Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, July 13, 2009

Peria Kacau Goreng

Haa,nih menu harini gak..
Walaupun simple,mmg sedapp..
Bagi yg tak suka peria tuh try laa skali yer...
Yang suka mkn pon cubalah juge..
Kali nih try resepi Lina_pg yg rajin mencuba resepi2 orang lain kat myR tuh..

Sebenarnya hb suka makan sayur peria..
Aku makan jugak,manja2 gitu..hhehehe
Alhamdulillah,yg nih kena ngan tekak kami..
Masakan peria sebelum2 nih kacau goreng gak,cuma bhn sedikit berbeza..
Thanks lina sharing yer.

Resepi nih c n p dr Myr..thanks to Lina_pg
Kak lina ke ek..sori eh kalo panggey name jer..hee

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit).
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Bilas peria dengan air dan toskan.Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.Akhir sekali masukkan cili merah sebagai hiasan.
  6. SELAMAT MENCUBA
Peria nih elok untuk orang yg menghidap penyakit darah tinggi..juga untuk menurunkan kolestrol.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

CikMin said... [Reply to comment]

hasue...makan peria ni mmg bagus...cikmin kerap masak peria goreng ni...campur lam gulai lemak ayam pun sodap...

blogresipi said... [Reply to comment]

Kite suke peria.. sangat best.. goreng cenggini mesti best nie.. kalau kasik kite ratah pun boleh nie..hehe

fzmenu said... [Reply to comment]

Salam..
Akak pun goreng peria macam gini. Memang sedap...dan amat baik untuk kesihatan...

neezareef said... [Reply to comment]

ayo sy x mkn peria..pait x menahan...hehehe

HaSue said... [Reply to comment]

CikMin:Tak pernah lak campur ngan gulai peria nih..sedap ek.bleh laa try lenkali..tq kak.. :)

blogresipi:bagus tuh kalo suka makan peria..hehe

fzmenu:memang bagus untuk kesihatan kan kak... :)

neezareef:kalo masak gini x rasa pahit langsung..try ler skali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...