Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Pisang. Show all posts
Showing posts with label Pisang. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Resepi Kuih Sagu Pisang Lemak Manis

Assalamualaikum.. ^_^


Selamat pagi Jumaat..
Sarapan apa pagi ni?
Ni sarapan yang mungkin anda nak cuba jika ada stok pisang,sagu,santan dan sebagainya..
Masa aku buat 2 hari lepas aku tak konfiden jer kalau2 ahli keluarga ni akan suka. Tapi memandangkan nak abiskan stok pisang,tetiba nampak lak resepi ni kat myr,aku terus keluarkan kelapa parut frozen aku dari freezer.

Part bungkus tu aku belasah jer balut ikut mana aku reti..janji terbungkus jer udah..hee..kalo ikutkan dia patutnya bungkus cam kuih jongkong kot..boleh rujuk kat link resepi asal aku bagi nanti ek..

Nih antara kejadian kuih tu..ada yang jadi besa,kecik sikit pun ada..hehe.. Adunannya tu memang agak cair sikit..lagipun aku tak buh kelapa parut banyak2,err tak tau pun sebenarnya setengah biji tu banyak mana,aku buh dalam secawan setengah gitu.hee..
Tapi bezanya dari lepat,ada buh sagu tu laa,kan..stok sagu lak cukup2 nak ikut resepi ni..

Alhamdulillah,anak2 dan suami suka jer rasa kuih ni..lembut dan lemak2 jek.. cuma kelapa parut tu agak 'menganggu' kata banglong..haha..tapi dia kata sedapnyaaa...masa aku suapkan kali pertama tu.. kalau tak suka kelapa parut rasanya boleh jer skip..pastu buh sagu lebih..tapi kelapa parut tu kan bagi tambah rasa lemak2 n keenakannya juga..
Kalau nak kaler lebih cantik,guna laa gula melaka atau gula apong untuk gantikan gula putih seperti dicadangkan penyumbang resepi ek.. aku ni guna gula pasir biasa ajer..

Pastu pisang tu aku rasa tak cukup banyak sebab guna pun pisang kecik jer..so rasanya kalo buh pisang lemak manis rasa lagi best..buh banyak pisang lagi sedap.. ni cadangan jelah ek..hehe

Terima kasih buat Resepi2011 dari myresipi.com yg share resepi nih ek..minta halalkan untuk dikongsi di sini pula..kepada semua,selamat mencuba!sedapppp tau!!

KUIH SAGU PISANG LEMAK MANIS
Resepi: Resepi2011@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

11/2 cawan tepung beras.-hasue letak 1 cawan tpg beras dan setengah cawan tepung gandum
6 biji pisang berangan/ pisang yang disukai. -hasue guna 1 stgh cwn pisang dah dilenyek
11/2 cawan sagu kecil (rendam dlm 15min,dibasuh dan toskan )
1/2 biji kelapa parut putih (jika kelapa muda lagi lemak) -hasue guna 1 cwn stgh
1/2 cawan gula perang / gula merah / gula pasir.
Daun pisang yang dilayurkan atas api secukupnya.
21/2 cawan santan ( 1 kotak santan jadikan 21/2 cawan)
Garam secukupnya

Cara-cara

Pisang di lenyek hingga hancur.
Masukkan tepung beras, sagu, gula dan kelapa parut gaul rata.
Tuangkan santan dan sedikit garam gaul sebati.Biar seketika ~ 10 minit agar santan dapat meresap dalam sagu.
Ambil daun pisang dan sapu sedikit minyak atasnya.
Tuang sedikit adunan dan bungkus seperti tapai/ kuih jongkong.Staplerkan / semat dengan lidi.
Kukus ~ 20 - 25 minit / hingga masak.

Buat penggemar kuih2 tradisional..anda mesti sukakannya..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, December 23, 2011

Kek Pisang Beralun Coklat

Assalamualaikum.. ^_^

Ini adalah entri tak berapa rajin..Menu minggu lepas gak..wat perabis pisang aritu..Kek yang ni aku guna pisang keling kata orang tempatan kat sini..nama antarabangsanya tak tau lak..pisang tu antara yang sedap dimakan gitu ajer...kulitnya yang masak of coz la kuning kan,tapi sedikit kehitaman..isinya putih,lebih putih dari pisang emas..

