Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, June 9, 2011

Tutorial:Cara Membuat Light Cheese Cake

Bertemu kembali.
Maaf sangat2 sebab lambat sambungan entri nih..seperti sedia maklum laa kan,tenet cap kuye2 membataskan kelajuan untuk mengentri di samping tuntutan tugasan seharian di rumah ni haa..sibbaik tak jadi ahli politik..kalo tak mesti sibuk nak kempen sana sini lagik...*eh?ada kena ngena ke..heh.

Oklah ek..kite teruskan dengan tutorial kali ni..
Bila aku sebut tutorial,biasanya aku tunjuk cara2 asas nak buatnya yer..biar ler blog berat ngan gambo kan..haha
Entri ini aku tujukan khas buat mereka yang tak pernah buat,atau yang ingin mencuba sendiri membuat light cheese cake dan kek2 yang memerlukan meringue dalam adunan..
Buat anda2 yang dah terrer tu boleh laa pandang sebelah mata jer..hehe..kalau perlu meh laa bagi tips tambahan sekali..ok?Harap dapat bantu kawan2 yang benar2 nak cuba ni..
Ramai lagi yang masih tak berani membuat kek jenis begini dan ada yang berani buat tapi kejadiannya tak seperti yang diharapkan ke,kan..

Harus aku ingatkan,tutorial ni berdasarkan cara aku buat laa ekk..ni cara mudah(ke cara malas?) nak buat light cheese cake nih haa..hasilnya insyaallah menjadi kalau ikut cara dengan betul..dah pandai asasnya nanti,ikut suka korang je laa nak ubahsuai(atau bahasa lainnya,derhakakan) resepi sedia ada..ikut selera je gitu..
Selain tu,bila dah pandai buat meringue ni,kek-kek gebus lain pun insyaallah takde masalah nak buat seperti kek chiffon ke,nak buat macarons ke.. :)

Satu lagi,light cheese cake ni mungkin berbeza teksturnya dari kek-kek keju yang korang dah pernah buat(bagi yang biasa buat). Teksturnya ringan,gebu, tapi lembap2 basah gitu..

Jom buat LIGHT CHEESE CAKE..

Mula2..sediakan semua bahan2 yang diperlukan..

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,jangan buang lak..ehe

Sediakan 2 bekas,satu bekas besar sedikit dan yang satu tu sederhana laa seperti dalam gambar.. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar..telur yang segar bukan sahaja menghasilkan kek yang sedap dan tidak berbau telur tapi meringue juga kejap je dihasilkan berbanding telur yang sudah lama.

Sekarang ambil bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu..

Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan. Perhatikan gambar no 4 di atas ni, itu adalah yang dipanggil 'soft peak'. Kalau tak yakin gak,boleh buat seperti gambar di bawah..

Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.

Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika.

Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..

*PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini

Tuang adunan dalam periuk tadi,tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur yang sudah dipukul tadi.

Kacau seketika. Ayak tepung sedikit demi sedikit,(ayak separuh,kacau guna handwhisk dengan amat perlahan(juga boleh guna kaedah kaup balik kalau rajin..selepas tu ayak lagi tepung sehingga habis). Kacau guna hand whisk sehingga benar2 sebati.
Tuangkan esen vanilla dan kacau lagi perlahan. Akhir sekali, Tuangkan meringue tadi ke dalam adunan. Di sini juga korang boleh guna handwhisk tapi harus mengacaunya dengan perlahan dalam bentuk satu arah pusingan dengan perlahan..

Ingat ya,kacau dengan perlahan sahaja..

Setelah agak2 meringue dah bercampur elok dengan adunan, gunakan senduk untuk kaup balik sekejap untuk benar2 pastikan ia sebati. Gambar di atas ni menunjukkan adunan yang belum sebati.

Ini adunan yang benar2 sebati. adunan yang sebati adalah warnanya sekata,tidak ada terlebih kuning di sebelah bawahnya jika di kaup balik.

Sediakan loyang untuk membakar adunan.. korang boleh guna baking paper untuk alasnya tapi aku biasa griskan rata dengan marjerin/mentega lepas tu tabur tepung dan ratakan seperti di atas..lebihan tepung tu buang laa ek..atau boleh je recycle..sebab masih elok tu.. Selepas itu boleh lah tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah bergris ini..

