Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Mee / Pasta. Show all posts
Showing posts with label Mee / Pasta. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Resepi Mee Jawa

Assalamualaikum..
Selamat pagi.. dah hari Khamis pun kan.. Sekali sekala layan menu mee untuk sarapan best jugak kan..Kali nih mencuba masak mee jawa resepi dari blog mama fami yang femes amos tu pulak. Tapi aku buat nih aritu dah..pagi nih bekpes nasi goreng jer..heh.

Biasanya mee jawa nih memang kuah pekat kan..tapi sebab masak sendiri,sendiri boleh adjust laa ikut citarasa..hee..sebab aku tak suka kuah yang pekat terlampau..aku kurangkan la kepekatannya tu..baru syok nak hirup kuahnya..slurrpp slruupp gitu kan..ahak.

 Eh!eh? Mana limau kasturinya..ala,lupa lak nak posing..hee..tauge takde stok masa nih..sekian.

Terima kasih buat mama fami yang share resepi nih kat blog nya dan terima kasih juga buat penyumbang asal resepi ni..memang tergoda habis nak mencubanya sendiri dan berbaloi lak dari segi rasanya..
Resepi kat bawah nih dalam bahasa inggeris yer..malas bebeno nak meneranselet(rosak bahse) ke bahasa melayu..sila guna google translate kat tepi kanan korang laa ek..dah pasang dah aritu..jadi sila guna kemudahan yang ada..kalau ada yang pelik bunyinya ditranslate tu sila la tanya untuk kemuskilan..

MEE JAWA
Resepi / Sumber: Kak Noha / MamaFaMi 
By: HaSue

Ingredients :

1 big onion - slicedcdd
3 shallots - sliced
3 cloves garlic - sliced
1 inch ginger
1/2 cup dried shrimp - soaked
2 tablespoons chillie paste
2 tablespoons curry powder
2 potatoes - cleaned, sliced and boil till soft. Blend with a bit of water
medium sized prawns
enough water
1/2 cup chai po (lobak asin)
salt to taste
sugar to taste
zeal - optional
cooking oil

Garnish :
Egg noodles - blanched
Bean sprout - blanced
Bean curd - fried and diced
Cripy fried onion
Fresh red chillie - sliced
 Fresh green chille - sliced
Hard boiled eggs
Kalamansi

Method :


1. Clean the fresh prawns. Wash the heads and the shells and boil with enough water. Keep the stock. 
2. Boil the prawns separately with enough water. 
3. Place big onion, shallots, garlic, ginger dried shrimp, chillie paste and curry powder with a bit of water in the food processor. Blend till fine. 
4. In a pot, heat enough cooking oil. Add in the blended ingredients and fry till fragrant. 
5. Pour in the blended potatoes, prawn stock and the prawns. Add in the chai po. Let it boil. 
6. Add enough salt, sugar and zeal. Let it simmer for a while and ready to serve. 
7. Serve with fresh egg noodles, bean sprouts, fried bean curd, crispy fried onion, red and green chillie, hard boiled egg and top with kalamansi.

 Posing ngan limau jap..Yumm..!

Tips:Untuk menghidang, HaSue asingkan kuah secukupnya..panaskan dalam periuk dan masukkan mee secukupnya..baru tuang dalam pinggan/mangkuk..dan baru buh aksesori yang lain..dengan ini kuah lebih meresap ke dalam mee berbanding dicurah kuah je..teknik ni juga boleh dipraktikkan untuk membuat mee sup dan mee yang sewaktu dengannya.. selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 1, 2012

Bihun Sup Ayam..

Assalamualaikum.. :)

Korang sarapan apa teww?? Mesti sedap2 belaka dan tak kurang ada yang mula berdiet hari ni kan..maklum laa,tarikh baru di awal2 bulan ni biasanya ada yang nekad nak diet..hehe..

Haa,ni menu sarapan ala2 orang insaf setelah melihat angka penimbang naik laa kiranya..dalam pada menu penuh keinsafan tu haruslah jugak nak makan sedap kan... ni sesuai sangat untuk 'brunch'(breakfast+lunch).. nak menyediakan tu simple sangat,lepas tu aku makan dengan sos kicap keluaran agromas tu..pedas dan enak jer rasanya..lagi2 diperah limau kasturi..yummmm!


