Meh datang rapat2..nak cerita sikit pasal kek lapis sarawak..hehee..
Saja2 nak tambah pengetahuan kan..
Aku bukan pakar pun,cuma nak berkongsi dengan viewers blog aku yg x seberapa ni jer..
Sudah menjadi kelaziman pembuat2 kek lapis di Sarawak nih,terutama yg buat bisnes kek lapis mula mencuba resepi2 baru sebulan dua sebelum bulan Ramadhan.
Ini kerana sebelum bulan puasa lagi orang ramai dah mula menempah kek lapis kesukaan mereka.
Jadi kalau ada resepi baru ia menjadi sesuatu yg menarik untuk dicuba..
Balik kampung baru2 ni pun seorang kawan yang rajin mencuba resepi baru setiap tahun dah tanya resepi baru..aku kate,sabarrr2..hee
(lain macam jer intro aku nih ekk..cam nak cerita panjang jer.huhu...)
Satu persoalan dan kebiasaan orang tanya..kenapa kek lapis sarawak manis2 belaka?>sudah menjadi trademark kek lapis sarawak dibuat manis dari kek biasa.. Salah 1 sebabnya kerana kek lapis nih dulu2 cuma dibuat semasa hari raya sahaja.. Sebuah rumah boleh jadi akan menghidangkan beberapa jenis kek lapis dalam satu2 masa dalam pelbagai warna dan perisa. Sebab ia manis,ia cepat muak dimakan dengan banyak..sekadar untuk merasa setiap jenis kek. Bayangkanlah nak pergi beraya dari rumah ke rumah tu..kalo sebuah rumah hidang sampai 4 jenis kek lapis..pergi 10 buah rumah..fhewww..
Bak kata seseorang,"kalau tak manis..bukan kek lapis sarawak lah namanya.."
-cuma sekarang kek lapis sarawak banyak yang sudah diubahsuai dan semakin hilang keasliannya..ye laa,dah ramai pandai buat kan..dah pandai buat dah pandai adjust sendiri ler..ikut selera katakan..hehe
-kek lapis sarawak kini boleh didapati bila2 masa tidak seperti dulu tunggu raya baru dapat merasa..
Kenapa kek lapis sarawak mahal harganya?>Harga kek lapis sarawak boleh mencecah hampir rm100 bergantung kepada kos bahan2 yang digunakan..Adalah normal jika disebut sebiji kek lapis berharga sekitar rm75
>Bahan2 yang digunakan untuk membuat kek lapis mengunakan harga kos yang tinggi. Bukan itu sahaja,skill nak membuat kek lapis juga diambil kira.. Tak berani komen lebih2,takut silap cakap lak kang..hehee..
>Ada jugak kek lapis sarawak yang dijual murah,cuma bahan2 guna yg minimum sahaja..
Kenapa resepi kek lapis sarawak menggunakan sukatan gelas?susah lahhh..gelas kan ada banyak saiz!>sebelum nih rahman bestari kat myr ada terangkan mengapa..
Orang dulu2 guna sukatan gelas ni sebab ia mudah didapati di setiap rumah orang sarawak,sebab gelas jenis yg sama boleh dapat percuma untuk setiap pembelian serbuk pencuci di masa tu..
>Tapi sekarang sudah banyak resepi kek lapis yang dipermudahkan dengan sukatan metrik untuk rujukan ramai..
Jenama mentega yang biasa digunakan untuk membuat kek lapis sarawak.. Juga gambar gelas yang biasa digunakan untuk menyukat bahan2..
Kenapa ada resepi kek yang nampak sedap tak dikongsi sesetengah orang sarawak??>Kalau semua diorang nak kongsi,camne nak bisness..korang nie ponnn..hihiii
>Jangan sangka orang sarawak kedekut ilmu pulak tau..cuma ia menjadi punca pendapatan sesetengah pihak tu..kena hormat diorang juga..hehee
*Kek lapis sarawak ada yang dibakar dan ada juga dikukus.. seperti sedia maklum,kek yang dikukus dan menggunakan mentega lebih sedap dan 'basah' cuma tak dapat bertahan lama berbanding yang dibakar..
Dah,dah...cerita dah habis..Kalo nak ikutkan banyak lagi nak cerita..
len kali kalo rajin aku sambung laa lagi eh..
Kot2
dayangjack atau pembuat2 kek lapis ada nak tambah ke pasnih..hehee
Terima kasih pada yang sudi membaca..
Semoga bertambah pengetahuan anda yng sudi bertandang ke sini.. :)