satu lagi aku baru makan dengan bersemangat setelah beberapa hari kek ni duk bertapa dalam esbok.hehe..
Kalau nak yang mantain tak comot,kena la buh serbuk agar2 seperti dah share hari tu..sila ke SINI..atau boleh tengok resepi olahan Izah kat SINI..atau yang dah dikahwinkan dengan cheese persona kat SINUN.. ^_^
TAPI,aku harap sangat buat korang yang belum mencuba resepi asal kek ni,KEK BATIK COKLAT(klik) haruslah cuba versi asal ni terlebih dahulu sebab dari situ baru korang dapat bayangkan apa yang kami yang dah cuba sendiri ni cuba sampaikan. Resepi asalnya sila rujuk senarai kat SITU.

Jadi untuk membezakan resepi yang dah dicuba kali ni aku buh nama lembap kat belakangnya tu sempena biskutnya lebih lembap banding yang tak letak telur.
Perhatian ye,rasanya jenama biskut yang digunakan juga amat mempengaruhi kerangupan atau kelembapannya.. jenis biskut marie aku guna tu yag kecik2 tu,dia tak semudah yang besar tu untuk menyerap air tau..brand ayam. serius,tak tipu.hehe.. oklah,jom semak resepi.. terima kasih mylla sekali lagi atas perkongsian resepi asalnya.

Kek Batik Coklat Lembap
Adaptasi dari resepi Mylla
By:HaSue

Bahan-bahan:

* 200gm millo - boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis-boleh kurangkan sedikit atau ejas manis ikut suka
* Biskut meri secukupnya
*1 biji telur saiz A -pecahkan dalam mangkuk dan kacau sedikit

Cara-cara

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Masukkan telur dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...

Nampak kan,kek ni basah2 gitu..biskut pun lembap sket tu.. kalau guna biskut yang saiz besar seperti munchy's atau tiger lagi mudah nak lembap kot.. Biasa kitorang prefer biskutnya masih rangup,tapi yang ni masih ok lagi..sedapp jugakkk!
Jadi selamat mencuba bagi yang ingin mencuba..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 20, 2012

Tumis Sulur & Batang Keladi.. cedapnyerr!

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi,alhamdulillah.. semoga kita sama2 memanfaatkan hayat yang masih berbaki dengan urusan2 yang halal..

Ini gara2 tergoda melihat menu di dapur Zalia semalam, sulur keladi dengan ikan masin tu..pehh!
Jadi aku dengan gigihnya pergi melawat kebun kecilku di belakang rumah dan mula operasi mengerjakan sulur dan batang keladi..
Hebat sungguh penangaan batang keladi ni..sebab ia antara menu kegemaran my laling..tu yang sanggup gi siang batang keladi sendiri..
Terima kasih laa buat zalia sebab remind ada kebun keladi kat belakang umahku itu dengan menayang menunya tu ha..
Sebelum ni kalau teringin pun memang beli yang dah siap2 siang(dipotong2) tu..senang keje. Ada kebun dah membiak2 kat belakang tu pun buat tak tau je..amik isinya untuk dibuat kuih pun baru berapa kali. Kalau tak tanam selalu pulak nak membeli. Bukan tak rajin nak ngerjakan,cuma tak cukup seru jer..(peh,berpeluh aku pikirkan alasan ni)hehe..

Ada kisahnya..syhh!dendiam tau..segan aii.
Sebenarnya kan(suara pelan je nih),aku pernah laa tolong arwah mak aku nak mencabut keladi ni dibuat gulai kan..masa tu umur kecik lagi,sekolah rendah.
Kebun keladi tu depan umah jer..(sila bayangkan aku di usia itu sangat comel ye..hakhak.. )
Masa tu memang teruja tengok mak aku cabut keladi pastu kupas kulit batangnya yang muda mudi tu...potong2..(dia buh dalam besen/bekas yang berisi air) selain tu isinya pun amik gak sikit..(secara tak langsung aku bagitau la ni cara2 siang batang keladi)

Dengan perasaan mengada2 dan ikut teruja, aku pun kata nak cabut juga..sebab tanah gambut dan subur..ia tak ler memerlukan kudrat yang banyak sangat..
Tapii..tapiii tapii.. setelah ku cabut,"makkkkkk..!!!!" terkejutt!!huwaaa..stress ok..!
Ada ke patut beberapa ekor cacing tanah yang sihat2 dan obesiti duk bergayut dan berpaut sambil goyang2 kaki badan kat tanah yang melekat kat akar keladi tu... terus aku masukkan balik dalam tanah..masa tu aku takut kalo aku campak cacing tu akan berkeliaran..kakakaka.. Lepas kejadian tu,aku malas nak masuk campur dah..tapi makan masih reti pulak kan..