Letakkan loyang berisi adunan di dalam loyang yang lebih besar untuk membakar kek menggunakan kaedah 'bain marie' atau 'steam bath'.
Tuangkan air panas ke dalam loyang di bawah tu sehingga loyang berisi adunan hampir atau terapung sedikit(tak cecah loyang bawah dah)kira2,separuh loyang bawah tu berisi air panas..kalau tak terapung pun takpe..

contoh loyang bulat untuk kaedah bain marie

Selain tu korang boleh je nak panaskan loyang berisi air siap2 dalam loyang yang sebelah bawah tu..tapi cam rumit sikit laa kan.

Sebelum dibakar,boleh la taburkan almond nibs atau almond flakes,grated cheddar cheese atau apa2 bahan yang sesuai ikut selera.. atau biarkan kosong sahaja..

Semasa dibakar,kek biasanya akan naik elok jer..dan turun sedikit setelah sejuk(tapi bukan bantat ye) .Gambar kat atas ni nampak jelas kat tepi tu bekas kek tu turun..Biasanya aku biarkan kek itu sejuk di dalam loyang dan hasilnya ia turun dengan sopan jer..hehe

Ini kek yang sudah disejukkan sepenuhnya dan dikeluarkan dari loyang..perhatikan tepi kek,hasilnya halus aje..tu yang kate tadi ia 'turun' dengan sopan je kalau dibiar dalam loyang.. biasanya ada resepi yang cadangkan keluarkan terus dari loyang sebaik sahaja masak,ikut laa mana2 keselesaan korang yer

Close up sket..kek ni terlebih bako..dah citer pada entri sebelum ni yer..hehee..tapi rasanya maintain jek..

Seperti kata IzahDaut yang sudah mencuba membuat sendiri kek ni,kek ni tak cerewet nak buat..sukatan tu pun tak accurate sangat sebenarnya..cuma garis panduan untuk mereka yang baru nak cuba buat.. dah pandai nanti sila2 laa derhaka ikut citarasa sendiri..
Boleh tengok entri izahdaut kat SINUN(klik) bagi yang belum tengok ye..dia tambah pes strawberi untuk bagi menarik lagi..

Selain boleh diubahsuai dari segi perisa,kek ni juga boleh dibuat ikut sukatan yang kita mahu..tapi sukatan yang ini(300ml susu dan bahan2 lain ni) adalah paling standard.

Boleh gantikan susu segar biasa tu dengan susu segar perisa strawberi..tambah strawberi filling ke..
Gambar atas ni hasil guna susu segar perisa strawberi ..dan tambah sedikit kaler merah jambu. Dana ikut sukatan 200ml,so keknya rendah laa sket..hehe

Yang ni lak,buh susu segar perisa coklat dan tambah serbuk koko.. ni lak guna sukatan 400ml,tak muat nak bakar dalam loyang ni,so aku bakar kat acuan lain selebihnya..hehee.. Jangan bakar dengan suhu terlebih panas yer,nanti merekah pula..
Yang ini versi plain.. perhatikan ketinggian kek dari loyang..ini guna sukatan 200ml susu segar..so sebab tu rendah kejadiannya..aku guna loyang yang sama je nak buat kek nih..iaitu loyang 8" atau diameter 21cm

Setelah dipotong.. kek ni lembap2 gitu..

Untuk resepi sila klik SINI

update:

Di sini aku sertakan sekali resepi optional untuk 200ml dan 400ml seperti yang aku nyatakan itu yer..takut ada yang konfius lak kan.hehe..

Resepi menggunakan bahan asas yang sama,cuma sukatan yg berbeza..senang je nak ingat..

Untuk saiz kecil:(rendah je kalo guna loyang 8",kalau nak kek tinggi guna loyang 6")
Tulisan berwarna biru di bawah untuk saiz lebih besar..loyang 9"

Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon



Harap gambar2 n penerangan nih dapat membantu,jika ada soalan meh taburkan kat petak komen..kalo aku takleh jawab kot2 kawan2 lain leh jawab..
SELAMAT MENCUBA..!

*entri ini akan diupdate jika ada info yang ingin diketengahkan atau link2 kawan2 yang sudah mencubanya..tq!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

117 Komen Di Sini:

NADYA ANWAR said... [Reply to comment]

dtg lapor diri, cekgu.. mekaseh la sudi ajarin yerr.. rase macam x sempat2 dah nak balik umah nak bakor kek ni hehhehe..

lina said... [Reply to comment]

salam hasue - terima kasih...Insya Allah boleh mencuba nnt2 :)

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Assalam cikguuuu,nih sy dah datang,bawa anak kecik sama nih..Eh cikgu xjmput masuk pon..Wah rajin betoi n mmg leh pagei ratu tutorial n tips la kak sue nih..Tengs atas info tuh ya kak,Alhamdulillah bertambah pahala kak sue dapat..