Sebenarnya kek ni aku buat ikut resepi kek pisang yang aku biasa buat..cuma adjust tang telur jer aku buh 3 biji...lepas tu masa nak bakar tu aku asingkan sedikit adunan dan buh coklat masakan cair..
Lepas tu,aku masukkan separuh yang tak bercoklat ke dalam acuan, tuangkan perlahan yang bercoklat tadi dan ratakan...atasnya tadi buh jer terus adunan yang tak bercoklat...
Jadilah kek pisang beralun coklat,tak jadi berlapis tapi beralun sebab ia dibakar sekaligus bukan berlapis2(satu persatu)..macam kek alunan kasih gitu..

Tak sangka Yana suka sangat kek pisang ni...teksturnya lembut jerr...lagi2 masa panas tu..aku pun makan banyak dari biasa..hurmm..pisang yang digunakan juga mempengaruhi rasa kek,kan? Biasa aku guna pisang kertas(ada orang sebut pisang emas lain,pisang kertas/pisang hotel tu lain). Pisang kertas muncung sikit manakala pisang emas kemetot sikit hujungnya..korang faham tak maksud aku ni ekk..



Rasa kek pisang ni sangat sedap dan diselangi dengan rasa coklat memang best! Rasanya korang boleh jer guna mana2 resepi kek pisang yang korang biasa buat dan tambahkan sebahagian dengan coklat masakan yang dicairkan...ehee... sebenarnya aku malas naip resepi...kalo korang rajin cari resepi kek pisang aku biasa buat tu ada jer dalam blog ni..kalo aku rajin nanti aku updatekan yer... :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 18, 2011

Resepi: CARROT AND BANANA CUPCAKE with creamcheese frosting

Entri malam laa pulak..
Maaf lah yer tak sempat jugak entrikan di siang hari tadi..
Banyak hal agaknya kot..lepas tu baca berita pasal pelajar perempuan kelar anak kat asrama tu..Ya Allah..gerun yang amat..tapi taknak ulas panjang2..huu..sedih!!

Nih kesinambungan daripada entri sebelum nih..ramai yang teka betul walaupun aku tak suruh teka pun..ada yang teka cupcake betik tu sabor jelah..tapi satu idea bagus gak kan..kot2 sedap! ;)

Resepi cupcake ni tengok aritu kat dapur kak Nor Ganu..aritu ada je pisang,lobak merah takde.. bila cik abang dah belikan carrot tu cepat2 laa aku buat cuppies nih semalam sebelum pisang tu dimamah usia..
Meh layan gambar..

Enak dimakan ngan creamcheese frosting.. cawan kertas ni pemberian adik blogger dulu tu,aritu ada gak guna sebahagian,tapi tak amik gmbr lak.apa2pun,mekasih kat dia..u know who u are :D

Yang ni pemberian akak blogger..yang segiempat tu pun pemberian orang gak..seorang rakan blogger yang boleh tahan sengal. Aiseh..semua pemberian orang belaka ni..rasa dikasihi jap..ehee..mekasih semua yer.. sesi menghabiskan papercup rupanya malam tadi..
Nanti leh laa gi bakery carik untuk stok lagi..dah lama tak berlama2 kat kedai bakeri tu..asyik sepintas lalu je kan,mana sempat nak ushar benda2 comel..huhuu.

Lembut jek n lembap..aroma masa dibakar tu ala2 bakar kek pisang n carrot..eh memang 2 bahan utama pun kan.hehe..

Terima kasih kak Nor Ganu untuk resepi nih. Boleh klik link kak nor untuk tengok cuppies yang comel dalam mould yang comel(dengan nada irama penuh kejelesan)
Mintak ijin kopipes kat sini yer kak...kak Sheila(nshafea) pun dah cuba..sila tengok juga ye

CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue @ sue-hasue.blogspot.com

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:
Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


CREAMCHEESE FROSTING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ ayak

Cara:
Pukul cheese dgn butter hingga kembang.
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

#ni utk spread atas kek tp kalau nak deco/bentukkan apa2 boleh tambah gula icing supaya lebih kental

meh amik sorang satu... wat bekpes esok ke..ehee.. wat yang nak mencuba tu,
Selamat mencubaaaaa!!

P/s:Kak nor kena amik sebijik..kang tak bagi pengeras,blog kena block lagik.heeee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 24, 2011

Goreng Pisang Cicah Sambal Petis

Jika nak menggoreng pisang,pastikan pisang itu sudah benar2 masak..bukan baru masak atau terlebih masak. Yang baru masak tu bukan tak boleh dimakan..tapi kurang sedap..biarlah pisang itu dah manis baru sedap buat kuih.. kalau kelat2 tu..memang kesedapannya tak seberapa...

