Menjawab pertanyaan mek Sury pada entri lepas,ai takde kebun labu buat masa ini..sila jangan buat tempahan labu nak buat bingka buat masa terdekat ini yer..heheee.. ;P
Buat yang berpantang labu tu,tak dapek laa den nak nolong eh..den nolong nayang yo la..erk?broken2..
Labu nih macam pisang la jugak kan,menu boleh dipelbagaikan dengan berasaskannya..tapi seeloknya pilihlah labu yang dah cukup matang untuk kuih muih atau pengat..rasa dan warnanya lagi best!Yang kurang matang tu lebih sesuai untuk dimasak sebagai sayur..tapi yang dah matang pun ok je kalau nak buat masakan..
Kat umah ni selalunya labu habis dimasak tumis sebab kegemaran si kakak,kali ni penghabisannya buat bingka lak..nanti lenkali kita beli labu lagi ek..nak tanam macam tanah kat bawah tu tak subur dah sekarang..sob sob..
Resepi kuih bakar atau bingka nih adalah dari Ros@jintanmanis.com.
Khabarnya Ros akan kembali menetap di jepun bersama suami beliau...semoga dipermudahkan dan kita sama2 doakan yang terbaik untuk ros sekeluarga..amin..
Sebenarnya bingka nih aku potong masa masih panas2 lagi sebab tak sempat tunggu sejuk..sepatutnya tunggu la sejuk baru cantek nak potong kan..cik abangku dah balik dan masa untuk minum petang..baru bingka masak(lambat nak buat menu petang masa tu.heee) Kalau nak hidang kemudian takut timing tu tak ngam lagi memang tak laris laa kang..membazir lak kan..
Tu laa rupa potongan tak berapa nak kemas nih..huu..
Kuih Bakar Labu Bermadu
Sumber Resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahanya
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350ml santan
1 1/2 cawan labu yang dilenyek ( anggaran 180gram)
2 sudu besar madu organik borneo ( guna madu lain pun takpe)
3/4 cawan gula
sedikit bijan untuk topping
1 sudu kecil serbuk cinnamon ( kayu manis)
2 sudu besar minyak masak
Cara-caranya
1. Masukkan tepung, gula, telur, santan, minyak masak dan madu di dalam blender ( pengisar) dan blender hingga semuanya sebati.
2. kemudian masukkan labu yang telah dilenyek tadi bersama serbuk cinnamon, blender lagi sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
3. Alaskan loyang bulat dengan kertas minyak dan gliss tepi loyang dengan marjerin, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang, dan taburkan bijan di atasknya, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan kuih bakar menjadi perang.
4. Sejukkan dulu baru dipotong, sedap dimakan bila-bila masa dan pasti menyelerakan, selamat mencuba.
Nota:HaSue buat separuh adunan,letak 200ml santannya,tambah 1 sudu besar susu cair dan tambah labu yang sudah dilecek hanya setelah bahan2 lain dikisar.















