Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, July 27, 2009

Tumis Pucuk Ubi

Ramai yang dah pandai masak pucuk ubi nih...
Pelbagai resepi ada-masak lemak, masak tempoyak,jadi ulam2an..
Tapi aku suka resepi cara ni...resepi nih stail kakak aku ler...makin kuat 'memulas' tuh,makin best rase pucuk tuh.kalo sini,hb laa volunteer jadik pembantu..ngeee

Dari cara 'memotong' pucuk ubi tuh sendiri boleh mempengaruhi rasanya..
Bagi tekak aku n suami(anak2 tuh diorg makan jelah kan..huahua)..cara masakan begini paling menjadi kegemaran.. :)

Bahan2:
  • Pucuk ubi-kira2 secekak/seikat
  • 1 cili merah,boleh tambah beberapa cili padi ikut selera*
  • 2 Ulas bawang merah*
  • 1 Ulas bawang Putih*
  • segenggam udang kering* <-boleh gantikan dengan ikan bilis
  • 1/2-1 sudu belacan*
  • 1cm halia-dihiris halus(tak letak pun takpe)
  • Susu sejat ideal/atau apa2 jenama- lebih krg 1/4 cawan
Cara2:
  1. Pucuk ubi dileraikan dari tangkainya..potong menggunakan tangan dengan 'memulas' sedikit demi sedikit. Maknanya sekali lerai tadi,dalam 2,3 pucuk ubi boleh dipulas sekaligus.(harap faham ler yer). Cuci dan toskan
  2. Tumbuk/kisar bersama bahan bertanda *
  3. Panaskan dalam 1/3 minyak masak dalam kuali,tumis bahan yg dikisar tadi..jika suka masukkan juga halia
  4. Setelah kekuningan,masukkan pula pucuk ubi dan kacau goreng seketika.
  5. Masukkan susu sejat dalam 1/4 cawan atau ikut selera.Perasakan dengan garam dan perasa.
  6. Sebatikan rasa dan padamkan api. Dah siap!! SELAMAT MENCUBA ^_^
*Korang pernah makan cara pucuk ubi yang ditumbuk tak? Agak femes gak tuh kat kampung nun... :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

Maiyah said... [Reply to comment]

salam sue.. bes nengok, terlior lak. nak bik resepi tu.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

xpernag plak makn pucuk ubi masak tumis. Selau rebus makn ngan tempoyak n masak lemak..nmpak mcm kangkung plak kan...nnti nk cubelah...lain dr lain...TQ sue

HaSue said... [Reply to comment]

Kak maiyah>wkumsalm kak..amik ler resepi tu..mmg utk dikongsi pun...cubalah yer,mana tahu kena dgn selera :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Aiyyo.. sedapnye tumis pucuk ubi..tak pernah buat tp kite sukkeeeee pucu ubi...!

HaSue said... [Reply to comment]

blogresipi/ijan>try laa buat..sedap wooo..(puji sendiri ke?x kesah laa ek..mmg sedap pon)ngeee... errr,kat sana sng nak dpt ke?hihi

Nor Lailee Ahmad said... [Reply to comment]

Terima kasih...share yer 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...