Selalu aku kemalasan jer nak naip resepi ek..meh aku jadi rajin sikit..jom cekedaot resepi simple dimple nih..ala,resepi sama jer cam nak buat sup ayam biasa..kalo ada lebihan sup ayam buleh gak campak bihun sekali dalam tu..erkk?bihun ke mihun?ah lantak,janji paham..heee..:D

Bihun Sup Ayam
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:(4-5 orang)

3 ketul peha ayam(atau mana2 bahagian pilihan)-potong saiz kecil,bersihkan dan tos
1 inci halia*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih* -bahan bertanda * tumbuk halus
1 peket sup bunjut
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar perencah tumix(pati ayam)(optional)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit lada sulah
Air secukupnya
-boleh tambah sayur2an kegemaran seperti lobak merah,kobis dsbgnya jika suka
-Sebungkus bihun yang sudah dicelur dgn air panas dan dibilas dengan air,toskan.

Bahan tambahan-daun sup,daun bawang,bawang goreng, cili merah, limau kasturi,sambal kicap(hasue guna sos pedas berkicap keluaran agromas)

Cara2nya:
  1. Panaskan minyak,tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit garing,kacau sekali sekala.
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati. Perlahankan api dan biar jus ayam keluar sepenuhnya dan hampir kering..
  3. Setelah hampir kering,barulah tambahkan air sehingga menenggelami isi ayam dan masukkan sup bunjut,serbuk ketumbar,perencah tumix ayam,garam dan perasa(jika suka).
  4. Masak dengan api sederhana dan tutuplah periuk. Masak lebih kurang sepuluh minit atau sehingga daging ayam empuk.
  5. Tambahlah air jika perlu.Masukkan lada sulah,kacau sebentar.Sebatikan rasa dan masak sehingga mendidih.Padamkan api.
  6. Untuk menyediakan bihun sup,sediakan satu periuk kecil dan masukkan sup dan ayam secukupnya. Panaskan dan masukkan bihun untuk satu atau berapa hidangan yang ingin disediakan. Panaskan dan biarkan sebati sebentar barulah tuangkan dalam mangkuk. Hiaskan dengan bahan2 tambahan. Sedia untuk dimakan..selamat mencuba!
Boleh tahan juga rasa sambal kicap keluaran agromas tu..ni pun 1st time guna..ermmm.sedappp!!

Oh yer,cara memasak yang ke 5 tu ikut suka memasing laa ek..tapi bagi aku memang sedap kalau bihun digaul sebentar atas api dahulu sebelum dituang dalam mangkuk...rasanya lebih sebati lagi kalau banding dijirus kuahnya aje dalam mangkuk berisi bihun siap2 seperti biasa tu..jadi,selamat mencuba sendiri yer!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 11, 2011

Bihun Sup Ayam...lah pulak..

Hai..bertemu kembali..

Sebenarnya aku dah taip panjang berjela2 entri ni tadi tapi entah macamana dia suh sign in lagi sekali lepas tu kuar error 404 kalo x silap..pastu aku gi edit post dah kosong balik.. stress.
letih makcik naip pepanjang termasuk resepi sekali dari subuh tadi..huwaa..

Aku dah lama tak ngupdate atas ketensionan terhadap broadband semenjak minggu lepas..dah hujung minggu line tenet ok sikit..tapi aku lak sibuk dengan aktiviti keluarga..aktiviti outdoor lak tu.hee..
Terima kasihlah buat kawan2 yang duk terjerit2 suh update tu yer..lagi2 kak rosaliza yang sentiasa di hati..hehe..tak pasal2 kena marah sebab lama tak update blog..ehe..mana de kak liza marah..saja tokok tambah penyedap cerita..hihi..jangan marah kak.. :P

Semalam lak cik abg nak bertolak ke miri atas urusan kerja tapi ada aral melintang yang disyukuri kami ketahui lebih awal dan amat membahayakan jika tidak ketahuan dan perjalanan diteruskan.. terpaksa laa dia bertolak seawal 3 pagi tadi untuk menghadiri program pukul 8 pagi.. alhamdulillah dah selamat sampai pun tadi.. Tapi 2 hari gak laa kena tinggal nih.. huhu.. orang kena tinggal 2 minggu..2 bulan tak bising pun kan..

