Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Begini ceritanya... Show all posts
Showing posts with label Begini ceritanya... Show all posts

Sunday, August 2, 2015

Salam aidilfitri 2015

Assalamualaikum..

Haaachuuw!
Punya banyak debuuu..blog sapaaa la ni..

Hari ni dah Ahad...02.08.2015 tak semena2 saya update blog...sapa laa yg bising2 HaSue lama x update blog..tu rindu laa tew..haha.. eh testing2 dulu kot lupa dah camna.nak update ni..nasib x bertukar semenjak 2 tahun lepas.

Memandangkan kita masih di bulan Syawal.. saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog..tak kira lama n baru..yg saja2 datang atau tersesat dari google.. kerana korang la blog ni masih bernyawa..

Inshaa Allah..semoga Dia izinkan HaSue kembali memblogging..rindunya..rindunya..
Last entri pasal pregnancy..trm kasih yg komen n doakan. Alhamdulillah dah selamat melahirkan bayi lelaki pada 29.07.2013..
Dah 2 tahun pun anak baru ko ngentri balik yer sue..huahua..
Nak bebel lagi tapi taip guna handphone ni rasa terhad sgt jejari yg tak berapa runcing ni menaip..hihi..

Semoga bertemu lagi.daaa

P/s: gambar kek lapis sarawak ni dibuat sempena hari raya baru2 ni..ada juga yg buat untuk pra-raya..test resepi gitu.hehe.



salam sayang :-)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 12, 2013

Kembali Blogging..

Assalamualaikum..
Akhirnya tercipta rekod peribadi paling lama tak update blog..last update adalah bulan Disember tahun lepas(2012)..maknanya,ini adalah entri pertama pada tahun ini(2013). Kiranya genap 5 bulan 10 hari takde entri..Punya laa liat nak update blog cuti blogging kali ni eh..dah buh sudu besi,dah buh daun nangka,soda bikarbonat dan sebagainya pun masih liat gak..Lenkali kena guna pressure cooker baru cepat sikit empuk gamaknya.kekeke.. Terima kasih la kawan2 blogger dan pembaca blog yang terus bagi support untuk HaSue meneruskan penulisan dan perkongsian di arena blogging antarabangsa neh..hihi..

So apa khabar kawan2 sekalian..? Harap semuanya sihat belaka.. Kami alhamdulillah sihat belaka..macam ada orang tanya kan.heh.. Lama2 cuti blogging ni harus la praktis menaip entri lebih sikit..otak dah nyaris karat dengan skill blogging nih..terkial2 jap tadi nak ngupload gamba,editing dan sebagainya..segalanya bermula begitu perlahan. Aiseh,ayat sungguh wartawan..hahah..wartawan la sangat!:-P

Sepanjang bercuti blogging ni sebenarnya on off jer blog kat blog ni..maksudnya jap rajin,jap tak rajin nak jenguk.. Kadang2 jengah gak blog kawan2,tapi nak ngomen tak kesampaian...sebab satu hal yang tak berubah dari dulu tu adalah line tenet yang selalu tenat.hee..
Oh,nak cerita sikit..sesambil berlatih menaip kan..lama tak guna laptop katakan,selama ni guna tablet kesayangan hamba tu jer untuk online FB n blogwalking. Bukan tu jer,kamera dslr pun dah lama tak dibelai manja untuk snap gambar terutama gambar masakan..camne la nak bertambah skill kan..eh,macam ada orang kisah.hii...

Sebenarnya kan,selain blog yang berhabuk dan bersawang sana sini(mujur ada rakan2 blogger dan pembaca blog atau pengunjung yang tersesat jalan terkunjung blog ni tolong bersihkan) akibat lama bercuti blogging,blog kesayangan aku nih dikunjungi oleh hantu2 atau makhluk halus yang tak nampak..nama pun dah makhlus halus kan..ni bukan pengundi hantu laa ek..maklum la masih panas lagi isu pengundi hantu selepas PRU ke 13 baru2 ni kan..
Maksud aku hantu yang singgah kat blog aku tu adalah spam..seperti di bawah;


Hantu2 ni datang bermaharajalela mengomen kat blog ni makin hari ke sehari dengan meriahnya..spam ni sebenarnya cam robot la,dia gi detect address yang dia nak spam dan tinggalkan lin bebanyak untuk menyemak blog orang..kira spesis virus la jugak cuma bukan virus yang ganggu orang datang..ganggu tuan punya blog jer,saja nak bagi semak.
Mula2 tu rajin gak aku tebas,lama2 tu malas lak.dah malas tu makin menjadi2 lagi,,ribu gak la komen yang masuk adalah spam semata.hehe..terpaksa double rajin lagi nak tebas..sibbaik tak perlu delete satu persatu..delete banyak skali pun boleh.
So untuk penyelesaiannya,buat masa ni aku off dulu untuk para anonymous mengomen. Barulah spam ni tak tembus dah..Kira pendinding laa gitu..hii..
Terima kasih juga buat rakan2 blogger yang sudi ingatkan untuk sergah dan halau hantu2 yang bertandang tu.hee..terasa bomoh lak bila sebut halau hantu tuh.ahak.