Anonymous said... [Reply to comment]

salam akak...hehehehe adeeess awat laa lambat letak yer...takperla nak wat camne tenet dh bengong..bile baca n3 akak nih..patut laa tak jadi hihihi tergelak seketika....

HaSue said... [Reply to comment]

@NADYA ANWAR
hihihi..bagus anak murid sorang nih..tak penah miss kelas..leh dapat anugerah pekan nih..bukan dekan tau..ekeke.. sama2..nanti nak tengok kalo dah bako..buleh kann..hehe

Nazrah said... [Reply to comment]

wah..terima kasih atas tuturiol nya..bagus bagus cikgu ni...

Mas said... [Reply to comment]

ooooooooo......baru anak murid betul2 paham....
terima kasihhh cikguuu...

HaSue said... [Reply to comment]

@lina
waalaikumussalam..
selamat mencuba yer..insyaallah jadik tu...sebut2 insyaallah ni terngiang2 lak maher zain nyanyi..hehe

Zack said... [Reply to comment]

hi kak, salam.. kt rmh belum hbs lg kek keju mangga tp tergoda nk buat kek ni lak. huhuhu.. adoi.. makin berat la sy nnt ;p

~NuJie~ said... [Reply to comment]

tq hasue ats tunjuk ajar..
pasni nak ikut cara hasue pulak,,sbb saya buat sblm ni mcm malu2 jek kek ni nak naik,,tensen di situ..hehe..

HaSue said... [Reply to comment]

@Zaliedana
Waalaikumussalam...
Sila2 laa masuk..bagus laa bawak anak kecik skali..hubby tak bawak skali ke?hihi..
sama2 ct..ala,ilmu basic je..akak pun belajar pelan2 n of coz ada juga belajar dari kesilapan selain dari perkongsian sesama blogger masakan kann.. :)
Ni pun banyak kena belajar lagi ni..mana2 ilmu yang rasa bleh kongsi,kite kongsi je..kan. Harap dapat bantu mereka yang bermasalah nak buat kek jenis gini ler hendaknya..hehe..ct pun sila2 laa cuba ye?ajak syifa tolong buat meringue..hehe

izahdaut said... [Reply to comment]

kak azita zain dah try.. adik beradik anuar zain ngan jenab zain.. kikiki..

ko tunjuk banyak kali kek ni,buat aku tergedik gedik je nak buat lagi. haiishhh

HaSue said... [Reply to comment]

@Chikadakbiru
Haa..ni anak murid nak kena denda berdiri atas kusi nih..haha..sori laa ye lambat negpost entri ni..memang 2,3 hari ni tenet mengong amat..geram ahkakk..!kalo masa kite kesuntukan masa,laju je dier..hehe..
tang mana silapnya tu?dah kenal pasti ye?cer citer!cer citer!kot2 leh jadi panduan dan iktibar pada mereka yang lain..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@kak nazrah
sama2 kak.. terima kasih datang jenguk ^_^

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Hats off to you for this wonderful tutorial dear. I read every word you typed there. Really thanking you for sharing the tips. Will make this soon and let you know!!! ;)

Anyhow dah lapar tgk all ur cakes...mintakkkk :)

DjDayang Jack said... [Reply to comment]

adehh..pandey ilang indah msj tadik. lelah nulis panjang2...

klak mek try resepi tok. dh bookmarked ari ya tek. ari tok alu x dpt kuar meli brg kek sb keta mek breakdown indah kat stesen minyak..poning den...huhu

NinaAmaho said... [Reply to comment]

Wahhh! thank you so much for your generous tutorial Puan Bakery ;) nanti siap i tayang my cheese cake. tapi hati i dah tergoda dng perasa strawberry. maybe i tune in to strawberry cheese cake ehh???! hmmm... depan milk shelves lah i decide yg mana satu pilihan hati, plain or strawberry... hmmm seksa!!

Unknown said... [Reply to comment]

oo gitu yer...menarik dan tertarik kek pun nampak sedap gebus...tq sharing yer cikgu su..:)

Era Khairani said... [Reply to comment]

Anak murid ni lambat sebab naik belon...hehehe. Pandai ler cikgu sue ni ajor anak murid yg lambat cam saya ni...
TQ... arigatou,....

