Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Bubur Nasi dan Sambal Telur Masin

Semalam, masa ngemas2 gobok dapur tu kan aku terjumpa ikan sardin with kacang hitam ni..tengok2 tarikh luput bulan 5 tahun ni.. terus laa terlintas nak buat bubur nasi sebab biasa memang kitorang makan dengan bubur nasi je ikan sardin itam nih. Bila terlintas bubur nasi tu,turut melintas juga menu yang ditayang kak nor beberapa hari lepas yakni sambal telur asin ni ha.. terngiang2(eh kalau baca leh terngiang2 ke?) kak nor kate sedapnya diganding dengan bubur nasi...

Jadi,tanpa banyak soal..aku buat la bubur nasi.. simple2 jek,nasi+air+=tunggu nasi pecah. pastu buh lobak merah yang dipotong dadu,pastu aku buh rempah tumix..kalau takde buh kiub pati ayam pun boleh..
Lepas tu,ngadap ler dengan 2 menu ni.. eh sedap tau! Kalau ganti telur asin tu dengan ikan bilis goreng rangup2 pun mesti best tu..aiyohh..pedas2 lak..hiskh.. pastu kan, rasa buah keras tu pun best rupanya kalau buh dalam sambal goreng gini..aroma pun best gak! Aku takde la buh cili api banyak sangat.. buh manja2 jek..macam orangnya jugak...aww! Tapi mesti nak pedasss..kannn

Terima kasih kat penyumbang resepi di sajionline, kak Ayu(blog kak ayu takleh bukak lak..huwaa),kak Nor yang dah mencuba resepi nih dan shereen yang turut jadi penyebar keenakannya di FB..
izinkan share di sini pulak yer.. ^_^

SAMBAL TELUR MASIN
Sources:-From SAJIONLINE
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction & K.Nor@Secubitgaram
By:HaSue

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur masin (rebus)-(Ayu gunakan telur asin 'low-salt content')
1 labu bawang besar (hiris)
5 tangkai cili hijau (tumbuk kasar)-(Ayu tak gunakan ni)
*20 tangkai cili padi merah (tumbuk kasar)-Ayu gunakan lebih lagi)
*3 biji buah keras ~ k.nor skip ~hasue letak
*3 cm belacan
garam + perasa -(Ayu tambah, garam buat syarat aje sebab telur masin dah masin)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan buah keras, garam, belacan dan gaul rata.
3. Susun telur dalam pinggan dan tuangkan sambal yang dimasak tadi.-(Ayu gaulkan sekali dalam kuali)

Telur asin yang aku guna nih takde la masin sangat pun..so memang kena buh garam sikit macam kak ayu tu.. nyumm2!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 19, 2011

Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Berkacang... dan Bercili Hijau..

..juga bercili merah...
Haha...tajuk panjang kemain lagik...sibbaik tak buh bergaram berbawang sekali..takyah susah2 dah tulis bahan2nya kang kan..bukan apa,sekarang kan dah banyak versi sambal kentang ni haa...ada yang suka pedas2..ada yang suka pedas2 ala gitu2 aje..
Yang aku buat nih buh cili hijau sikit sebab kebetulan cili hijau ada stok..
Jadi bila makan bersama cili hijau dan sambal tu memang best..ratah gitu je pun dah mantopp..kalo yang suka pedas tu buh laa cili giling ke..ikut selera masing2 yer..

Dah lama nak mencuba resepi kak Rosaliza nih.. tapi derhaka sikit2 tu kak liza tak kisah kann..ehee..
Nih gara2 terliur nengok kat dapurnya masa dia post entri masa tu..

Oh yer..aku tak goreng kentang sebab nak cepat jer aku buh dalam pressure cooker..kurang dari 5 minit dah masak..ngeee..rasanya dalam 3 minit setengah gitu lepas mendidih kot..kentang dah empuk..ada yang terlebih empuk lak..(eh..ayat eksen ke ni izahdaut?ehe)

Lepas tu baru aku tumis bahan2 dan gaul kentang tu sekali cam dalam resepi..kalau nak tengok sambal kentang kak rosaliza sila klik SINI
Aku buat nih cam terbanyak kentang lak..ekeke..

