Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Oyster Cookies...membiskut la pulak!

Assalamualaikum..

Dah masuk hari terakhir dalam bulan Januari pun kita yer..pantas amat masa berlalu ni..mudah2an urusan kita semua dipermudahkan hari ini dan hari2 mendatang,aminn..

Baru berkesempatan berblogwalking ke beberapa buah blog jer dari semalam.. masa terasa terhad jer tah kenapa.. tapi bak kata sorang akak tu yang penting ada entri kan..blogwalking mana yang sempat jer takpe..orang paham ke idak belakang kira.hee.. Nanti kite sambung BW lagi ek..menerjah mana2 blogger yang rajin menerjah ke sini..insyaAllah.. kalau tak sempat gak tu jangan ler kecik ati ek..meh nak pujuk sket.. ;P

Ok,biskut ni dah selamat dimakan aritu ek..takyah susah2 nak mintak dah.hehe..
aih,nak membuatnya amat ler senang cam biskut mentega jer gitu..tapi dari segi rasa ia berbeza sikit la..teksturnya lebih halus dari biskut mentega sebab ada penggunaan tepung kastad di situ.
Bagi korang yang pernah buat biskut bertepung kastad mesti dapat bayangkan bagaimana rapuhnya biskut ni .

Oyster tu kalo ikutkan maksudnya tiram,kan..tapi yang macam ulat mulong depan tu ler rupa asal kalau ikut resepi asal biskut ni.hehe.. siap ada 'kepala' depan tu kan..sapa2 tak tau ghupa ulat mulong atau si'et tu sila laa google sendiri yer..takmo ler nak tunjukkan kat entri ni.. Tak pun korang datang sendiri ke pasar tamu Mukah pada hari Ahad untuk melihat sendiri yang segar dari ladang...kehkeh.. ada plak cerita ulat kat entri biskut kan..tak senunuh! :P

Selain pesen asal, aku buat laa aneka pesen seperti kat bawah ni.. ia senang jer dibentuk sebab picit dalam piping bag ajer...
Untuk baking paper tu adalah lebih afdholl jika gunakan yang non stick...aku guna brand LACY's..memang best jek nak baking2 terutama biskut. Tak melekat dan boleh guna ulang tayang selagi tak hangus.hehe

Kalau ikutkan resepi asal tu kan,ia dibakar dalam masa 15 - 20 minit,tapi aku bakar dalam 7 minit jer dah masak.. maybe ketebalan yang mempengaruhi tempoh masak dan jenis oven masing2 laa kan..lagipun aku buat comel2 jer.saiz biskut raya giteww..
Maklum la,raya cina..hoho..

Untuk resepi tu aku rujuk dari majalah Chef yang diadaptasikan(ececeh..ayattt) dari majalah Perempuan. majalah ni aku beli tahun 2003..baru terbuka hati nak cuba resepi nih.heheee.. sebenarnya dulu majalah ni tak jumpa2 lepas pindah ke sini.. dah jumpa tu syok laa belek2 resepi kat dalam tu kan.. ada macam2 resepi seperti biskut dan roti kat dalam tu..cuma ada bahan2 yang susah nak carik jer kot.huu..
Oh yer,selain dari majalah tu..ada lagi satu buku resepi dalam koleksi yang menayang resepi yang sama tapi nama jer sedikit beza..yang satu oyster cookies,yang satu oyster biscuit..tapi bahan sama aje.

Dah membebel..terasa lama tak membebel kat sini kan..ahak. Jom tengok resepi mudah ni pulak..

OYSTER COOKIES
Sumber: Majalah Chef
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
250g mentega
60g gula halus/gula icing
220g tepung gandum
30g tepung kastad
Secubit garam
Ceri merah atau Coklat chips secukupnya

Cara2:
  1. Gula dan mentega dipukul sehingga kembang dan creamy. Masukkan garam dan tepung kastad.
  2. Gaul rata menggunakan spatula atau senduk kayu.
  3. Sementara itu,panaskan oven pada suhu 170c.
  4. Masukkan ke dalam piping bag ber nozzle bintang dan picitkan di atas dulang oven yang sudah dialas baking paper.
  5. Bakar selama 7 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba!
Biskut ni fragile(rapuh) macam biskut bunga cina,semperit gitu.. best dan sedap nak kunyah2 sesambil tengok tv atau hidangan di hari raya.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 23, 2011

Resepi: Danish Butter Cookies

Seminggu lepas aku tercari2 resepi butter cookies yang best nak dicuba..tanya pakcik google,terlampau banyak laa pulak nak try..
Sampai laa baru2 ni kak fida kongsikan resepi simple ni..wahh,berbaloi2 laa mencubanya..mudah dan sedap! Sesuai sangat untuk dicuba penggemar butter cookies cam aku nih..
Biasa beli yang dalam tin tu jer kann..