K.Nor said... [Reply to comment]

cikgu!! cikgu!! tak berapa paham la... boleh tak cikgu tulun buatkan utk saya... rasa males jer nak membaking cikgu.. aaaa jap ek..nak antor cis, tpg...gula.. susu.. telur.. emmm apa lg cikgu? esen vanila!! cikgu guna loyang cikgu la dulu ya.. pastu poskan dgn loyang sekali.. untung sket dpt loyang preeeeee... hehehehehhehe.. jgn marah!! kang tekanan darah naik tau cikgu ... smileeeeeeeee pun kena cap kuye2 ya.. ^___^

Juwita Jamaludin said... [Reply to comment]

wow.. memang gebu hasue.. kek tu sedap nampak... cair je kat mulut.. thanks ye bagi tips tu

Unknown said... [Reply to comment]

nk buat jg lh.. brg2 dh complete skrg.. semangat nk membaking :)

Umie said... [Reply to comment]

kak sue...minta resepi..kelak nak try la...tq

Wanieyra said... [Reply to comment]

Salam Hasue...

Thanks tunjuk ajar tu, betul2 berguna buat ira...nanti nak try juga le

ck slmh said... [Reply to comment]

terim kasih akak!
tutorial cenggini lah yg mmg ditunggu2.
mudah dan senang difahami.
hehe..
ni yg lg semangat nak membaking ni.
thanks again kak!

irma =)

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue..mekasih bebanyak ya, tunjuk ajar tu amat penting buat kami2 yang tak reti n tak pernah mencuba ni

ZarinAziz said... [Reply to comment]

salam...wow info yg sgt berguna siap ada step 6by step lg...selama ni dok ingat nak buat lite ciskek ni susah...hehehe...izinkan saya utk mencuba dan post kat blog saya kalo berjaya ye...mekacih

tun_telani said... [Reply to comment]

cikgu! cikgu!!! dtg balajar ni dpt makan pree kan cikgu.. ni anak murid dtg bw bekas nk tapau sekali nii...

Nurwin Heny said... [Reply to comment]

Hello. Apa khabar? Terima kasih banyak2 kerana telah menunjukkan cara2 membuat light cheese cake ni. Teringin pula nak mencuba membuatnya. Harap jadi secantik & segebu yg di buat oleh HaSue... Thanks again!

roziya said... [Reply to comment]

tq for the tutorial...tk sbr nk cuba buat....kek ni bole steam tk?

aizura said... [Reply to comment]

salam sue..

OMG cheese.... harus, mesti & perlu cube utk membuat kek ini... hahahaha... tq ade toturial..

Izzatul Azma said... [Reply to comment]

Salam, awak boleh mintak tips tak??

Mcm mna nak keluarkan cheesecake dari loyang yang ada tapak tu ye? Biasa org buat cheesecake guna ring punya loyang tu kn..

Sy buat cheesecake x penah kuarkan letak atas tapak tu, potong dlm loyang tu jugak. Hehe. Sbb tak reti nak keluarkan dia dan still nampak cantik. Sbb rasa mcm dia lebih fragile, x leh keluarkan je mcm kek biasa.

Harap boleh share tips.

Thanx

abdullah said... [Reply to comment]

salam....sy dah tgk byk kali resepi kek cheese..mmg truje nk wat n sy mmg febret kek cheese ni cme xpndai wat je..tp bile tgk resepi kt ats ni nmpk mudah coz ditunjuk 1 per 1 crenye..mmg best r..
nk tnye r...xde ke ckgu wat clas utk wat kek or kelas mskn len?sy bmnat sgt nk join..

abdullah said... [Reply to comment]

salam....nk tnye lg....brape lame yek nk bakar kek ni?cmne kite nk tau kek ni dah masak?
n gune api ats n bwh ke?

abdulrahman said... [Reply to comment]

wargh..x jadi la kek..aiyoo..
kek da cantik..cuma die light sesangat..gula suma mendap ke bawah..n kek terlampau berminyak..
kenapa ye? sebab terlebih masak margerin + susu + cream sampai menggelegak ke?

farahnas irina said... [Reply to comment]

wah...tis is the first cheese cake i nengok x yah pakai biskut base. Harus dicuba next mth... sbb budget this mth nak buat resipi lain... hek hek hek...

thx for the comprehensive tutorial sis... ;)

Unknown said... [Reply to comment]

