Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, July 27, 2009

Pisang Goreng Rangup

Salam..
Hari isnin nih..cuaca cerah jer..macam nak mendung tapi tak jadik..eh,nak mendung kot?jap2..tak jadik kott..sebab panas jer tuu...nanti nak mendung kot..tak kesah laa ek,panas ke mendung ke hujan...semuanya rahmat belaka..ehee...

Pisang goreng nih rasanya rangup,tapi lembut di masa yg sama..

Sarapan pagi tadi,aku hampir lupa kewujudan pisang yg lama du bertapa dalam peti sejuk..
Ada di antaranya yg sudahpun menopos..sedih aku nengok..
Yang elok tuh aku buat ler pisang goreng..hari tuh dah goreng guna adunan tepung orang lain..
Kali nih aku nekad nak guna resepi biasa aku guna untuk goreng pisang,bread,cempedak dan sebagainya.. Bukan promosi atau beria2 sangat org lain nak mencuba yer...tp nak share ngan kawan2 kat sini jer..

Bahan2:
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 sudu mkn marjerin-melembutkan adunan
  • 1 sudu mkn gula-utk kelihatan cantik berkilat tuu..
  • 1 sudu kecil garam-merangupkan adunan
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 cawan air-boleh adjust sendiri
  • Pisang Bugis dibelah 3-Pisang dibelah nipis lagi best dimakan :)
Cara2:
  1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.
  3. Masukkan pisang yg dibelah 3 dan salut dengan tepung sambil minyak dipanaskan
  4. Goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.
Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA!

Resepi untuk CUCUR BUAH TERAP bleh dilihat di SINI
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

Datin El said... [Reply to comment]

salam HaSue..nasip baik akak lum menopous lagi..kalau tak senasip dengan pisang2 tu..huhu..

fzi said... [Reply to comment]

Salam HaSue...
Akak pun suka potong pisang tu nipis kurang2 belah 3 camtu, bila goreng krup krap rangup dan sedap berbanding digoreng pisang tu sebijik2 atau belah 2 je.. hehe

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Uishhhhh sedapnyeeeee! nak pisang goreng satuh!!!

Chik Mimi said... [Reply to comment]

sue rcp kita lebih kurang samo lar

HaSue said... [Reply to comment]

Datin El>ahaha..akak nih wat lawak lak.. :D

fzi>betul tuh kak..sebenarnya idea hubby jugak tuh dulu2..skali try memang best sgt2..

love2cook>takkan cukup 1 lah love..sure punyalah!hehe

Chik Mi>sama ye kak?best kan goreng gini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...