Jadi memandangkan malas nak naip balik..layan gambar jelah eh...bihun sup ayam ni sedap dan low calorie.. sesuai untuk orang2 berdiet.. :)

Lepas ni post resepi yang tak berapa nak diet lak..ehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 4, 2011

Mee Sup Daging..Mudah Disediakan..Enak Dimakan

Sengaja aku buat sup tulang lebih aritu..nak buat mee sup nih..
Tengok,dalam satu menu kita boleh sediakan 2 juadah..ni versi memudahkan diri sendiri juga kan..contoh:buat sup tulang untuk lauk hari ini atau lauk makan malam..esok pagi boleh buat mee sup..bihun sup ke.. tapi tak semestinya lebihan lauk baru leh buat..nak wat khas untuk satu menu pun boleh..tapi untuk keluarga kecil memang cara ini bermanfaat,kan..
contoh lagi:buat lauk kari daging berkentang..menu seterusnya,kisar kentangnya tu dan gaul skali jadi kuah..cairkan sedikit..ejas rasa dah jadi mee kari kalo buh dalam mangkuk berisi mee kuning yang dah dicelur..perah limau dan yummy!
Ok,tu versi simple laa yer..bukan resepi penuh nak buat mee kari. Tapi insyaAllah rasanya tak jauh sangat beza kalau pandai ejas sana sini ikut citarasa.. ;)
Jadi jangan tengok menu tu sebelah mata jer..harus fikir bagaimana hendak bermain kayu tiga dengan menu2 tertentu jika masih berbaki..terutama jika taknak ngadap menu yang sama berturut2 laa kan..

Untuk mee sup tulang simple tapi spesel ni.. untuk membuat sup tu,ada potongan daging lembu,tulang lembu(dan isi2 yang melekat kat tulang of coz) dan juga perut lembu.nama lain babat lembu ek? Kalau ada daging tetel mesti lagi sedap!owh..best amat rasanya menghirup kuah sambil makan mee nih...
Untuk kali ni aku gunakan mee lee fah sebab.. kebelakangan ni tah napa suka lak layan mee lee fah ni berbanding mee kuning atau bihun..musim kat umah ni kot.hee..
Saiz mee ni lebih kurang ngan saiz mee kolok yang fofular at sarawak cuma besar sikit laa kan..pastu mee kolok a bit oily..

Bila buat sup tulang dengan pressure cooker.. ia sesuatu yang memudahkan bagi kita..kalau guna periuk biasa,waduhh gawat nak tunggu masak dan empuk..tapi guna PC..ah..satu jam udah biasa diatur..biasa aku masak daging ni dalam 40-45 minit selepas waktu desiran..waktu mendidih laa tu lebih kurang..kalau periuk biasa mau tunggu 3 jam gamaknya.hee..jadi sila2 laa dapatkan pressure cooker terutama jika anda penggemar sup tulang..bukan sekadar boleh masak sup dengan cepat..boleh rebus kentang tak sampai 5 minit(lebih kurang la) dah empuk,ubi kayu,keladi,kacang merah dan yang sewaktu dengannya..
Haa..dah macam jurucakap pressure cooker dah nih..
Sekarang ni dah banyak yang murah kat pasaran..aku beli brand empress dari cosway jer..in case ada yang tertanya2..hehe..

Layan sungguh mee sup ni bila dimakan bersama sambal kicap pedas..urmmm!sedapppp..

Di sini aku update resepi mudah ni yer..yang aku sertakan ni agak2 je tau..tak perlu accurate sangat k..boleh ejas ikut citarasa..kot2 nk tambah kentang pun boleh..tapi kalau guna pressure cooker..kena stop masak dulu..masukkan kentang n baru smbung masak 5 minit lagi lebih kurang.hee..

Mee Sup Daging 
By:HaSue

Bahan2(untuk sup tulang):
  • 300g daging lembu*
  • 300g tulang lembu*
  • 300g perut lembut* -potong * kepada saiz hidangan
  • 3-4 inci halia**
  • 8 ulas bawang merah**
  • 5 ulas bawang putih** -tumbuk/kisar lumat
  • 2 bungkus rempah sup bunjut ADABI
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar(optional)
  • sedikit Lada putih/hitam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam,perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
Untuk Mee:
Celur mee kuning/ atau rendam bihun/mee lee fah dalam air panas dan toskan..alirkan di bawah air paip sehingga sejuk sepenuhnya.toskan dan sedia untuk dihidang.

Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam pressure cooker. Tumis bahan2 yang ditumbuk lumat tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
  2. Masukkan daging,perut lembu dan tulang..kacau sekata..perlahankan api dan biarkan air daging keluar sepnuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Setelah air daging agak kering barulah masukkan air sehingga 1/2 periuk atau lebihkan sedikit..
  4. Masukkan rempah sup bunjut,garam dan perasa.
  5. Biarkan mendidih dan tutup pressure cooker dan set ke no. 2 dan jangan lupa lock penutupnya.
  6. Masak selama 40-45 minit selepas berdesir. lepaskan tekanan sepenuhnya baru buka penutup PC
  7. Sebatikan rasa(tambah garam jika perlu,tambah air jika kurang) ,tambah lada sulah/hitam ikut citarasa dan didihkan seperti biasa.
  8. Sup sedia untuk dihidangkan.

Cara menghidangkan mee sup tulang/daging:
Masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk dan isikan kuah dan isi2 daging secukupnya.
Tambahkan bawang goreng dan hirisan daun sup serta cili merah di atasnya
Nikmati dengan sambal kicap pedas dan limau kasturi(jika suka)
eh takpe ke aku tak sertakan resepi nih?hehe..malasnya kudrat nak menaip n mengarang ayat..ngeee


P/s: Komen semalam nanti aku sambung reply yer..minta maaf sebab selalu terbantut reply komen2 anda2 yang cantik manis..(bodek nih)..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 2, 2011

Resepi: Angel Hair With Creamy Mushroom Sauce

Wahh..wahh..
sana sini duk menayang menu iftar atau menu berbuka semalam yerrr..
Kite baru nak tayang menu malam sehari sebelum puasa..ahak..
Dah lama ni meng listkan sebab agak senang gak laa nak cuba..
Tapi aritu cari pasta yang ada cuma makaroni,makaroni dah ada dalam stok nak buat yang cajun tu..
Dah dapat angel hair ni kebetulan lak adik aku yang pompuan tu stay sini aku pun buat laa menu ni dulu sebab dia pun suka menu berasaskan mushroom soup ni haa..

Resepi ni diasaskan(cewah..kemain ayat) oleh Alongroz..dia dapat idea masa merasa menu gini dari sebuah restoran di Europe masa dia cuti2 ke sinun beberapa bulan lepas..aku pun terliur laa nengoknya dan terasa nak makan gak..ehehe..mudah terpengaruh katakan..
Bila Along create resepi nih,apa lagi..
Oh yer..menu asalnya sebenarnya guna pasta tagliatelle ..Along buat versi guna spagethi.. aku lak buat guna pasta angel hair sebab kat umah ni tak minat spagethi..ehee..
Jadi korang leh guna mana2 pasta kesukaan korang laa eh!

Memang creamy betul laa..kann..hehe..


Minta izin yer Along..nak c n p resepi ke sini pula..kot2 ada peminat pasta nak try kan.. ;)
Terima kasih Along cayang! Sedappp angel hair dimakan bersama kuah berkrim ni..sapa2 selera western tu cepat laa try!
Eh kalau yang suka pedas tu boleh jer buh cili api atau lada hitam lebih..hehe.

Angel Hair with Creamy Mushroom Sauce
Resepi: AlongRoz@HomeKreation
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN2:
1 peket Spageti - rebus & tapis ->hasue guna pasta angel hair
4 sb Minyak Zaitun
1 bj Bwg Besar*
4-5 ulas Bwg Putih* (* cincang)
1 tin besar Campbell Creamy Mushroom Soup
1 tin besar Air-guna tin campbell
1 tin besar Cendawan Butang - blend separuh lumat & separuh kasar
Serbuk Lada Hitam
Parseley
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak zaitun & tumis bwg besar & bwg putih sehingga layu.
Masukkan cendawan & kacau sebentar.
Masukkan sup cendawan, air, parseley & garam.
Kacau sehingga menggelegak.

2. Hidangkan dgn pasta kegemaran & tabur dgn parmesan cheese.

Aku memang suke jer angel hair berbanding spagethi..hehe.. halusss jer lebih kurang mee kolok sarawak.. ;)

Lepas tu suka buh kuah banjir gini....sedap2! Daun Parseley kering tu aku dah beli lama. Ingat nak buh masa buat pizza tapi asyik lupa jer..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 18, 2011

Mee Rebus Sernan..sedappp!

Assalamualaikum..
Bersua kita kembali di minggu baru..
Ayat standard pun keluar la,cepat sungguh masa berlalu..hehe..

