Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, July 22, 2009

Korang dah baca lum?

Choppp!!meh baca nihh..ish2..
Aku dapat nih masa jalan2 kat umah alimaz yang sarat berinformasi tuu..
Ada gambar lambang care4(kalo x silap,tp aku xleh view lak,masalah server)
Kalo nak tengok gi blog alimaz ehh.
Thanks yer sharing info nih..

Meh bace nih...
Macam ngeri sangat nak pergi supermarket sekarang ek..huuu..

Awasi anak anda di Pasaraya

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan
maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak
tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan
menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa
dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.
Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini
semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu
sedang membongkok untuk membelek-belek daging,
dan apabila berpusing mendapati anak
perempuannya berusia 4 tahun telah hilang.. Saya
berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu,
sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak
perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour
untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem
pembesar suara. Beliau terus melakukannya
apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian
terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan
telefon.. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya
semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata
kod atau seumpamanya. . Jadi mereka telah
mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya
selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak
perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik
air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak
perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya
berpakaian dalam.. Ada sebuah beg mengandungi
baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di
lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya ? Iaitu mengambil
lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik
air, cukur rambut dan tukar pakaiannya. Melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin
saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong
perhatikan anak-anak anda apabila berada di
tempat luas di mana adalah senang untuk kita
terpisah dengan mereka seperti di gedung
beli-belah. Hanya beberapa minit diperluka n
untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak
perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang
sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya
beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh
berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak
perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat
Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Haiyoooo! memang teruk some psychos kat luar tuh! Love benci tul kat orang2 mcm nih. Incident mcm nih menyedarkan kita supaya lebih berwaspada kan. Kesian kat anak kecil tuh.
Love pun takut la nak bawak anak2 keluar coz of orang psycho mcm nih...ish! ;)

Eyna's said... [Reply to comment]

Eih...menakutkan sungguh...
punyalah cekap depa buat kerja jahat...
nasib baik sempat slamat lagi budak tu...

Unknown said... [Reply to comment]

tapi byk yang saya dgr ..org asing yang buat kerja ni..hmm tak tahula...mmg ramai berhati binatang dan bertopengkan manusia...tp skrg si kecik saya taknak duduk troleyy...geram betull

Saliza said... [Reply to comment]

Takutnya bile dgr ada perkara cam ni..
Sadis sungguh la org yg melakukannya.
Agaknya org ni mmg x de perasaan lgsg, cuba satu ari terkena kat anak dia ke.Masa tu baru tau..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

takutnya sue bila dgr cite2 mcm ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...