Yeaaahhh! Yeaaahhh! sukanya bila ciskek ku menjadi. tima kasih Hasue dgn tnjuk ajar yg cukup senang nk buat..siap derhaka tabur choc cips tu tp mendap je choco cips tu kt bwh but still best. pasni kena wat perisa lain lak la...senang2 nnt tgk hasil ciskek ni kt blog sy ya..http://dcomey.blogspot.com

Rini said... [Reply to comment]

salam cik hasue,

minta izin copy paste resepi ye. kek dh selamat msk perut. sedap :)

Kasturi Nusi said... [Reply to comment]

alhamdulillah dah makan kek ni....yg happy sebab En Somi yang buat....tapi kurang gebu la Sue x tau la napa terlebih gaul kot...apapun sodap2..tima kasih...sebab penerangan yang terperinci dapat gak murid2 ni belajar step2nya..hihiih ciyo2

Okid said... [Reply to comment]

salam, saya bdk baru dtg mnjenguk...wah bgsnya ada step by step..ini wat ati lg mbuak nk try..slama nie xtau cmne sbnrnya org kt merinque tu, pastu bain marrie tu..so skrg dh tau..thank ye HaSue...sy copy eik resepi nie...mau print bwk blk test buat..hehhe..

ZieSalikan said... [Reply to comment]

saya nak cube kek tue...nampak sedap je...akak saya follow ye...

zira said... [Reply to comment]

sedapnya..nak try buat la..tanx for the recipe....

mazni said... [Reply to comment]

Salam HaSue, thanks a lot for the tutorial. The pictures really helps. Kadang2 nota sesaje kurang gak kefahaman tu.....

waina said... [Reply to comment]

salam HaSue.. sy dh follow resipi ni, kek dh jadi dah tapi rasa mcm lebih rasa telur berbanding cheese. ke sy silap buat?saya follow resipi 400ml tu...sila bg pndpt sikit ye...tq

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Sue.
Just nak clarify recipe .... Just
1 recipe but 3 weight scale kan??

dayang Citra said... [Reply to comment]

Nak cuba....sedap je rupa dia...

HaSue said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..
terima kasih buat rakan2 yg tinggalkan komen..
Buat soalan yg tidak dijawab mungkin soalan anda ada jwpn pada entri ini..seperti suhu oven..

kek ni dibakar pada suhu 160c..bergantung jenis oven yer..kalau lambat masak sangat mungkin anda patut naikkan ke suhu 170c.
Ia masak lebih kurg selama 40minit..atau apabila atasna bertukar keperangan...sudah diterangkan pada tutorial di atas juga..apabila kek kelihatan sedikit renggang dari acuan..kek sudah masak..

kek yg terjadi 2 lapisan-atas ringan,bawah sedikit padat mungkin sebab air untuk bain marie panas atau bersesuaian suhu dengan oven..boleh jadi juga adunan belum cukup sebati-kena kaji sendiri yer mana silapnya.

HaSue said... [Reply to comment]

@waina
w'kumslm
jika terlebih rasa telur dari cheese cuba tambahkan cheese ke 200g.nak buh lebih lg pun takpe..sebab light cheese cake ni x berat rasa cheese sgt..bila dah tau buat,boleh je nak ejas sikit2 bahan2 tu terutama cis nya ye..satu lg pastikan gunakan telur yg betul2 segar utk elak bau telur yg berlebihan

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
w'kumsalam..nama sapa yer?:)
ye betul..resepi sama tp sukatan/saiz kek berbeza..untuk memudahkan mereka yg nak buat ikut banyak mana yg diperlukn

HaSue said... [Reply to comment]

@dayang Citra
selamat mencuba..hrp kena dgn selera :)

Anonymous said... [Reply to comment]

salam kak...syni mmg mnta sgt mkn cheese kek..lame da tgk blog akk ni..tringin nk try tp lm sempat la...nk tnye bape lame ye kite kne bkr kek ni n besenye akk gune chese jname ape?xtoo nk gne cheese ape la...hihi
arp leh mbantu..resepi akk mmg terbaiikk...hihi=)

Lacy Izham said... [Reply to comment]

Salam Kak Sue...
Saya baru jer nak berjinak2 dalam dunia membaking kat dapur ni..Saya minat jugak dengan resepi2 dari akak..Saya nak tanya satu ni,kalau kek sepatutnya guna teknik dibakar sesuai tak kalau guna teknik kukus?Mcm kek ciz ni? Coz hubby lbh prefer kek kukus dari bakar..Harap akak dapat bagi tunjuk ajar ckit yer...