Untuk entri pertama setelah lama takde entry ni rasanya stakat ni dulu la kot..kira ok laa kan,panaskan enjin kata orang..nasib korang la aku citer pasal hantu yang datang blog lak pada entri kali nih.hehehe..insyaallah akan lebih merajinkan diri mengadap dunia blogging seperti sebelum ni.. rindu tetap bertandang..ok bai..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 13, 2012

Bertemu Kembali Dan Terima Kasih.

Assalamualaikum..!

Yuhuuuuuu uu uuu.. i'm back!
Ada yang rindu keee?*buat muke comel ^_^
Lama yo tak ngupdate..padahal selalu jer bertenggek depan skrin.. cuma bukan skrin laptop jek. Skrin kecik gitu..hee.. Ini lappy baru keluar dari beg semalam daa.. punya laa bertapa lama semenjak balik dari kampung kan.

Baiklah,untuk sesi memanaskan jari jemari dan mencairkan lemak yang banyak gamaknya kat jejariku yang tak berapa nak runcing nih..kite entrikan la apa2 je ye..

Sepanjang cuti sekolah tu kitorang duk seminggu kat kampung. Peristiwa pahit yang menimpa anak seorang rakan pun memang menyedihkan. Itulah ujian Allah untuknya,harap dia tetap tabah dan redha.. bagi wakil arwah, Terima kasih diucapkan buat rakan FB yang turut menyedekahkan Al-fatihah untuk arwah walaupun tidak mengenalinya..

Masa cuti tu juga perancangan nak menghadiri perkahwinan sepupu suami tapi tak kesampaian sebab kesihatan anak sangat membimbangkan masa tu.. bimbang sebagai ibu bapa ni kadang2 memang kena berlebihan,tambahan lagi zaman sekarang ni macam2 penyakit ada kan..jadi sedia payung dan baju hujan sebelum hujan la gitu.

Tapi alhamdulillah, dah balik ke rumah ni satu malam je aku tak tidur lena seperti 2 malam sebelumnya di kampung. Bila ada anak sakit ni rasanya tu macam perkara biasa dah kan..anak dah kembali sihat tu pun syukur sangat dah. Terima kasih buat suami yang sedia membantu dalam masa begitu padahal biasanya cuti2 tu dia pasti ada rancangan tersendiri seperti memancing ke..hee

Dalam ada peristiwa sedih sepanjang cuti tu,ada juga perkara best seperti berpeluang berkumpul bersama adik beradik..best dan meriah walaupun tak semua dapat balik kan.

Ni kakak aku nyer souvenier, my peberet ceklat.. macadamia cadbury nih. sedap! Boleh dikatakan tiap kali balik kampung dia belikan aku ceklat nih..haihh,camne laa nak kurus kan*nak salahkan orang lak..hakhak..
Sebenarnya dia belikan 2 tauuu,satu macadamia ni dan satu lagi yang almond..tapi aku amik gambar ceklat satu ni je..yang satu lagi anak2 dah berebut tumpang sekaki. Jadi takde la gambonya wat masa ni...
Saja aku kongsi kat sini,wat kenangan di hari muka...dan tanda terima kasih buat kakakku itu.. tenkiu sis..lebiuuu..muahhh! hee...
Oh ye,harap kakakku yang sorang ni jugak tabah atas kehilangan henpon beliau 2 sekaligus.. semoga orang yang menemui hp tu akan lembut hati dan pulangkan kepada tuan empunya nya..huhu...
Macadamia ni kalau makan dengan coklat je best*ni adik aku cakap,dan aku setuju dengan pendapat beliau. Kalau makan kacang semata dia tak berapa nak best! Tak macam almond atau hazel.


Dan,satu lagi.. saja nak kongsi satu lagi peristiwa yang berlaku sebelum cuti sekolah aritu. peristiwa la sangat kan!haha..

Satu petang tu sedang best layan mata padahal asalnya nak tidokan anak,last2 aku lak terlelap..my laling balik kerja bawak box. Aku duk mamai2 lagi ingatkan dia nak bagi surprise anniversary ke apa ke kan..padahal anniversary bulan 9,saja nak perasan. Tengok dengan jelas rupanya parcel.. cuba nak ingat balik sapa ada kirim parcel ek..tapi takde pulak yang memberitahu..haih dalam hati duk pikiaq ni sapaa la nak buat surprise ni ha..awat masuk loghat penang skali ni.ahaha..