Apa2hal nak tayang jugak menu sarapan merangkap lunch aritu..hujung minggu baru ni baru berpeluang masak mee rebus guna perencah produk SERNAN yang dikeluarkan oleh syarikat HJ SENAN FOOD INDUSTRIES.. sebenarnya pemberian daripada kakak yang manis n senyum selalu nun..jauh di seberang lautan..
Terima kasih laa kat akak tu sebab bagi perencah ni yer..pestaim masak mee rebus guna perencah segera..ala2 laksa sarawak kan.hehe..

Aku jadikan resepi kat belakang peket tu untuk panduan tapi tak ikut sepenuhnya laa sebab ehem..malas nak keluarkan daging(sebenarnya malas nak selongkar freezer nak carik daging..ketimbunan dah..haha)
Jadi aku gantikan dengan udang fresh yang baru dibeli tu..campur2 lak tu ada udang harimau,udang biasa dan udang sederhana..lantak korang laa paham ke tak paham..haha
tak,maksud aku tu saiz dia jer la..spesis sama je..2,3 ekor jer tercampur udang harimau.hehe..

Lepas tu kan kuahnya tu aku ikut kepekatan yang tak pekat sangat..kat umah ni memang kureng sket pekat amat ni..tapi tak laa cair sangat.. sebab tu sendiri ejas.. takde keledek,aku guna ubi kentang jer..

Nak resepi ke?err..rujuk belakang peket bleh?hee

Dan ini hasilnya..

Ermmmmmpp! SEDAPPP sangat!(puji produk ke puji masakan sendiri nih)haha.. Tapi serius,best! Tak sangka semua suka!Aku tak makan ngan cili jeruk sebab lupa lak nak buat awal2.hee.. aku makan ngan cili hijau potong2..perah limau kasturi..aduss..

Nih laa ghupa perencah mee rebus tu..dapat banyak gak..mungkin untuk 6 -7 orang makan atau lebih kot.. kitorang makan berulang jugak laa.. Si abang long makan ngan beehoon..dia tak suka mee kuning kalo nak makan berkuah gini..hehe..


Versi mee rebus nampak udang..udang fresh lak..isk..tambah cili jarum..perah xtra limau kasturii...hmm
kak nor kata nak semangkuk aritu kann..eh bukan ke kak nor pun dah makan aritu?hihi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 25, 2011

Kue Teow Goreng Simple2 Aje...

Kalau nak goreng kue teow nih jangan guna banyak minyak..buh sikit aje untuk menumis..kalau tak kite cepat muak nanti..dah laa spesis mee gedabak kan.hee..
Mee ekor tikus pun spesis mee gedabak jugak..tapi aku tak pernah lak masak..pernah makan jer,beli kat pasar malam..nama tu memang tak boleh blah je kan..heh :D
Sebenarnya bukan laa penggemar tegar mee jenis beso2 ni..tapiiii,sekali sekala layan kue teow nih memang sedap gak kan..
Goreng simple2 aje..gini ha.

Pastu,hiriskan cili padi,tabur daun sup n daun bawang ..pastu kan, perahkan limau kasturi..ermmmh! Barulah sedia untuk disuapkan ke mulut sendiri..hehe :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 17, 2011

Resepi: Laksa Sarawak ..Nyaman Ehhh!

'Nyaman' dalam bahasa Sarawak bermaksud sedap..kalau bahasa melayu lebih sesuai untuk digunakan untuk ayat 'menghirup udara yang nyaman..damai..' gitu kan..jadi jangan hairan lah kalau dengar atau baca orang sarawak biasa kata makanan nih nyaman..ye. ^_^

Bagi yang belum pernah merasai laksa Sarawak nih.. cubalah sekali..pasti selepas beberapa ketika selepas merasainya,anda akan terbayang2 dan terasa2 lagi keenakannya yang ternyata berbeza dari laksa2 lain.. kalau biasanya laksa lain menjanjikan kuah yang pekat,laksa sarawak pula menjanjikan rasa kuah yang lebih rasa rempah pedas2 n lemak2 gitu... disulami dengan sambal belacan dan masam2 limau kasturinya..wuhhh! tak rugi mencubanya..