Lacy Izham said... [Reply to comment]

Salam Kak Sue...
Saya baru jer nak berjinak2 dalam dunia membaking kat dapur ni..Saya minat jugak dengan resepi2 dari akak..Saya nak tanya satu ni,kalau kek sepatutnya guna teknik dibakar sesuai tak kalau guna teknik kukus?Mcm kek ciz ni? Coz hubby lbh prefer kek kukus dari bakar..Harap akak dapat bagi tunjuk ajar ckit yer...

kakza said... [Reply to comment]

Salam ...

terimakasih ya. Dah lama sebenarnya mengopy resepi Sue ni...dah siap2 ada dlm handfon, senang nak foward resepi kalau kawan2 tanya... selalu buat & jamu kwn2 so diorang tanya resepinya...

mayangbakingmadness said... [Reply to comment]

hasue saya dah wat resepi ni tapi kek saya jd kek light cheese talam ... hahah saya rasa hasue salah tulis resepi tu kot sbb sepatutnyer 200ml aje susu berbanding 300ml susu yg saya ikut resepi yg atas tu ... perasan gak nape adunan ni cam runny aje tak macam gambo kek hasue .. saya penah wat kek karamel dan saya espek mesti consintency adunan dia beh kurang cam kek karamel... tp saya bako kan aje kek saya tu sbb saya harap kek akak jadi ok .. dan suma step saya dah ikut... tak pe hasue... learn from the mistake.... ape pun tenkiu for the resepi ...

Anonymous said... [Reply to comment]

ai..hasue,mnt n ske sgt kek yg hasue wt smua,t'rutama kek lapis evergreen n kek light cheese ni,kek lapis sye dh wt dh n hsl nya m'jdi,skrg sye n try wt kek light cheese plk bla dh ckp smua bhn2 nnt.tenkiu for shering ur resepi....: )

Anonymous said... [Reply to comment]

ai...hasue,sye bdk br nk bljr bab2 bake ni,blh sye tau jnis cream cheese yg hasue gna ape ekk...

Anonymous said... [Reply to comment]

I'm planning to bake this cake later on today, am craving for cheesecake, lol. One question, once the cake has completely cooled down, do I store it in the fridge? Thank you.

Menaka

dapurCikWan said... [Reply to comment]

akhirnya jumpa jugak apa yang dicari,..terbaiklah kak! thanks ya =)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said... [Reply to comment]

Bagus sangat2 ni Hasue...thanks for sharing...akak ni fobia buat kek ini tapi insyallah dah ad step by step ini bolehlah try. Nanti dah siap akak bayar pengerasnya.

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam, klu sukatan adunan 2 dtukar kepada cawan bole? lg satu masa nk masukkan tepung 2, kne guna hand whisk ek, klu putar pakai mixer adakh kek itu akan jd bantat?

sya edah said... [Reply to comment]

Salam kak HaSue..terima kasih sgt2 sebab share resipi ni..first time buat terus jd sebab senang ade gambar step by step..sekarang dah jd kek kegemaran keluarga saya..siap mak sdare mintak tolong buatkan lagi..ayah saya bg sepinggan makan sorang aje..hehe..thank kak!!

Nur-nba said... [Reply to comment]

Tq sebab sudi ajar kami.. Tutorial yg complete.. Bila2 senang, teringin juga nak mencuba sendiri.

SITI said... [Reply to comment]

Ha Sue,macamana nak tentukan harga kek jika ada yang mahu menempah,sila beri contoh untuk cheese cake tq

knock knock its me :) said... [Reply to comment]

Same to you Hasue and thanks alot add kamek bah. Yang selalu buka blog kitak si ibu lah cz si anak selalu gago bah, sidaknya masih belajar koh. Si ibu selalu ikut resipi kitak n even ari tok kamek coba molah kek batik versi kitak nang sedap bah tapi sikit jak jadinya koh kenak kah? Hasue kamek tok sebenarnya dah lama diam d Shah Alam ialah selalu rindu dgn masakan Swak.

Anonymous said... [Reply to comment]

YEAY JADI!! tenkiuuuu!! :D happy sgt sbb jadi n sedaaapp..hari tu buat cream puff tak jadi..dah sedih dah..tapi ni jadi! tenkiu sgt! :))

Noor Nabilah said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Noor Nabilah said... [Reply to comment]

boleh tanya tak. kalau kek nie kite nak kukus air dalam bekas bawah loyang kek tu kne letak sekali jugak ke?? n agak2 berape lame mse di ambil kalau kukus ye??

ika said... [Reply to comment]

salam sis..nak tanya..kalau x guna baking paper 2 boleh wat cara mengris mentega kat loyang dan n tabur tepung lah yea?

fizsal said... [Reply to comment]

mmmm nampak sedap jer.....