Aku rasa semenjak tu aku memang fobia tengok cacing nih banyak2.. Pastu kan,aku rasa itu jugak faktor kenapa orang tak berapa nak mengajak aku kalau nak gi mancing udang galah ke sungai. Sebab kalau aku ikut gak,mesti mereka stress sebab diorang yang terpaksa pasangkan umpan untuk pancing aku..hahahak.. pendek kata ikut tu nak nyusahkan orang jerlaa kan.. nak buat camne dah takdir.ngeheee.. Tapi sebenarnya dorang baikkk.. memang sukarela jer pasangkan umpan..walaupun masa tu udang ngah galak makan pancing diorang kan,aku jugak tergedik2 masa tu minta pasangkan umpan yang dah habis.. penyabar diorang ni..(kena la puji lebih takut kutuk lebih kang orang tak ajak dah gi mancing :D
Nanti satu hari aku berazam nak berani gak pasang umpan sendiri..pakai glove ke camne ke kan.nanti kite fikirkan.huhuu..udang ni pun satu! Apsal tah suka makan cacing jer..cuba la makan roti ke,mi goreng ke kan.. <-motip marahkan udang??

Oklah..panjang lak cerita pagi nih..aku ingat tadi nak intro sikit jer..heh.
Jom laa layan resepi pulak..ala,resepi simple2 jer..tapi sedappp amat!!(masuk lif,tekan gi tingkat 10)

Best sangat makan bila dah diperah limau kasturi..sebab my laling tak suka perah limau,aku perah ler atas pinggan sendiri jer..nyummm2 :D

Tumis Sulur@Batang Keladi
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Batang keladi/sulurnya yang sudah dibersihkan.(ambil juga sedikit isi keladi dan potong berbaji kecil2 dan asingkan)- banyaknya ni agak2 satu famili makan..kalau yg dibeli tu sepeket gitu ler
1-2 tangkai cili merah(kalau nak pedas tambah cili api ikut selera)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu mkn udang kering/ segenggam ikan bilis*
1 inci belacan*
Garam dan perasa/gula
2 keping daun kunyit-hiris@racik halus
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Limau kasturi-(optional)

Cara2:
  1. Kisar bahan bertanda * menggunakan pengisar kering atau ditumbuk halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan isi keladi yang diasingkan terlebih dahulu tadi dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan biarkan empuk.
  4. Setelah isi keladi empuk dan air dah mengering,(pastikan jangan hangus) barulah masukkan batang dan sulur keladi dan kacau rata2.
  5. Biarkan layu sebentar dan barulah masukkan air separas sayur keladi tadi.. Tambahkan garam dan perasa/gula dan tutup periuk)
  6. Tunggu sehingga masak,sebatikan rasa. Jika air dah kurang sangat,boleh la tambah tapi jangan terlampau banyak nanti tak sedap..
  7. Masukkan daun kunyit dan padamkan api jika rasa sudah memuaskan.
  8. Jika suka,perahkan limau kasturi ketika menghidang atau setelah mencedoknya ke dalam pinggan nasi anda.. sedia untuk dinikmati bersama lauk sampingan seperti ikan masin.
Aku suka masak batang keladi ni betul2 lembut..best sangat! Daun kunyit antara bahan wajib ada kalau nak masak menu nih..tanpa daun kunyit,macam something missing jer..kalau orang jual tu pun biasanya diorang sertakan daun kunyit gak.hehe..

P/s: Aku guna sarung tangan plastik yang nipis tu untuk menyiang daun keladi ni so tak risau dengan getahnya tu.. kalau korang takde,boleh ikut tips Zalia:
"Tips untuk cuci tangan lepas bersihkan sulur ni sebab getah2nya.
Cuci dengan air limau nipis, kemudian gosok dgn berus dawai cuci periuk.
konpem pastu tapak tangan & jari bersih..."