Minta kerjasama korang di sini..tolong abaikan rekabentuk landskap biskut aku yang cam ular menggeliat tu yerr..
Korang leh laa bentuk ikut suka..aku tu saja nak ngetest ngikut gambo dalam tin butter cookies..tak sedor diri yang tangan harus direndam ngan soflan 2 hari 3 malam..heh.

Last2 aku bentukkan ajelah ikut mana2 yang aku rasa senang..hehe..
satu lagi cookies ni jangan bentukkan nipis2 sangat tau..jangan laa tebal sangat..pastu bakar sehingga dah sedikit perang tu dah cukup..sebab dah sejuk nanti baru ia benar2 mengeras..sapa2 dah biasa bakar biskut mesti paham tu..

Aku letak badam cincang dalam adunan..korang leh letak coklat chips ke..kismis ke.. ikut suka la ek untuk hiasan kat atas tu..boleh rujuk resepi asal yer.. :)

Lagi satu biskut ni eggless yer..maksudnya tak guna telur langsung..jadi sapa2 takde stok telur leh juga buat nih.hehe
Terima kasih untuk kak fida ..dan resepi kak fida nih aku panjangkan ke sini pula untuk memudahkan mereka yang ingin mencuba dan untuk rujukan sendiri di masa depan..

Oh yer..aku buat 2 adunan ko..giler tamak.ahaha..tu pun sempat bermalam semalam jer dalam bekas.. :D

Danish Butter Cookies
Resepi: Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

Nih ada lagi sikitt dalam bekas ni..masa aku menaip nih dah tinggal 2 keping..sapa makan tah..gegege.. sedap sehh..anak2 pun suka..dengan badam kat dalam tu..dengan biskutnya yang rapuh..nyumm2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 19, 2011

Resepi: Muffin Yogurt Coklat Chips

Hai.. ^_^
Dah masuk ke petang lak yer..ntah kenapa lak tenet nih tadi kejap ada kejap ilang..lappy nih pulak merajuk ke apa skali klik FB berderet tabs keluar...bila restart nih tadi sibbaik dah ok..kalau tak gerun gak nak on lagi.
Jadi puan2,takmo celoteh banyak.. kite terus jelah ke menu petang ni yang menjadi santapan kami malam tadi dan pagi tadi.

Masa nak membuat mapin nih pun mencabar kesabaran gak laa..bukan cabaran nak membuat mapin nih yang aku nak perkatakan di sini..
tapi bila si anak dara membantu dengan menolong mencuci papercups yang sudah aku susun siap2 dalam tray muffin tu tanpa aku sedari.. ingatkan apa ke lama bebeno dia cuci dalam sinki kan..tengok2,dah 'bersih' 2,3 kertas cawan mapin aku yang belum digunakan..adeh laa.. kalau yang dah guna tadi tak kisah laa,kann..leh je terus buang. Nih lum guna lagi,sibbaik yang ni jenis separuh plastik(plastik ke ek yg licin2 nih) mmg nonstick la berbanding yang biasa..huhu..dan tak semua yang aku sediakan tu dia cuci..hehee..anak..anak..

Oklah jom layan mapin mudah nih..senang nak buat sedap dikunyah..aku abis gak laa seketul..err,dua.kot.heh.

Nih la kejadiannya..ehem2..pinjam pinggan ijahdaut tapi kaler lain.hihi
Mula2 cari kat dapor izah nih tapi tenet lembap jer tak kuar2 lak bila search..try carik kat myr,jumpa lak..so aku amik rujukan dari sana jer

Terima kasih kepada tokey mapin nih yang kongsi resepinya..korang kalau ada lebihan2 yogurt n coklat chips tu buleh laa try sendiri..

