Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts
Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Roasted Beef vs Gulai Daging Salai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk hari ke enam kita berpuasa .. dah ada yang sibuk turun naik penimbang ke? Amboi,dah kurus katanya ye..tahniah2.. kiranya sambil beribadah dapat juga menurunkan berat badan kot2 ada terlebih kan..kalau ada yang makin terlebih2 beratnya dari biasa tu,kaji balik apa yang korang makan atau minum semasa berbuka atau bersahur la yer.. :D

Nih nak citer ni...menu ni buat sebelum bulan puasa aritu, sebelum ni memang kitorang teringin je nak makan western2 gini yang dimasak sendiri sebab selalu duk tengok jer kat tv tuh kat channel asianfood network kan ..so dipendekkan cerita,aku pun pilih laa daging batang pinang ni kan...aku perap semalaman bersama lada hitam(freshly cracked),cajun mccormick, garam dan minyak zaitun(e.v.o.o)..
Dah esoknya aku pun bakar ler dalam oven..

Roasted Beef
By:HaSue

Bahan2:
Daging batang pinang
Rempah cajun mccormick
Sedikit oregano kering
Lada hitam
Garam
Extra virgin olive oil(e.v.o.o)

Cara:
Gaul daging dengan semua bahan. Tutup dengan plastik cling dan perap semalaman dalam peti sejuk. Bakar dalam oven pada suhu 160c selama 45 minit. Hidangkan bersama sos lada hitam atau pilihan.. Enak dimakan bersama kentang putar.



Biasanya yang gini laa medium rare kann.hehee... aku kalo gini boleh lagi laa masuk tapi kena ada sos laa ..Tak nak laa yang masih juiccy sangat tu..
Lepas tu,baru berkira2 nak buat sosnya nih, cik abang merasa laa daging ni gitu jer.sedappp katanya..daging dah rasa manis kan...dengan perapan tu pun dah best gak..daging moist jer sebab buh e.v.o.o kan... lepas tu tetiba muncul mentol kat atas kepala beliau...
"Apa kata daging ni buat masak lemak?" Ah sudah...mudahnya dikau berpaling tadah..hehe...maklum la,kalo makan daging roasted gini mana sesuai nak ganding dengan nasi kan..dia lak jenis yang memang mencari nasi kalo time lunch..
"are u sure?" tanya aku balik..tetiba cakap omputih pas makan menu omputih kan.
Dah dia kata "sure" tu aku pun gi bakar lagi daging tu sampai well done masaknya.

Well done gini haa..masak elok tapi still lembut!
Lepas itu...yer,selepas itu baru aku teringat sebelum tu kak Anymz ada buat tayangan amal kat dapur beliau pasal gulai daging salai..aku pun apa lagi,gi geledah dapur kak nim tanpa waran sebab nak cepat..tak sempat nak apply waran bagai.
Tengok2 bahan guna belimbing buluh..ah,gantikan ajer dengan asam kandis yang ada...bisik hati kecilku masa tu sesuka hati.. tengok lagi guna santan cair dan pekat..dah terbayang si santan kotak yang bakal aku ejas jadi cair dan ku tinggalkan sedikit yang pekat..kehkeh...tak pasal2 ngejas resepi kak anim..

Tapi kan,walaupun gulai daging salai ku serba daif dan kekurangan,tapi dari segi rasa tak dinafikan...erhh..masam2 pedas tu rasanya sampai jugak kat tekak nih..maksud aku tu,apa yang cuba disampaikan oleh kak nim dalam resepi masakannya tu aku dapat rasa dah walaupun tak sempurna..
Sebelum ni kalo masak lomak memang den nak tumis yo..eh kuar lak loghat nogori bercampur2..maklum la pas makan masak lomak kan.


