Hari raya aidiladha 2 hari lepas,aku tak buat apa2 pun menu raya..sungguh.xde semangat raya langsung..masak biasa2 aje. Lagipun tak balik kampung gak sebab semalam(khamis) dan hari ni anak2 masih bersekolah..esok barulah bermula cuti sekolah anak2..
Tahun depan insyaallah si kakak akan melangkah ke darjah 1 dan si abang akan melangkah ke darjah 6..si kecik Yana pula bakal menjadi baby sitter adiknya yg bakal lahir nanti,insyaallah..
Aktiviti dia sekarang suka menyelongkar perkakas baby dan kata tu dia punya..mencabar jugalah jadinya bila dah kemas2 barang tu,tau2 dia selongkar balik..habis dicubanya segala seluar,selimut,lampin..dibalut kat badan..hmm,sabor jelah. Maklum laa badan dia pun kecik,so ada gak seluar2 baby yg termuat dia sarung..hehe..
Oklah,cerita pasal menu yg ditayang ni sebenarnya bukan aku yang buat yer..kan dah kata tadi takde menu raya aidiladha aku buat kali ni..
Burasak ni satu set dengan rendang daging disedekah oleh makcik yg merangkap pembantu aku gak laa sepanjang aku preggy nih..dia la banyak bantu buat kerja2 umah. Dia nih berbangsa bugis so memang makanan tradisi orang bugis untuk perayaan nih kan?
Sebenarnya bukan kali pertama dia bagi burasak nih..cuma kat umah nih x berapa reti nak makan..nak habiskan sebijik pun susah..maklum laa,tekak kite biasa dengan pulut lembut2 lembik gitu kan.. yg ni makcik tu kata guna nasi pulut gak..cuma pejal gitu. Kalau ikut resepi yg kat myR tu guna beras biasa eh?nih kalo ada org2 bugis atau yg arif pasal burasak nih,meh laa kongsi info pasal burasak nih..kalo ikut makcik ni,mmg boleh guna beras biasa atau beras pulut..
Yang dia buat nih guna beras pulut biasa dan beras pulut merah.. sedap cicah ngan rendangnya..plus,rendangnya lak pedas gitu..budak2 memang x makan laa pedas2 gini..hehe..
Ni laa rupa burasak tu..siap leh kupas cam kupas pisang..hehe...aritu dia buat yg ala2 pulut dakap gitu. Agaknya cara pembungkusan pun boleh dipelbagaikan kot..Buat mereka yg nak mencuba sendiri buat burasak nih,nih resepi yg dikongsikan oleh cahayer@myR..kopipes dr sana je utk rujukan sendiri n pengunjung blog ni eh...tq buat cahayer..
Burasak
Bahan-bahan ( 10 orang )
- 1 kg beras wangi, masak seperti nasi lemak kosong, dgn santan, sedikit garam, dan air. Nasi keras sedikit pun tak pe. * Daun pisang muda potong sebesar A4 beberapa keping utk bungkus nasi.
- Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal. Berapa keping tgk berapa set nasi dpt buat.
- Tali rafia dan gunting
- Setelah nasi sejuk (panas pon ok kalau tangan kebal hehehe...), senduk sedikit letak atas daun pisang muda.
- Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan kasi nasi leper dan padat. Jgn nipis sgt atau tebal sgt.... yang sedang2 saja...
- Ambil 5-6 biji burasak, bungkus dgn daun pisang tua macam bungkus hadiah (gulung ikut bentuk burasak yg bertingkat tu dan lipat kiri kanan, baru ikat dgn tali rafia.
- Rebus 3-4 jam, angkat dan tos macam ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua, hidangkan sebiji2 atau potong dua.
- * Kalau beraya ke rumah org bugis yg betul2 pure , dorang akan hidangkan asam pedas ikan parang yg dimasak sehingga tulang2 dia dah lembut macam tulang ikan sardin. Saya prefer ikan merah asam pedas, tapi burasak sedap juga makan dgn rendang ke.. ayam masak merah ke... cubalah.. mungkin rasa dia pelik sikit bagi org yg pertama rasa burasak.