Satu lagi kalau pisang yang tebal tu,jangan laa sekadar dibelah dua..tapi belah 3..pisang goreng ni lebih sedap kalau tak tebal sangat...
Nih laa selera kami dan cara aku menyediakannya...cubalah kalau tak pernah cuba..mungkin kena dengan selera korang gak kan..

Untuk resepi,aku guna resepi adunan tepung yang aku biasa gunakan buat untuk menggoreng aneka jenis benda yang boleh digoreng..boleh cari kat dalam blog ni yer.. Nanti aku sertakan link..ni nak bersegera jer bersiap2 nih.ehee

Untuk cicahnya tu aku guna sambal petis aritu gak..edisi menghabiskan stok.

Sarapan yang mudah disediakan dan pastinya sedapp!!

Selamat berhujung minggu!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 3, 2011

Jom Makan Kerepek Pisang Munger2

Meh makan kerepek pisang mehh..
Sebenarnya aku nak update mende lain tapi tak ter hapdate gak atas sebab2 teknikal n tak berapa nak teknikal yang sukar dielakkan..hehee..
Dah petang nih sesuai laa pulak nak update snek2 atau dessert jer kan.. ;)

Apa2pun best jer ngunyah kerepek pisang nih ha..kruk krak kruk krak jer kann..rangup gitu.. Kali nih aku guna pisang tanduk..beli semalam tepi jalan dalam perjalanan balik dari kampung.. beli tu bukan sebiji dua,tapi setandan..haha..maklum ler murah aje..rm2 sekilo..ngee..boleh laa makan kerepek pisang sampai lebam..! :D

Aku guna kaedah mudah aje nak buat kerepek nih..masih tertunggu2 juga orang yang nak kongsi resepi kerepek pisang sira madu nih..ke sira gula yang melekit kering tu ek..aku rasa madu laa..korang rasa?pisang?lain aku tanya lain korang jawab..heh.

Kerepek Pisang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
  • Pisang tanduk matang/belum masak
  • Garam
  • Gula
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara2:
  1. Kupas kulit pisang dan rendam seketika dalam air garam. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Lap pisang menggunakan kitchen paper hingga kering dan sagat terus ke dalam kuali
  3. Masukkan sediki garam ke dalam kuali dan goreng pisang sehingga kekuningan. Kacau2 sedikit jika perlu
  4. Toskan dan sejukkan sebentar.. Boleh dihidangkan begitu sahaja atau tabur gula halus jika suka.. Simpan di dalam bekas kedap udara untuk kerangupan berpanjangan

Biasa bulat2 gitu jer kan..kali nih kite buat munger2 la pulak ek..hehe kalau yang buat bisnes tu leh laa buat gini untuk menarik pelanggan.. :D

Sedap di makan begitu sahaja atau buh sedikit gula halus..cam donut gituu...sedapp!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 8, 2011

Resepi: Kek Pisang Goreng

Kalau ada stok pisang masak kat umah tu tapi tak tau nak buat apa,meh try resepi baru nih pulak..
Tengok kat umah kak fiza a.k.a kak sofea aritu,pastu nampak kat umah mak buyong sorang tuh lak..jadinya rasa teringin nak mencuba tu membuak2 ..nampak cantik je kejadian kek diorang..di samping tu,aku memang nak mengurangkan stok pisang tu..nak kata nak abiskan,ada lagi beberapa bijik..nasib korang laa kalau pasni ada kuar menu pisang lagik,kan..hahaha..

Pada pendapat aku,kek nih sesuai sungguh untuk mereka yang suka kek gebu2,yang naik2 gitu..tapi kek nih boleh tahan lembutnya..sedap dan ada kelainan...aromanya semasa dibakar memang best!agaknya hasil daripada menggoreng pisang tu laa kot..hehe..kalau guna pisang lemak manis mesti lagi best kot..


