Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Cerita Bloggerz. Show all posts
Showing posts with label Cerita Bloggerz. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

TAHNIAH-Mas Duniaku

Entri istimewa untuk mengkhabarkan berita gembira atas kehadiran orang baru dalam keluarga Mas, seorang blogger masakan yang kita kenali dari blog Mas-Dapur Mas(klik).. rasanya dah ramai rakan blogger yang ada FB dah tahu berita ni melalui berita yang dikongsikan Izahdaut kat FB.. **dan dikongsikan oleh Anna di blognya,boleh tengok SINI,(sori anna..aku baaru nampak lak lepas post entri nih td..tak sempat blogwalking siang2,sibuk..hihi..sama lak tajuk entri tu ha.. :P )
Jadi nak kongsikan melalui blog pulak,memandangkan tak semua rakan blogger ada FB kan.hehe..maklum la,seperti kita sedia maklum Mas ni salah seorang pengomen tegar di kalangan blogger.. kiranya satu penghargaan untuk Mas juga laa ni.hee.. lagi satu nak taip kat FB tak reti nak pendek,taip pastu padam balik,taip padam balik..last2 baik taip kat blog aje.huhuu...

Jom tengok orang baru Mas..

Ni laa bayi comel yang Mas lahirkan seberat 3.16kg tengah malam tadi(29/05/2012)..dah minta izin dari Mas nak share gambar ni dengan rakan2 semua..Muhammad Adam namanya..aduhhh,comel laa..comel laaaa..tengok bayi kecik gini memang nak siyumm2 jer..aku yang nengoknya rasa nak beranak lagi lak dibuatnya(eksaited terlampau)..huahuaa..

Untuk makluman, mas masih lagi admitted kat HUKM sebab bayinya masih dalam pantauan doktor 48 jam lepas lahir sebab kes bersalin paksa(induce)..
ALHAMDULILLAH.. selamat segalanya,pengalaman selebihnya tu sama2 kita tunggu cerita dari Mas sendiri ya.
Buat rakan blogger berdekatan yang mengenali Mas tu bolehlah pergi melawatnya dan baby Adam jika berkesempatan yer..dia berpantang kat sepital sampai khamis ni katanya..aku duk jauh ni cuma mampu doakan ibu dan anak ni sihat sejahtera jerlah..huhu :)
Setakat ni dah ada sorang rakan blogger tu yang dah melawat Mas..amboii menjeleskan sungguh..huh..*jeles ni. ;P

Untuk Mas,selamat berpantang yer Mas..semoga cepat sihat seperti sediakala..lepas ni kitorang blogger masak2 pakat tayang ice cream,segala puding memuding,masakan belacan budu sumer..agak2 kejam tak,mas?muahaha..takde la mas,sian ko..paling tidak kitorang tayang kek coklat dan kek keju jerla ek..ops!hee :D
Ko makan ikan bilis je jadi snek k..lepas tu buat puding nasi(nasi lenyek ngan lada hitam campur halia pastu buh dalam loyang,baru potong2 ala2 nasi himpit,tuang air kunyit jadi karamel).ahak..resepi baru tu.. *seronok ye nyakat orang dalam pantang..hihi.. teringat masa bersekongkol dengan aida mamaigloo nyakat kak hana yang dalam pantang ngajak beliau pergi joging sama..huhuu.. saja ngusik kawan2..kan kan..hihi..

Dah,panjang dah bebel ni..asal nya tadi nak ucap TAHNIAH je.hehee..
Meh nak siyum baby Adam..hmmmpphh..hmmppphhh..wangi bau babyy...


P/s: aku suka siyum bau anak2 kecik aku yang baru bangun tido..bau busyuk diorang tu macam aromaterapi..siyes..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 27, 2011

Singgah Bertemu Blogger-Tun Telani

Assalamualaikum..

Sebenarnya selepas raya memang lemau tak abis2 nak blogging di samping tenet lemau gak cam biasa..paling teruk,bila aku baca entri kawan2 jer pastu tak berusaha(maklum,kadang2 tu kena refresh sebab tenet slow)nak tinggalkan komen...oh,tak baik..tak baik..minta maaf yer rakan2 blogger sekalian..pasni akan diusahakan tinggalkan komen kat entri korang..bukan senang nak buat entri tu bagi sesetengah blogger tau..jadi kita boleh menghargainya dengan meninggalkan komen..jangan komen yang tak berapa membina,udah.. :)

Okaylah nak cerita ni..eh semalam sebenarnya nak cerita tapi otak beku..sian kak amie dah tanya kat chatbox ..hehe..nak gi cairkan otak membeku tu kat tengah panas cuaca lak mendung jer..eheh..
Ok,ok..Sabtu lepas..dalam perjalanan nak balik kampung...aku dan keluarga berkesempatan juga akhirnya bertemu rakan blogger..Tun_Telani(klik untuk siaran langsung ke blog beliau). aa..ni antara blogger yang rajin mengomen kat entri2 aku laa ni..hehee...sebenarnya nak singgah minggu lepas lagi..tapi tak berkesempatan..atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Alhamdulillah..walaupun gi singgah umah orang tengah2 hari buta..kesampaian juga hajat nak bertemu Tun yang cantik manis ala2 minah arab ni haa..
Mulanya tu nak singgah pagi ..tapi ada hal lak cik abang ku itu membuatkan kami terpaksa bertolak lebih lewat.