Minta izin kak Rosaliza yer..nak share kat sini...
edit sikit2 untuk rujukan sendiri...terima kasih kak..lebiuuuu muahhh!

SAMBAL BILIS KENTANG BERKACANG
Resepi: Kak Rosaliza@embunrosaliza.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Ikan bilis
Sedikit Kacang Tanah
2 biji kentang - kupas kulit dan potong baji
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili merah- buang biji*
5 biji cili padi *- untuk rasa lebih pedas
Secukupnya oyster
2 cili hijau
1/2 labu bawang besar*
Minyak untuk menggoreng


CARA - CARA


1. Tumbuk bahan2 bertanda * ( akk blender kasar2 je)
2. Panaskan minyak masak, kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Goreng pula kacang tanah sehingga rapuh, jangan sampai hangit ya. Angkat .
4. Goreng ikan bilis sehingga garing kemudian angkat.
5. Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, tumislah bahan2 yang di tumbuk tadi sehingga sehingga wangi. Kemudian masukkan oyster kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis, kacang dan kentang, gaul mesra dan angkat. Siap.

Sedap !sedapp... kalo buat sambal lebih lagi besh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 2, 2011

Resepi: Sambal Mempelam(muda) Goreng

Sebelum terlupa..baik aku entrikan resepi yang best untuk mereka yang suka masam n pedas dalam masa yang sama..lepas tu belacan usah dilupa ya...
Makan sambal goreng gini dengan nasi beras huma kampung tu memang asyikkk..ada plak ikan masin..haiyohhh..kalo wat bekal ke bendang,errr..ke opis pun boleh kan..bior penuh satu opis bau belacan baru..weheee..bos pun leh kuar dari bilik..haha..
Belacan baru adalah istilah belacan yang baru diproses.. apa barang beli kat supermarket,beli kat pasar tamu ler baru best!ehee...

Paling sesuai nak buat sambal tumbuk yang digoreng gini adalah dengan menggunakan buah mempelam muda(bukan mangga ya) sebab aromanya lebih best n pembangkit selera lebih power dari mangga..
Pehh..kecur liur aku naip entri nih..ahaha..udah2,takmo citer panjang,korang layan je gamba n resepi nih yer.. ni menu kat kampung aritu..ada gak aku angkut mempelam muda ke sini..dah se round ngadap kerabunya semalam tapi tak amik gamba pun.hee..

Sambal Mempelam Muda Goreng
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:(tidak terhad)
  • 3 biji mempelam muda(yg bijinya masih lembut)-kupas,buang biji dan potong kecil
  • 2 tangkai Cili merah + cilipadi(letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • Segenggam ikan bilis kupas*
  • 1 sudu belacan*
  • Sedikit garam dan gula/perasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis(lebih krg 2 sudu bsr)
Cara2:
  1. Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
  3. Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!
Memang terasa pedas2 n masam pada masa yang sama..amat sesuai untuk pembuka selera.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Antara Menu Di Kampung..

Nih entri terakhir dari kampung untuk kali ni..sebentar lagi akan bertolak balik ke sarang semula di mana kehidupan harian akan kembali seperti biasa..turut mengikut balik mungkin my sis yang masih ada urusan di poli mukah setelah menghabiskan exam terakhirnya baru2 ini..apsal skema sangat ayat aku nih pun aku tak tau..hehe

Oklah,sepanjang duk kampung nih memang aku tak banyak mengaktifkan diri masak memasak..macam bahagia je ada orang yang lebih pakar dari kita untuk masak2 kan..haha..di samping tu teruja je dengan tenet laju nih ambil kesempatan jer merempit ke blog kawan2 tapi bila tengok rata2 blogger bercuti nih..macam malas pun ada gak nak blogwalking..cam pergi rumah takde orang,mesti tak seronok kan..pun begitu,ada gak yang takde kat umah tapi tinggalkan makanan2 lazat untuk dijamah..ahaks..

