Sebab kena buat bentuk batik tuu..
Kalu buat 1 adunan lagi cantik sebenarnya,sebab dapat byk lapis..nih buat setengah adunan sahaja.
Kek nih antara request encik hb hari tu..
Tapi dia mintak kek lapis lain,aku buat lain lak dulu...
Alhamdulillah dia suka rasanya,cuma lenkali xnak kurangkn susu pekat tu..
Nih projek malam sabtu lepas..heheee..(n3 tertundalah nih)
Kek ni perisa peanut butter/mentega kacang..
Sebab tuh buat dulu,nak perabiskan stok peanut butter ..
Maka terciptalah Kek Lapis Batik Sutera Peanut Butter..
pjg namanya yer..cantas lah skit yer..
Kek nih lembut n lembap gitu..cuma kali ni buat tak manis sangat sebab sukatan susu pekat aku kurangkan..
So bagi hb yg dah biasa mkn kek lapis sarawak tuh dia terperasan plak..kenapa manisnya tak macam biasa...manis sedang2 jer nih..katenya.uhuk2...
Bahan2 (separuh adunan ):
- 220g mentega golden churn
- 90g gula halus
- 5 Biji telur-untuk elak bau hanyir,buang tali pusat telur dahulu
- 1/2 sudu makan ovellette
- 90g peanut butter(mentega kacang yg biasa disapu pd roti)
- 110g tepung gandum
- 1/2 tin kecil susu pekat manis-kali nih sue guna 5 sudu makan jer
- 1/2 penutup botol esen vanilla
- Pewarna kuning dan ungu
- Sediakan semua keperluan untuk memudahkan kerja membuat kek..Panaskan pengukus sementara mengadun kek ini. Loyang digris mentega dan ditabur tepung sekata.
- Dalam bekas,masukkan mentega dan gula halus. Pukul sehingga kembang/putih.
- Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul adunan pada kelajuan sederhana
- Masukkan ovellette dan esen vanilla dan pukul sekata
- Masukkan susu pekat manis,pukul lagi
- Kemudian,ayakkan tepung gandum terus ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan kelajuan perlahan.
- Kaup balik adunan supaya benar2 sebati menggunakan senduk.Bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.
- Salah satu adunan ditambah peanut butter,pukul sehigga bear2 sekata(kelajuan sedrhana) dan diwarnakan kuning. Yang satu lagi dibiarkan tanpa perisa dan diwarnakan ungu
- Masukkan 1 cawan adunan kuning terlebih dahulu.Ratakan.
- Dengan perlahan,menggunakan sudu makn..cedok adunan ungu ke atas adunan kuning.ratakan.
- Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 7-8 min*bergantung saiz pengukus n kekuatan api)
- Apabila kek sudah agak masak,ulangi langkah 9 dan 10 td.
- Kukus selama 1 jam. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong
3 Komen Di Sini:
Sue kaler die menarik larrrr santek pos ke akak skit
x tahan nengok kaler dia tu...
Keknye dah abis ker Sue? hihihi ;)
Post a Comment