Jadinya,tarraaaa...! ni laa gabungan masakan western dan masakan nogori...ngko ado?hahahak.. sodappp ni..den suko! Berbeza tau dari rasa masak lemak yang ditumis..lagi best bila dah lama sket,santan dah sebati dengan daging..aduh. dah2,boleh kurus puasa kalo bayangkan lebih2 kang...kalo leh kurus badan takpe jugak kan.hehee...

Minta izin yer kak anim,nak share resepi kat sini...tapi bab meroasted tu memang ikut suka hati den yo.heee... terima kasih kak!

Gulai Daging Salai
Resepi dan sumber: anymz @ mykitchen

Bahan2

1 kg daging di hiris setebal 1/2 inci selebar tapak tangan-ketepikan
2 biji kelapa di jadikan santan
1 cawan santan pekat-pati
3 cawan santan cair
2 batang serai-di titik
25 biji cili padi*
sedikit kunyit hidup*
serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Belimbing buluh secukupnya-di titik sedikit

*ditumbuk lumat

Cara

Daging yang sudah siap di cuci di gaul dengan serbuk kunyit dan garam
Perap semalaman
Daging yang sudah di perap di salai di atas bara hingga wangi dan kering air daging
Daging kemudian di hiris nipis
Masukkan daging ke dalam periuk bersama air secukupnya-agak2 tenggelam daging
Kemudian rebus daging hingga empuk
Boleh guna pressure cooker jika ada
Masukkan cili padi yang sudah di tumbuk bersama serai
Masukkan juga santan cair bersama garam dan juga belimbing
Masak hingga mendidih.
kacau selalu
Sudah mendidih masukkan santan pekat
Kecilkan api
Dan biarkan hingga masak kuahnya
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 12, 2012

Creme Brulee.. my 1st time U!

Assalamualaikum.. ^_^

Selamat bercuti2 buat semua...masa cuti2 sekolah ni dunia blogging lengang la sket kan.. lama senyap tak ngentri adalah kerana tenet bermasalah..takde signal sokmo..
Sabtu lepas balik kampung,singgah Bintulu menghadiri perkahwinan rakan cik abang,malam tu juga teruskan perjalanan balik kampung..penat acik.
Semalam lak(Ahad) kitorang terbang ke KK,Sabah..cuti2 dengan famili kecilku dan sebahagian dari famili besarku..hehe.. dah semalam di sini,seronok jenjalan ramai2..

Tapi untuk entri ni,nak cerita pasal dessert omputih nih..
Sebelum ni aku pernah merasa sendiri yang dibeli dari bakery. Harga memang mahai ler kan..sebekas kecik maybe dalam 2-3 sudu makan je pudingnya dah harga rm2..
Tapi memang puding ni kaya berkrim lemak2 gitu,jadi memang takleh nak makan meriah2 sekali la..makan manja2 gitu..hayati setiap suapan..aiseh..ayattt

Biasanya kan orang bakar gula yang ditabur atas puding tu guna torch(yang macam orang guna welding tu tapi bukan yang itu ler..hehe)..untuk hanguskan gula tu..tapi sebab takde,aku bakar dalam oven guna api atas..memula aku letak tingkat atas..tapi disebabkan takut terlebih hangus,setelah kelihatan nak hangus tu,aku pindah lak ke rak tengah macam nak bakar biasa2 tu.. itu pun aku x tunggu semua gulanya hangus..masih berbaki gula yang masih tak terbakar..hahah..betapa fobianya aku kalau puding tu terlebih hangus lak karang..ehee..

Tapi,alhamdulillah! Percubaan pertama ni menjadik...sama cam yang aku beli kat bakery...kire ok laa tu.. kan?
Tapi lagi sekali, tu laa..nak buat ni walau bahan2nya simple tapi kesabaran perlu diperbanyakkan sedikit di sini..sebab nak mengacau dengan kaedah double boiler satu perkara,l nak tunggu benar2 sejuk lagi sebaiknya semalaman..
Dah sejuk,nak buh gula lak buh atas yang nak dibakar hangus tu kan..dah lepas bakar kena tunggu betul2 sejuk lagi..kalau belum sejuk sesejuk2nya,hasilnya seperti di bawah ini..:

Align Center
Tadaaaa...! nampak sedap dan berkrim,bukan?
Memang sedap berkrim pun..tapi tekstur masih belum menyamai seperti yang aku rasa aritu..so aku sejukkan sebenarnya2 dalam esbok..sehingga seperti gambar di bawah nun.