Berbalik kepada menu sepanjang berada di kampung nih,baru arini laa aku rajin sket nak snap kan makanan hidangan sekeluarga untuk dikongsikan di sini..kalau aku rajin..diulangi,'kalau' aku rajin..akan update resepi kemudian untuk menu menarik yang mudah n sedap untuk dicuba..

Nih pun sebahagian dari menu2 hari ni..malas lak aku nak ngambo semua,antara yang takde dalam gambo nih ikan bawal masak kunyit..mungkin Ryo ada amik gambar kot..hehe..

Jom jamu mata nengok menu2 yang dimasak oleh kak long aku nih..memang best n sedap sampai makan tak sedar diri.ngahaha..diet?apabenda tu?keskeskes..*balik nih kang baru nak insaf kot.. :P

Ini adalah nasi..semua tahu kan..tapi istimewanya nasi nih adalah sebab ia beras huma baru yang dituai di kampung2 berdekatan..mak aiii,ni kalo wat bekal memang sedap sangat nih..sapa2 tak pernah rasa memang rugi..beras kampung nih ada pelbagai jenis..ada yang sedap biasa2 aje..tapi ada yang sedap luar biasa.. :D

ohh..ni antara pembuka selera yang sedap nih..rasa pedas n masam sekali ada dalam tuh..makan ngan nasi kampung tu memang meletup2 selera.. nih mempelam muda yang ditumbuk bersama sambal belacan pastu digoreng/ditumis gitu.. rasa macam dah pernah post resepinya kat sini..ke aku je ingat dah post tapi belum?eheh..

Menu nih agak biasa..tapi yang bestnya udang tu lebih..nak tenggelam segala sayur2an dalam sayur campur nih ngan udang yang gedabak2 tu..hehe..sedap sangat!

Yang nih atas permintaan si kakak..semalam aku goreng ayam berempah..buh serai banyak2..yang simple gini gak disukanya..huhu..

Pasti ramai hari ni yang pulang ke tempat kerja masing2..semoga berjalan lancar n selamat sampai ke destinasi yang di tuju.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, December 16, 2009

Sambal Lengkuas Goreng

Sungguh nostalgia sambal lengkuas yang digoreng gini.. teringat kat arwah mak dulu selalu masak gini untuk penambah selera..ohh,sedapnya air tangan mak kan..masak laa apa pun..masakan dia mesti sedap..hmmm..

Lama tak makan...ntah napa aku tak tahu..mungkin nostalgia tu turut pergi bersama kenangan..iskhh,awat lemah gelamai jer ayat aku nih kan..yela,tetiba teringat arwah mak..huu..Al-fatihah untuknya..

Dah kawin,mak mertua ada gak buat...rupanya memang masakan orang lama..aku buat sendiri,pandai2 tambah cili..konon nak pedas.. tapi rasa lain...tak macam mak buat.huuu..
Pastu takde mood lagi nak buat...
Sekian lama,kakak ipar lak ader buat...nostalgia kembali terpaut..

Buat baru2 ni..tak kusangka anak2 turut suka..boleh dibuat dengan belacan dan tanpa belacan..
Kat kampung aritu anak buah aku yg alergi belacan tu suka makan sambal ni...tanpa belacan! sedappppp sangat...aku tak pernah lagi makan ngan bubur nasi..mesti sedap kan!
Apapun ku letak resepi disini jua..agar nostalgia berterusan sampai bila2..
Bahan2 boleh adjust ikut citarasa..nak letak cili pun boleh kalau suka pedas tapi mungkin pedas cili boleh overshadow rasa lengkuas tu....

Bahan2:
  • 2-3 inci lengkuas muda( kalau ada yang warna pink tu lg sdp)
  • 3-4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis (dikopek)
  • 1 sudu belacan (optional )
  • Sedikit garam dan perisa
Cara2:
  1. Tumbuk semua bahan
  2. Panaskan sedikit minyak dan kacau goreng sehingga lengkuas bertukar warna dan benar2 masak sebab kalau belum masak ia akan terasa pedar dan x sedap...
  3. Sedia dihidangkan begitu sahaja dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara jika tak habis...sedap buat bekal.. :)
Makan nih kalau dengan nasi kampung..yg fresh dituai tu...ganding lak ngan ikan masin..air kopi...uhh..mesti sedap kan!