Nak cari umah tun pun syukur gak laa sebab tak susah sangat..rupanya kat sini situ situ jerr..haha..sebelum ni melintas tengok jer laa tanpa minat. Tu yang tak perasan pun letaknya di sana. Padahal baru aku ingat masa papan tanda tu diletak dulu aku ada tegur bagitau cik abang aku tu..kat situ rupanya tempat tu yer..bila tun gitau direction tu..cam tak dapat imagine..tapi bila dah tiba sana baruuuu ingat.heee..

Sebenarnya ni blogger ke 2 yang aku jumpa..dulu jumpa blogger yang merantau gak..CTZura namanya..sekarang blog belum aktif balik..tambah2 ada baby baru lagi..mesti kebizian melanda. RIndu sama dia.. sama gak ngan Tun ni..dia pun ikut hb juga masa tu.. nasib baik sempat jumpa2an masa kat Sarawak ni yer..

Tun sama je kat dalam blog atau FB..peramah ngan encik hb nya sekali..yang kelakarnya,para2 suami lak yang rancak berbicara..sampai Tun signal2 cik abang dia suh amik gambo pun dia leh tak denga..ekeke.. ni sapa yang rakan blogger nih kan Tun? Tapi memang seronok sangat...hb tun pun sporting jerr..hb aku tu kalo orang tak bisu memang dia rancak jer.heheh..kalau orang diam,dia diam gak la..

Meh layan gambar lak..Terima kasih buat abanglong jadi potographer kitorang aritu...tapi gambo banyak ditapis sebab tuan umah yang kitorang pergi tu masih malu2 nak masuk gambar dalam blog..nanti lama2 dah biasa,ok laa tu..hihi

Haa..aunty Tun adalah blogger pertama yang berpeluang nyembang ngan Zhariff..haha.. Yo2 oo jek zhariff nyembang ye..padahal nanges jer kalo aunty amik nak dukung..

Mula2 tu nak singgah kejap jer..kejap jerr.. sekali,hambik. 1 jam jugak kat umah Tun..memang tak terasa.hihi..

Sempat laa kitorang menjamu selera dengan masakan Tun yang sedap. Karipap yang Tun buat kena ngan selera cik abang aku yang cerewet ngan karipap..tapi suka makan karipap..kalo inti keledek dia kureng la sebab manis..pastu taknak inti pedas sangat..sebab tu yang tun buat tu sedap je.hehe.. zhariff pun nyibuk gak nak makan karipap walaupun gigi baru tumbuh 2 :P
Masakan lain pun sedap gak..punah diet aku..hihi


Lepas abis makan tu sempat lagi sambung borak jap dan sesi fotografi..

Comel jer si Tun ni kan..? Biasa laa..orang muka comel2 manis2 ni memang mahal sikit nak tunjuk..hihi
Cer tengok muka Zhariff lak..stress jer..berkerut jer dahi dia..hahaha.. dia takut Tun amik laa tu..taknak duk dekat2..

Tengok muka dia..zhariff..zhariff..ikut perangai sapa tah ni..muncung dah cam itik dah. Orang ajak main pun taknak yer.hehe

Tapi sempat buat tayangan LIVE eksklusif untuk aunty Tun masa tu..gigi nan dua batang..ekeke

Dan tak lupa..sebagai bukti Tun dah dukung zhariff..hehee.. gambar terpaksa ditapis sedikit sebab tuan badan masih malu2 lagi.. ;P

Buat Tun Telani dan suami..terima kasih atas layanan yang diberikan buat akak sekeluarga yer..
macam tak habis2 benda nak borak yer tun..dari bawah tempat parking membawa ke dalam rumah pastu tun n suami anta ke tempat ke bawah lagi masih sakan berborak.hahaha..

Maaf jika ada salah silap terlebih gurau atau kata2 yang terbuat kecil hati ke..kot2 ada kan..yelah dah excited sangat dah jumpa kot2 laa gelak tak hengat ke..ekeke..
Pastu nak minta maaf kat Tun sebab tak bawa buah tangan yang special sikit sebab memang tak berkesempatan nak godek2..masa amat terhad sebab baru balik dari kampung gak rabu lepas..tapi insyaAllah ni bukan pertemuan terakhir kita ye Tun..hehe..

InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi kita jumpa lagi..terima kasih sekali lagi.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 1, 2011

Tahniah Kak Nor Azmihah Mohamed

Patutnya nak entri semalam. Tapi macam ramai dah sedia maklum Blogger.com demam cajun agaknya..tu yang nak sign in tak boleh,nak komen kat blog orang pun tak boleh..
Dah laa aku nih naik kuye2 jer,bila blogger.com buat hal nih lagi laa macam kuye2 pakai tongkat kan.huhu..

Apa2pun entri khas ni ditujukan khas untuk sekalung tahniah buat Kak Nor yang empunya blog secubitgaramnor67.blogspot.com.. Bukan setakat kalung tahniah jer,gelang, cincin,anting2 tahniah kite berikan atas kejayaan blog kak nor yang sudah mencapai hits ke angka 1 juta. Sapa2 yang tak tau makna hits tu,pengunjung blog kak nor ler..maksudnya... Ini bermakna blog kak nor sudah dibelek lebih dari 1 juta kali. Tahniah Tahniah Tahniah buat Kak Nor.
Cuba bagi kerlingan sinis sikit kat hits aku kat sebelah nih lambat lagi tu..agak2 tahun depan pun lum sampai lagi tu,maklum laa cap kuye2 katekann.hikhik..