Yogurt Muffin Coklat Chip
Resepi: Izahdaut@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 7 biji medium )

1 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural
1/3 cawan susu segar
1/2sk essence vanilla
2 sb butter cair
1/2 cawan coklat chip

Cara-cara

Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu,mentega cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt. Masukkan coklat chips dan gaul sebati (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Kaya dengan coklat chips.. sedapp dan gebuss.. selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 30, 2011

Resepi: Chocolate Chips Cookies

Terima kasih buat rakan taulan yang singgah dan meninggalkan komen2 dan jejak di blog ini pada entri lepas2..terutamanya pada entri tutorial tu,terima kasih buat otai2 masakan yang sudi tinggalkan komen yer..semua dah selamat dibaca,alhamdulillah..hehe..
Hari ni semenjak pagi tadi tenet kebingungan laa pulak,nak blogging pun tak khusyuk dan tawaduq sebab line broadband asyik terputus aje..hermm..sebelah petang ni macam ok laa pula,sempat juga membalas lawatan sambil belajar ke beberapa blog tadi..kalau berkesempatan lepas ni sambung jalan2 lagi di dunia cyber nih..

Pastu nak ucap TAHNIAH buat kak nor@secubitgaramnor67.blogspot.com dan kak ina @hanamemories.blogspot.com atas kemunculan resepi dan gambar masakan mereka di majalah JELITA keluaran April ini.. aku tak gi cari lagi sebab dah tau dah area ni memang lum sampai..2,3 hari lagi sampai laa kot..huhu..tapi memang WAJIB laa nak cari nanti..yang berada di bandar2 utama tu gi laa cari sekarang yer..hehe..sure bertambah laris jer majalah Jelita bila ada resepi blogger geng masak2 kuar majalah..hihi..

Baiklah,di petang yang dah nak merangkak ke malam nih nak share satu resepi yang di cuba dari dapur Tun Telani..macam nama awek hang tuah jer kan..nama zaman hang tuah gitu..lagipun memang ada nostalgia nama tu kat si Tun nih..
Resepi nih aku kidnap semalam dan aku cuba pagi tadi sebab senang yang amat nak membuatnya di samping nak menghabiskan stok coklat chips..ada gak alasan kat cik abang nak menyopping kat kedai bakery lagik kan..

Mula2 tu muskil juga sebab dalam resepi nih tak buh telur langsung..bila dah adun tu dia tak selembik resepi sebelum nih..dah laa sebelum tu ada laa,'orang tu' yang lupa buh telur masa uli roti, kan...kot2 laa kali ni dia lupa gak buh telur dalam adunan biskut nih..hahaha..
Tapi dalam muskil2 tu aku tetap bakar jugak..
Alhamdulillah,rasanya memang tak letak telur laa kot sebab dah jadik jer dan sedap..hilang terus jer kemuskilan tu..hehe..sori ye tun..maklum laa mak budak nih tak biasa mengukis.. :P
Best jek ngunyah kukis nih..cuma kalau nak lebih rasa coklat tu boleh jer nak tambah serbuk koko..betul tak Tunn?Tunnn??oo Tun?Ayuuuu..ayewwwww!!mana kakak kau si eton?hahaha..

Oh..minta ijin nak kopipes yer Tun..akak dah kopipes baru mintak ijin nih..hehe.. tima kasih..tapi akak buat gemuk2 jer nih..x cumil cam akak laa tun*perasan je lebih..hakhak
Kalau puan2 nak tengok yang tun buat,gi serbu ke dapur dia n selongkar balang biskut dia kat SINI(klik).cantik je dia buat..cam orangnya..hihih


Chocolate Chips Cookies
Source: Tun Telani@qurrataaayun.blogspot.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

* 1 cwn butter/margerine
* 3/4 cwn gula perang
* 2 cwn tepung gandum*
* 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
* 1 sk vanilla
* 1 cwn chocolate chip
* 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)


Cara2:

* Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
* Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
* Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
* Sudukan atas loyang (Tun x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
* Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
* **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

Aku lebih suka makan masa ia suam2 tu sebab suka yang lembut..hehe.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 23, 2011

Resepi: Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Dah lama nak mencuba buat kukis nih..tengok kak ina@hana ngan kak rosaliza pun dah mencuba..(berdasarkan laporan masakan kat SINI)
Boleh jadi ramai lagi yang dah cuba kan..aku jek selalu tertinggal..eheee...