Tengok2 kat kotak parcel tu tertera nama sorang rakan blogger nih..laaa, si dot dot rupanya..sengih je daku masa tu. Terus gi cuci muka dan gosok gigi*tu pun nak bagitau

Lepas tu eksaited laa makcik ni nak membuka kotak tu kan..ntah apa makcik sorang tu kirim.. memang teruja cam nak masa nak bersalin jer.
Dah buka tu bau semerbak,cam bau sos ..sedap lak tu pada deria aku.

Rupanya datang dari botol yang pecah ni..

Uuu..nampak sedap je sos pencicah tu,tapi takpe. Tu takde rezeki namanya.. hehe..

Banyaakk lagi barang2 yang dikirimkan tau,keropok ikan pun ada..keropok bukan ikan pun ada..pastu macam2 lagi, ni antaranya..

Sehari ke dua hari selepas dapat parcel ni kucing kitorang kemalangan dan cedera,so sapu ubat gamat ni untuk luka ia cepat kering.. tapi sekarang kucing tu dah takde..sob sob.. dah ajal kan..hmm..

Lepas tu kan,lepas tuu.. dapat pulak yang ni,

Pati ikan bilis istimewa? Budu ke ni? -tanya kat hubby. Budu laa tu kot..hb pun 2x5,budu pun tak kenal..muehehee.. Tapi tengok gaya memang budu laa.. penah tengok kawan2 post kat blog mereka kan. weee...merasa gak nak makan budu..huh.sungguh mengkasihankan.ahahak..


Lepas tu dapat nisan ni..bukan batu nisan ye..tapi singkatan dari manisan la kot ek.. sampai sekarang lum berkurangan lagi. cam sayang nak guna pun ada. Nak buat trofi buh atas lemari pun ok ni.heheh..

Terima kasih buat blogger nih dan suami beliau sebab susah payah kirimkan barang2 ni semua ha.. semoga rezeki kalian berlipat kali ganda lagi.. kat blogger tu,cayanggg dia!! wee..

Last but not least, terima kasih banyak buat pengunjung blog..yang sudah lama mengikuti blog ini atau yang baru terjebak tu,tak kisah laa ek.. Ketika entri ini ditulis,dah 2193 jumlah followers..boleh la,untuk blog yang selalu tenggelam timbul macam blog ni kan.. :)
Kalian mewarnai dan memeriahkan lagi blog ini..walaupun ada yang tak kenal sesama kita..ada yang kenal tapi taknak bertegur sapa,tapi kunjungan demi kunjungan serta komen tetap kuhargai.. :)

Oklah,rasanya lemak kat jari jemari ni pun dah mula mencair.. lepas ni baru kita teruskan dengan entri masak2 eh.. bukan entri masakan pun korang layan jelah.ahak.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 11, 2012

Musim 'Makan Tahun' Kembali Lagi

Assalamualaikum..!

Salam Jumaat buat semua. Dah beberapa hari blog bercuti atas sebab2 kesibukan yang sukar diceritakan ditambah pula kelembapan line tenet,kini kembali aktif seperti biasa insyaAllah..walaupun tenet masih agak lembap..

Tanpa membuang masa,nak cerita sikit laa perihal makan tahun dan kesinambungan cerita kelupis pada entri sebelum ni.
Makan tahun semenangnya tradisi di daerah sekitar kampung aku di Bekenu,Miri. Ia tradisi kaum kedayan yang dahulu kalanya sebagai majlis meraikan tamatnya musim menuai padi.. kiranya untuk kenduri ni akan dihidangkan beras yang baru dituai.. tapi zaman sekarang semua beras yang dituai kat kedai aje.. :D
Orang2 dari kampung berdekatan pun dijemput untuk majlis kenduri nih.. Jadi 2 hari laa meriahnya sebab hari Sabtu tu bergotong royong membungkus kelupis dan keesokannya baru makan kenduri secara besar2an.

Makan tahun kali ni aku berpeluang laa join sekali,tapi tak berpeluang merakamkan banyak gambar2 dan aksi menarik sebab handbag hidup asyik nak berkepit aje dengan aku..dah lama2 tu pandai pulak dia bermain dengan rakan sebaya cuma pada masa tu aku tak ingat dah nak snap2 gambar..huhuuu

Tapi takpe,layan jela gambar2 dan cerita ringkas mengenainya ek..sebelum ni pun rasanya dah cerita kat blog ni. ^_^

Hari Sabtu lepas, maka bermulanya projek gotong royong membungkus kelupis dimulakan dengan memasak pulut untuk dijadikan 'dadih' (bukan puding tu yer,maksudnya pulut yang dimasak separuh masak,sedia untuk dibungkus dalam daun).
Adegan memasak pulut ni dilakukan oleh kaum lelaki... sila rujuk gambar di bawah.