Apa2pun sama2lah kita doakan agar Kak Nor dikurniakan kesihatan dan sesejahteraan hidup yang terbaik,agar dapat beliau terus berkongsi ilmu yang sama2 dapat kita manfaatkan bersama. Walaupun ada anasir2 yang dengki sifatnya terhadap kejayaan orang lain,diharap kak nor terus bersabar dan anggap itu satu pencapaian juga sebab orang berjaya jer yang layak untuk dihasad dengki. Dan biasanya orang tak puas hati ni sebab dia tak boleh buat apa yang orang dia dengki tu boleh lakukan. Ntah hape2 jer diorang nih kan. cube laa main masak2 ke..haa

Kadang2 perkongsian yang kita rasa perkara kecik adalah besar bagi orang yang memerlukan. Di blog kak nor sendiri perkongsian resepi dan sebagainya pasti sudah membantu ramai orang rumah yang baru nak belajar masuk ke dapur.
Walaupun dah terer masak2,kak nor masih rajin mencuba resepi2 baru dan mudah..

Kak Nor yang ku 'kenali' semenjak tahun 2008 masih sama seperti dulu. Tidak pernah meninggi diri dan rasa megah walaupun kejayaan demi kejayaan dah dikecapinya yang diantaranya resepi beliau yang pernah muncul di majalah JELITA..

Oh yer..Kak Nor bukan sahaja ramah sebagai blogger tau,tapi ramah sebagai seorang kakak/kawan di facebook(FB). Harap2 gurau senda kat FB tak diambil hati oleh kak nor,dan terus menyerikan FB tu..bersama mak2 daras yang lainnya..tapi cam muka yang sama je mak2 daras yang masuk korum ye kak?orang lain ngeri nak join kot..ekeke..

Buat Kak Nor Azmihah Mohamed(highlight sikit,kot2 masih ada yang tak tahu nama sebenar kak nor),semoga terus suksess dalam arena blogging secara amnya,berkongsi resepi secara khususnya dan berkongsi ilmu yang kami masih perlukan.
Tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan sejuta terima kasih juga buat akak dan sejuta tahniah atas kehadiranmu ke arena ini..
Semoga ikatan terjalin dapat berkekalan hingga ke akhir hayat. aminnn ya rabbal alamin...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 11, 2011

Nak Buku Resepi Aneka Roti Tak?PERCUMA Lak Tu..!!

Kalau sebut buku resepi macam best jer kan..buku resepi yang nih sama gak macam buku resepi yang ada dalam koleksi kita tu cuma versi ebook..ebook nih sama gak cam buku,cuma sebab teknologi sekarang dah canggih..takyah dibukukan dah,orang main download2 ajer..buh dalam folder kat komputer kita nih..kalau nak print pastu sila2 laa kan..

Kalau dulu orang bagi resepi kita sibuk amik buku n pen nak salin kan kan..sekarang nih segala2nya dihujung jari ..kenapa tak gunakan kemudahan begini...free lak tuu.. jangan ada pulak yang amik kesempatan nak jual ebook nih tanpa izin tuannya yer..tak baik tau..ni adalah hasil penat lelah
Rosmarlina@jintanmanis.com..

Terima kasih buat Ros yang sanggup bersusah payah bagi free ebook nih untuk kita supaya memudahkan kita mempelajari selok belok pembuatan roti sendiri di rumah..
Menurut Ros,ini juga sebagai hadiah untuk semua pengunjung website beliau yang sudah menjangkau angka 1 juta aritu..sila rujuk blog ros untuk cerita lanjut yer..

Sebenarnya aku pun baru pas download tadi,well u know..tenet cap kuye2 gini laa kekdahnya..ngee..
Bila dah berjaya bukak tu ..wahh2..banyaknya resepi best2..gambar pun lawo2 ko..
Yang seronoknya,nak buat roti nih walaupun korang takde Breadmaker,boleh gak membuatnya dan menghasilkan roti yang sedap,gebus dan lembut..dah siap Ros bagi tips lengkap kat ebook tuh haa..

Buat korang yang belum mendapatkannya,dapatkan cara2 mendownload ebook tu di link ini> Jintanmanis.com(klik jer,jangan malu2)

Lepas download tu,tinggalkan laa komen kat situ ye..bukan susah pun..tanda penghargaan kita atas penat lelah beliau menghasilkan ebook tu..

Haa,yang korang asyik kata 'nanti laa,nanti laa..'tuu..jangan nyesal lak bila dah takleh download kang yer..jangan tak tau,tempoh mendownload tu hanya tinggal beberapa hari je lagi.. huhu..ala,kejap je pun.. :P

Buat Ros,terima kasih sekali lagi dan semoga semakin menghasilkan idea bernas..diharap segala ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat bersama.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 25, 2011

Ni Sapa Punya Keja Nih???Ce citer,ce citer..!

Nampak tak?nampak tak? Tuuu yang tengah2 sekali tuh...tulisan kaler biru tuu.. ada tulis nama sapa..nama aku wehh! ni sapa punya keja hah??

Ehem..Saja jek nak perkenalkan adik lelaki aku nyer keje nih..hihi..

Nama commercial adik aku nih Ryo..
Baru2 ni dia baru aktifkan blog dia balik..dulu,dia yang beria suruh aku buat blog nih..masa tu hujung tahun 2008.. dah aku buka blog,dia lak malas nak berblog..ampeh jek beliau nih..hahaha..*sekeh sikit
Sekarang ni dia baru berjinak2 kembali nak mengenal dunia blogging..yang aku nak marah tu,dia siap delete post2 yang lama dulu sebab nak renovate bagai..pulak tu,dah delete baru beria cerita kat aku..rasa nak rampas jer laptop dia untuk jadikan laptop aku sendiri..ok,tu tindakan melampau.. tapi sayang jer dia delete kan post dia yang lepas2..walaupun post entah apa2 jer.. *sekeh dia lagi sekali

Sebenarnya adik aku nih lelaki tulen..(hahaha..)dan macho,ramai peminat lak tu <-promo adik bujang aku jap,tapi memang semulajadi dia minat dan pandai masak memasak nih..belum laa tahap che mat gebu kite tu..tapi kan,dulu2 dari dia kecik memang suka duk dapur masa kitorang tengah masak2..
Suka pulak tanya itu ini..sampai satu tahap tu kitorang suka suruh dia cuba masak itu ini..dia pun apa lagi,bila dah dapat lesen memang suka jek..