Resepi asalnya mengikut kata kak sofea nih adalah daripada Kha,selongkar dapur kha tak jumpa pulak...jadi kopipes dari umah kak sofea je lah...resepi di bawah nih aku edit sikit ikut cara aku buat kek nih yer..untuk rujukan di hari tua.. terima kasih yer kha,kak fiza dan anna qawina(sila sebut intonasi arab) kerana menyebarkan resepi nih..hehe

KEK PISANG GORENG
Sumber : Khazaini Khalid
By : Sofea@after6am & HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

250g pisang emas@ lain2 pisang
4 biji telur
3/4 cawan gula castor
2 cwn tepung gandum ~ayak
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate
1 cwn minyak suam ~guna minyak goreng pisang tadi.
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:

1. Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan sejukkan sebentar.Blend bersama minyak masak.
2. Sementara itu,putar telur dan gula hingga kembang & putih.
3. Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan menggunakan kaedah kaup balik.
4. Akhir sekali tuangkan adunan yang dikisar tadi.
5. Tuang dalam acuan yang sudah digris dan dilapik baking sheet dan bakar 160'c -40 min @ sehingga masak(bergantung jenis oven). -hasue bakar lebih kurang 30 minit sahaja pada suhu yg sama

Tips dari kak fiza-
  • selepas masukkan minyak dlm adunan tepung, jgn diputar terlalu lama sbb nanti kek bantat.
  • Jika tidak cukup minyak lebihan gorengan tadi bolehlah campur minyak yang belum digunakan untuk mencukupi sukatan

Kek ni memang gebus jer..menurut kha,dia belajar kek ni kat kelas masakan dan cikgu yang ajar tu kata kek ni laa yang biasa dijual kat kedai2 tu ...betul tak puan Kha?hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 1, 2011

Super Moist Banana Marble Cake

Salam Jumaat wahai rakan2 blogger dan bukan blogger sekalian.. harap sihat2 jer hari ni yer..kalau tak sihat tu,sendiri mau ingat laa yer.. ubat,kalau ada tu dimakan..kalau takde tu..gi klinik atau sepital..sian doktor ngan misi takde keja kang..diorang pun nak jugak tajamkan skill perubatan..lagipun sebelum penyakit tu melarat baik dicegah awal2 yer dak?
Awal2 entri dah membebel nih..adeh.

Semalam tu tak berkesempatan bersiaran kembali..nak membalas komen orang comel2 belaka tu pun tak sempat dah..melayan karenah power rangers kat umah ni ler..tapi tu alasan sampingan..alasan tak sampingan,aku duduk kejap2 jer depan lappy..tak boleh lama..syok giler main ngan zhariff yang gelak nak mengekek jek sekarang..hehe
Oh yer,semalam sempat gak gi beraya kat bakery..ingat nak bawak balik papercups jer..ngan coklat chips..err,ngan aluminium foil.. tapi, tak sangka banyak lak barang2 lain nak ikut balik..aku redha jer..bagi meriah kabinet tu sikit kan..hakhak.. :P

Gempak tak nama kek pisang nih?hehe..saje tadi pagi buat eksperimen buat kek pisang yang diolah daripada resepi kek pisang yang family aku biasa buat.. resepi tu dah post kat myresipi dah..ada yang jadi jer buat,ada yang tak jadik..aku pun naik pelik nih camner ada yang tak jadik buat tuh kan..huhu..


Cadangan hidangan..hehe

Tapi berdasarkan pengalaman aku laa nak buat kek pisang nih...(dah mula dah..dah mula dah..) ok tak,tak..aku citer pendek jek..
Berdasarkan pengalaman aku la,pisang yang digunakan memainkan peranan penting juga dalam menghasilkan rupa bentuk kek kita tu nanti..maksud aku ni dari segi jenis pisang,tahap masaknya pisang tu dan kemanisan pisang tu(ni berkait dah dengan tahap masaknya tadi la.).ok,jenis pisang tu..korang tahu tak,tak semua jenis pisang ni..kalau dibuat kek akan menghasilkan urat2 yang cantik2 tu.. aku tahu sejenis pisang yang ternyata berkesan menghasilkan efek gitu..pisang lain ada yang hasilkan gak kekadang..tapi pisang yang itu memang confirm cantik..tapi aku takde gambar laa..len kali kalau aku jumpa,aku buktikan kat korang,eyh??
Ni pun kakak aku yang bagitau dulu..aku test2..memang betui ler..hee..(tengok atas..takut terpanjang lagi entri nih)
sebelum cerita panjang sangat lagi,meh laa layan kek pisang nih..
Resepinya dah ada..tapi aku ni kalau baru post resepi memang nervous sket..takut gak orang cuba tak jadi..ada sesiapa volunteer nak cuba dulu tak?sapa ada pisang baru masak kat umah?hahaha...