P/s lagi: Orang kata sulur keladi ni elok untuk selusuh orang nak beranak..korang pernah dengar tak?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 12, 2012

Kerapu Sweet Sour Simple..

Ikan kerapu hasil pancingan incik abang dan rakan2 beliau aritu.. ada laa beberapa ekor. Saiz idak ler beso sangat..(macam nada pandang rendah je ek).. tapi best la kan kerapu fresh2 ni dimasak apa saja.

Kali nih aku nak share resepi sweet sour atau ikan dimasak masam2 manis atau ikan masak merah atau ikan masak sos..ah,mana2 jelah lebih kurang je basic resepinya kan.
Nih versi mudah yang amat..kiranya orang yang baru pandai masak pun boleh buat ler..
Namun begitu hasilnya sangat kena dengan tekak kami sekeluarga.

Selain ikan kerapu, boleh je kalau nak guna ikan jenis lain seperti siakap, ikan bawal, ikan merah dan sebagainya lah ye..

Bahan2 yang digunakan tidak terhad tau,terutama sayur2 tu..sos tu pun kalau nak tambah sikit pun leh jugak..buh je ikut suka dan selera.. aku letakkan ajelah dalam resepi bahan2 yang aku guna kali ni..kalau ada nenas,sedap buh nenas..tapi memandangkan takde,aku campak je epal hijau..sekali ngan epal merah.. aku sukakk epal dalam masakan sweet sour.hee..
Sebelum ni ada juga yang buh dalam sweetsour,kak nor kot eh..kalo tak silap lah..

Oklah,jom tengok resepi mudah ni..


Kerapu Sweet Sour Simple

Resepi:HaSue

Bahan2:
1 ekor ikan kerapu-300g(lebih kurang)-siang,bersihkan.
1 sudu besar serbuk kunyit-boleh juga guna kunyit hidup
1/2 sudu besar garam/atau secukupnya

1 cawan minyak masak
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang*
1 tangkai cili merah*
1cm halia*
1 batang serai-racik halus(optional)*
1/2 labu bawang besar-* -> bahan2 bertanda * dikisar,tetapi jangan terlampau halus.
2 sudu besar sos cili maggi
1 sudu besar sos tomato maggi
1/2 sudu besar sos tiram maggi
1/2 cawan air(atau secukupnya)
Garam dan gula/perisa(jika perlu je)

Bahan lain:
1-2 Tomato , jika guna tomato kecil,letak la secukupnya.
1/2 biji Epal merah
1/2 biji Epal hijau
1/4 biji Nenas-kali ni x letak
1/2 labu bawang besar

Potong dadu semuanya

Cara2:
  1. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana. pastikan minyak benar2 sudah panas. Goreng ikan,tetapi jangan terlalu garing. Toskan atau sejat di atas tisu dapur,ketepikan
  2. Minyak lebihan menggoreng tadi dikurangkan sehingga lebih kurang dalam 2-3 sudu besar. Tumis bahan2 kisar sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan semua jenis sos dan kacau goreng seketika. Tambahkan air, sedikit garam dan gula/perisa.
  4. Setelah mendidih, masukkan semua jenis buah/sayur yang dipotong dadu tadi. Biarkan renih seketika dan masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
  5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.. selamat mencuba!
Diratah begitu sahaja pun memang best!! Epal tu terpulang nak masak sampai lembut atau dibiarkan rangup sedikit.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 9, 2012

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam.. mabeles2!