Dari masakan simple2 seperti ayam goreng,burger,telo goreng & sosej goreng(err..ni pun masuk list ke), dia berjinak2 membuat segala jenis kuih muih dan aneka kek termasuk kek lapis..
Masa aku nak buat kek lapis dulu2 laa(sebelum ada blog),dia laa pengkritik tetap..siap suh buh nama kek lapis sempena nama dia..pas dia ada nama kek lapis tu,adik pompuan aku pun nak laa jugak kan..aku ingat lagi kek lapis tu yang adik pompuan tu perisa almond yang Ryo punya nih perisa coklat..masa tu memang aku giler meng'alter' resepi kek lapis jadi resepi baru..rasa pun beza2 jek..heheee..
Masa belajar buat kek lapis tu dia diberi kepercayaan untuk melapis kek lapis(kukus) sampai laa dia dah boleh buat sendiri dan sekarang ni dia ada juga amik tempahan dari rakan2 sekerja..*p/s:ryo,jgn lupa komisen sket untuk akak ko nih bila ada tmpahan k..ekeke

Selain suka bidang masakan,dia juga aktif mengembara ke serata tempat seperti setakat nih dia dah pergi semenanjung malaysia,sabah,labuan,semenanjung malaysia..eh aku dah sebut rupanya tadi..malas nak delete balik..pastu dah gi singapore, hong kong,baru2 ni gi vietnam kalo aku tak silap...pastu aku dapat laa FM(fridge magnet),hasil dari pengembaraan beliau itu..hehe..mana tau pasnih leh dapat fridge lak kan..*materialistik mode

Lagi,kepada mereka yang memiliki atau memandu kereta Persona..dan dah join kelab apa ke nama..PPEOC ek? Boleh laa geng dengan beliau nih..Dia nih aktif juga bahagian negeri sarawak..masa konvoi kat melaka hari tu dia pun join gak kalo aku tak silap..aku sebagai kakak dia pun tak terkejar sangat aktiviti dia nih..sebab tu aku suruh dia aktifkan blog dia balik..senang aku nak rotan kalau lambat balik umah tahu perkembangan beliau..

Jadi,aku pun berharap agar dia terus aktif di dunia blogging nih dan mendapat sokongan dari rakan2 masak aku juga khususnya dan blogger2 yang baru sepertinya secara amnya..
Sila bagi tunjuk ajar mana2 yang perlu, kalau dia tak update blog ke..kan..
Dia ni giler2 gak cam aku,tapi masa wat keje memang serius jer cam aku gak..cuma aku comel sikit jer dari dier..muehehe..*sabo jela kan
Jadi kalau ada salah silap tu tegur2 je dia..aku pun korang tegur2 laa jugak kalo ada salah silap ye..tak yah tunggu raya.. :D

Nih laa blog beliau >> http://ryoazhar.blogspot.com/

Ni aku baik punya promo ni bukan apa,nanti kan kalau dia ada gi semenanjung ke..mana2 ke..senang aku nak kirim barang..hahaha..

P/s:Dia tak tahu pun aku nak promo blog dia..nanti korang masuk tegur2 laa dia yer..sure dia terkezut je tiba2 ada orang masuk.... hehe..thank u kawan2..muahhh!sayang korang yang sporting!


Edited:Happy birthday buat kakak sulung kitorang yang menyambut hari lahirnya pada hari ini 25 Mac..semoga hidupnya diberkati,dirahmati,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usianya..dan terima kasih kepadanya kerana ilmu dapur yang dia curahkan jugalah yang banyak membimbing kami dalam ilmu masak2 nih dari dulu..semoga dia berbahagia selalu.. aminn
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 18, 2011

Teh Perisa Strawberi

Haa..nih sambungan tayangan amal yer..kesinambungan dari entri sebelum nih
Nih laa buah tangan dari cameron highland(agaknya laa) daripada kak Rosaliza sekali ngan parcel tu..
sebab apa aku wat entri asing2 sebab teh ni spesel jer bagi aku..kami penggemar teh sebenarnya..biasanya teh pilihan lipton tu laa untuk teh o,teh susu teh yang dalam kotak tu..pernah gak minum teh bunga masak sendiri tu..dari sabah kalo tak silap kakak aku beli dulu..
Sekali dapat teh perisa strawberi nih memang teruja nak mencuba..tak pernah lagi sebelum ni..
Bila dah cuba,alhamdulillah..sedappppp..dengan aromanya memikat sukma.hehe..roommate daku pun berkenan siap dengan pesanan..'nanti order lagi tau'..erkk!nih yang kak liza bagi laa,masa dia gi cameron aritu kot..'
'Ada kat supermarket sana tuu agaknya..hee'hoh laki aku nih..kang aku ajak cuti2 cameron highland lagi sekali kang haaa...
pastu dia ulang lagik..order tau!sedaplah..
So,siapa tau ada jual teh gini online?haha..