Sebenarnya mula2 tu aku tak buh pun coklat chips..lepas 4,5 kali marble tu baru aku ingat nak buh..takpelah..pasnih nak buat lagi..kalau jadi lagi aku buat nanti aku post resepi eh..kalo tak jadi gini,lupakan ajelah..korang guna DAIA udah..daia x tau?serbuk cuci yang suruh orang lupakan yang lain tu..ahaks

Tapi kannn..rasa kek pisang ni sedappp..lembutt dan moist sekali..cam kek kukus lak..iyerr,aku bakar jer nih..*macam laa orang tanya kan

Haaa...yang ni takde coklat chips..aku buh kat mini loyang..tomel2 jer loyang tu..bentuk oval(bujur)..selalu aku guna untuk me'mini'kan apa2 kek :D


Nampak tak ke'moist'an kek nih?yang kat loyang kecil nih aku tak buh coklat chips sebab nak test rupa aje tadi..so masak laa terlebih dulu..nak sembelih pun main paksa..dier baru kuar oven terus kena bedah siasat..kejam kan?heh..tekstur dier cam bingka tapi tak sepadat bingka..cam kek laa..tapi tak naik tinggi gebus..pendek kate,yang gini akuk lebih sukakkk!!

Mesti korang yang baca hujung entri siap2 nih nak cari resepi dulu,kan?haa..baca dari awal dulu,baru leh paham..hihii..jangan marah eh! ;P
Edited:
Oklah,resepi nih..siapa2 yang nak mencuba..aku guna pisang kertas atau pisang hotel tu..ada orang panggil pisang emas..tapi setahu aku pisang emas dah dibawa belayar ujung buah dia kemetot sikit..ke lain tempat,lain namanya ek?
Gambar pisang ni kalau rajin nanti aku update..

Super Moist Banana Marble Cake
Recipe: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2: Loyang 8"

400g pisang masak tanpa kulit*
3/4 cawan gula-bergantung kepada kemanisan pisang*
3/4 cawan minyak masak*
2 biji telur-saiz A*
1/2 sudu teh vanila atau perisa pisang*
1/2 sudu teh ovellette*
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
200g tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
sedikit coklat emulco atau browning sugar
Coklat chips-optional

Cara2:
  1. Panaskan oven 175c
  2. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam blender,kisar halus dan tuangkan ke dalam bekas..
  3. Ayakkan terus tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan..Kacau sebati menggunakan hand whisk.
  4. Bagai dua adunan,satu bahagian dibiarkan tanpa warna dan sebahagian lagi dicampurkan serbuk koko(kacau sebati) barulah ditambah coklat chips dan coklat emulco/browning sugar untuk warna lebih menarik
  5. Ambil 2 sudu adunan tanpa warna dan letakkan ditengah2 loyang(pastikan loyang sudah disapu minyak masak
  6. Selepas itu ambil 2 sudu warna coklat lagi dan letak di tengah2 adunan tanpa warna tadi.
  7. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.
  8. Bakar selama 45-50 minit bergantung jenis oven.. Selamat Mencuba! :)
Close-up view.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 3, 2011

Gulai Lemak Pisang Muda

Selera aku,memang tekak orang kampung lah!
Kalau kena hidang chicken chop vs kari ayam kampung ngan nasik memang aku tak pilih chicken chop..Kalau harus pilih potato chips vs kerepek ubi kayu,memang laju jer aku amik kerepek ubi kayu..tapi harus laa sama level sedapnya..jangan lak bagi pilihan ubi kentang tuh rangup tapi kerepek tu keras cam kayu..huhu...
Baru2 ni singgah tepi jalan dalam perjalanan dari kampung tu sempat gak laa beli kerepek ubi kayu..sedap giloss...rangup yang lembut,bukan yang keras!

Baiklah2..cerita pasal menu kampung,bertahun2 juga rasanya tak makan sayur yang menggunakan pisang muda nih..di masak lemak pedas2 memang membuka selera jer kan..pastu ratah/makan gitu aje masa masih suam..oh sedap!

Aku masak cara tumis dulu baru buh santan ni..kalo tak buh santan boleh jer nak buh susu cair...

Ermmp!masih terasa2 lagi ko..ehe..

Pisang ni pun dah nyaris2 nak masak...tapi puas ati dapat makan juga akhirnya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 11, 2010

Sira Pisang


Sira Pisang

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 10 biji pisang nangka
* 100gm gula
* 2 kuntum bunga cengkih
* 2 kuntum bunga lawang
* 1 batang kulit kayu manis
* 250ml air
* daun pandan
*tmbh sikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Masak air dan gula hingga mendidih, masukkan bahan rempah dan pisang. Tutup periuk dan masak dengan api yang sederhana.

