Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 24, 2009

Sambal Kentang

Harri ini..kita tukar selerra sikits..
Taq adda nasik2 yea..
Kite makkan itew kenteng..tapi champur belachann..
ini versi tekaq melayew champur oreng putey..ahahakk..aduhh2.. :D

*terbayang aku pelakon omputeh yg berlakon dlm drama2 melayu mesti nama John... tak pun,Smith..hihi

Okeh2...nih resepi amik dr myR..
Pernah gak masak gini tapi tak guna cili giling..nih lagik power gitu.
Sedapp...memang sesuai untuk diratah saja..
Nak jadik lauk akan nasik pun sodappp!!

Resepi oleh rahman_bestari..(orang sarawaq tok ehh..)hehe.thanks :)

Bahan-bahan ( boleh ikut kreativiti dan citarasa masing2 )

  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 buku kiub ayam maggi / knorr
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.
  4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.
  7. * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.
P/s: Dah lama x nampak rahman bestari nih kat myr ekk.ehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

Eyna's said... [Reply to comment]

Rajin btul lah sue ni...
memacam dia cuba ek...
bilalah akk nak jadi mcm ni...
tak mungkin rase2nya...heheh

Nor said... [Reply to comment]

yuhuu... dah tak jd minah siam ker.. dah tukar channel jd omputis celup plak.. :p

HaSue said... [Reply to comment]

Kak eyna>kak.. suka cuba resepi baru,
resepi lama disimpan jangan,
kalo kak ina nak tahu,
rajin tu pun sebab nak makan!heheee...berpantun lak yer.hiii..apa plak x mungkin kak...kalo dah minat atau ader org yg nak makan automatik jek..heee

Kak Nor>ahaha..mrs charles..ekeke..minah siam dah kena fayed..hii

CikMin said... [Reply to comment]

kentang je ke hasue..nasi nan ado?syiokk gak kan...skali skala skip nasik....klu ada campur tempe skali musti beshh ni...

love2cook said... [Reply to comment]

Uish! sedapnyeeeee kentang tuhhhh! ;)

blogresipi said... [Reply to comment]

Sedap je nampak sambal kentang dgn ikan bilis nie... cam cikmin kate, kalau ade tempe pun tambah lah sedap nie yer... heheh

c-idah said... [Reply to comment]

sue...idah kalau uwat sambal kentang nie
mesti tambah tahu+tempeh+soon+kacang panjang+tahu kering=sedapppp..

yg sue masak nie pun dah terliur..:)

HaSue said... [Reply to comment]

CikMin>mmg sedap kalo ader tempe join skali ek kak...hehe

Love2cook>yummy2!

blogresipi/Ijan>betul tuh..tp sue nih jrg ade menu tempe sbb ssh nk dpt..heheh

c-idah>mesti lagi shedapp kan kalo ltk byk bahann..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...