Posing dengan cawan kesayanganku..oh tinggal satu jer lagi cawan ni daripada setengah dozen..sob son T_T.Dah beranak pinak ni memang harus terima kenyataan jer kadang2 pinggan mangkuk gelas cawan pecah..
Tapi cawan biru ni memang aku sayang tau..dari tahun 1999 dah ikut ke sana sini ke mana jua kitorang dipindahkan..hee
Susah nak carik kaler biru woo..masa gi Kuching aritu jumpa gelas biru jer..tu pun rembat jugak.hee

Eh..apa lak cerita pasal cawan nih..haa,nih laa bungkusan teh stoberi nih..kalau ada kat supermarket kat sinun,nak kirim nih..serius.
Ada gak roommate aku tuh suggest,apa kata buh perisa strawberi yang untuk buat kek tu dalam teh?kot2 rasa sama ke...hehehe..ada sesiapa pernah try tak? :P

Dan tak lupa sekali,keropok ikan kiriman kak liza gak..pun kegemaran sekeluarga. Dah lama tak makan keropok ikan..memang best giler..giler jer tak best gini!hoho
Part ni plak,komen roommate aku..
'lepas ni belajar wat kopok ikan lak eh..nanti leh buat kopok ikan sendiri..kita buh isi ikan banyak2 bagi sedap..'
'ada dah resepi keropok kat tenet(terbayang resepi kopok lekor jiya)..tapi resepi keropok lekor ler..'*sengih
'Bukan kopok lekor,kopok gini ler yang..'hoh..nah amik sebijik request dr suami. hehe

Siapa ada resepi kopok gini sila laa bermurah hati suggest kat aku resepinya yer..kot2 ada yang biasa buat keropok ikan sendiri ke kan..huhu

Sekali lagi,thanks kak liza n family.. :D
*Amik amani yang comel...tarik2 tubitt2...gomol2 pipi beliauu..errkk,naaa,dah nangis! kak lizaaaaa,amani nak nyusuuuu..eheh! :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 19, 2010

Bloglist Ben Ashaari


Tengok ramai yg buat post ni..mula2 kenapa yer..tengok2..ooo.. ehee..
Maklum laa,ketinggalan keretapi sokmo aku kebelakangan nih..
Jadinya nak juga join geng2 blogger dan harap tersenarai skali dalam bloglist Ben Ashaari ni..aku 'kenal' nama ben nih melalui mat gebu sebelum nih..memang meriah dengan kehadiran blogger2 yg aktif cam ben ni..tahniah ye!

sapa2 yg belum join meh laa meriahkan dunia blogging ni..dah ramai yg join pun,boleh tengok kat SINI

Ni syarat2nya:
1 ) Banner Ben Ashaari Blog
2 ) Tajuk ( BLOG LIST BEN ASHAARI ) dan linkkan ke entri ini .
3 ) Kategori mana yang ingin anda berada .
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 1, 2010

Yeyy! Menang Hadiah Tahun Baru 2010!!

Ini entri pertama di tahun 2010..
Entri ini amat best bagi saye, kerana pakcik menang moto saye telah menang hadiah teka teki kat Blog Cik Min..alangkah best saye rasa..Syukur alhamdulillahhh...!
Terjaga lepas tengah malam semalam,tengok kat cbox tu Cikmin suruh dtg umah,saye tanpa segan silu datang ajer mana laa tau leh makan pree ke ape pepagi bute kul 2 pagi kan..

Baru saye teringat Cikmin nak umumkan pemenang kuiz teka teki tu pukul 12tgh malam td sempena 2010..ohh ohh...saye sengih sampai telinga baca entri Cikmin, tak cukup bibir senyum,telinga pun senyum skali..murah rezeki di awal tahun..semoga berpanjangan hendaknya.aminn...

Inilah first time menang teka2 nih..nak join contest atau giveaway tak pernah lak.yg teka2 nih senang sket..tu yg suka join..hik!
Saye tak sangka tekaan saya amat dekat sekali,...ramai juga yang meneka dan banyak kali juga labu kena hentam kat entri tu...tahniah juga buat mereka kerana mencuba dan bagi meriah yer..
Apa yang penting,kerjasama!kata wonderpet kita mencuba..kan kan!

Inilah teka teki nya..'senang' ajer...teka masa CikMin dilahirkan..huhuuu... siap bukak kamus mak bidan tengok masa yg sesuai nak teka neh

Detik2 saspen diumumkan sapa yg menang.heheee

Diumumkan sebagai pemenang...paling dekat jer..tak tepat pun!kurang seminit dari waktu sebenar..ngeeee


Hadiah yang dimenangi merupakan produk kecantikan High Collagen 5000..Nih nak bagi lawa laa ni kot..jangan ada yang tak kenal dah pasnih sudah..awal2 dah perasan lawa aku ni kan,pakai pun belum


Akhir sekali terima kasih buat CikMin yang baru merdeka dari berpantang selepas bersalin serta keluarganya sekali kerana bermurah hati buat kuiz teka teki nih...ada rezeki nanti buat laa lagik yek..nanti kite klik2 nuff cikmin banyak kali..
jom2,gi blog dia terjah iklan nuff.(bodek neh)
Thanks juga buat kawan2 yg ucap tahniah ehh...sayangg korang! :D

NOTE : maaf sebab terlambat buat n3 ni..tadi tenet amat laa mengong...try n3 dr kul 4 tp asik page load error ajer..huhu..yg sebelum kul 4 tu ada program lain dan pagi tadi tenet takleh connect langsung..ampunnn.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 1, 2009

Mek CtZura Sekeluarga Dtg Beraya

1stly..nak mintak ampun zahir batin pd tuan punya badan yakni ctzura sebab gambar nih blur banyak..hihi..
seperti sedia maklum,buat masa nih kamera ku ini kadang2 ok kadang tak ok..huhh..
Ingat malas jer nak letak sebab gambar2 macam ber auraaa jek.hehee.
Tapi tuan punya badan suruh cuci ngan klorok bagi bersih sket...hihihi
Lastly..nih jer laa termampu kite buat...
Cuci ngan dynamo campo klorok jer..ingat nak letak soda bikarbonat sekali tapi kensel lak..takut ada side efek lak kang
Kalo letak tepung naik sendiri ok gak kot tadi..tp takpelah nih pun dah ok rasanya

Meh layan gambar raya nih..hee

Pada hari raya ke-2...rakan blogger datang beraya ke rumah...jeng jenggg...