Tadaaa..bertemu kembali.
Aku panik jap..bila ngedit gambar ni aku terbayang2 keenakan sayur nangka muda nih.. Sebiji nangka muda saiz sederhana selamat aku gulaikan bersama ayam aritu.. ingatkan nak masak setengah biji jer..rupanya buah nangka tu ada bahagian yang tak elok juga.. kalau ada yang dah siap dipotong tinggal nak masak tu kan senang.. *ayat orang malas

Selalunya nangka muda memang nak masak gini. Tak masak gini mesti nak masak lemak cili api. Tapi kat umah ni prefer masak gini.. sebelum ni dah pernah post kat blog ni rasanya.. suka sangat!dah biasa dari dulu kot..kakak aku selalu masak gini..best2!
Bila gulai baru masak tu mesti nak ratah gitu jek. sedapnya ke tekak aku memang sukar nak digambarkan dengan kata2. Kesedapan tu tak sama dengan bila gulai dipanaskan..tak sama,tak sama..
Owh yer..yang best lagi,nangka kali ni memang sedang2 sangat mudanya.. kulit bijinya tu belum keras lagi..so boleh jer terus makan gitu je..waduhs..

Sebenarnya nak ambik gambar kemudian je nak posing elok2 sket tapi,tapi.. ah,sukar hendak dijelaskan..hahaha..janji ada gambar sudah..paling penting,tak amik gambar dari blog orang ek.. :P

Baiklah,untuk resepi.. nih versi aku laa ek..simple tapi cukup menyelerakan..lagi2 bila digandingkan dengan nasi dari beras baru(beras kampung) dan disempurnakan dengan ikan masin..hishh.. berbaloi rasanya makan banyak dari biasa.. eH?..kehkehkeh...

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

600g nangka muda yang sudah dipotong2
1 tangkai cili merah*-boleh je kalau nak tambah cili padi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 sudu mkn belacan* -tumbuk bahan2 bertanda *
3 sudu mkn Kari ayam daging(hasue guna ayam brand)- bancuh dengan 1 cawan air
5-6 ketul sayap ayam-setiap satunya dipotong 4,bersihkan dan toskan.
3 sudu besar minyak masak
100ml susu cair @santan cair
Garam,gula/perasa(jika suka) secukup rasa

Cara2
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan kari yang sudah dicampur dengan air. Kacau sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak. Gunakan api perlahan..pastikan kari2 betul2 masak.
  2. Apabila kari sudah masak, masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan jus ayam keluar sepenuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan nangka muda dan gaul sebati. Masak dengan api perlahan dan tutup periuk. Biarkan sehingga nangka kelihatan sedikit layu barulah tambahkan air sehingga menutupi paras nangka tadi.
  4. Masaklah sehingga nangka tadi benar2 lembut. 20-30 minit..Tambah air jika perlu.
  5. Apabila sudah masak,tambahkan susu cair atau santan, garam dan sedikit gula atau perasa secukup rasa.
    Biarkan sebati seketika,sebatikan rasa dan padamkan api.
  6. Sedap dihidangkan bersama ikan masin dan bersama lauk2 atau sayur kampung yang lain. Selamat mencuba!

Sangat sedap diratah gitu ajer.. hermmmpp!!
Nangka muda ni kalau kenduri2 memang sesuai orang nak masak sebab senang2 nak dapat banyak,kan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 2, 2012

Kek Span Pelangi ..versi Angry Bird

Assalamualaikum.. ^_^

Korang pasti biasa dengar atau baca orang kata, jangan suka marah..nanti cepat tua. kan? Begitulah yang terjadi kat angry bird aku ni..sebab suka marah,tu yang dia jadi kerepot tu..angry bird kat kek orang lain sumer awet2 mude belaka..tu mesti diorg pakaikan botox tu,tak pun pakai susuk kan?ahahak..*ayat jeles
Yang sebenarnya tangan nih tak cukup lembut lagi..rendam soflan berbotol pun tak lembut2 gak. Jadi angry bird pun jadi tua sebelum usia..nasib badan laa kan..
Agaknya sebab tu ramai yang lebih suka guna fondant untuk deko2 tempahan..lebih kemas dan elegant gitu.. Takpe2,kite bertatih2 dulu yer.. ^_^

Buat kek ni masa ngengada rajin sebab semua ahli keluarga ada masa tu..cik abang pun baru balik dari luar kawasan kan. Buat ni pun secara spontan..buat merasmi turn table ku itu pun yer juge..ada laa buat bukti kat incik suami yang kite ni bukan sekadar beli2 ajer..tapi kite guna apa yang kite beli kat kedai bakery tu.. aa,lepas tu kalo nak simpan lama sikit takpe dah kan..ehehe..ajaran sesat betul.
Kita yang tak pandai2deko ni elok laa praktis2 kan..tu yang cuba2 deko kek yang simple2 lagi..tah bila nak cuba yang rumit sikit cam orang lain buat. Tapi bila anak2 tengok,excited juga sebab nampak angry bird tu..sibbaik diorang tak cakap aku ngah lukis barbie ke,popeye ke..ahahak! :D