Dugaan juga bila buat biskut ni tadi..
Sedang aku godek2 bahan..dah masuk semua bahan2 basah.. alih2 si kecik Yana merengek2 nak 'tolong' godek2 gak..sementara tu aku tengok blender lak dia dah siap punggah keluar dari kabinet...
Sebab semak je bahagian tu(sebab kat situ nanti nak ngadap oven tu kang),aku kemas balik masuk kabinet masa tu jugak,bukan sebab rajin sampai tak tertunggu2 kejap lagi kang.hehe..dah simpan balik tu,baru jer menoleh,'TUHH!!"bukan soundtrek orang meludah yer,tapi adunan aku tu terjaTUH..
Aiyarkk!nasib baik laa bekas aku tuh jatuhnya secara menelentang dan bukan meniarap.. tapi jauh sekali nak pasang kuda2..
Ada laa dalam separuh adunan yang tertumpah.. Waaahhhhh...apa lagi,macam orang baca doa laa aku kejap tadi sesambil bersihkan kesan2 tumpahan tu..Zhariff yang duk atas stroller pun geleng2 kepala agaknya masa aku tak nampak..Yana biasa laa bila aku dah baca doa gitu dia insaf laa kejap,siap nak tolong lap bagai..sebelum buat2 sibuk ngan kerja lain dengan muka tak bersalahnya..haihh..sabo jela kan..huhuuu..

Jadinya,satu kerja laa pulak aku nak agak2 tepung nak masukkan dalam adunan tuu...nasibbaik laa dah masuk semua bahan basah tadi ikut sukatan semua.. so bahan2 kering tu aku main agak je..terutama tepung..adehh. Aku buat takde laa macam biskut biasa yang boleh nak terap2 tu..sebab berdasarkan resepi tu(nasib baik resepi tu agak detail), doh agak lembik jer..jadi berserah je laa..apa2 kejadiannya nanti..

Walaupun tak cantik macam famous amos tapi dari segi rasa ada iras2 laa..memang sedap jer..pastu aku guna kacang almond..cuma rasanya bagi yang tak suka manis harus kurangkan gula kot..pandai2 ejas laa yer..ni pun aku guna gula perang sepenuhnya dan kurangkan sedikit tapi masih rasa manis..tapi memandangkan insiden yang berlaku tadi tu..tak boleh laa nak nyatakan secara jelas sukatannya..heh


Biskutnya rapuh jer..yang aku bakar ni macam terlebih bakar la pulak..ni pun belum abis aku bakar,baki doh masih dalam peti sejuk sebab handbag kecik lak meragam nak tido tadi ha..tapi masa aku naip entri nih dua2 handbag kecik nih dah dibuai mimpi..aman kejap makcik!lepas ni nak amik beg beroda tu dari sekolah lak. tu yang naip berdezup jer nih..berasap je kibod..hehe*melampau2 jek statement nih kan..

Jom ah semak resepi..terima kasih ye syari@myresipi.com yang kongsikan resepi ni..

Famous Amos Chocolate Chip Cookies
Source: Syari@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

* 1 cawan gula-hasue x letak
* 1 cawan padat gula perang *- hasue tambah 2/3 cawan sebab guna coklat chips biasa
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telor
* 1 sb susu segar-hasue guna susu sejat
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam *
* 1 sk cream of tartar
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang
* 2 cawan semisweet chocolate chips
* 1 sk vanilla extract
*hasue tambah sedikit serbuk koko

Cara-cara

1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Oklah..yang ni siap2 nak simpan dah..jangan amik yer...dekut nih..nak makan buat sendirik!hahaha...kejam tul kan :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 24, 2011

Resepi: Biskut Almond London

'Kenapa laa tayang biskut yang sedap masa aku tengah2 diet nih..'mungkin itulah yang terus bermain di fikiran orang2 yang sedang berdiet sekarang ini.. :P
Tu termasuk aku sendirik laa kan..tapi lom tahap serius sangat nak diet sebab ngan nyusukan baby nih..tapi tak boleh laa makan beria2 dah..*motip?nak bgtau takpe la kalo ngelat diet ;P

Kali nih kite cuba resepi biskut almond london lain la pulak yer.. sebelum ni dah cuba resepi lain kan..sila geledah tanpa waran yer..
sebenarnya ni projek beberapa hari lepas..
Masih ada lagi ni dalam balang..wat stok raya karang..haha..takdelah!
setengah taun lagi nak raye weh..dah tempah baju raya lum??*tetiba terngiang2 lagu raya..isk