Untuk resepi,aku rujuk dari blog kak Noreen..dia ni stay kat oberC..tak sure la sekarang masih duk situ atau dah balik Malaysia..
Kalau korang nak try for the first time wat creme brulee ni,aku syorkan resepi nih..insyaAllah jadik,cuma kena sabar jek..kena kacau sampai adunan pekat ye.
Terima kasih kak noreen yang kongsikan resepi nih kat blognya..

CREME BRULEE
Sumber:Noreen Homecooking @noreen-homecooking.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan (6 mangkuk kecil):

4 biji kuning telur
1 cam besar gula kastor
600ml whipping cream
sedikit esen vanilla
sedikit gula kastor (utk ditaburkan diatasnya)

cara:
- pukul telur dan gula hingga sebati
- letak krim dlm periuk kecil buat secara double-boiler tapi pastikan air dlm periuk mendidih perlahan
- kacau supaya krim tidak hangus
- bila krim jadi suam, masukkan campuran telur
- kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air dibawah periuk mendidih perlahan)
- masukkan sedikit esen vanila dan kacaukan supaya jadi sebati
- tapiskan ke dlm 6 mangkuk kecil yg tahan panas
- letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air
- bakar dlm oven 140c selama 40 min
- biar sejuk sebelum diletak dlm peti sejuk semalaman
- taburkan gula kastor, grill hingga gula diatasnya menjadi keperangan
- biar sejuk kemudian disimpan didlm peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan

Kat atas tu dier akan 'crack' lepas tu baru dapat puding yang lembut n halus di dalam..Memang best dimakan sejuk2..makan sikit2 gitu..emmmh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 2, 2011

Resepi: Angel Hair With Creamy Mushroom Sauce

Wahh..wahh..
sana sini duk menayang menu iftar atau menu berbuka semalam yerrr..
Kite baru nak tayang menu malam sehari sebelum puasa..ahak..
Dah lama ni meng listkan sebab agak senang gak laa nak cuba..
Tapi aritu cari pasta yang ada cuma makaroni,makaroni dah ada dalam stok nak buat yang cajun tu..
Dah dapat angel hair ni kebetulan lak adik aku yang pompuan tu stay sini aku pun buat laa menu ni dulu sebab dia pun suka menu berasaskan mushroom soup ni haa..

Resepi ni diasaskan(cewah..kemain ayat) oleh Alongroz..dia dapat idea masa merasa menu gini dari sebuah restoran di Europe masa dia cuti2 ke sinun beberapa bulan lepas..aku pun terliur laa nengoknya dan terasa nak makan gak..ehehe..mudah terpengaruh katakan..
Bila Along create resepi nih,apa lagi..
Oh yer..menu asalnya sebenarnya guna pasta tagliatelle ..Along buat versi guna spagethi.. aku lak buat guna pasta angel hair sebab kat umah ni tak minat spagethi..ehee..
Jadi korang leh guna mana2 pasta kesukaan korang laa eh!

Memang creamy betul laa..kann..hehe..


Minta izin yer Along..nak c n p resepi ke sini pula..kot2 ada peminat pasta nak try kan.. ;)
Terima kasih Along cayang! Sedappp angel hair dimakan bersama kuah berkrim ni..sapa2 selera western tu cepat laa try!
Eh kalau yang suka pedas tu boleh jer buh cili api atau lada hitam lebih..hehe.