Nampak tak kawah2 yang tersedia tu,tu dah digunakan untuk membuah membuat dadih pulut tu..dadih tu bukan puding ye(kot2 korang tak baca atas td). Masa aku snap ni dah kawah ke berapa dah dimasak..huhuu..
Proses membuat dadih ni kena didihkan santan dahulu sampai naik minyak(haha..betul ke istilah ni),macam nak buat minyak kelapa tuu.. lepas tu baru tuangkan beras pulut dan kacau dan kacau dan kacau..sampai setengah masak gitu..

Proses menuang beras pulut ke dalam kawah..

Model kawah..kakaka.. sebenarnya Ryo lepas lari nak tolong angkat guni beras pulut tadi tu tapi tak sempat - ye laa sangat.hahaha

Nih laa rupa beras pulut dalam proses nak dijadikan dadih atau dimasak sehingga setengah masak tu..

Ni haa dadih yang dah siap..sedia untuk dibungkus dengan daun nyirik@irik atau ada yang guna daun palas..tapi bukan seperti ketupat palas..ia guna daun yang lebih tua. Kalau ketupat palas guna daun yang muda kan? Tapi cara buat kelupis ni macam buat ketupat palas pun ada..

Potong kiri kanan dan sudukan guna sudip(sukati aku je panggil sudip) khas yang panjang dan diperbuat dari buluh...kalau nak guna senduk nasik boleh jugak tapi tu menyusahkan diri la namanya kan.. dah disediakan peralatan khas lagi ko nak guna senduk nasik..huhu..

Lepas tu buh laa atas daun nyirik atau irik atau iikk( ni sebutan ikut tempat masing2 laa..kat tempat korang ada tak?) atau guna daun palas ye.. aku takde amik lak gambar guna daun palas tu.. tapi selalunya orang2 muda cam kami..diulangi,macam kami..(hehe..) tak gemar guna daun palas tu sebab mencabar la sikit nak bungkusnya kan sebab permukaan yang tidak rata.

Lepas tu zup zap..jadilah gini..ala,cam bungkus lepat pisang jek.. tapi pastikan saiz dia sedang2 je..kalau ada orang tua menegur bungkusan kelupis korang macam tapai,jangan bangga lak..tu maksudnya harus diperbaiki lagi..maknanya bungkusan korang tu besar gedabak macam bungkusan tapai nasi.hehe..


Hasil kelupis dibungkus tadi selitkan aja bawah talam besar tadi haa..nanti ada laa collector yang amik kelupis2 tu dengan bakul untuk dijalin oleh pihak lelaki pula..tapi ada juga kaum perempuan yang tolong jalin bila kerja membungkus tertangguh sebab menunggu dadih seterusnya masak lagipun sebab kan kaum lelaki lambat buat kerja,nak jugak perempuan tolong baru cepat abis.hee

Kat atas ni laa lebih kurang suasana ketika membungkus kelupis secara beramai2 tu..yang ni memang semua jawatan disandang wanita belaka..Aku nak amik gambar banyak2 tapi segan lak tetiba..maklum laa aku kan pemalu tak bertempat orangnya..
Nampak tak daun palas tuu..tuuu(muncung mulut) yang digunakan oleh makcik yang berbaju pink tu ha..yang biru tu contoh bakul yang digunakan untuk mengutip kelupis2 yang dah siap untuk dijalin...tu pun aku nak bagitau kan.

Lagi jugak nak tayang kelupis yang dah siap.. kalau yang kemas dan cantik2 tu anggap jela aku yang buat..hahaha

Ni proses menjalin kelupis(ehsan gambar dari FB Ryo)...gunakan tali(dari akar kayu yang hanya boleh dicari dalam hutan,maksud aku akar hutan la tu) yang dah siap dibelah2 pada saiz yang sesuai.. tapi kini digunakan juga tali rafia sebab susah nak cari akar tu kalo banding zaman dulu.. lagipun zaman dahulu kala mana ada tali rafia kot eh..

Tujuan kelupis tu dijalin adalah untuk memudahkan ianya diangkat dari rebusan atau kukusan. Dahulu orang rebus,kini orang kukus dah kelupis ni. Pengukus pun dah stainless steel aje..sila rujuk gambar di atas ye..yang area orang memasak tu
Selain tu,tujuannya supaya senang orang nak bawa(jinjing) kelupis bahagian masing2 balik ke rumah..

==================================================

Keesokan harinya,kenduri makan tahun pun berlangsung... sebelum subuh lagi kelupis yang dah siap dikukus dan disejukkan akan digotong royong buh dalam plastik pula..proses ni aku selalu gak ikut serta tapi tahun ni aku lewat sampai balai raya sebab di khuatiri si kecik mencari sebaik bangun dari tidur.-ni kira alasan kukuh dah ni..memandangkan suami ada urusan lebih penting lagi,jadi dia tidak pulang ke kampung kali ni..kalo tak,ada gak yang jaga anak sementara aku turut membantu di balai raya.- rajin sangat la bunyinya kan.