Citer pasal almond jap..
Almond ni disponser by oleh kakak aku nih...uiii,raya tahun lepas ha dier belikan..masa tu aku semangat tentera nak buat biskut..sampai 2 pek dier belikan..baik ati tul!*wink2..
Masa tu lom beranak lagi so buka sepeket,nak buat sekut laa ni..buh dalam balang kedap udara..takut lemau..
Tapi dipendekkan cerita,tetiba aku tengok dah tinggal sikit!(ha,kan dah kate dipendekkan cerita tadi)
Jadi magik ke logik ke korang fikir laa sendiri camner leh kurang kacang dalam bekas tu ye..satu klu aku leh bagi..kacang tu dah siap dibakar n enak dimakan begitu saja..heh

Selepas kejadian tu,aku trauma terus nak buat biskut*nih melampau laa nih.. Ok tak,lepas tu aku takde masa sesuai laa nak buat biskut..sampai aku bersalin,berpantang..bla bla bla..(part bla bla ni aku pun tak tau napa bukan dalam masa tu aku buat biskut)
sampai laa baru-baru ni kesampaian hajat nak membiskut dengan almond tu...
Tu pun dibekalkan lagik sepeket baru2 nih masa balik kampung..weehuuuuu.. perhatian:sepeket 300g

Dan kejadiannya..ten ten tenggggggg!!

cantik tak?cantik tak?sila kate cantik . :P


Nih cooking chocolate yang sedia untuk di double boilkan.
Potong kecik2 lagi pas potong gini..cepat sket mencairnya.. :)

Jom tengok resepi lak..kali nih guna resepi yang dikongsikan oleh mama kastam tioman@myresipi.com
Ada penggunaan nestum so ada laa aroma nestum tu sikit kan kat biskut tu..sedap sehh! Biskutnya rangup jek..sedap tu tak tau laa sebab resepi nih memang best ke sebab aku yang buat..*nak jugak..kakaka..sabo jela kan

Terima kasih buat MKT dan Lia(aku tak tau sapa lia nih tapi MKT asa sebut kat resepi nih..agaknya tuan asal resepi kot)..semoga semakin ramai yang tahu ke'best'an resepi nih lepas ni..buat yang nak bisnes biskut tu..leh laa cuba2 resepi ni yer..

Biskut Almond London
Resepi: Mama Kastam Tioman@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

* 250 gm butter
* 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
* 3 oz / 1 cawan tepung jagung
* 4 oz / 1 cawan gula aising
* 1 biji kuning telor
* Badam biji di panggang secukupnya
* Badam cincang untuk hiasan
* Coklat masakan secukupnya
* Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai
* Sedikit minyak jagung

Cara-cara

1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telor dan pukul lagi sehingga rata.
2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..
4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.
5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periok bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periok yang berisi coklat masakan tadi..)
6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap

Disaluti penuh dengan coklat..yummm!
Takde almond nibs aku guna almond flakes jer buh atas tuh..almond flakes yang aku potong kecik pun ada tapi x nampak lak dalam gambar2 nih

Oh ye,aku guna penyepit kecil yang bergerigi kat hujung tu..senang kerja..jadi tak laa sememeh nak golek2 biskut dalam coklat kalo bandingkan guna sudu..selamat mencuba!

P/s:Thanks juga kat kakak aku yang belikan roasted almond tuh yer...3 peket almond,cookies nyer jadik x sampai 2 balang pon..hahaha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, February 21, 2011

Resepi: German Cookies @ Deutshe Kekse

Semalam berpuasa dari bersiaran..
Pagi ni dah buka puasa dengan cookies dari german..eceh..
Dari aritu duk bertenggek kat dapur mamafami nengok cookies dia,pastu nengok cookies kak Rima...nengok cookies mat gebu..tak tahan tengok lama2 tu akhirnya sediakan 4 bahan tu terus start enjin..

Oh..sungguh sedap ini biskut..paling best tu kan,senang amat nak buat!method yang sama aku guna untuk membentuk biskut susu sebelum nih..
Aku tak pasti biskut ni sama ke tak dengan biskut kat bakery yang kitorang biasa beli sebelum ni..kalau sama,ia dijual dengan harga 50sen seketul.
Tu takpe lagi,kalo salah simpan,nak bawa perjalanan jauh..alamatnya makan serdak biskut laa aje jawabnya sebab biskut nih rapuh jer..