Mek ct with hubby beliau..dan turut kelihatan c kakak kuasa dua.ehe..baju hijau tuh anak dara ctzura,yg sorg tuh rakan sebaya dia...anak dara aku laa tuh..dua2 pemalu...heee..
Mana pegi anak bujang ctzura nehh..
Kikikiii..(sound effect gelak nih)..Suka sangat ctzura datang beraya ke rumah tau.walaupun malamnya mereka nak berangkat ke KK-nak honeymoon..huhuu..Err...pasnih nak kena hempuk manja2 laa kamera nih..huuu...sabor jela cikgu saiful yerr..heee
Apa laa digelakkan ct nehh..apa2 pun sedondon tau...suami isteri n anak2..
Hahh..nih dia anak bujang ctzura...dak ammar..adoi la...cam ader power tuh..hehee....tuh cikgu saiful(hb ctzura)nak join main Tom n Jerry skali kot.ekeke...ampunnnn....gurau2 di hari raya :P
Gambar nih memang blur habis...nih si adik ammar berebut manja2 ngan c kakak..yg menjadi rebutan tuh si Tom ler.hehee...c kakak nih ngengada jer..lama dah om tuh rilek2 dah ada org juga baru nak main..budak2...hehe
Yesss!berjayaa!!hihiii..c kakak yg ngengada merajuk dah masuk bilik...sampai ammar kena pujuk..hahaa...adoi laaa...anak dara aku sorang tuh..sibbaik laa ammar nih budak baik..gentleman tuh gi pujuk..ekeke
Nih c kakak pas merajuk..tetamu lak nak kena pujuk dia..huhu..nih ikut perangai sapaa laa nih ekk..kekeke...kelihatan kat belakang tuh adik aku dan aku sendiri sedanb pegang si eyana..hah?tak nampak?ishh...lindung laa c kakak nehhh..heeee :P
aaa...pas tuh ammar layan lak anak dara aku sorang lg..yang nih kemain brutal lagik..kalah bulu abg ammar dibuatnya..hii...sori laa ammar yer.lenkali aunty wat latihan lemah lembut kat anak dara yg sorang nih..abis dicucuk2nya ammar ngan magnetic pen tuh sebab abg ammar nak amik dr tangan dia..hehe..tedekut tul dak kecik nehh...
Turut menjadi tetamu hari tu,jiran bawah ctzura...Cikgu Onn sekeluarga..anak dia sebaya ngan si kecik ku itu..hehe
Terima kasih yer ctzura dan semuanya sebab sudi berkunjung ke rumah ayahanda ku itu..nanti datang laa ke sini pulak..kite main masak2..heheee...
Segala yg terkurang harap dimaafkan yer..ada balang yang tak berbuka tu maaf ler,bukan x nak kasi makan...tapi duk kelam kabut jer sampai dah duduk pun asyik bersembang...pakcik dan makcik..hai balang kuih lupa nak dibuka...muehehe..takde la,ctzura siap tutup balang sendirik tuh..sibbaik dia x offer nak cuci gelas sendirik..ekekee...

Sekali lagi,mekasih yer ctzura a.k.a mama-lya(nick kat myR) sekeluarga dan juga cikgu onn sekeluarga sebab sudi datang ke rumah.. :)
Hidangan raya tuh semua(ketupat,nasi impit,daging hitam n kari ayam) semua adik n kakak ku yg buat..aku tolong tgk jer..heeeee...

P/s: Mekasih juga wat cikgu saiful n my hubby yg sabar jelaa tengok bini2 diorg nih tak abis2 gelak..hihih.. Ct,nanti ada masa kita gi window soping lak k..hik hik.. :P

Note: Dah diorg balik baru perasan x amik pun gambar berdua ngan ctzura..huwaaaaaa...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 30, 2009

Yippieee..yeyy!Parcel dah sampaiii.. :D

Fhewww...akhirnya siap gak celcom berukband mengupload pic yg aku upload nih..hee...
Ntah ngapa dalam tergedek2 ngupload tuh bleh jadik takde network lak tadi.huuu..

Okeh,nih nak cerita pasal parcel dari Bangkok nunnn...dikirim oleh adik Ika yg chumel dan mentel juga baik hati. Petang semalam dah selamat dibawa oleh adik aku yg kebetulan balik dari miri...nak kembali dari bercuti semesternya..
Tak sangka langsung pun dapat parcel nih dari ika, maklum laa kenal pun melalui tenet nih jer kan..hehe..
Bila dapat segala harta benda nih rasa terharu n tersentuh juga...terutama...apa tau?haa..jap lagik nengok.

Parcel nih dialamatkan kepada ctzura juga,so selepas transit kat sana,terbang lak ke sini..hehe.
Thanks juga pada mek ctzura yg kelam kabut jadinya semalam..hihi..

Untuk ika,memang pemberianmu ini amat2 dihargai..i lebiuuuu.muahhhhh2
Meh tengok sama2...

