Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, August 14, 2009

Tumis Udang Galah Berkuah

Salam Jumaat..
Sori banyak2 semalam dan malam tadi tak sempat mengentri dan mereply mesej kat blog nih...
Sibuk yang amat 'menyukat' luas supermarket semalam..
Dah balik tuh nak mereply mesej kat cbox n petak komen takleh plak..later2 yek...
Tq sangat2 pada yg drop mesej untuk sue yerr...semua dah baca,lom reply saje.hee
Pada kak Rosaliza,mekasih tolong layan tetamu...wat air lebih yer..ekeke

Sekali lagi,soriiii sebab kena tayang udang galah sepit biru lagi..
Ada masak kari daging tapi malas nak interprem laaa...dah selalu jer kan..huuu

Hmm...Sepit nih kalo masak tukar kaler meroon..kakyung,bukan kakyung suka kaler meroon ke?muehehe...
Nih kire nak perabis stok udang galah nih sebab nak kasi ruang sikit untuk barang2 yg dishopping semalam...

Masak cara nih memang sedap....
Betul,simple tapi sedap...nak hirup kuah udang galah masak cara gini memang sedap wooo..
Nih bukan puji masakan sendiri yer..tapi puji masakan sendiri jer..ahak :P
Kadang2 leh letak timun lagi,tapi dah kurang rasa udang lak kang kan..

Bahan2:
  • Udang Galah-Bersihkan dan toskan. Sepit biru dipotong 3 mengikut ruas.
  • 3 Ulas Bawang Merah*
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 2 Tangkai cili merah*-terpulang nak tambah cili api banyak mana
  • 1-2 batang serai-diketuk
  • Asam gelugor-ikut citarasa nak letak banyak mana
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Garam dan perasa
Cara2:
  1. Tumbuk bahan bertanda * sampai lumat.-Sue masukkan dalam pengisar kering jer
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk/kisar tadi dan serai.
  3. Setelah garing dan naik bau,masukkan udang dan asam gelugor
  4. Kacau sebati sehingga udang bertukar kemerah2an.
  5. Tambahkan air,garam dan perasa. Tutup periuk dan didihkan sehingga masak
  6. Sebaiknya jangan masak terlalu lama nanti isi udang jadi keras pula
  7. Selamat mencuba :)
Kalau dulu2 sepit udang nih dikeringkan dan dijadikan penyagat untuk menyagat kunyit untuk masakan supaya penyagat kelapa tuh tak ler tukar kaler kuning..
Isi dalam sepit nih memang puas hati makan kalo yang beso tuh kan.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

FaHaNa's BloG said... [Reply to comment]

lapoooorrr hehehe

Watierman said... [Reply to comment]

Wah...besar...dah nak macam makan ketam..ni kena bagi Cik Abang kopekkan...kalau akak le!

Anonymous said... [Reply to comment]

Udang galah lagik!!! tolongla..entri akak nie mendera mental betol tau! huhuh

HaSue said... [Reply to comment]

Fahana > lapo gi masak..hihi

Kak watie > kalo ketam kite yg kopekkan hb kak..hehehe..kadang2 baru hb ketukkan..kire gilir2 gitu..heeee

Ijan > mendera mental jer jan..kalo fizikal terdera sama tak dapek akak nak nolong eh.hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...