Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima Kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita mengenai kehidupan,keluarga,masakan dan resepi. Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang berkenaan.
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal..dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas..kalau senyap tu selalunya masalah broadband..kalaulah boleh pasang streamyx kan best..hee~



Monday, January 30, 2012

Resepi Kek Coklat Lembap Chef Zubaidah

Assalamualaikum.. ^_^

Selamat pagi Isnin di minggu yang baru setelah bercuti panjang sempena perayaan hari raya cina.. seminggu budak2 cuti sekolah..tapi bapak budak aritu dapat cuti sehari jer..huh..kejam je rasanya bila dapat cuti raya satu hari jer walaupun bukan perayaan kite..ehee..saje ngengada nak demand kan. Padahal tak plan nak ke mana2 pun..

Orang cuti,aku sibuk2 gak nak cuti blogging kan..haha.. ni gara2 terlebih ambil cuti baru terupdate balik resepi kek coklat yang aku dok tayang aritu. Buat yang dah biasa buat kek coklat tu memang pandang sebelah mata jerlah ek. Ni khas untuk mereka yang belum mencuba resepi Chef Zubaidah ni...nak kongsikan sekali lagi resepinya di sini..

Oh yer,kalau sebelum ni kek ni aku main bakar jer..kali ni aku bakar dan kukus..yeaa, satu adunan tu aku bahagi 2 loyang..satu aku bakar dalam oven dan satu lagi aku kukus dalam pengukus..
Terus terang aku katekan,resepi ni (yang hasil percubaan aku laa ek)hasilnya tak jauh beza dibakar dan dikukus. lebih kurang sama jer kelembapan kek tu.. aku rasa lenkali kalo malas seperti selalu tu aku nak bakar je.hehe..memang dasarr :P

Untuk deko yang ngengada tu aku gunakan ganache yang sama untuk aku curahkan atas kek tu jugak..cuma aku tunggu ganache tu sedikit keras,boleh simpan dalam peti sejuk atau tunggu je pada suhu bilik beberapa jam..masuk dlm piping bag yang dah pasang nozzle bintang tertutup,picitkan aje yer..teknik picit tu,picit-tarik-tekan..aa gitu laa lebih kurang.ehee.. simple ye puan2.

Baiklah,untuk resepinya..terima kasih sekali lagi buat penyumbang resepi asal chef zubaidah dan rakan2 yang share kat blog masing2..tak silap dulu aku terpaut hati nak cuba masa tengok kat noorsha..tq2.. :)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dalam tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.


P/s: Warna kek coklat bergantung kepada jenis serbuk koko yang digunakan.. sebelum ni serbuk koko yang aku guna lebih gelap maka hasil kek coklat pun lebih gelap gitu..bolehh rujuk di sini.(klik)

Untuk ganache, terpulang masing2 nak guna resepi mana2 yer.. aku sebenarnya main letak jek coklat masakan dan cairkan..lepas tu tambahkan whipping cream dan kacau guna hand whisk sampai sebati dan licin. Tunggu sejuk sedikit baru tuang atas kek coklat. untuk resepi secara spesifik, boleh rujuk link atas ni ek..

Snap gambar mana2 yang sempat jek..janji bukan dari blog orang kannn.. hee..apa2pun,resepi ni memang kelass dan memanggg sedappppp!!!
Selamat mencuba..! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 19, 2012

Testing..testing..!

Assalamualaikum.. ^_^

Saja la ngetest update blog ni..kot2 dah expired takleh sign in lagi tadi kan..
Tengok2 boleh lak..iee,x sangka!tak sangka!

Oklah,tu cuma alasan ..ehee..wat pemanis mata..layan la gambo kek ceklat ni dulu erk..sori la ala kadar jer..amik guna kamera hp.Ok la wat pengganti ayam kashmir yang dah lama basi tu kan. Adik aku duk bising je asik ngadap ayam kashmir.. sibbaik kak rosaliza selalu panaskan..tak laa berkulat.aheh..maceh kak!

Dah terlambat ke nak ucap selamat tahun baru 2012? Better late than never kata uncle John.
Rasa nak jenjalan blog kengkawan dulu rasanya nih. Tapi tu laa,kang cerita banyak orang tak caya..emm..modem broadband nak beli baru lagi kot esok..melampo2 tahap kuye2 modem yang ni. Nak citer pasal modem,2 mukasurat tak abis...masuk mukasurat ke 3 korang tertdo kang..cukup la aku katakan modem broadband aku bermasalah besar yang menghalang aku nak update entri di samping aku enjoy my life and my moment as a mother..dan sebagai bukan blogger dalam tempoh tak ngupdate tu.. rasa best gak tau. hehee..

Walaupun selama beberapa minggu ni tak aktif blogging,selalu jek jenguk FB..gi bertenggekkat situ tengok perkembangan n citer terkini..terima kasih buat semua.. rindu tau!
Ni rasa dah bersemangat je nak blogging kembali..insyaAllah kalau terus diizinkan Allah.. akan terus menimba ilmu..bukan jer dalam bidang masakan,tapi bidang lain2 juga.. semoga kita sama2 mendapat manfaat dari blog yang tak seberapa ini.. aminn..

P/s: Ada hadiah tertunggak sebenarnya dari tahun 2011..ada sapa2 yang ingat?hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 30, 2011

Resepi Ayam Kashmir

Assalamualaikum.. ^_^


Korang masak apa untuk lauk hari ni?
Nih aku masak aritu sudah..masa Dj tayang kat fb,esoknya tu..leh paham dak ayat aku ni ek..hehe..
Terima kasih laa kat kawan2 yang rajin mengetag kat fb tu..kadang2 bila jarang2 on9 cam aritu memang akan miss je entri kawan2 kalau tak ditag..
Lagi satu terima kasih gak buat kawan2 baru yang sudi cuba resepi yagn dikongsikan dalam blog ni dan share gambarnya kat fb atau kat email...suka tengok hasil masakan korang!

Sebenarnya dulu dah pernah tengok Dj buat,pastu Kak nor buat,Mas pun dah buat..Izah pun dah buat kot..sapa lagi ek..maaf laa ek kalo tak tersebut nama kat sini..dah ramai yang buat rasanya ni..
Walaupun orang dah cuba dulu lagi,tapi aku baru ler nak cuba..
Sedap..ala2 masak merah gak cuma ada rasa berempah sket..

Buat korang yang takde idea nak masak apa,leh laa cuba resepi ni lak.. aku guna bahan yang ada dalam umah jer..daun kari takde,aku tak buh ler.hee..

Terima kasih yer DJ dan rakan blogger masak2 yang turut mempromosikan resepi ni..sedap dimakan bersama nasi tomato ke,beriani ke.. tapi kitorang makan dengan nasi putih jer.. :)

AYAM KASHMIR
Resepi:Dayangjack@dayangjack.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan :

1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
-hasue buh serbuk kunyit n sikit garam,goreng kejap je.


bahan A :

6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya (DJ campurkan dengan minyak sapi)
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.


Ratah gitu jer pun best!nyummm2..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...