Ms. Wanniey said... [Reply to comment]

Klu sy kukus agak2 jd x???

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Sis, minta izin untuk copy paste ye, ni untuk personal use aje ;)

ricky said... [Reply to comment]

makasih atas resepnya. nanti saya coba masak deh.

Anna Rosley said... [Reply to comment]

salam... sis, nak tnye cheze ape ye yg sesuai?? susu segar pula? tq

HaSue said... [Reply to comment]

@ika
w'kumsalam..maaf lambat reply.. ye betul..boleh guna salah satu kaedah tu...tp paling selamat,guna laa baking paper selepas di gris ye..

HaSue said... [Reply to comment]

@Nabilah sy x pernah kukus lg jd x sure hasilnya camne..tp kalau dah guna kaedah kukus x perlu buh air tu lg ye.

HaSue said... [Reply to comment]

@Ms. Wanniey
maybe lain kali sy akan try kukus..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymouswaalaikumussalam... silakan..nak berkongsi dengan rakan2 pun apa salahnya.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@ricky
sama2..

HaSue said... [Reply to comment]

@Suzzannee Lee
W'kumsalam..
Gunakan cheese jenis cream cheese seperti jenama philadelphia,royal victoria,tartura dsbgnya.. ataupun jenis slice cheese aau keju keping buat makan roti tu spt cheesedale,kraft,dsbgnya.. susu segar pula gunalah sebarang jenama pun..tp bg sy,susu segar jenama HL mmg sedap...selamat mencuba dan harap jwpn dpt mmbantu :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam kak. saya baru mencuba resepi ni buat kali pertama. saya dah ikut step yang akak buat step by step. kenape yer, bila dah sejuk, kek saya masih basah dan lembik lagi. saya tak tahu mane silapnya. saya guna 40 minit suhu 160 darjah. harap dapat bagi tunjuk ajar. time kasih kak.

hellfuck said... [Reply to comment]

Salam kak hasue, nak tanya ne, kalau kte nak bkar kek ne kat dalam oven, kte kena masukkan sekali loyang yg berisi air tu kat dalam oven jgk ke atau cuma loyang yg berisi adunan?

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
Wkumslm.. Maksud kek lembik tu langsung tak boleh dipotong ke,atau masih cecair lg atau sblh bawahnya x masak lg atau mcmmana? Kalau masih x msk dlm tempoh tu boleh tmbhkan suhu tinggi sedikit atau msk lebih lama ye.. Cuba cucuk tgh kek guna lidi,jika keluar bersih bmakna kek dah msk.kalo ada adunan melekat kat lidi,maksudnya kek belum cukup msk..jgn putus asa ye..
Oh ye,kek ni teksturnya mmg agak lembap2 gtu,x kering sgt..tp x laa lembik.. :-)

HaSue said... [Reply to comment]

@hellfuck
W'kumsalam..ye betul..kena masukkan sekali loyang yg berisi air panas tu(buh loyang berisi adunan kek td atasnya ye) ke dlm oven yg sudah dipanaskn..kaedah ni yg dinamakan bain marie atau waterbath.. :-)

zaleha said... [Reply to comment]

salam Hasue, nak tanya, kalau kita nak buh buah mangga potong2 kiub kat dlm adunan ni blh? sbb anak saya suka sgt mangga..t.kasih

monasrie said... [Reply to comment]

Salam sis... GD dah try dan inilah hasilnya. halalkan perkongsiannya di blog GD pulak yer..teng q..
http://monasrie.blogspot.com/2013/03/light-cheese-cake.html
mungkin x berapa membanggakan tapi akan GD cuba dan cuba lagi lepas ni...

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam, sis nak tanya nie. Hmm haritue forst try buat kek cheese guna resepi nie menjafi taw tapi bila second and third try buat tak menjadi pulak. Haihhh kecewa nya. Sukatan semua dah betul. Ntah dimana laa salahnya.

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam, sis nak tanya nie. Hmm haritue forst try buat kek cheese guna resepi nie menjafi taw tapi bila second and third try buat tak menjadi pulak. Haihhh kecewa nya. Sukatan semua dah betul. Ntah dimana laa salahnya.