Angel Hair with Creamy Mushroom Sauce
Resepi: AlongRoz@HomeKreation
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN2:
1 peket Spageti - rebus & tapis ->hasue guna pasta angel hair
4 sb Minyak Zaitun
1 bj Bwg Besar*
4-5 ulas Bwg Putih* (* cincang)
1 tin besar Campbell Creamy Mushroom Soup
1 tin besar Air-guna tin campbell
1 tin besar Cendawan Butang - blend separuh lumat & separuh kasar
Serbuk Lada Hitam
Parseley
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak zaitun & tumis bwg besar & bwg putih sehingga layu.
Masukkan cendawan & kacau sebentar.
Masukkan sup cendawan, air, parseley & garam.
Kacau sehingga menggelegak.

2. Hidangkan dgn pasta kegemaran & tabur dgn parmesan cheese.

Aku memang suke jer angel hair berbanding spagethi..hehe.. halusss jer lebih kurang mee kolok sarawak.. ;)

Lepas tu suka buh kuah banjir gini....sedap2! Daun Parseley kering tu aku dah beli lama. Ingat nak buh masa buat pizza tapi asyik lupa jer..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 10, 2011

Resepi: Mushroom Soup

Assalamualaikum semua para blogger dan bukan blogger..
Hari ini anda akan dihidangkan dengan sarapan ala2 barat yang didatangkan khas dari Sarawak bumi kenyalang..ahaks..

Tak boleh nak celoteh panjang2 sebenarnya..jap lagi nak anta adik aku gi bandar plak..dia menghadiri kursus apa kenamanya tuh dalam minggu nih..
Jadi kalau sempat nanti boleh laa turun kejap ke supermarket tu..kot2 ada barang yang nak ikut balik ke,kan..ehee..

Meh jamu mata pepagi ngan brekpes ala2 western nih..

Aku makan ngan french toast jer..last2 x cukup kitoranf makan ngan roti biasa gak..haha..sedappp!

Jom tengok resepi..dah ramai yang mencuba sendiri..leh tengok link di bawah yer untuk ke resepi asal..rata2 bagi komen ala2 mushroom soup kat pizza hut..
Terima kasih minami133@myresipi.com..

Mushroom Soup
Resepi:Minami133@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum


Cara-cara

potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.




Cicah roti best n bestt..!

Sesiapa penggemar mushroom soup leh cuba resepi nih sendiri..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

Resepi: Chocolate Souffle` .. (bukan solay..solay tau) :P

Mentang2 hari nih menu barat kan..jadi dessert barat pun kuar laa..
Nih first time laa aku merasa souffle nih haa..
Tapi tak berapa nak cantik laa kejadiannya..tapi tayang jugak laa kan..huh.. harus buat lagi lenkali nih..

Err..korang pernah dengar atau tengok tak souffle` nih sebenarnya? Aku sebelum nih pernah gak tengok..tapi aku ingatkan macam kek2 span biasa jer..heh.
Bila dah tengok masterchef dulu tuh..baru tahu souffle nih disebut soflay(ejaan baku) bukan solay solay~ citer kak limah tu yer....
Sebelum tuh aku ingatkan orang sebut cam nak nyebut shuffle tuh..jadi aku sebut sofel.. meh pakat gelakkan aku secara koir..hakhak. Sibbaik laa tak pernah ngoder kat restoran kan..kot2 nyebut sofel sofel..orang tak tau..rupanyer shouffle`(sila guna lidah peghanchis)ahak..

Amik resepi nih kat dapur kak nor..kak nor lak amik dari Ribbon n circus..pastu pokok pangkal resepi lagik korang klik jer link2 yang diberi..hee
Terima kasih buat semua ya..mintak ijin nak kongsikan di sini.. :)

Chocolate soufflé {Taken from myrecipes's Individual Chocolate Souffle}
source : Ribbon & Circus
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients;
Cooking spray ~ K.Nor gris dgn butter jer
4 1/2 tablespoons granulated sugar, divided-next time I'll used fine granualted sugar..
1 tablespoon all-purpose flour
1 1/2 tablespoons Dutch process cocoa-I used unsweetened cocoa powder + a pinch of soda
2 tablespoons fat-free milk
1/4 teaspoon vanilla extract
1 large egg white
1 teaspoon powdered sugar