Apabila sudah siap dipek satu set...kelupis sedia untuk diagihkan kepada semua tetamu yang hadir untuk makan tahun tuu... so,ko dah makan ko dapat laa sebungkus kelupis dan set nya.. Ni kiranya kalau orang dulu2 tu untuk bekal dalam perjalanan pulang.. orang dulu2 maa ada naik keta pergi kenduri ko.. paling2 pun kenderaan femes masa tu perahu la gamaknya.. kalo ada perahu kira dah makcik kayo laa tu..(agaknya la) Agaknya kalo tanya,datang ngan apa? naik perahu jerr..awak naik apa? tahu dah orang tadi tu jalan kaki jer,tanya lagi..hahak..(cerita ini hanya rekaan semata2) eh perahu ke sampan?adik beradik laa tu kan..bukan ek?lantak,janji paham

Untuk memudahkan imaginasi korang,aku bagi sedikit gambaran..

Nampak tak? Depan nun balai raya ye.. makan2 tu macam biasa laa,ada nasik dan lauk pauk kan.. Aku tak berkesempatan amik gambar pun,sebab masa gi sana malas nak pikul senapang gajah(kamera)..
Tengok tu(rujuk gambar di atas), orang yang dari balai raya menjinjing sebuah beg plastik berisi kelupis dan setnya,manakala yang dari arah kanan ni orang yang baru sampai..lum ada kelupis lagi.. Aku siap buat bulatan biru lagi kat kelupis tu ha..
Kiranya ko dah ada kelupis tu ko dah makan laa tu...tak reti2 nak balik?hehehe...kasarnya bahase.

Lepas tu mesti korang tertanya2 apa pulak set kelupis tuu...

Nih laa dia,set kelupis yang akan korang dapat jika menghadiri makan tahun ni.. Ada 1 jalinan kelupis, sebiji kuih penyaram dan sebungkus kecil wajik..adakalanya,sebiji pisang pun ada sekali..kampung aku tahun ni kebetulan bukan musim pisang masak kot(bila masa la pisang bermusim kan)..hehe..

Yang kat atas ni kelupis yang dibungkus menggunakan daun palas.. dan jalinan dari akar kayu hutan..kira keasliannya tu masih cuba untuk dikekalkan..

Pulut yang sudah masak..sedia untuk dicicah apa saja.. kelupis dari kampung aku tuh masih dalam list peberet sebab biasanya ia dimasak cukup rasa lemak dan pulut yang lembut..terima kasih pada tukang masaknya..hehe.. Aku penah gak buat kelupis di rumah,berdua dengan suami tapi takde la guna resepi,lenkali kalo ada buat insyaAllah share kat sini eh..hee..


Jadi minggu ni ada lagi kampung berdekatan yang mengadakan kenduri makan tahun nih..sebab tu aku buh tajuk musim makan tahun...setiap kampung tu akan adakan kenduri ni setahun sekali sahaja.. yang bestnya bila ada kampung yang adakan serentak,boleh laa pergi ke setiap kampung..makan sikit sini,dapat kelupis...gerak ke kampung sebelah lak.. kira dapat laa 2,3 bungkus kelupis dalam masa sehari kan..kalo sekeluarga pergi kenyang kelupis laa 2,3 hari..hehehe..
Kelupis ni boleh dipanaskan dengan mengukusnya kembali.. tapi 2,3 kali panaskan mungkin warna pulut ikut warna daun tapi tidak memudaratkan.. :)
Sekian dokumentari kali ini..haha

P/s: Macam mana lak entri aku leh panjang nih..ingat nak citer sikit saja..adeh.. Kalau ada yang tertinggal nanti aku edit balik...taip entri pun laju berasap ni haa...zhariff demam lak,kejap2 merengek..huhu

Terima kasih kerana membaca ^_^..harap dapat menambah pengetahuan anda yang tak mengetahuinya.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 9, 2012

Kuih Kaswi Blacmore .. al-kisahnya..

Assalamualaikum.. ^_^

Kisahnya bermula minggu lepas,bila aku tiba2 beli kuih kaswi dari makcik yang jual kuih kat gerai kuih..yelah takkan kat kedai beskal lak kan..sebab aku guna ayat 'tiba2' tu adalah kerana selalunya aku tak pernah lak beli kaswi.hee
Pas makan tu,macam nak buat sendiri je kaswi time tu..bukan sebab tak puas makan sebab beli sikit,tapi cam belum puas dengan persembahan dari segi rasanya. peh ayat...
Memandangkan aku bukanlah penggemar tegar kuih kaswi nih,jadi bila dapat yang sedap memang boleh perasan la kesedapannya. Paling sedap setakat ni yang isteri kepada sepupu suamiku yang buat.. memang sedap dan rasa berbeza dari yang lain. Aku tak tau resepi dia kalau tau leh gak aku cuba sendiri kan.heh.. :D

Dah minggu baru2 ni aku nekad nak buat sendiri. Tapi takde kelapa parut lak.. sebenarnya ada jer 2,3 biji kelapa tua duk bersantai dan lepak2 kat beranda rumah tu tapi aku jer tak berapa nak bersantai nak memarut sendiri..hee..
Khamis lepas kitorang gi bandar tu ingat nak singgah la beli kelapa parut tapi kedai yang jual tu dah tutup lak.
Incik abang aku kate esoknya tu dia ada gi bandar lagik sebab nak beli keperluan nak gi mancing ke laut esoknya. So aku remind la dia suh beli tu..duk ulang2 sebut jangan lupa,jangan lupa..hehe..cam orang ngidam lak lagaknya aku rasa time tu.