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam, sis nak tanya nie. Hmm haritue forst try buat kek cheese guna resepi nie menjafi taw tapi bila second and third try buat tak menjadi pulak. Haihhh kecewa nya. Sukatan semua dah betul. Ntah dimana laa salahnya.

Unknown said... [Reply to comment]

Tumpang tanye..
Saya ni baru lg dlm dunia m'baking kek ni.. kenapa kek yg saya buat n bakar dgn kaedah bain marrie ni hasil teksturnya tak seperti yg anda buat.. Teksturnya brlobang- lobang sptr spongebob.. knapa eak??

Anonymous said... [Reply to comment]

Kak,, nak tnye kek nie boleh masak dengan cara kukus tak???

Unknown said... [Reply to comment]

assalam.. nie 1st time wat kek keju.. ikut resepi bolat2 mcm hasue tunjuk.. x mnderhaka pon.. tp nape bila dh msk die jd berlayer.. kt atas gebuss kt bwh mcm puding kastard.. sedey bangat.. tolong perjelaskan plizz..sbb nk wat lg next time..

shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]

Assalamualaikum kak..terima kaseh kongsi tips, saya nak bertanya utk teknik steam bath tu..loyang cheese di letak dlm loyang besar berisi air panas. Kemudian masukkan Kedua-duanya dlm oven ker? A tau masak atas dapur? Maaf, saya ni baru belajar. Terima kaseh kak

shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
shambauer said... [Reply to comment]

Kak..Maaf sgt2..komp saya hang, saya Tekan send beberapa kali..rupanya masuk semua..aduh. Naseb boleh padam..saya ni blogger tahap bayi lagi

shambauer said... [Reply to comment]

@Suriani Ismail
Salam kak, saya pun pertama kali buat. Semua menjadi hingga waktu masuk acuan dlm loyang 8", ia cair. Akhirnya ia jadi pudding. Sungguhpun Begitu, rasanya enak sgt. Saya perasan di bawah blog ini tertulis utk 8" guna 200ml susu. Di atas sebut 300ml. Saya Akan Cuba dgn 200ml pula. InsyaAllah..tq atas perkongsian.

HaSue said... [Reply to comment]

Waalaikumussalam..
Maaf lambat reply. Maaf jika resepi mengelirukan..tp sila fahami ayat2 dlm entri di atas..utk resepi 300ml..resepi penuhnya di atas tu..standard size utk loyang 8"..yg 200ml..guna loyang 6" supaya kalau guna loyang 8" x rendah sgt.
Kejadian kek yg 2 layer mmg boleh berlaku di atas kesilapan tertentu yg x dpt dipastikan sepenuhnya..boleh jd suhu oven atau adunan kek yg mjadi puncanya.. hrp x putus asa n cuba lg ya.. lgpun yg hd 2 layer tu rasanya tetap sedap..kat bakery pun diorg boleh siap jual lg..hehee..dh mcm puding lapis kek pulak..ini dinamakan kesilapan yg menguntungkan..jgn dijadikan kerugian ^_^

Unknown said... [Reply to comment]

Salam hye sis...sy nk try wat cheese kek nie...just nk tny pemanasan oven.nie nk guna ats bwh or slh 1?plz mntk tlg ajarkn....

Unknown said... [Reply to comment]

Salam sis...sori just berminat nk try resepi kek cheese nie...nk tny pemanasan oven leh guna ats bwh or slh 1?

ArabianBollywood Boutique said... [Reply to comment]

Boleh pakai butter instead of mentega tak? Saya dah buat tgh bake ni.. lupa sapu butter n tabur tepung kat loyang terus tertuang ni... hua hua hua...

ArabianBollywood Boutique said... [Reply to comment]

Boleh pakai butter instead of mentega tak? Saya dah buat tgh bake ni.. lupa sapu butter n tabur tepung kat loyang terus tertuang ni... hua hua hua...

Unknown said... [Reply to comment]

Dah cuba resepi ni mmg terbaik..cntik sgt kejadiaannya..n sdp..

Unknown said... [Reply to comment]

Dah cuba resepi ni mmg terbaik..cntik sgt kejadiaannya..n sdp..

hayati suki said... [Reply to comment]

nampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
tq tau sudi share resepi ni.

Fazni-Bella said... [Reply to comment]

Klu guna cawan sukatannya tu boley tak?

Fazni-Bella said... [Reply to comment]

Klu guna cawan sukatannya tu boley tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...