Cuti sekolah baru2 ni berkesempatan la membuatnya sebelum abanglong balik ke asrama.. aritu dia ada duk sebut2 lama tak makan pizza,haih..cair gak hati ni nak membuatkan pizza sosej kegemaran beliau.. Bukan tak suka buat,sebabnya kalau buat kompom aku pun makan beria..bila dah makan beria,sendiri mau ingat laa..hohoo..berjoget2 lemak dalam badan terima kawan baru..
Lagi2 kan,bila buat topping sendiri ni mana mahu kedekut dengan bahannya..nak lebih sosej,nak lebih cheese..uihh..menyampass betul dengan aku sendiri sebab berlebih2 bahan..hee
Sebenarnya buat doh ni guna resepi doh yang biasa aku buat, korang boleh la guna mana2 resepi doh kegemaran atau boleh juga guna resepi DJ yang aku sertakan kat bawah ni..
Sos putih berkeju tu aku guna resepi DJ lah dan kutambah dengan mozarella cheese untuk adegan bertali2 tu..ahak..

Meh nak kongsi resepi dari DJ..terima kasih DJ..lebiuu!hee..oh ye,untuk resepi doh yang aku gunakan kali ni boleh rujuk SINI
Aku kongsikan resepi DJ nih untuk mereka yang nak buat versi Dj nih ekk..aku nak buat tapi takde stock bread softener...jadi daripada mengalter,baik buat resepi yang dah ada dalam kepala..yang penting hasilnya tetap mantopp..gitu. :D
Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Pizza base I :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!!