Pastu kan,biskut ni tak menggunakan telur pun..pernah ke buat biskut tanpa telur? Oh,biskut makmur pun tak guna telur kan.. :P
Jom kita tengok resepi biskut nih..amik dari dapur mamafami..terima kasih yer semua yang terlibat..hehe

BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE
Sumber : Rima
Melalui : Mat Gebu
Melalui:MamaFami

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi (mama guna majerin Planta)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus (superfined/hong kong)
40 gram gula aising, diayak

KAEDAH PENYEDIAAN :

1. Satukan tepung kentang dan tepung halus, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Tekankan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing).
4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


MamaFami buat comel2 jek..Aku buat versi besar gedabak sket laa...kes nak cepat habiskan doh.hahaha..paham2 aje ler ada handbag bernyawa nih.. <-alasan leh pakai tak?:D

Encik suami suka makan nih..sangat sedap kata beliau!heheh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 7, 2010

Biskut Sarang Semut

Projek mengukis dengan anak bujang semalam nih..
Saja nak suh dier merasa buat sekut2 raya...my doter skrg nih dah duk kampung since ahad aritu,sunyi lak rasa takde sakat menyakat antara diorg yg kdg2 leh bingit gak dibuatnya dengan tangisan memanjang..hehee..

Apa2pun biskut nih pestaim gak buat..sebelum ni bayangkan jer camana nak buat..ada cara2 yg suh letak dalam peti ais dulu baru parut..yg nih tak payah letak esbok pun,parut jer terus..tapi ada gak doh yg sempat aku try2 letak dulu..tapi tak ler jauh beza..lebih kurang jer..lagipun dohnya jenis lembut n biskutnya pun jadi gebuss gitu..

Let's cekedaot resepi dari maya_zakry yg dikongsikan di myR,resepi asal oleh chef hanieliza..thanks buat semua..

Bahan-bahan

• 250g butter
• 100g gula halus
• 350g tepung gandum (diayak)
• 100g tepung jagung (diayak)
• 1 biji kuning telur
• 1 s/teh esen vanilla
• Chocolate rice/manik untuk hiasan
>hasue tambahkan pewarna kuning

Cara-cara
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata ,tambahkan pewarna
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit)
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Memang simple je nak buat biskut nih..uli,pastu parut pastu simpan dalam paper cup..
Guna sudu kecil senang sket keja..kalo melekat,celupkan jap sudu ke dalam tepung.

Nih tunjuk sikit rupa bahagian dalam biskut ni..kot2 ada yg x pernah tengok.hihi...
Bagi penggemar biskut nih leh laa cuba sendiri yer.. :)


P/s:Buat yg tinggalkan komen/mesej kat cbox tepi tu minta maaf banyak2 sebab belum dapat reply yer..buat masa ni memang ada masanya x nampak cbox tu tapi kuar error jer..ada masa leh baca je tapi failed nak reply..komen di entri ni boleh nampak kalau direfresh..sibbaik guna popup comment.hehe.apa2pun mekasih sudi berkunjung..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 6, 2010

Biskut Buah Kana

Salam Isnin..
Dah ramai yg sakan mengukis yer?ada juga mood tak mari2 lagi wpun raya menghitung hari jer lagi..takpe2,pelan kayuh..jangan sampai tersadai udah yer,x sampai2 kang..hehee..

Semalam baru selesai shopping2 keperluan raya budak2..penat sungguh makcik. Bukan penat menyopping,tp penat melayan karenah bebudak haa..tapi takpe laa,bukan selalu shopping time pregnant kan..hehe..

Biskut buah kana,try biskut ni aritu dah..nak update sungguh x berkesempatan..maklum,tenet cap kuye2 mmg gini laa..
Kepada pengunjung lama n baru tima kasih sudi dtg..meh jamu mata dengan biskut buah kana yg aku pun pestaim laa buat ni..hihi

Resepi nih dipanjangkan di sini untuk rujukan kita bersama yer..resepi dari koleksi resepi biskut.. lain kali leh try resepi lain lak.. :)

Biskut Buah Kana
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
90 g gula aising
150g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
180 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
1/2 sudu kecil serbuk penaik* -bhn bertanda * diayak bersama
Jem secukupnya- untuk inti

Cara2:
  1. Pukul mentega,gula dan kuning telur sehingga sebati
  2. Masukkan esen vanilla dan bahan2 yg sudah diayak bersama.
  3. Uli sehingga menjadi doh
  4. Taburkan sedikit tepung pada acuan dan tekankan doh. Ratakan menggunakan scrapper atau belakang pisau.
  5. Ketuk hujung acuan untuk mengeluarkan biskut.
  6. Susun di atas dulang pembakar yg sudah di alas baking paper
  7. Bakar pada suhu 180c selama 20 min (bergantung jenis oven)
  8. Biarkan dahulu seketika sebelum diintikan jem. Cantumkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara. SelaMAT Mencuba
Senang dan sedap biskut nih..kalo nak letak pewarna pun boleh,nak perasa coklat leh laa buh coklat emulco yer..