Preheat oven to 350°.
Coat 2 (6-ounce) ramekins with cooking spray; sprinkle each with 3/4 teaspoon granulated sugar.
Combine 2 tablespoons granulated sugar, flour, cocoa, and milk in a small saucepan over medium heat. Cook 2 minutes, stirring until smooth. Spoon chocolate mixture into a medium bowl; cool 4 minutes. Stir in vanilla.
Place egg white in a medium bowl; beat with a mixer at high speed until soft peaks form. Add remaining 2 tablespoons granulated sugar, 1 teaspoon at a time, beating until stiff peaks form (do not overbeat). Gently stir 1/4 of egg white mixture into chocolate mixture; gently fold in remaining egg white mixture. Spoon mixture into prepared dishes. Sharply tap dishes 2 or 3 times to level. Place dishes on a baking sheet; bake at 350° for 15 minutes or until puffy and set. Sprinkle each soufflé with 1/2 teaspoon powdered sugar. Serve immediately.

** sedikit pesanan dr owner resipi. Kalau nak gandakan adunan utk menghasilkan 4 ramekin, JGN letak 2 sudu besar tepung tapi hendaklah letak 5 sudu kecil sahaja. Kalau letak 2 sudu besar tepung nanti adunan menjadi agak berat.

Huwaa..rasa nak nangis nengok huduh ghupenya nih..haiyoh..ni bukan silap resepi ye..tapi aku mesti ada silap mana2..hehe..tapi pengalaman membuatnya yang seronokkk!

Aku buat 1 adunan aje..dapat dua bekas..amik gambo pun secepat mungkin..tu pun tak sempat..haha
Aku tengok masa masterchef tu kate shouffle yang menjadik n terbaik harus dihidangkan segera masa masih membumbung naik tu sebab ia akan turun dalam masa beberapa saat jer..kalau aku tak silap la..kalau silap sila betulkan ye..tu yang whitney miller yang comel tu buat tuh kitorang lak saspen masa dia nak nganto ke meja hakim..hehe..
Best je nengok masterchef tuh kan..semangat nak masak2 n cuba resepi..masterchef malaysia nanti camner la agaknya kan..

Tapi shouffle aku nih cepat lak turun..sibbaik tak jadi peserta masterchef kan..kalo tak mesti dah nangis balik umah nengok rupa shouffle aku nih..ngeee
masa dibakar tu naikkk setinggi niii..syok giler tunggu depan oven..haha...*ayat jakun
Rasa memang dah sedap n lembut.. cuma aku buat tak cukup ringan ke ape..adeh.. pastu rupa tu macam bukan souffle` jer aku tengok..ngeee..

Terus terang aku bagitau,aku mencuba buat souffle` pestaim nih bukan teruja nak merasa,tapi teruja nak tengok kejadiannya..hehehe..

Selain kat link penyumbang resepi di atas tu,kalau nak tengok rupa souffle` dan apa sebenarnya ia nih..leh rujuk SINI dan tengok rupa souffle` yang jelas seperti whitney buat dan aku bayangkan,leh tengok kat SINI..
Oh,terujanya nak cuba lagi ni..heee..terbayang2 aku souffle` yang nak tumpah dari remekin..hurmmmm
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 19, 2011

Resepi: Madeleines

Jap! Aku cuba nak ingat bila aku beli acuan madeleines nih..rasanya dekat setengah tahun jugak laaa dah bertapa dalam kabinet tuh.. Ha'aa laa..betul laa tuu..lama laa jugak kan! Masa jumpa acuan nih memang terbayang2 kuih ni dan teruja amat nak mencuba..bila dah ada acuan tu cam biasa laa,tangguh2 aje di samping mencari resepi yang berkenan di hati..ngeheee..alasan ko sueee..kemain lagik!carik resepi kununnn..dah malas tu cakap je malas! ;P