Selalu tengok orang buat tapi aku 1st time wat sendiri n makan gini..sian kan!haha..
Tima kasih buat citarasawan @kak wan yg sudi kongsi resepi simple ni..kopipes dr myR jek..
Add Image
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 23, 2010

Lepat / Belebat Pisang

Salam buat semua blogger dan bukan blogger..
Bertemu kita lagi di hari isnin pd bulan yg mulia ini(;mode pembaca berita)
Dah lama tak buat lepat pisang..tempoh hari dapat tengok jek kat umah ijah siam nun..kalo dapat merasa takpe gak kan..jadik jiran kat alam cyber nih gitu ler..kena jamu mata jer,nak kalu...sila wat sendiri..hihi..

Pisang bukan main sakan lagi masak setandan kat dapur aku..selain buat kek pisang aku buat ler lepat pisang nih.. kalau sebut pasal lepat pisang memang sedap dimakan..tapi bulan puasa mana bleh makan byk malam2 kan..mudah kenyang gitu..apa2pun untuk resepi lepat pisang ni aku seperti biasanya memang tak ikut sangat sukatan mana2 resepi sebab main tibai jer(pinjam ayat maklang azie) ikut suka dan citarasa..lagi2 bab tambahkan pati santan tu..kasi lemak sket kan..pastu biasa buh gula apong kalo takde gula melaka tapi kalo guna gula biasa pun sedap juga..malah lebih nostalgia lah rasanya..

Gambar kat atas ni lepat yg buh gula apong sebagai ganti gula biasa..sedap! Cara bungkus ni org2 dulu biasa buat,cuma yg aku buat nih kemain gemuk lagik..hihik :P

Yang nih pula cuma guna gula biasa...pun sedap juga..!!cara bungkus pun yg biasa2 tu,senang keja.. :)

Apa2pun bagi yang ingin mencuba resepi membuat lepat pisang ni,aku syorkan resepi dari CMG atau dari CtJuliez@myR nih...very basic dan senang nak ikut..
Kali ni pun aku ikut stail ctjuliez nih,buh tepung jagung(pastu aku tambah lg sikit tepung beras) cuma sukatan jer ikut suka aku jer..ngee..maklum laa,suka ltk lebih pisang. :)

Thanks pada mereka.. selamat mencuba! :)

Bahan-bahan ( 3 org )

* 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
* 4 biji pisang yg dilenyek halus
* 70 gm tpg gandum
* 30 gm tpg jagung
* 70 gm gula melaka dicincang halus
* 4 sb pati santan
* secubit garam

Cara-cara
  1. layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat.keringkan.
  2. Pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
  3. Kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit.sebaliknya,jika keras tambah pati santan lagi.
  4. Adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
  5. Daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
  6. Air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
  7. Selamat Menjamu Selera & Selamat Menambah Amalan di bulan yg mulia ini!
Ada beberapa cara nak melayurkan daun pisang seperti direndam air panas, disalai seketika atas api ataupun dijemur di tengah panas utk seketika..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 23, 2010

Chocolate Banana Cake

Salam..
Entri ni entri tertunggak namanya.. maklum laa..keadaan tenet yg kurang mengizinkan dan minta maaf sangat2 pada kawan2 sebab sebelum ni tak ter reply mesej2 komen tu bukan suka2 taknak reply tapi kuarnya 'page load error' memang sukar nak buat apa2 selain me'refresh' seadanya..apa2 pun nanti akan cuba dibalas yer..tq2...hehe

Kalau ada pisang yg dah masak ranum kat dapur tu,gi buat kek ceklat pisang ni...moist dan sedap..
Tapi bahan2 ikut selera jek tukar..bukan suka2 nak modified resepi orang yer.. :)

Resepi ni amik dari mamafami, pastu ke Alongroz pastu ke kaknor ganu..dari situ aku pas ke sini lak..ehe...mekasih kat akak2 sumer yek..

Amik dgn rasminya dari kabinet dapo Kak Nor..tq2

CHOCOLATE BANANA CAKE ~ source of Joy of Baking

Ingredients :

2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
3/4 cup (75 grams) cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs > Sue letak 3 biji telur size B
1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2 cup (120 ml) milk >Sue letak susu sejat
1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
1 1/2 teaspoons vanilla essence

Method :

1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.
Tak letak ganache pun,sebab pisang yg aku gunakan tu pun dah manis..kek pun dah rasa manisnya...sedappp!