Pagi tu(Jumaat), aku tengok Izah post lak resepi kuih kaswi nih kat Fb dan blog dia.. aku pun kata kat izah.. 'cam tau2 jer ko nih'..hehe.. kata2 pendek penuh tapi maksud.
Lepas tu,aku makin semangat la remindkan cik abang suh beli kelapa parut..izah dah tayang kaswi lagi dah..kataku merengek manja(kakaka..)
Dia kata,sms kan barang yang nak dibeli tu,in case lupa sebab banyak benda dia nak uruskan dan beli nanti.. ops katanya,jangan lupa tulis skali plug untuk game Ps2 budak2 tu(sebab plug biasa dorang guna dah digigit cik tikus) dan stabilizer(zah,yang ni bukan stabilizer utk buat kek tp utk elektrik tu.hihi..) Tiga benda je pun,nak kena remind..tapi sebab banyak benda lain takut benar dia lupa..heee

Dah sedap2 naip sms nak send gi no laling,tah camner ter send gi nombor bini incik daud lak.. agaknya otak serabut jer izah tayang kaswi pagi tu..huhh
Nak kensel pun tak sempat dah..pasrah jelah kan..cik abang pelik jer nengok aku sengih sorang2.. sibbaik tak anta sms pelik2 atau berbaur romantik,kalau tak meroyan laa mek jah kejelesan..kakaka..
Bila dapat reply message tu,apa lagi..!huhh lagi sekali..tak pasal2 wanita berkaca mata tu gelakkan aku.. dah2,malas aku citer... eh cite dah abislah.hahaha..tiba2 aku rasa nak lap tingkap.hish..

Dipendekkan cerita lagi(eh bukan tadi kata dah abis ke?),dapat gak laa buat kaswi atau kosoi/kusui nih hari tu walaupun petang tu sekali lagi merengek kat suami sebab baru tau gula merah/gula melaka takde stok rupanya..ahahaha..mekasih laa kat laling sebab memahami dan rajin lagi gi kedai berdekatan semata2 nak membelinya.. ni kalah orang ngidam anak sulung nih..hee.

Oklah2,dah abis kisah kaswi .. jom layan resepi lak..tima kasih laa izah yang selalu menggoda dengan aneka resepi kaswi.. nanti jangan tuka muffin lover jadi kaswi lover la pulak yer jah. marah matyut nanti..muekeke..adehh2..senak perut aku.. haih!dah..jom makan kaswi..tapi dah takde dah ni..jamu mata dah la ek..ok laa tu dari takde.


Terima kasih buat penyumbang resepi asal dan penyebar2 resepi yang tersenarai di bawah..
Amik resepi dari dapur mek jah jer.. tq Jah! Izahddaut korang kenal kannn? Kalo tak kenal lagi gi belog dia kat SINI(klik)..Oh ye, kak watie pun dah cuba resepi nih.. :)

KUIH KASWI
resepi: sis blackmore & resepidiana
sumber: kak Rinnchan@FP , Miazahira@MyR & Izah@IzahMuffinLover
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

1 cwn gula pasir *izah guna 3/4 cwn sahaja
1 cwn gula merah
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung ubi
1/2 cwn tepung beras
3 sb air kapur (cair2 aje)
5 cwn air
1/2 sk nescafe - untuk aroma yg wangi
2 helai daun pandan carik2 *izah tambah
sedikit minyak utk disapu diloyang
-hasue tambah sedikit browning sugar untuk warna lebih gelap

1/2 biji kelapa parut gaul dengan sedikit garam - kukus sekejap agar kelapa tidak mudah basi


Cara-cara

Masakkan gula pasir dan gula merah bersama daun pandan dengan 2 cawan
air sehingga gula larut. Juga masukkan nescafe.
Tutup api , ketepikan sebentar.
Campurkan ketiga2 tepung dan bancuhkan dengan 3 cawan air. Kemudian tapiskan air gula yang dimasak tadi ke dalam bancuhan tepung.
Masukkan pula air kapur. Kacau sebati.
Loyang disapu dengan minyak, dan pastikan air pengukus betul2 mendidih.
Kukus adunan selama 30-40 minit, sejuk dan hidangkan.