Btw,ada yg pernah makan tak sambal nih ekk?ala2 sambal getuk kot?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 30, 2009

Sambal Goreng Mempelam Muda

Sambal mempelam yang ditumbuk dan digoreng bersama belacan nih memang 'kaya' dengan rasa masam2 dan pedas2 juga terserlah ke'belacan'an nya..hehee..
Pendek kata,penggemar semua perasa yang disebutkan tadi pasti terbuka selera bila merasai menu nih...
Ohh..sebenarnya menu nih peberet kitorang adik beradik(yang pompuan) kat kampung.
Memang menyelerakan tambahan lagi kalo lama tak merasa..

Bahan2:
  • 2 biji mempelam muda(bukan mangga muda ya)-kupas dan potong/hiris
  • 2-3 cili merah
  • 5-10 biji cili padi/api
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih-kalo suka
  • Segenggam ikan bilis yang dah dikupas
  • 1 sudu makan (penuh) belacan-bakar dulu jika suka
  • 1 sudu kecil garam dan sedikit perasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis
Cara2:
  1. Tumbuk cili sehingga agak lumat,masukkan bawang,tumbuk lagi,ikan bilis dan belacan. >boleh juga kisar semua bhn menggunakan pengisar bhn kering kecuali mempelam dan pindahkan ke lesung batu barulah tumbuk mempelam bersama
  2. Masukkan juga mempelam muda dan tumbuk semua sekali sehingga agak lumat.
  3. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan semua bahan2 yang sudah ditumbuk dan tambahkan garam dan juga perasa.
  4. Kacau goreng hingga bahan2 kelihatan sebati an bertukar warna.
  5. Sedia untuk dihidangkan panas2
Kalau adik aku yang sorang tuh pulak siap perahkan jus limau kasturi lagik...suka tul benda2 masam nih..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 14, 2009

Sambal Belacan Mempelam Muda

Haaa..nih satu lagi menu yer...
Kerabu?ahaa..adik beradik dier laa nih.
Tak ku sangka masih ada juga buah mempelam muda sekarang nih..
Nih bukan MANGGA MUDA OKEH,TAPI MEMPELAM... :)

Sedappp nihhh..pedas2 masam..pehhh!! (saje nak bakar korang :P)


Bahan2:
  • 2 biji mempelam muda-cincang dan hiris halus/nipis
  • 2 tangkai cili merah+5 cili api(boleh tambah/kurang ikut selera)
  • 1-2 ulas bawang merah
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 sudu penuh belacan
  • Garam,gula dan perasa ikut selera
Cara2:
  1. Kisar menggunakan pengisar bahan kering semua bahan2 kecuali mempelam muda./Tumbuk lumat menggunakan lesung batu.
  2. Gaul rata,sebatikan rasa dan sedia dihidangkan.
Bila makan nih.hubby tiba2 kata,
"I dont want to talk about it"lorr...x sedap ker kan..
"why?"(macam skrip lakonan lak ek)yelah..nak gak tau,dier tak suke ke...x sedap ker...
"It's remind me somthing...."Uhh..baru aku ter 'remind jugak...

Ada satu menu yang memang kitorang hidang bersama sambal nihh..uuuu...takleh ingat lama2.
Kena cari mempelam muda lagi..iskhhh2...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 7, 2009

Bawal Goreng Cicah Kicap Asam


Hari nih,encik suami tak lunch kat umah..
Jadi isteri kesayangannya nih bermalas2an laa nak masak yer tuan2 dan puan2..
Masak pun yang ringkas amat jer..hehe
Bawal nih digoreng setelah digaul bersama sedikit garam n serbuk kunyit..
Jangan goreng terlalu garing..