Adalah senang untuk memasak laksa sarawak,baru2 nih aku siapkan laksa sarawak seorang diri dalam masa 1 jam aje..haha..dalam seminggu buat 2x. Sebab yang pertama tu macam tak puas makan..huh..sedap amat! Tapi memang gigih la,dapur jangan cerita..hihi..dah kenyang baru laa nak kemas2kan balik kan..
Tapi guna pes laksa yang dah siap dijual tu jer... dalam tempoh tu juga laa nak goreng/rebus ayam,kupas kulit udang,rebus telur,cendawan hitam,goreng tauhu,celur tauge, buat sambal belacannya..celur bihun..bf kan zhariff jap..ehehe. Kalau ada pembantu lagi senang nak membuat laksa nih.. kalau nak makan lak,harus beramai2 baru beshh!

Kalau nak makan laksa Sarawak,bahan2 kat bawah nih aku suka letak..mungkin dah terbawa2 cara hidangan restoran kat sini kot.. termasuk laa penyediaan sambal belacan tu..sotong rasanya kurang sesuai laa nak letak..(ada restoran yang letak..aku rasa x sedap)
Tapi kalau malas sangat atau nak cepat,boleh jer nak letak seadanya bahan penting seperti udang,telur dadar,isi ayam,tauge jer.. yang pentinggggggg...sambal belacan itu jangan dilupa..limau kasturi juga..oohh!sedapp gilerr

Kali nih aku gunakan rempah laksa hj manan yang femes tu..lebih senang sebab tak payah toskan rempahnya seperti rempah aku guna kalo takde rempah hj manan nih..hee..
Di sini aku kongsikan cara memasak atau menyediakan laksa..cara aku ye. Sebenarnya asas penyediaan laksa dah disertakan sekali kat rempah tu..
Aku lebih suka ayam yang digoreng sebab ia kaya dengan perisa berbanding ayam direbus..jadi terpulang selera masing2 ye..

Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
  • Tauhu goreng
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika)
  • Cendawan hitam(celur)
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara Menghidang laksa sarawak: Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..

Laksa yang sedia untuk dinikmati..


Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni yer..DJ,nak c n p resepi pes laksa ke sini pula yer..terima kasih.. Boleh juga lihat resepi n cara penyediaan laksa DJ kat sini yer.. ;)

Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang

Bahan-bahan : anggaran 200 gm

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.


Rasa laksa sarawak yang lemak-lemak,pedas dan sedikit masam dengan gabungan rasa bahan2 yang terdapat di dalamnya amat membuka selera ..selamat mencuba!

P/s: Inilah laksa yang aku nak makan sangat masa mengidam pregnantkan zhariff tahun lepas..hiks!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 7, 2011

Angel Hair Pasta with Prawn..simple tapi menyelerakan!

Pasta paling aku suka adalah jenis angel hair nih..halus kan berbanding spagethi biasa..sebelum nih dah tayang menu yang sama..heee..Pstt,guna udang galah 'jer'(tengok kiri kanan takut kak nor n izah dah siap2 bom c4)haha.. biasa laa,orang yang jarang2 jumpa udang galah memang gitu kan kan.. :P
Tapi guna udang biasa pun sedap gak..tapi kalau boleh yang saiz beso laa sket kan..Rasa manis udang ni dah menyedapkan kuah tomato yang ala2 macam buat bolognese sendiri..biasa kuah bolognese yang terbaik dimasak lama menggunakan api yang kecil..dibiarkan renih sehingga sekurang2nya satu jam..
Aku masak kuah ni cup cap cup cap kejap aje..malas nak renih lama2..haha..nak makan dan2 masa tu jugak..
Oh..yang dalam gambar nih dah lama arwah..lupa nak update aritu..nanti kalau dah rajin aku wat lagi n kongsikan resepinya kat sini ehh..
Ada sapa2 nak merasa? :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 30, 2010

Mee Goreng Simple

..saja nak tayang gak simple2 pun..kalo nak buat mee goreng cara ekspress memang begini jerla kejadiannya..main campak jer bahan2 yer..

Sediakan mee kuning..dalam 450g..celur jap ngan air panas,pastu cuci dengan air paip..toskan..

