Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 31, 2009

Tempoyak Udang Goreng... lagi!!

Hah...nih nak gak tayang antara menu lunch nih..
Biasanya menu ulangtayang malas nak tayang.hehe...takpe laa ek,gambo pun lelain kan.heee

Kalo 'antu' sorang(adik aku) nih ada kat umah nih menu nih memang tak miss kena buat kalo ada tempoyak kat dalam esbok tuh hah...
Memula nak buat sikit jer.nak jimat tempoyak tuh haa..mau meraung nengok tempoyak kat umah orang kang..

Lama2 masak tuh tmbah tempoyak,tambah lagi..then tambah lagi..sebab udang tadi letak banyak.nak belen punya pasal.. last2 tinggal ciput jer tempoyak stok ku ituu..bukan dia jer antu,aku pun antu tempoyak gak..hahhaha...

Sebelum nih dah tayang kat SINI(sila klik)

Bahan2:
  • 1 mangkuk kecil udang yg dbuang kulitnya
  • 6 sudu mkn tempoyak(leh tmbh ikut citarasa)
  • 1 labu bwg besar - di potong ikut suka
  • 2 ulas bwg merah dan 1 ulas bwg putih - dihiris halus
  • 2 tangkai cili merah,10 tangkai cili padi-hiris kecil
  • Minyak masak utk menumis,garam dan perasa secukupnya

Cara2:

  1. Panaskan minyak..tumis bhn2 yg dihiris dan dipotong sehingga naik bau atau sedikit kekuningan. Bubuh garam dan perasa secukup rasa.
  2. Masukkan udang dan kacau sebentar sehingga sebati dgn bahan tumis.-janan terlalu lama nanti udang keras lak..
  3. Akhir sekali,masukkan tempoyak dan kacau goreng sehingga sekata serta tempoyak berubah warna.Tutup api dan sedia dihidangkan..
  4. SELAMAT MENCUBA! :)
Jadi lepas nih korang jangan laaa tayang2 menu tempoyak yg boleh menggugat ke'stok'an tempoyakku yg ciput itu ya..ahaks :P

P/s: Thanks pada yg dah mencuba =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 Komen Di Sini:

HASNAH said... [Reply to comment]

Syedapnyer Sue...terliur weh..lum prnh makan lg nih...nanti nak cuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...