Teringin juga nak merasa bahulu orang barat nih..1st time tengok orang makan kuih nih kat cerita Transporter...yang pelakon utamanya siapa namanya tuu..err,Jason Statham dengan Sue Que kan?Kalau salah tolong betulkan hamba yer..bukan hafal sangat nama diorang nih..tapi masih ingat lagi the moment dia masakkan madeleines nih untuk polis tu thru buku recipe yang baru dia tengok pagi tu jugak..haha..tak ke senang namanya tu nak membuatnya!
Lepas tu polis tu pulak cakap kuih ni nostalgia kepada dia sebab ibu dia selalu buat masa kecik2 dulu...ala,maksudnya macam kita orang melayu laa kot..mak2 selalu buat bahulu nih kan..cuma kat Sarawak ni memang dulu2 aku jarang jumpa orang buat bahulu..huuu..

So petang ni berkesempatan laa merasa kuih ni ikut resepi yang dikongsikan Ros atau namanya di myR, onigiri..Terima kasih ye Ros kongsi resepi nih..akhirnya terasmi juga acuan tu..hehe

Sedap tau! Rasanya tu(kalau ikut resepi ni laa yer) macam kek mentega..kejap2 macam kek oren pun ada..sebab aku parutkan kulit buah oren..pastu teksturnya lembut dan agak moist juga..gebus lak tu..

Yang ada acuan madeleines tu meh try resepi nih..yang nak mencuba gak tapi belum ada acuan tu,boleh jer hentam guna bekas muffin ke, paper cup ker..acuan bahulu pun belasah aje..hehe..
Acuan kuih ni ada pelbagai corak di pasaran kan..aku jumpa corak ni jer yang se tray..yang satu persatu ada sebijik jer jumpa..lenguh gak tu kalo guna satu2 nak bakar kan..lagi2 dapat ke aku yang tak berapa rajin nih..ahaks!

Kalau ikut bekas acuan Ros boleh hasilkan 18 biji...aku lak 12 biji jer..isi terlampau banyak kot..tak pun acuan aku lebih besar..tak kisah lah,janji masak n sedap! :D

Madeleines
Resepi: Ros/Onigiri@myresipi.com
Sharing By:sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

* 125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
* 90 gram gula
* 125 gram tepung gandum
* 125 gram butter ( cairkan)
* 4 gram baking powder (1 sudu kecil)
* 25 gram madu (1 sudu besar)
* sedikit parutan kulit lemon atau kulit oren

Cara-cara

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter, parut sedikit kulit oren, glis acuan madeleines dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madeleines tadi.
2. Pukul telur dan gula hingga agak kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit Oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.
3.Kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit, biar lebih sedap dan bagi tujuan menaikkan aroma. Scop adunan dah isikan 80% dlm acuan. akhir sekali panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 14 minit, Ok dah siap, sesuai untuk minum petang, bentuk pun comel je.
4.Jika tiada acaun madeleines ,boleh juga letak dalam papercup muffin dan kalau mahu pelbagai rasa boleh variasi kan adunan ini, tambah koko ataupun ape juga perasa kegemaran anda, nak tambah coklat cip pun boleh. Selamat Mencuba.

Tengok teksturnya nih..macam kek mentega jer kan..rasanya pun lembut jer..moist gak n berperisa oren.. Kalau nak perisa coklat tu boleh laa tambahkan serbuk koko seperti dinyatakan dalam resepi tapi pastikan dibancuh air panas sedikit terlebih dahulu supaya lebih sebati..