Lepas tuh cicah ngan kicap..
Cara nak buatnya,cili,bawang merah dan bawang putih dikisar/tumbuk halus.
Simpan dalam mangkuk dan tambah ajinomoto(kalo tak suka xyah letak),sedikit garam(bergantung jenis kicap yg digunakan) dan perahkan beberapa biji limau kasturi untuk jus limau kasturi yang mencukupi(ikut slera,tp masam laa sikit baru sedap)..Akhir sekali,tuangkan kicap sampai tenggelam sambal tersebut..Sebatikan rasa,dah siapp!
Cicah ayam goreng pun sedappp..

Kalo buat pedas2 memang terangkat telinga makan nih.tp kalo nak anak2 makan sekali,kena laa ejas kepedasannya kan..hehehe...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 25, 2009

Ulam Mempelam Muda & Sambal Kicap Pedas

Salam hujung mingguuu...
Haaa!!ni menu 'minum petang' semalam..
Mana bisa tahan buk..2,3 menjak nih 'jiran2' bloggers asik2 tunjuk kerabu,sambal,jus dan yang sewaktu dengannya..ala,yang berkaitan ngan buah2 asam nih.heheee..
Mempelam muda nih beli kat pasar semalam..muda2 n montok2 gitu..Nih kalo makan beramai2, petang2 di bawah pokok jambu memang syok.Kalo ada extra buah cam nenas,jambubatu,betik muda,kedondong,mangga muda,jambu air..dan segala jenis buah yang boleh diulam..
Pehh..teringat aku kakak aku yang sorang tuh..semua jenis ulam dia telan..memang antu ulam tul..syok kalo lepak ngan dia..hehehe
Ni aku abiskan sorang2 jer petang semalam..

Asben aku tengok memula aku duk idang atas meja..
Nampak jer mempelam muda ni dia buat kembang2kan jari jemari kat tepi dagu..menandakan kembang liuq laa tu..imagine masam..
Then diikuti dengan kata2..;
"Nilah orang pompuan..berulam!berulam!berulam!"
aku wat muke innocent jer amik sepotong mempelam muda,cicah sambal kicap pedas..
'kech..kechh..kechh..'(ni soundtrek ngunyah mempelam muda laa ni)
Asben jeling,dia amik sepotong..masuk mulut..
"Hiee..masam!"
"Tapi sambal sedap..kaw2 pedas nih..ada benda lain nak buat ulam?"sambungnya
"timun ada laa..nak?"jawabku sambil amik sepotong lagi
"Ermm..x nak lah..kalo ada betik muda ke,nenas muda ke.."
"hah yang..benda takde jangan disebut.."laju jer aku gi dapo amik air minum sebab dah start berpeluh..cili jarum nih pedas giler babasss..
Aku letak sebijik jer..dah buang kebanyakan bijik2nya plak tuh..Iskkh
Sampai jer kakak(anak pompuanku) dari bilik..terus terjah
amik sepotong buah pelam,sesambil cicah dia tanya
"sedap ke ni bah?"(aku time tuh kat dapur)
Belum sempat babahnya jawab dah masuk mulut..
Apa lagi...nenong!nenong!carik air gi dapo..hahaha...
macam2 anak aku nih..


Sambal Kicap Pedas

1 biji cili burung(atau cili padi,letak laa ikut suka banyaknyaSegenggam Ikan Bilis yang dah dikopek(agak2 laa ek,x kuasa den nak timbang..huhu)

1 sudu makan penuh belacan

Kicap secukupnya(agak2 tenggelam sambal tuh

Sedikit ajinomoto(kalo x suka jgn letak

Sedikit Garam(kalo kicap tu dah masin takyah letak)

Cara:

->Tumbuk semua bahan kecuali kicap dan letak dalam bekas.

->Tuangkan kicap secukupnya


Makanan masam2 ni baik untuk kasi goyah sikit kedudukan lemak2 yang macam dah selesa duk dalam badan nih..Biar tergugat sikit,baru senang ia nak cair..hahahah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...