Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 10, 2009

Kueh Teow Kungfu

Wachaaaaa!!ehehe....
Teringin lak nak makan kue teow nih bila tengok kat umah ita semalam..hehe
Dia cakap sedapp..tuh yg terpanggil nak mencuba..
Alhamdulillah,tak mengecewakan...
Hb yg tak berapa suke kue teow pun suka jer makan..hihii..
Pastu letak lak cili padi..(err,bukan yg kena simen tuh yer)xtra..
Bertambah laa sodapnyerr..pehhh...

Kueh teow yg ditenggelami kuah..
Resepi dari hanis Myr.

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • kueh teow
  • 2 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood-guna udang frozen jerk
  • lobak
  • 1~1setengah sudu besar tepung jagung-sue gantikan tepung ubi,kehabisan stok tpg jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)-sue belasah jer apa yg ader dlm esbox
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • sos tiram

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
  2. Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
  3. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
  4. Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  5. Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
  7. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  8. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
  9. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)
Nampak tak kueh teow nya?hehe..
Nak rasa?meh nak suap....sedappp.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

ieda said... [Reply to comment]

sue dan ita nieh memang rajin masak .. sedap2 lak tuh nampak hasilnya ..

hehehhe untung hubby masing2

Jiya said... [Reply to comment]

1st makan ni kat salah satu restoran kat johor ni. masa tu baru duk johor kan, jadik byk makanan nak kena terai. jiya order la mee kung fu ni. masa order sampai duk carik2 mana mee nya. nampak telur aja. hahahaha... rupanya mee dalam telur tu hah. jakun betul aku ni

HaSue said... [Reply to comment]

k ieda: rajin skit2 jer kak.hehe..untung gak ader hubby yg sanggup try mkn..heee..akak tu pun terer msk2 tuu.

Jiya: ye ke jiya?kite x pnh order pon kat kedai sbb x brp suke kue teow..hihii..msk gini sedap gak sbb campo telo skali kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...