Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 10, 2009

Kangkung Goreng Belacan

Salam..
Dah beberapa hari tangguh nak masak kangkung nih..
Teringat juga kat seorang makyung yg mengidam nak makan kangkung dan susah pula nak jumpa kangkung kat tempat dier merantau tuh.huuu..
Sibbaik ader sorang lg yg merantau di negara yg sama baik hati nak poskan kangkung..
Itulah kisah kak ina dan ros..hehe
lepas tuh ader lg beberapa orang blogger tayang kangkung gak..adehh,mmg peberet sebenarnya kangkung nih..kalo hb makan memang berselera..anak2 pun ikut mkn sekali..hehee..
Kali ni tak letak air utk kuah langsung..tapi tetap ader airnya akan kuar sikit..

Tengok kangkung kat kebun nih menjalar panjang dah,
Sebenarnya dah beberapa kali tuai dah pon..tuh laa panjang..
Selalu aku cabut jer terus..kali nih tak..amik yg muda jer..
ingat esok nak minta jasa gardener clear kangkung tuh..
Nak tanam benih yg baru plak..hehe...

Nih kira last trip amik nak masak goreng ngan belacan..
Selain dibuat ulam2an,memang gini ler masakan sayur kangkung paling digemari kat umah nih..
Ataupun kat kampung..

Resepi nih dah kongsikan kat myr..so c n p dari myr jelah..
Thanks untuk diri sendiri..hehe

Bahan-bahan ( Semangkuk besar )

  • 1 ikat kangkung segar
  • 1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis/udang kering*
  • 1 sudu makan(atau lebih) belacan*
  • Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara

  1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
  2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
  3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
  4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
  5. Hidangkan segera dengan nasi panas..! (hepp!org dlm pantang takleh mkn kangkung,org tua2 ckp takut sejukkk)huhuu.. :P
Sama laa ek,kangkung goreng belacan atau kangkung tumis belacan..
Nanti ler edit balik..sebab lebih sinonim nama kangkung goreng belacan..hehee..
Terima kasih pada yg sudi kongsi gambar masakan kat situ.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 Komen Di Sini:

shuzana said... [Reply to comment]

wah..sedapnyer kak..kat sini x de kangkung..so smlm shu masak kacang buncis goreng belacan..sedap gak..hehe

hana said... [Reply to comment]

nakkkkkkkkk!! kangkung akak lum cukup umur nk kene korban!! ekekekeke

Eliza said... [Reply to comment]

salam hasue. minta izin akak share resipi2 hasue yg dah dicuba kat diari akak yer. semuanya sedap.

awak n dayangjack mmg kreatif ler dlm memasak. akak baru je nak belajo.a lot of thanks. may Allah bless Hasue n family always.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...