Tapi serius,bahan yang digunakan sikit jer(lor,tak abis lagi..hahaha..)
Hasilnya? Mabeles..mabeles..! Kek span coklat yang lembut dan gebusss montok..pastu kan,aku buh filling cream cheese frosting baki daripada membuat kek red velvet sebelumnya..resepi yang dikongsi oleh Anna yang meroyan mengomen di entri tersebut..hahaha...tq anna dan penyumbang resepi asal frosting yang sedap tu.
Ahh...yang resepi kek roll ni pun dikongsi oleh tokey kek dikenali ramai kak Naz..lepas tu dicuba oleh tokey kek jugak iaitu Noorsha yang nge'share' kat blog beliau...lepas tu dicuba oleh tokey tart Mas..lalu aku pun teringin ala2 ngidam gitu nak mencubanya sendiri..kot2 lepas ni jadi tokey kek gedung besar2an ke kan..hakhak..korang taknak ngidam sekali ke?
Terima kasih laa kat penyumbang resepi asal Maklang Azie, kak Naz cute, Noorsha Anggun dan Mas cantik yang kongsikan resepi nih kat blog masing2..rasanya ada juga blogger lain dah cuba jangan merajuk jika tak disebutkan di sini ye..tak perasan link kot.hee.. Nih kopipes dari umah Mas jelah..senang citer.hee...tq semua! Boleh tengok roll yang mereka telah buat kat link yang disertakan di bawah ini ya..klik je kat nama masing2.. :-)
Swiss Roll Coklat
Sumber : Maklang Azie dan Kak Naz - Cute Oven Small Kitchen
Bahan [A] :
3 biji telur gred A atau B
2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp asen vanilla
1/2 Tbsp ovallate
1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 Tbsp tepung gandum ni, kalau guna sukatan Tbsp - letak 3 Tbsp jer)
2 Tbsp serbuk koko
1/2 Tbsp susu tepung
Bahan lain :(Filling) - HaSue guna creamcheese frosting(klik untuk resepi)
2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya ( Mas ikut Noorsha guna cream cheese filling)-
Cara :
- Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
- Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
- Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
- Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
- Gulung kek dengan cermat menggunakan baking paper.
- Balut kek yang siap diroll dengan baking paper.. simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Ohhh yer, satu adunan tu,aku dapat dua roll..maklum la,loyang ada comel2 jer... hah?macam aku jugak? Alaa,korang nii..*blushing* akakaka... :-P
Yang kat atas ni,guna creamcheese frosting tu..aku buh coklat chips..untuk gigitan berkrim dan kerangupan coklat..hmmmp!sedappp!!
Tapi yang ni pun sedap juga,dan anak2 lebih suka yang ni..creamcheese frosting tu aku tindan dengan blueberry filling..baru gulung..dengan kek span yang lembut tu memang best nak gigit..nyummmy!













