Psstt...Sebenarnya masa bakar tu, aku dah terbuai ke alam mimpi..dah pagi tengok2 sibbaik masak elok jek..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 6, 2010

Moist Banana Bread

Ada laa pisang yg biasanya sesuai dibuat pisang goreng tu sikit terlebih masak dalam dapur tu kan..tak pernah buat kek atau kuih muih lain guna pisang ni..sebab biasanya memang sedap goreng ajer...
Tapi bila tengok resepi nih teringin lak nak cuba..heheeee... Menjadik la jugak,naik tuu naik...cuma kite guna loyang agak besar tak sesuai ngan sukatan adunan tapi dah tuang dalam loyang baru sedar dari khayalan gitu..malas nak salin balik..haha..
Takpelah ek,janji leh makan..(nak sedapkan hati)

Jom tengok resepinya yg diselongkar dari dapur Kak Nor yg asalnya dari kak Am Flora..Terima kasih yer akak2 sumer...

MOIST BANANA BREAD

3 or 4 ripe bananas, smashed*
1/3 cup melted butter*
1 cup sugar (can easily reduce to 3/4 cup)* (maybe 1/2 cup lagi ok)
1 egg, beaten*
1 teaspoon vanilla*
1 teaspoon baking soda*
Pinch of salt*
1 1/2 cups of all-purpose flour
**
Preheat the oven to 350°F (175°C).With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.Mix in the sugar, egg, and vanilla.Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.Add the flour last, mix.Pour mixture into a buttered 4x8 inch loaf pan. Bake for 1 hour. Cool on a rack.Remove from pan and slice to serve.

Memang rasa cam kek pisang lak...tak rasa cam makan bread..sebab dah ader perisa kot. Yang nampak hitam2 tu bukan urat pisang yer,tapi chocolate rice..hehe.

Ada sejenis pisang yang kalau dibuat kek atau apam,uratnya akan nampak sangat2 buat kuih tu nampak cantik jek.. Kalau ader lenkali nak kasi tunjuk..nak bagi nama takut lain2 nama ikut pemahaman masing2 kan.hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 14, 2009

Pisang Goreng


Err..pisang goreng ke goreng pisang?ahhh..mane2 ler yer...
Ke pisang celup tepung?ahehe..ahh..kan dah kate mana2 jer....
Kalo sini dipanggil cucur pisang..iskhh2..mana2 jelahhh..sama jer tuhh.huhu

Kali nih aku try goreng guna adunan tepung elin888 kat myr..
Resepi 'cempedak goreng'
Sebagai mana yg aku bayangkan,goreng guna tepung beras nih dia jadik rangup yg keras sket..
Bukan rangup lembut..err,boleh paham tak maksud aku ni eh..cakap berbelit2..hihi
Selera kitorang lak suke yg rangup lembut..huu..ia lembut,tp tetap rangup..

Kalau mengoreng guna adunan tepung beras memang bleh jadi rangup..tp xleh letak tepung beras banyak.. bila sejuk jadik lg keras sket ler..campur tepung adabi nih x jauh beza gak..

Hubby siap tanye..
Nape x goreng cam biasa tuu..katenya..uhuu..
'saja nak try resepi orang lain'..

Apa2 pon,sapa2 nak cube, sue c n p resepi kat sini eh..
Maybe kena selera u all.. :)

Anyway,thanks to elin8888

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 1 cawan Tepung Goreng Pisang Adabi
  • 2 cawan Tepung Beras Cap Tiga Gajah
  • Air suam secukupnya - utk bancuh tepung
  • Garam secukup rasa
  • Cempedak - sue wat ngan pisang
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Panaskan kuali & masukkan minyak (agak banyak).Biar sampai tenggelam bahan yang kiter goreng.Biar api agak besar. TIPS : Api yang slow akan menyebabkan minyak banyak meresap ke dlm bahan gorengan & watkan tak rangup dah...
  2. Campurkan kedua-dua tepung & garam.Bancuhkan tepung dengan air suam tadi sehingga bancuhan jadi bertali jatuhnya bila kita angkat dgn jari & agak2 pekat sesuai utk menggoreng.Jangan terlampau cair & terlampau pekat yer.
  3. TIPS : Tujuan gunakan air suam adalah untuk merangupkan bahan goreng n meringankan tektur tepung.Jadi minyak tak banyak meresap.Ini adalah rahsianya : AIR SUAM. Power jugak air suam ni punya penangan ek. keh keh
  4. Make sure minyak betul2 panas dulu.Pastu gorenglah cempedak ni hingga garing.Jika ada yang bercantum time goreng tu,pisahkan 1-1.Jangan lupa toskan dulu minyaknya sebelum dimakan.
p/s: masa aku try adunan nih pagi tadi sebelum diedit,1 1/2 tepung adabi,3 cawan tepung beras.. wat stgh adunan jerkk..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 30, 2009

