Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, July 28, 2009

Ikan Masak Kicap

Salam Selasa..
Masak awal pagi lagi..merangkap sahur laa kiranya..
Tapi dah menjadi kebiasaan kami suami isteri,sahur x makan berat2..(macam org lain sahur berat ek)
Kalau bulan Ramadhan,bangun sahur biasanya minum air mineral sahaja.
Tapi last year x berkesempatan berpuasa n berbuka sama2..huuu

Bukan apa,kalau makan nasi tuh,memang lewat pagi tuh kang rasa dah kebulur plak..uhuk..
Tapi kalo tak sahur tu,ok pulak...agaknya perut tak terkejut kot..hehee

Nih pun makan ratah2 manja jer tadi..hee..

Bahan2:
  • 1 ekor ikan sardin sederhana besar/atau jenis lain
  • 1 labu bawang besar*-kalo yang besar sgt tuh guna separuh jer.
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 cili merah*-nak tambah cilipadi ikut suka-sue x buat pedas,nanti anak2 x mkn lak
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 3 sb kicap pekat-guna ayam brand
  • Rempah tumis 4 beradik-kalo x suka xyah letak
  • 1 cawan minyak msk untuk menggoreng
  • Serbuk kunyit
  • Garam,gula dan serbuk perasa ikut selera
  • Bahan tambahan>Cili merah-dipotong2 dan Bawang besar dipotong2
Cara2:
  1. Bahan2 bertanda * dikisar bersama
  2. Perap ikan yg sudah dipotong dan dibersihkan bersama serbuk kunyit dan garam serta 1/3 bahan kisar. Goreng separuh masak dan ketepikan
  3. Panaskan kembali minyak,masukkan rempah tumis dan diikuti lebihan bahan yg dikisar tadi sehingga naik bau dan masukkan sos cili,kicap dan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
  4. Tambahkan sedikit air jika perlu. Letakkan sedikit sahaja garam pada kuah sebab ikan sudah diperasakan semasa menggoreng tadi
  5. Apabila kuah sudah agak pekat,masukkan ikan yg digoreng separuh masak dan renihkan seketika. Masukkan bawang besar dan cili merah yg dipotong tadi
  6. Sebatikan semua rasa dan siap untuk dihidangkan.
*Kalau suka,boleh juga tambahkan sedikit sos tiram.. =)

Jemput makan semua yerr...tambah nasik,tambah nasik.... =)

Tahun nih tak tahu lagi macammana..yang pastinya seronok sangat bila dah di sisi suami n anak2 nih..
Kalo berjauhan susah hati jer n risau,'dah makan ke laki aku nih?', apa agaknya juadah berbuka dia', dia beli makanan kat mana'..ahehe.. hanya yg pernah berjauhan lama2 ngan suami yg tahu maksudku itew... :P

P/s:Lauk nih sedap dimakan pedas2..hubby suka lenyek cili padi masa makan nih =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

sedapnya sue..pekat sbb letak tepung jagung yer..kalu sy masak tak letak sbb abg suka makan berkuah.

Chik Mimi said... [Reply to comment]

Alamak sue sama lagi akak dinner mlm td pun buat sardin masak kicap hihihihi sehati 2 jiwa kot

d0tbl0gsp0td0tk0m said... [Reply to comment]

aduhai...laponyeeeee...

kene plak tgh bz nih.... dok depan pc... lagi ler bertambah lapo tgk gambo tu...huhuhuh

Ciklinn said... [Reply to comment]

sue sedappnyerrr.... dah lama linn tak masak camnie..mmg menyelerakn mkn pagi2 buto tu kan

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Alamakkkkk sedappppnyeee! Love tak minat sgt Ikan...tapi tgk ikan u nih...chewahhh! terliur gak! ;)

HaSue said... [Reply to comment]

Hanim>Kalo nak letak berkuah,cuma tambah air lagi sikit..kuah lagi best kalo letak tepung jagung..tak smestinya nak pekatkan jer.. :)

Chik Mi>sehati sejiwa lah kite yer kak..hihi..hari ni menu apa?puasa ke? :)

Pakcikdot>puasa ek??hehe

ciklinn>ahaha..mkn pepagi buto mmenag sedap..ratah pun best jer.hehe

love>ahehe..bleh try tuh love...kalo suka pedas taruk cili banyak2...baru kaw2 gitu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...