Jom makan madeleines..!*tergeliat lidah melayu aku nyebutnya.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 8, 2010

Spaghetti Bolognese

Pertama sekali,nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di mana sahaja anda berada dan tidak kira apa tugas dan jawatan yang anda pegang.. semoga kita akan menjadi wanita yang solehah,berjaya dalam bidang masing2 dan sentiasa di bawah lindunganNya..aminn

Ok..menu kali ni western laa pulak yer.. honestly,kat rumah ni spaghetti bukanlah peberet..sekali sekala layan memang lentok gak laa..hehe. cam layan lagu lak ye.. lagi2 tang bolong bolognese nya tuh..

Sebelum nih kalo masak spageti bolognese ni,tak ikut resepi pong..main taram ikut suka rasa jer..yg dalam kepala ingat mesti ada tomato,tomato puree,daging,bawang dan lain2 yg basic laa..hehe..pastu pernah letak fresh cream(tgk kat tv) mmg yummy2 ler..
Pastu kalo ada cheese lagi best dan baik untuk menambah lemak di badan..huhu..boleh tambah cheese tapi jangan ler buh banyak2 kalau xnak berat badan bertambah2 dengan laju yer..hehe

Kali nih meh kita try resepi mutiarazura dr myR nih..sedappp! Di panjangkan ke sini lak resepinya yer...mungkin ada yg nak mencuba..thanks mutiarazura.. :)

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 500 gram daging lembu cincang
* 200 ml susu
* 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 tin sedang tomato puri
* 4-5 tomato segar ranum - didadu
* 1 batang carrot – didadu kecil
* 2 batang celery – didadu kecil
* 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
* 1 kiub stok daging lembu (optional)
* 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
* Sedikit garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
* 2 sudu besar butter
* Parutan keju parmesan – untuk menghidang
* NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
* NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Kali ni memang ikut resepi nih hampir 100%..hampir tu sebab herba oregano takde,yg ader rosemary kering jek..hehe..
Resepi tu mungkin kelihatan panjang berderet tapi cuba hayati sebenarnya senang jer..dan yang penting hasilnya mantopp..selamat mencuba yer!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 5, 2010

Soft Crust Pizza

Silakan yer sorang amik sepotong..jangan makan depan lappie / pc tau!

Tengah hari ni kite tak makan nasik k..
Apa?diet tanpa nasik?oh bukan2...sebabnya nak melayan pizza dulu...takkan layan nasik ngan pizza skali kot...tak lama makin mancung pp den nih haa..huhuee...

Sapa2 lum pernah buat pizza tuh cube2 laa buat ek..lagi2 kalo korang yg dah pernah buat donut sendiri tuh...mesti pandai buat piza...guna adunan yg sama jer...cuma canai nipis pastu buh sos tomato atau tomato puri..yg lelain tuh lantak ler nak buh apa ikut selera kan..yg penting untuk rasa sesuai ler letak sos,mayonis kalo nak letak seasoning megi tuh pun sedap...tapi apa2 pun memang terpulang kepada citarasa ajer...

Kalo sebelum nih selalu buat ikut resepi donut tuh.kali ni try lak resepi asal dari mat gebu kalo x silap...,disyorkan oleh kak ina kl,dipanjangkan oleh kak ina ibunya di darwish..ehehe..mekasih buat semua yg terlibat...

Amik resepi nya nih dari dapo kak hana/ina jer laa ye.mekacih2... sedappp! cuma ada gak bahan yg terpaksa di skip atas ketiadaan stok..eheee

Soft Crust Pizza

Bahan Doh:
• 250 g tepung roti (high protein flour)
• 130 ml air
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 camca besar gula
• 1 camca teh yis (instant yeast)
• 1 camca besar madu
• 1 camca besar lemak sayur (shortening)
• 2 camca besar minyak zaitun
• 2 ulas bawang putih, cincang halus
• 1 camca teh oregano kering

Cara membuatnya:
1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

Note: Sue letak inti sosej,udang,lobak merah, jagung(dlm tin) dan guna keju cheddar ajer..letak sedikit jer sos lada hitam sebab khuatir anak2 xmo makan kalo letak byk.. :)

Iskh2...sapa degil gi makan depan lappie nihhh...huhuuuu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 8, 2009

Egg Benedict & Bihun Goreng

Pagi nih sarapan malas2 jek..(macam laa pagi lain sarapan rajin sangat ek..haha).
Orang lain dah tayang egg benedict masing2 lama dah..kite dah selalu buat baru nak wat tayangan amal kat sini..heheh..
Tak kisah ler ekk..janji best jek bekpes ngan egg benedict nih.cuma aku suka makan ngan sos n kicap..