Nih sebelum diselongkar...sian ctzura kelam kabut lak peking semalam..tq yer ct! :)
Inilah isi kandungan parcel yg dikirimkan ika dari negara gajah nun...banyak gak wo...terkejutt mokcik..huuu...
haaa...yang nih paling terharu n tersentuh n teruja nengok...Begg???yaa...beg berwarna BIRUUUUU!!!!ahaha..sukeee sangat bila dapat warna biruuu..ctzura pun x tunjuk kat blog dia sebelum nih kan...tengok2 dapat kaler biru nih,nyaris histeria tahap nengok ultraman pakai tudung!sungguh cantik skali...suka!suka!tengkiuuu ikaaa..muahh2!nih hadiah besday dari ika tau...ngeee :D
Dan lagiiii....sekawanan gajah yang siap di'booking' oleh c kakak,nak dibahagi2 ngan banglong..ekeke.. Ayat kakak,"oh..yang nih kakak punya,kan..nih banglong punyaa kann.." bila pulak dia punya nih?hihiii...
Haaa...tolong fokus sket,kacang macadamia bersalut ceklat tuh.macadamia tuh pebret akak tau,ika...almond tuh pebret adik akak tapi akak pun suka gak!album gambo pun chumel sangat...kalo ika letak gambo lagi chumel tu.hihi...bekas tisu siap dah posing tuh..hehehe..sukee semua skali..
Rempah2 dari thailand..ika,kari hijau nih memang lama dah carik...err,cik abe yg carik..hehee...penggemar kari tuu..suka dia tengok bila tayang kat dia tau.tq2..
Beg biruku sedang diperagakan dengan isinya sekali...sayang laa nak pakai ika...nanti kalo berkesempatan jumpa ika baru akak nak pakai boleh tak??hihiii..
Satu2nya fridge magnet kat esbok akak sekarang..hehee...sebelum nih memang kosong jer sebab FM sebelum nih tak tau dah ke mana perginya..maklum laa,pindah randah cam org nomad dah..hehe
Yang nih agak 'mahal' nilainya nih...untuk kenangan...walaupun besday akak dah sebulan lebih berlalu,tapi ucapan dari ika tidak ternilai... :)
Semoga ika akan kembali aktif berblogging...settlekan laa apa2 yg patut yer...nanti ada rezeki kita pasti berjumpa juge...jasamu ku kenang... =)

P/s: Pertama kali terima parcel dari rakan yg dikenali melalui internet.. :)

UPDATE:

Sama2 kita doakan anak2 ika cepat sembuh ya..dan semoga ika dan keluarga tabah menghadapi dugaanNya..aminnnn..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 11, 2009

1st Time Jumpa Blogger

Salam..
So sorry....x sempat2 nak ngupdate blog di siang hari td..Pagi tadi,pergi rumah sedara agak jauh yg suaminya meninggal dunia petang semalam..Al-Fatihah..
Sebelah petang lak wat kek untuk my nephew sempena besday yg ke 7.
Lepas tuh meronda2 kampung tengok perkembangan persekitaran kan..
Dah tu sempat la riadah main badminton ngan adik2 n anak2..
Keluar gak peluh di badan..tak ler sempat lemak2 duk berkubang dalam badan jer ekk.. ;)

Malam lak baru bergegas nak wat topping kek tadi..n terus sambut besday kecil2an..
Seronok jer dier.hehe..(wpun kek aku buat tuh simplee jer..uhuu)

Semalam lak langsung x sempat nak update...'bz sket'..eheee

Ok2,sebelum melalut jauh2..meh bace n3 hari ni..BACA tau..jgn tengok gambar jer..kang x paham.. :P (untuk yg sudi ler nih..hehe)
Dah bace tajuk?Haa..Blogger yg dimaksudkan tak lain tak bukan,JENG3x..CtZura tuu...geng ngendeng ke umah2 orang di alam maya nih..heheee..

Sebenarnya kan,ada kisah gak nak jumpa ct nih..hihi..
Tapi dipendekkan cerita...memang nak kejutkan dia tahap orang terpijak lipan di kala subuh gitu laa..
Tak plan pun nak jumpa dia semalam sebab mulanya nak gi Miri hari ni.'(khamis 11/06)
Tapi my older sis minta jemput plak semalam..so,'kitorg' amik kesempatan nak terjah umah ctzura nie..
Yang sebenarnya,husbnd dia adalah bekas guru adik aku yg dahulunya student kat situ..heheee
'Kitorg' yg aku maksudkan tuh dgn adik aku skali ler...
Adik aku pun setuju jer bila aku pakat2 nak gi umah bekas guru dia nih...

Ngikut cerita my youngest sis nih, hb ct zura nih bkn saja bekas guru...tapi bekas 'bapa angkat' skali ngan ctzura jd 'mama angkat' masa program sekolah aper eh ct?ader kannn?
Ntah ct ingat ke tak lagi...hehe
Pastu adik sue kate,diorg memang 'ibubapa yg baikk' ngan 'anak' dier..
Cuma 'anak' diorg nih segan skit ngan 'ibu bapa' dia..ekekeke

Mula2 nak terjah jer terus,tp sian lak kang ctzura terperanjat beruk kan..kena kencing manis ke ape ke..
So bagitahu gak,nak singgah jap sekolah tempat hb dier ngajar..
Dia tak sangka kite serius kot...(ekeke)
Sekali betul2 nak pergi kan...mana laa dier sangka aku dah tau tempat dier tinggal tuh..
Sedangkan yg nak melawat dia n hb nih 'anak' depa sendirik...ahaha..