Update:
Ni laa acuan biskut buah kana nih..kalo org2 lama dulu acuannya diperbuat daripada kayu..yg nih dari plastik jer..kalo ketuk ganas2 leh pecah agaknya..hehee..

Selain dari acuan biskut buah kana,aku 'ter' beli acuan biskut yg sama pesen..cuma bentuk lain..nampak comel jek..tu laa agaknya 'ter'beli skali tu....hehe..

Kepada izah si muffin lover tu n kawan2 yg lain boleh laa cari acuan nih kalo pergi ke kedai2 peralatan bakery yer.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 5, 2010

Cheese Straw

Lama kan tak buat biskut..nengok ader sikit mentega tu..nak buat kek tak lepas,nak buat biskut tak ader dalam minda nak biskut apa..last2 godek dlm myr kan..jumpa resepi nih..ahaaa!
Biskut nih sedap,rasanya lemak2 cheese gituu...sesuaiii sangat untuk mereka yang nak makan kudap-kudapan tapi taknak yang manis2...
Buat penggemar cheese,mungkin ini juga satu pilihan menu untuk anda..ahak

Jom tengok resepi dari kak fida nih..mekasih kak di mana jua anda berada.miss u!

Bahan-bahan ( 150 kpg )
• 1 1/4 cawan tepung gandum - ayak
• 56 g mentega - lembut
• 85 g keju cheddar - diparut
• 1 biji kuning telur
• 1/2 sk serbuk lada sulah
• 1 sb jus lemon
• sedikit garam halus

Cara-cara
1. Mentega,keju, kuning telur,garam,di gaul rata.Masukkan jus lemon dan gaul sebati.
2. Masukkan pula lada sulah dan tepung dan uli hingga adunan sebati lagi.
3. Canai adunan dan terap atau potong seperti straw sepanjang 1 1/2 inci atau terap ikut suka.Susun dlm dulang pembakar dan bakar 10 - 12 min. atau hingga garing.

Kak fida kata '..atau terap ikut suka' jadiknya...ikut suke jek terap..ada yang panjang pendek, gemuk kurus..ramping pun ada...haha..nih biskut sempat berposing sebelum kebakaran berlaku..

Celup dalam coklat masakan+susu pekat(di double boilerkan) pun sodapp...(tapi tak sempat nak snap)huhuu...

Oh ya,ia juga sesuai untuk kanak2 umur 1 thn ke atas sebab biskut nih jenis mencair gak di mulut.nampak creamy jek si kecik kat umah ni makan.hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 11, 2009

Tart Nenas Gebu

Yang ni doh sudah siap digulung dan sedia untuk dibakar...
Salam...
Akhirnya...terlaksana juga..setelah menguli balik dan membuatnya sorang diri..
Jom makan tart nenas yang sungguh gebu dan lembut ini...

Resepi copy n paste dari myR..Thanks to sunkist/ida

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • BAHAN UNTUK DOH TART:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 1 cawan mentega (226 gm)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar gula
  • BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT DOH TART:
  2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
  3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
  5. Panaskan oven.
  6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
  7. Ulangi sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
  9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  11. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  13. Kacau tanpa henti hingga likat.
  14. Angkat dan sejukkan.
Close up sket..letak kuning telur kat atas tu..nak tambah seri.hee....

Memang banyak gak dapat..

Yang nih guna acuan terap tu..1st time buat gak..selalu beli jer. :)


Ini acuan2 yang digunakan..
Best juga buat tart nih..memang berbaloi...Nak cerita panjang pun takde idea pepagi nih.
Yang pasti amat bersyukur buat masa nih sedang hujan lebat kat sini..
Harap boleh laa kurangkan jerebu di musim kemarau yang agak terlampau nih...alhamdulillah..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...