Kuih kaswi ni sedap dan lembut.. pastu incik suami pun suka..dia bukan penggemar tegar gak,syukur lah yang ni dia makan banyak gak aritu. banglong lak satu pinggan tu dia sorang jer makan..hehehe..so korang penggemar kuih kaswi tu,sila2 la mencuba yer.. ;)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 19, 2012

Testing..testing..!

Assalamualaikum.. ^_^

Saja la ngetest update blog ni..kot2 dah expired takleh sign in lagi tadi kan..
Tengok2 boleh lak..iee,x sangka!tak sangka!

Oklah,tu cuma alasan ..ehee..wat pemanis mata..layan la gambo kek ceklat ni dulu erk..sori la ala kadar jer..amik guna kamera hp.Ok la wat pengganti ayam kashmir yang dah lama basi tu kan. Adik aku duk bising je asik ngadap ayam kashmir.. sibbaik kak rosaliza selalu panaskan..tak laa berkulat.aheh..maceh kak!

Dah terlambat ke nak ucap selamat tahun baru 2012? Better late than never kata uncle John.
Rasa nak jenjalan blog kengkawan dulu rasanya nih. Tapi tu laa,kang cerita banyak orang tak caya..emm..modem broadband nak beli baru lagi kot esok..melampo2 tahap kuye2 modem yang ni. Nak citer pasal modem,2 mukasurat tak abis...masuk mukasurat ke 3 korang tertdo kang..cukup la aku katakan modem broadband aku bermasalah besar yang menghalang aku nak update entri di samping aku enjoy my life and my moment as a mother..dan sebagai bukan blogger dalam tempoh tak ngupdate tu.. rasa best gak tau. hehee..

Walaupun selama beberapa minggu ni tak aktif blogging,selalu jek jenguk FB..gi bertenggekkat situ tengok perkembangan n citer terkini..terima kasih buat semua.. rindu tau!
Ni rasa dah bersemangat je nak blogging kembali..insyaAllah kalau terus diizinkan Allah.. akan terus menimba ilmu..bukan jer dalam bidang masakan,tapi bidang lain2 juga.. semoga kita sama2 mendapat manfaat dari blog yang tak seberapa ini.. aminn..

P/s: Ada hadiah tertunggak sebenarnya dari tahun 2011..ada sapa2 yang ingat?hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 15, 2011

Kembali Bersua Bersama Pembuka Selera..

Assalamualaikum.. ^_^

Haiiii..selamat bertemu kembali setelah berapa lama bercuti blogging..fuhh,lama sekali rasanya bercuti kali ni..bukan sengaja nak malas2 atau ada masalah kesihatan..cuma masalah kronik dengan moden modem broadband yang tak berfungsi masa tu.. agaknya dah selalu sangat dipaksa kerja keras sampai modem tu merajuk agaknya..selepas tu aku tunggu modem sampai tapi sayangnya modem tu tak berapa power lak,area ada coverage dia takde..dasyat tul lah..

Selepas tu kalo online dan mengentri dari kampung atau masa keluar ke area ada coverage ajer..memang sungguh grrr..rasanya sebab tu laa takde updatenya..hee

Sampai adik aku syorkan modem CSL last week..baru laa boleh bertenet dari rumah semula seperti biasa..yup,seperti biasa yakni tenet tak laa laju berdesup cuma ada waktu jer laju cam orang lain..kalo biasa tu lemau jer.hehee...tapi syukur dah,dah boleh blogging balik kan dari takde langsung.

Macam aku bagitau sebelum ni banyak benda aku nak share,sampai tak tau yang mana satu..
Baik resepi mahupun cerita..nantilah akan diusahakan untuk dientrikan..
sekarang ni baru menikmati perlahan2 talian internet di samping tugasan harian yang amat padat..ehe..padat dengan aktiviti makan2 adalah antaranya..maklum laa,musim hujan kan. eh boleh ke alasan tu?ahaks..

Sambal Belacan Mempelam Muda

nih menu biasa tapi ramai penggemarnya..pedas2 masamm..ermmm! Juga sedap kalo makan dengan linut.. atau ambuyat..


Oh yer..terima kasih kepada yang sudi mem follow blog ni ek..kepada kawan2 yang sudi tag kat Fb tu.makasih banyak..yang dah mencuba resepi dari blog ni dan kongsi hasilnya..alhamdulillah..suka tengok kejadiannya..
Blog yang bukan sekadar bersawang dan bersarang nih.. aku nak kemas2 dulu laa ek..

Rindu korang!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 23, 2011

Mini Reunion Dan Antara Menu Best

Hampir seminggu aku peram gambar2 mini reunion kami ni untuk dikongsi dalam blog..sibbaik tak jadi jeruk sebab dah share kar FB.. :D
Tak kisah laa yer..janji cerita tetap keluar..tu pasal laa tak pasang cita2 jadi wartawan dulu kot.Asyik kuar citer basi jer.heh..