Alamak,dah panjang ke cerita aku nih?takpe2,bukan selalu cerita pasal gader2 ek..
Asyik tengok org jer gader2 kan...hihi
Dah sampai umah baru kol ct...dia terperanjat jugak wpun dah dibagitahu tuh..
Dia tkejut bukan apa,kot2 laa baru nak tanya direction ke hape kan(agaknya laa)...skali dah duk halaman umah..tau plak tmpt ekkk..(rupanya adik aku bgtahu)heeee...

Tunggu duk tunggu ct turun nih saspen gak..kot2 dia pengsan ke apa kan(kenyataan terlampau)
Alhamdulillah..tak pengsan.
Cuma masa tuh dia terkujat gak kot tengok 'surprise' yg aku 'bawak'
Anak diorg dah besarrr dahh..hehee..

Ct nih tinggi sikit dari aku...manis n cool orgnya tauu..bila senyum,lg tambah santek tau...
Kira kalo masih sekolah leh jadik geng bas sekolah laa kitorg rasanya..hhihii..
Hb dia pun sporting gak..Yerlaa,umah kena terjah nih kena byk2 bersabar laa ye cikgu..ngee
Anak2 ct mula2 malu2...then si adik(amar) dah panas enjin,
tp si kakak(Alya) tetap cool n wat muka tak bersalah jer..hehee

Jom tengok aksi2 kat umah ct nih..yg penting,layanan tetap tip top ok..heee

Tengok 'spiderman' mulanya malu2 siap tutup muka..si kakak cool...baca buku tuh..
Haaa...'spiderman' dah jinak dah..hihi..tuh ngah pujuk c kakak(alya) duk dekat,tp dier tetap wat muke x bersalah..ekeke..c kakak(Amylda) ngah sipu2 jer tengok kawan baru..hehe.Eyana si kecik lak kate,'aku ikut jerr...'


Posing jap ngan anak2..oops!silau lak ehh...heee.Ingat nak pinjam topeng spiderman adik Amar...(ader laaa,mcm sorg blogger tuh..ekeke)maklum ler,aku nih kan pemalu orgnyer...wihihi :P
Eyana masih kate..'aku ikut jer..'

Cantik kan umah ct nih..pandai dia hias..macam bukan duk kuarters kerajaan..Bleh byg dah dia makeup umah dier kat kota tinggi tuh kang..ehehe..
Nih anak bujang aku...Banglong..muke dah keletihan jer..huhu..skali lagi eyana kate...'aku ikut jer..'

Hihii...tengok aksi adik(amar),dah mula bermain ngan bglong n kakak(amylda)
Ntah apa benda mainan si amar nih..kalo tengok lama2,lain mcm plak rupanya..kehkehkeh..tuh tangan kakak(amylda)..hehe

Nih plak aksi kakak(alya) ngah nyorok belakang mamanya..hehehee
Akhirnya nak gak dia berpaling setelah dipanggil berkali2 supaya posing depan kamera...Comel jer kan!
Ok..kandid2!iskhh2...blur plak adik aku amik gamba ekk..xper2,kebetulan plak kitorg dua2 nih pemalu orgnya..kikiki
Susah2 jer ct sediakan hidangan untuk santapan kitorg petang tu tauu..Siap sediakan minuman panas dan sejuk...air laici sedap jer lalu kat tekak,wpun baru lepas melantak aiskrim kat mall..hehe
Anak aku dengan muka x malunya nyaris2 abiskan keropok ct..(eh?abis kot..ekeke)

C kakak(Alya) nak juga ambik gambar kenangan ngan kawan sebayanya c kakak(Amylda)..sebelum berlari semula ke belakang mamanya...hehee..

Sesi amik gambar..ekekek..ct plak tunjuk bakat melentikkan jarinya..hehe
Tengok model sampingan yg melekat belakang ct tuh..hihihi
Nih nak balik dah..kelihatan si adik dengan wajah cerianya dan si kakak(alya) merenung muka si kakak(amylda) dengan sepenuh perasaan..baru nak panas enjin kot..hihih
Model sampingan kali nih, hb ct...yg x nak masuk campur urusan bdk2 nampaknya..hehe

Sebelum balik,singgah jiran bawah ct..bekas guru adik gak...dah cam beraya lak kitorg. Ingat nak singgah depan pintu jer,tp wife dier siap wat air dah..nyusahkan org betul laa kitorg nih..huu..Tq byk2 wat suami isteri nih juga.. :)

Tak sempat amik pic byk2,nih gambar baby Cikgu Onn tu..7 Bln.. Eyana kate,'kali nih kena posing baik punyaa..xkan setakat ikut jer ' hehee..

Sempat nyembang ngan wife Cikgu Onn tuh..
Dia kata Ctzura nih rajin buat kuih muih.....hihi..memang punn..kan ct kan!

Terima kasih banyak2 kat ctzura n keluarga atas layanan yg cukup mesra,mcm dah kenal lama jer..
Actually,Ct n suami pernah datang beraya umahayahanda kat kpg nih..tp aku ngan ct memang x pernah jumpa laa..sebab masa diorg dtg beraya,aku takde kat umah..
Tak sangka jumpa kat alam maya eh...wat a small world!
InsyaAllah,dipanjangkan umur kita gi ber 'desting' lagi ekkk..
Seronok jumpa ct n family,x puas nak sembang2 n gelak2..ehehehe

P/s:Setinggi penghargaan pd kwn2 yg sudi baca n3 nih..Komen anda setiap satunya dihargai.. :)

P/s lg:To Ika/Ijah...ehemmmm2 :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...