Lempeng Pisang

Yang nih laaaaagi nostalgia..
1/3 adunan pengat pisang tu aku buat laaa menu nih..
Perghhhh..sedap dari roti canai woo..hehe
Terbayang wajah2 nostalgia,arwah mak,arwah nenek,nenek sedara..wajah2 yg x dikenali pun ter interprem same.hehee..

Cara2 nembuatnya:
  1. Hamparkan daun pisang,letak adunan dan ratakan.
  2. Tutup dengan sehelai lg daun pisang.
  3. Bakar di atas kuali panas dengan api sederhana sehingga masak,balikkan dan tggu masak sambil ditekan2 sedikit.
  4. Hanguskan sedikit untuk keenakan yg tak terkata..hehe


Bagi yang tak pernah makan menu kampung nih,cubalah..memang tak menyesal.. =)

Ini pisang yg daku gunakan..
Korang biasa jumpa kan?
Memang sesuai sangat untuk pengat dan lempeng sebab aroma dan rasa yang sungguh istimewa..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pengat/Lepat Pisang

Nih semalam punya aktiviti yer..
memandangkan semalam tak boleh connect internet..
So paksa diri gak duk depan laptop nih masukkan n3 ..
Korang biasa makan tak pengat/lepat pisang(kat sini panggil lain nama..banyak namanya)
Biasa orang letak gula melaka pun ader,gula apong pun ader..
Tapi aku letak gula biasa ajer..malas nak godeh2 gula lain tuh..heeee..
Tapi aku memang sukaaaaaa pengat pisang....PISANG LEBIH TAUUU...
Rasa pisang lemak2 manis gitu..besttt


Yang nih masa nak kukus selepas diserkup ngan daun..hehe..
Main hantam jer cara bungkusnya tuh..janji adunan x terkeluar ye tak..

Guna resepi simple aje..bahan2 tu nk tmbh atau kurangkn ikut selera..

Bahan2:
1 cawan pisang dah dilecek
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan pati santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula(bergantung kemanisan pisang)
Daun pisang/daun irik secukupnya

Cara2:
  1. Campurkan kesemua bhn dalam 1 bekas dan gaul sebati.
  2. Jika menggunakan daun pisang,layurkn dahulu di atas api supaya ia mdh dibentuk. jika menggunakan daun irik,tidak perlu berbuat begitu kerana ia sudah lembut dan mudah dibentuk
  3. Masukkan sedikit adunan ke atas daun dan bungkus kemas, sematkan dengan lidi/pencungkil gigi.
  4. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Selamat mencuba ya..
Seperti biasa,nak suap saper2 yg nak merasa tu..ngaaaa... :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 24, 2009

Apam Pisang

Salam dan Selamat Pagiiii...
Dah lama tak buat apam pisang ni..tengok pisang pun dah masak ranum,so awal2 pagi dah panaskan pengukus.
Nak wat apam ni pun mudah sangat..tak payah pikir panjang2 pun...zup!zap!zup!zap! dah pun siappppp...



Apam pisang ni kalo tengah diet ni takleh telan banyak2..cukup ler seketul gitu..kunyah pun slow2 gitu. Sedap memang sedappp..ade lebih tu leh sedekah kat jiran ke..heheee.

Sebenarnya,lagi lama dikukus warna apam akan lebih gelap dan cantik. Kalo nak apam yang lebih banyak nampak berurat2 tu kena guna pisang yang beraroma tu(adehh..x tau nama pisang tu).Kalo kat sini panggil pisang 'keling' sebab kulitnya agak kehitaman.huuhuu..tapi pisang tu rasanya sedap..
Resepi apam ni boleh korek kat myR yea..siap ngan cara2 sekali.. Boleh jadi kek pisang bila dibakar.

Yang ni wat untuk hb bwk gi opis..kek biasa2 jer.merasa juga sepotong untuk sarapan pagi ini..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...