Sila betulkan saf anda..kalau nak gelak secara berjemaah pun takpe..memang herot berot jer muka angry bird nih aku kerjakan..dah laa lukis direct atas kek,kan. Guna whipped cream jek..ngee..
Baru nak start lukis tu,kena pause kejap lak,iklan..sebab zhariff nangis,lepas tu baru sambung balik..hihi. kek ni makan buat sarapan la pulak masa tu..lembut dan gebus..sebelum ni pernah buat dah kek span versi pandan kastad..boleh google dalam blog ni atau blog rakan2 pun ramai yang dah cuba.

Meh potong kek nih,tengok keratan rentas lak..kot2 ada yang nak tengok ke'pelangi'an kek ni camner kan..

Jeng jenggg..kaler biru? mesti adaaa...heh! Semua pewarna2 ni aku beli di kedai bakery ingredient (KST)depan Mega hotel,Miri.. saje siap2 bagitau kot2 ada yang tertanya2.. :)
Semua warna ok bagi aku,cuma merah jer belum menyerlah sangat..


Oh yer,resepi ni aku adaptasi dari resepi sweet4ever yang asalnya kek span pandan atau keladi..
Sebelum ni ramai rakan blogger buat kek pelangi kan..ada tak yang guna resepi sweet4ever nih untuk dipelangikan gak?maaf la yer kalo tak perasan..cuma masa kak Anim tayang kek pelangi(rainbow cake) dulu,terbayang2 aku kegebuan kek ni kalau di pelangikan.hee.. Apa2pun terima kasih buat sweet4ever dan rakan2 blogger masakan yang bagi inspirasi nak buat kek pelangi kaler2 nih..
Jom semak resepi..aku dah edit secukup rasa untuk rujukan sendiri dan kot2 ada yang nak mencuba ke,kan..
Kek ni bukan jer mudah nak buat,tapi sedap dimakan..sesuai untuk kek harijadi gitu.

Kek Span Pelangi
Resepi Asal: Sweet4ever@myresipi.com
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

150g tepung super fine / hongkong
150g gula halus
5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!
Pelangi yang cuma ada 6 warna..kira ok laa rupanya tu kan,untuk wat makan2 sendirik..hee.. Nak sepotong? Dah habesss daa..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 29, 2012

Sandwich Telur Bermayonis ..ala2 menu diet

Assalamualaikum.. ^_^

Dah hari terakhir di bulan Februari pun kite yer..selamat menyambut hari lahir buat mereka yang menyambut hari ni..jarang2 sambut ulangtahun,mesti spesel jer sambutannya yer? Ada tak korang yang sambut besday ari ni? ^_^

Sandwich sihat ni antara menu peberet ..sesuai laa kan untuk orang berdiet...cuma nya aku suka buh mayonis lebih,tu yang ala2 diet jer kan..hee. Ada ke orang diet makan menu diet letak mayonis bebanyak? Ada2..aku ler tew!heh..

Adalah best buat sandwich guna roti yang fresh/masih lembut..aroma roti tu pun best! Buat sendiri kalo reti,beli jer kalo tak reti or kalo malas..ehe

Roti yang aku gunakan adalah seperti gambar kat bawah ni..beli kat bakery femes kat Miri..rasanya lebih 10 kot cawangan bakery nih kat Miri jek..kat bandar lain di Sarawak ni aku lom jumpa lagik..
Selain roti ni,aku suka gak guna roti canola & sunflower oil-health care wholemeal bread.. leh didapati di kedai yang sama.Kedai lain pun ada kot.
Bila guna roti yang kaya serat ni,mudah kenyang jer rasanya..kiranya sesuai sangat untuk 'brunch'(breakfast+lunch)..try la makan nasik pastu,mesti tak larat nak makan banyak2..ehe..
Roti yang aku gunakan..ni pun nak tayang kot2 ada yang curious kan.. :) Orang2 Miri dan area berdekatan mesti tau bakery MA Baker nih..
Eh macam duta bakery lak..ahak