Sayur2an..apa2 jer yg nak diletak..cuci dan toskan..3 jenis sayur ni,letak sekaligus pun takpe.. :)
Bahan2 ditumbuk...cili merah,bawang merah dan bawang putih..sibbaik takde lesung batu kaler biru..ahaks :P

Kali ni guna telur jer..boleh gantikan dengan daging,ayam,udang dan sebagainya dan tambah lagi dengan fishcake ke..crabstick jika suka..kira terpulang jer..

untuk resepi penuh,sila rujuk SINI(klik)


sedap dimakan panas2..perah limau kasturi dan taburkan dengan daun sup,daun bawang dan cili yg dihiris halus..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 22, 2010

Kue Teow Goreng Telur

Mana lebih senang,goreng kue teow ke mee kuning?hehe..
'kawan' kue teow yg selalu ada disampingnya adalah telur dan tauge..sampingan2 lain tu boleh tambah ikut selera..
Aku macam biasa la,goreng pun simple2 jek..janji anak2 suka dan makan sampai licin..
kue teow ni jangan goreng dengan minyak yg banyak yer..nanti rasanya muak lak..

Resepi ni lebih kurang gak macam goreng mee kuning yg biasa aku buat..x banyak pe'el nak masak..bahkan kalo dah ikut cara lagi simple,cuma ketuk n cincang bawang putih jer untuk tumisan sebelum dicampur dengan bahan2 sos..tak pedas n sesuai untuk kanak2 juga..

Bahan2: (4-5 orang mkn)
  • 400g kue teow-(suhu bilik)-cuci dan toskan
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Tauge-letak ikut suka
  • 3 biji telur
  • 3 sudu bsr sos cili
  • 1 sudu bsr sos Tomato
  • 2 sudu bsr sos tiram
  • Kicap pekat+kicap cair secukupnya
  • Garam n perasa (jika perlu)-ikut citarasa
  • lebih kurang 2-3 sudu minyak masak utk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili,bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak n tumis bahan ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  2. Pecahkan 2 biji telur di bahagian tepi(bukan ditengah tumisan) dan masukkan semua jenis sos dan kicap,kacau sebentar dan barulah masukkan kue teow. Kacau goreng sehingga bahan2 sebati bersama(masukkan garam dan perasa jika perlu)-jika kicap digunakan sudah masin,garam tidak diperlukan lg.
  3. Setelah itu masukkan sebiji lagi telur dan kacau sehingga garing. Sebatikan rasa dan masukkan tauge,kacau sebentar dan tutup api. sedia untuk dihidangkan
Sekejap jer dah siap yer..kalo nak tambah kerang pun boleh juga dengan menggoreng kerang terlebih dahulu..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, March 8, 2010

Spaghetti Bolognese

Pertama sekali,nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di mana sahaja anda berada dan tidak kira apa tugas dan jawatan yang anda pegang.. semoga kita akan menjadi wanita yang solehah,berjaya dalam bidang masing2 dan sentiasa di bawah lindunganNya..aminn

Ok..menu kali ni western laa pulak yer.. honestly,kat rumah ni spaghetti bukanlah peberet..sekali sekala layan memang lentok gak laa..hehe. cam layan lagu lak ye.. lagi2 tang bolong bolognese nya tuh..

Sebelum nih kalo masak spageti bolognese ni,tak ikut resepi pong..main taram ikut suka rasa jer..yg dalam kepala ingat mesti ada tomato,tomato puree,daging,bawang dan lain2 yg basic laa..hehe..pastu pernah letak fresh cream(tgk kat tv) mmg yummy2 ler..
Pastu kalo ada cheese lagi best dan baik untuk menambah lemak di badan..huhu..boleh tambah cheese tapi jangan ler buh banyak2 kalau xnak berat badan bertambah2 dengan laju yer..hehe

Kali nih meh kita try resepi mutiarazura dr myR nih..sedappp! Di panjangkan ke sini lak resepinya yer...mungkin ada yg nak mencuba..thanks mutiarazura.. :)

Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 500 gram daging lembu cincang
* 200 ml susu
* 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 tin sedang tomato puri
* 4-5 tomato segar ranum - didadu
* 1 batang carrot – didadu kecil
* 2 batang celery – didadu kecil
* 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
* 1 kiub stok daging lembu (optional)
* 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
* Sedikit garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
* 2 sudu besar butter
* Parutan keju parmesan – untuk menghidang
* NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
* NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Kali ni memang ikut resepi nih hampir 100%..hampir tu sebab herba oregano takde,yg ader rosemary kering jek..hehe..
Resepi tu mungkin kelihatan panjang berderet tapi cuba hayati sebenarnya senang jer..dan yang penting hasilnya mantopp..selamat mencuba yer!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...