Ok..Sebab apa kami gelar ia mini reunion dan bukan reunion jer?

Tadaaaaaaa....!!!

Peaceeee!! Tengok betapa 'ramai'nya kami yang dapat hadir pada hari yang dijanjikan.. :)
Sebab itu buat kali ke duanya ia masih digelar mini reunion..Tahun lepas kami hadir seramai 13 orang..kali ni semua wanita jer yang hadir. Nampak apa kami pegang tu?? Tahun ni kami ambil keputusan saat2 akhir supaya buat pertukaran cenderahati sebagai kenang2an..

Cerita sikit2 laa ek..untuk kenangan di masa akan datang..
Walaupun sedikit yang nak hadir kami tetap bertekad nak teruskan acara yang kami seolah2 setuju secara tak langsung akan buat setiap tahun..
Macam tahun lepas,cenderahati adalah ditempah khas..tapi kali ni kami buat lebih seronok sebab masing2 beli cenderahati dan buat pertukaran hadiah semasa reunion..:)



Bertempat di Rosita Cafe, Dinasty hotel..lunch buffet..sama tempat ngan tahun lepas..

Ni orang paling kuat untuk reunion kecik ni..Ct atau Sihzmah nama cyber nya..hehe..ekceli dia bukan jer jadi rakan kat luar..tapi dah jadi rakan FB dan kini rakan blogger masakan juga..sila tengok blognya kat SINI.. cuma sekarang ngah cuti2 makyung kan..nanti baby dah keluar aktif laa balik blognya itu.hehe..insyaAllah..kan CT kann.. ;)

Bukan senang nak kumpul kawan2 lama tau..bukan macam zaman sekolah dulu tau...tima kasih buat Ct nih..dan kawan2 yang berjaya menghadirkan diri walaupun ada yang terpaksa berkorban tidak menghadiri acara lain yang tidak kurang penting..korang memang best!

Kawan2 yang ni baruuu kitorang jumpa setelah habis sekolah 14 tahun yang lalu..alhamdulillah,yang pakai shawl tu merupakan saudara baru.. hampir semua tak kenal sebab dah pakai tudung..dulu masa sekolah rambut panjangg sampai punggung..syukur laa sekarang dah convert muslim..berita seronok bila reunion..tahun lepas pun ada juga rakan yang convert muslim.. semoga semakin bertambah ramai laa nanti..insyaAllah :)

Sementara menanti kedatangan 2 orang lagi..posing lagi..hehe
Sebab mereka berdua tu memang dah bagitau awal2 datang lewat sikit sebab kerja..kitorang melantak laa dulu..tak kisah laa kan...buffet bukan makan berhidang.hehe..

Nih antara menu aritu.. ada nasi..err,nasi apa ye..tak perasan lak nasi apa..sebab tak amik aritu..sebelahnya kue teow goreng..nyum2...

Yang kehijauan tu adalah masakan daging..rasanya masak kari kot..x makan la pulak aritu..sebelahnya tu ayam masak merah agaknya..pun aku tak makan gak..tak terliur masa tu bukan memilih..ececeh..

Lepas tu ada gak aku skip amik gambar tapi yang ni aku memang amik sebab aku sukakkkk..hee.. fish fillet ni memang sedap kalo masak sweet n sour. Ia digoreng dengan tepung dahulu lepas tu masak ler sweet n sour..nama pun fillet of coz boneless(tanpa tulang)senang nak makan.hehe

Masa makan pun sempat posing okeh..
sapa tah jurugambar yang rajin amik gambar tu kan.. :D

Smile..smile.. kaco je orang nak makan..hehe

Hah..omputih celup dah sampai..hihi.. ni ada gak last year ni..cantik kann? Nih rakan sekolah merangkap rakan sekelas aku nih..dari dulu sampai sekarang memang tak berubah laa perangai..hehe


Nak tengok antara menu yang aku telan aritu?

Haaa..ambik!

Gambar sebelah depan lak.. salad kentang ni sedap tau..lenkali nak buat sendiri lah..


Ni pun salah seorang sahabat paling rapat dari sekolah dulu sampai sekarang...riuh benar suasana reunion dengan celotehnya dan gelak tawa dari rakan2..hehe


























...semoga kami dipanjangkan umur dan berkesempatan bertemu lagi di tahun2 mendatang..


P/s: Dari semalam membawa ke pagi tadi sehingga ke petang ni aku nak edit cerita ni tapi asyik2 refresh tak nampak gambar..so takleh nak cerita panjang sangat sebab tak nampak nak cerita apa..harap korang guna imaginasi jelah ye..
insyaAllah esok lak sambung.haha..broadband2..


update:minta maaf yer tadi rupanya takleh komen..tertekan setting lak..huhu..mekasih kat kat kak nshafea,kak Lina_pg,kak Rosaliza dan Kak Nor yang prihatin..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...