Sandwich Telur Bermayonis
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
4 keping roti wholemeal
2 biji telur rebus
2 sudu mkn-mayonis
2 sudu mkn- sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah/putih
Marjerin lembut naturel
1/2 labu bawang besar-cincang halus(optional)
Kobis sabah/salad/tomato/timun-letak ikut selera/stok masing2

Cara2:
  1. Kupas kulit telur dan lecek menggunakan masher/garfu sampai hancur atau ikut suka nak kasar2 sikit pun tak pe..
  2. Lepas tu buh mayonis,sos cili,lada hitam,lada sulah dan bawang besar yang dah dicincang halus. Gaul sebati dan ketepikan.
  3. Sapukan roti dengan marjerin lembut,letak inti(campuran telur tadi) di atasnya..susunkan sayur kegemaran dan boleh picitkan lagi sos dan mayonis jika suka. Sapukan marjerin lembut pada satu lagi roti dan tutupkan roti satu lagi..
  4. Potong dan sedia untuk dinikmati..
Nota: Inti telur tu boleh dibuat lebih,dan disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk..boleh la nikmati sandwich ni di kala kelaparan.. :)

Align Center
Inti sandwich tu ikut suka nak buh apa yer..terutama tang sayur tu..aku campak je bahan ikut stok..
Ah,satu lagi..kalau buat sandwich gini,lagi best guna marjerin lembut iaitu jenama Naturel,letak dalam esbok pun boleh guna bila2 masa,tak mengeras seperti marjerin biasa atau seperti mentega yer puan2..
selamat berdiet!hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 27, 2012

Puding Karamel..

Assalamualaikum.. ^_^

Lama rasanya aku tak tayang puding karamel.. selalu kalau beli telur masih fresh2 tu, mula laa gatal rasa nak buat puding..
Sekadar nak ingatkan kita sesama Islam,bila beli telur..jangan lupa terus cuci yer. najis2 ayam yang masih melekat tu kadang2 tak nampak .. terutama bila nak buat kuih yang guna telur dan diuli..atau kalau pecahkan telur dan kulit telur terjatuh sama,tidak ke kotor tu..malahan ia najis..najis kan haram.. tak pasal2 kita nak bagi makan keluarga kita benda haram lak kang..jangan ambil mudah ya.. :)
Jadi cuci laa telur2 tu kejap ek,dah tu baru simpan..cuci pula jangan lama2,nanti kulit telur jadi nipis lak..

Ok lah..rasanya ramai sekarang ni dah terer buat puding karamel kan.. ada ke yang belum pernah cuba buat lagi? Takpe, satu2 laa ek.. :)

Yang kelihatan seperti kaca permata kat atas tu adalah kepingan gula yang dikaramelkan yer..bukan sampah sarap tau..haha

Resepi ni asalnya masih guna resepi emee,boleh rujuk link asal resepi di SINI. Dan resepi kemudiannya aku edit sikit di SINI..
Beza kali ni aku gatal tangan tambahkan sikit tepung kastad,dalam 1 sudu teh.. hasilnya seperti dalam gambar ni lah yer.. ia bertekstur begitu..halus tu,halus gak..cuma tak sehalus lembut tanpa kastad..rasa tu masih sedap banget! Cuma my cik abang masih prefer yang tanpa kastad..lebih smooth dan lembut gitu.

Kalau korang yang sebelum ni cuba resepi yang sama tapi lambat masak di tengah,cuba bakar kat oven rak bawah,guna api bawah selama 30 minit dan kemudian tukar ke api atas lak..bakar lagi selama 5minit atau sehingga mengeras sikit kat atas tu.. tapi rasanya,resepi simple ni insyaAllah jadi.. cuma penggunaan telur agak banyak kot bagi yang tak biasa nak guna telur banyak2.hehe

Sedap makan sejuk2 weh..! Elakkan hanguskan karamel jadi hangit yer..nanti spoil segalanya..dan punah masa depan. kena guna api perlahan je masa hanguskan gula..sabar banyak2.hehe..nak buat pun bukan lama..jadi selamat mencuba!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 26, 2012

Cempedak Ku Goreng Rangup2..