Resepi asal dari zurin myr..tp ntah nape asik page load error jek bukak myr.kopipes dr umah kak tun sweettouch...thanks keduanya :)

Bahan: (2 orang)
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam
Cara:
  1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
  5. TIPS: Ni berdasarkan apa yang ku buatlah ye...Firstly aku spread butter pada souffle (bekas yang digunakan untuk bake) then spread butter pada roti. Letak dalam souffle , then tabur sedikit garam dan juga lada hitam. Pecahkan telur then baru bake hingga tahap yang kita naklah kan..samada telur tu nak 3/4 masak ke atau masak sepenuhnya..tapi memang sedap yang cair2 lagilah.heheehe.. Oklah..selamat mencuba!
To Sunkist/ida..nih amik seketui egg benedict untuk hang...ekeke...

Memula memang ingat nak wat egg benedict nih jer..tapi request orang2 kat umah nih nak makan bihun laa pulak..jadi dengan kudrat yg ada(cam nak gi bersawah padi jek) gi laa keletung keletang masak bihun goreng...

Tapi sebenarnya nak goreng bihun ni bukan lama mana pun..kadang2 nak masak sesuatu tu,part pikir yg lama..hihih

Sabor jela kameraku ini..blur2 jek kan..meh sapa nak..kite suap...ngaaaa...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 18, 2009

Fried Macaroni n Cheese

Salam..
Nih nak perabihkan stok makaroni ..sebelum ia dimamah usia..wat ler menu nih untuk malam tadi.. Memang elok dimakan untuk mengembangkan badanku ini..huhuu
Pastuh ada plak stok keju mozarella..lagi laa bertambah kembang diriku nanti..hii
Carik2 resepi best nak try,jumpa ler kat myr..
Sebelum nih pernah dah wat style bakar(masa tuh lom aktif berblog lagi)
Kali nih style goreng la pulak..

Rasa not bad gak...cuma aku nih bukan penggemar makaroni tegar kan..jadi makan pun ala2 manja gitu...lagi satu mozarella nih kalo panas jer best makan..dah sejuk kalu,x berapa best.. kena panaskan balik dalam oven kalo nak 'bergetah' balik.hehee...
Daging aku malas nak kuarkan dr esbox so aku tak letak ler.. :P

Resepi c n p dari myR.Thanks to mrsdayat

Bahan-bahan ( 2 org )

  • Setengah biji bwg besar (potong dadu)
  • 2 biji bwg putih (tumbuk)
  • 2 tbsp tomato puree
  • 2 tbsp cili boh
  • sedikit daging cincang-x letak pun
  • 2 tbsp susu segar
  • 3 genggam macaroni
  • 2 keping keju cheddar(parut)-guna mozarella
  • sedikit olive oil utk menumis
  • sedikit garam dan ajinomoto

Cara-cara

  1. Masakkan macaroni ikut belakang pek.dah sudah,tos kan air
  2. tumiskan bwg merah,bwg putih.dah naik bau..masukkan cili boh
  3. Bila cili dah garing, boleh tambah sedikit air (utk bg xhangit).kemudian, tambahkan tomato puree
  4. masukkan pula daging cincang..masak sampai daging tu masak
  5. Masukkan macaroni..kemudian tambahkan susu segar
  6. bila semua dah sekata, masukkan cheddar cheese,gaulkan sampai keju cair.garam n ajinomoto to taste

Sapa2 penggemar makaroni dan keju tuh boleh laa try resepi nih yer :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...