Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 31, 2009

Bingka Pandan Berkerak..hehe

Salam hari Jumaat, Tok penghulu segala hari..hehe
Tahukah anda hari ini hari Pahlawan?
Sama2 kita komersialkan hari pahlawan untuk menghargai jasa mereka yer..
Selamat Hari Pahlawan untuk pahlawan2 tanah air..
Bagi aku pahlawan hati adalah ayah dan suami tercinta..ehek..
Mesti sekarang ayahanda sedang teruja kat KL nun...baru pestaim jejak sana.. =)

Ok,Sarapan pagi ini..bingka pandan yg berkerak rangup..hee..suka jer makan keraknya eh..
Resepi asal dari Bingka telur Joayee sebelum nih dah selalu buat..
Kali nih adjust2 sikit ikut selera dan untuk memenuhi citarasa anak tekak penghuni rumah nih yang suka rasa susu sejat dalam bingka nih banding rasa santan..tp kadang2 ganti santan gak..haha

Bahan2 (loyang 81/2 x 81/2 inch)
  • 6 biji telur
  • 2 cawan air + pandan emulco/air pandan
  • 400ml susu cair(1 tin)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4 sudu makan butter-cairkan
Cara-cara
  1. Masukkan telur,1 cawan air,pandan emulco,gula,garam dan marjerin yang dicairkan
  2. Kisar bahan ini sehingga halus dan gula hancur sepenuhnya.
  3. Masukkan ke dalam bekas agak besar.
  4. Masukkan susu cair,1 cawan lagi air dan tepung gandum.
  5. Kacau menggunakan whisk sehingga adunan tidak lagi berketul
  6. Sediakan loyang. Gris dengan minyak masak(tuang sedikit minyak masak dan sapu rata)..Panaskan seketika dalam oven
  7. Apabila sudah panas,tapiskan adunan tadi terus ke dalam loyang
  8. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam atau sehingga berkerak di atasnya..
Tip: Setelah masak,jangan terus dikeluarkan dahulu dari oven untuk mengelakkan bingka 'turun' di tengahnya. Biarkan selama lebih kurang 5-10 minit begitu barulah dikeluarkan dari oven dan disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong...

Keraknya nih memang best jer makan kan...rangup yg lembut..hehe(tak abis2 lagi cakap pasal rangup lembut n rangup keras..huuu)
*Cara2 tuh diterangkan agak panjang supaya senang nak faham..tapi kalo buat setengah adunan sahaja, boleh masukkan sekaligus bahan2 dan terus tapis ke dalam loyang..

Para penggemar bingka bleh laa mencuba resepi mudah ni dan kalo tak nak buat banyak tuh bahagi 2 laa adunan tu..selamat mencubaaa..

P/s:Bingka nih kalo nak lebih lembut jangan penuhkan sukatan tepung tu...biasanya aku letak tak berapa penuh cawan yang ke 3 sebab hubby suka bingka yang lembut gitu. Dan satu lagi jenis tepung juga mempengaruhi kelembutan tepung kita yerr.. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

Chik Mimi said... [Reply to comment]

Sueeee akak nak chup yg kerak yer ,simpan tau akak pun suke rcp ni

Masy said... [Reply to comment]

bile laa ko nk pos kat aku sket Sue woit.. asik tgk gambau je, mane leh jadik ni hahahahah

Anonymous said... [Reply to comment]

Kerak tue yg best tue... lagi byk lagi sedap.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Chik Mi
kerak jer ye kak?jap nak kikis keraknyer..hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@Masy
ko x bagik alamat camne aku nk pos..hahaha

HaSue said... [Reply to comment]

@blogresipi
ijan,agak2 ade x bingka kerak semata2?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...