Assalamualaikum.. ^_^

Haii..lama entri ni kuperap dalam draft..ni agak2 dah jadi tapai ke belum..ehe..
Sementara boleh bersiaran dari kampung dengan tenet laju ni,boleh la aku publishkan yer..tak ler haunted sangat belog ku nanti.. ^_^

Ha,sesambil bersantai ujung minggu tu kalau ada benda nak digoreng seperti pisang ke,cempedak ke,roti yang nak expired ke,keledek,keladi dan segala bapak nenek buah2an atau makanan yang boleh dicelup tepung(batter) nak goreng,boleh laa cuba cara ni lak..ramai dah cuba resepi roti goreng rangup yang resepinya dah ku share di SINI,terima kasih.. ada yang kata,adunan tu banyak untuk 8 keping roti ek?sebenarnya aku agak2 jer rotinya tu..selebih adunan tu boleh disimpan dalam peti sejuk,esok nak guna,kalau pekat tambahkan sedikit air dan kacau sebati lagi..insyaAllah tak membazir. Lagipun banyak benda tu leh goreng guna resepi yang sama.. Macam aku selalu buat,satu batter untuk 2,3 jenis kuih..ehe..kalau taknak buat banyak gak adunan tepung tu,sila la buat separuh adunan ke,ek..lagi2 bila dah selalu buat, pandai2 ler agak banyak mana nak adun yer.. :)

Resepi lebih kurang juga dengan yang di SINI,kalau ada buah terap masak pun best sangat nak wat cucur woh..
Kali ini,aku gantikan tepung gandum dengan tepung hongkong,dan sebab cempedak tu sudah manis,aku tak letak langsung dah gulanya..walaupun selalu kalau buh gula tu bukan untuk maniskan kuih,tapi untuk adunan tu lebih berkilat gitu..tapi kalau tak suka tak payah letak gula cam aku buat kali ni ek..
Bila guna tepung hongkong,rangupnya lagi best.. oh yer,kerangupan tu tidaklah lama dari pagi sampai ke petang..cuma masih sedap dimakan..
Tapi kalau goreng sedap tu,biasanya tak lama dah abis..tak sempat ke petang kalau goreng sebelah pagi.

Lagi satu kalau nak buat untuk makan petang,simpan lebihan adunan tepung(batter) tu untuk goreng sebelah petang lak.. Aku fobia sikit dengan kuih yang rangupnya lama sangat ni(terutamanya yang dibeli),dulu pernah dengar orang citer dorang bubuh straw yang dicairkan agar kuih kekal rangup..wallahualam!
Tapi tak dinafikan ada juga resepi kuih yang tahan lama rangupnya..cuma aku suka guna gini,lebih senang dan famili suka.. ;)

Oh yer, kerangupan berbeza dengan batter yang letak tepung beras tau.. tah kenapa aku tak berapa suka(setakat entri ini ditaip) kalau gorengan buh tepung beras..dia rangup keras sket bagi tekak aku..heh..cerewet..adik aku kata,buh tepung jagung jadi rangup juga lembut..tapi aku lom berkesempatan mencuba..

CEMPEDAK GORENG RANGUP 'LEMBUT'
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1 cawan tepung hongkong
1 sudu makan buttercup
secubit gula-optional,untuk mencantikkan warna kuih jer.
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
1 1/4 cawan air-atau secukupnya (adunan seharusnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Buah cempedak secukupnya..atau pisang masak,keledek,keladi dsbgnya..

Cara-cara

Satukan tepung ,buttercup,gula,garam dan pewarna di dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan handwhisk
Leraikan isi cempedak dari empulurnya dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
Panaskan minyak di dlm kuali,jangan terlalu panas yer,nanti kuih tak rangup sebab suhu terlampau.. sekadar cukup2 panas jer..
Sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.

Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sudah panas sebelum menggoreng.


Enak dimakan suam2 panas untuk sarapan pagi atau minum petang..yang pasti mudah dan jimat kalau buat sendiri kan.. sedap dan segar dari dapur anda..ahaks :)
Selamat berhujung minggu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...