Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, August 4, 2009

Hati2 >Tepung Gandum Cap Lili-pek biru

Salam..
Sebelum nih aku tak terfikir pulak nak kongsi info pasal tepung nih..sebab ingat benda nih simple jer kan..hehe..jangan takut nak guna brand ni pulak..

Semalam tengok kat umah kak hunny pun guna tepung jenis nih,so aku terfikir lak nak kongsi info yang mungkin berguna untuk orang lain yang menggunakan tepung jenama ni. Tq kak eh..secara x langsung akak bgtahu sue kat sana pun tepung nih ada..hehe

Sesiapa yang menjalani bisnes kuih muih,bakal membuat kek,biskut sempena bulan puasa dan perayaan yang akan datang nih mungkin ada yang dah tau dan ada yang belum tau.
Sekarang jenama tepung lili nih terdapat dalam dua pek.
1 pek warna ungu gelap-pek lama. dan 1 lagi pek biru-pek baru
Sebagaimana yang kita tahu, harga subsidi bagi tepung nih cuma RM1.45sen sahaja berbanding harga tanpa subsidi RM2.20. Kalau tepung jenama lain biasanya(kat sini) paling murah RM2.50.
Tp sekarang nih pekedai jual gak tepung lili nih dgn Rm1.70/Rm1.80 sebungkus..huhuu..

Ok,apa yang aku nak kongsikan kat sini,hati2 bila menggunakan pek biru untuk membuat kuih muih seperti kuih lapis, serimuka dan sebagainya menggunakan tepung dalam pek baru -warna biru yang mngkin akan sebabkan kuih korang tak jadi seperti biasa. adunannya walaupun dilebihkan tepung akan jadi lembik dari biasa..
Nih sebab dah beberapa orang terkena termasuk aku. hehee...

Ingatkan sebab overcook,tapi pelik juga sebab adunan cam biasa gak cuma bila dah masak kuihtuh jadik teramatlah lembik.
So kalau bisnes ini mungkin merugikan korang juga yer.
Aku pun diberi info nih oleh adik aku yg transit baru2 nih..
Sebab diorang pun buat kuih harian untuk tempahan. So bila buat kuih guna tepung nih memang tiap kali akan tak jadi..macam x masak pun ada.

Untuk membuat kuih harian di rumah aku memang guna tepung cap nih atau cap green. Kadang2 aku guna cap blue key,muhibbah dan kuda biru/hijau.cuma kat sini tepung lili susah nak dapat..huu..

Tapi tepung lili pek biru nih boleh digunakan macam biasa untuk adunan tepung untuk goreng pisang,
biskut dan sebagainya sebab setakat ni kuih muih yang dikukus seperti kue lapis,seri muka kaswi dan seantero dengannya sahaja yg terbukti tidak menjadi seperti yg spatutnya..
Dan ia menjadi bualan para pembuat kuih muih di kampungku..hehe

P/s: Info nih sekadar nak kongsi yer,bukan nak mburuk2kan bisnes penjual tepung nie..kite sebagai pengguna jer..memang dah kerugian kalo x tau nih..

P/s:kalau ada kawan2 nak tambah info sila laa yer :)


-ada kena ngena ke aku yang minat biru dengan tepung cap lili warna biru nih?hmmm
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 Komen Di Sini:

ALoNa CintamaniszLite said... [Reply to comment]

Ohh..ye ker. Kak ipar akak mmg guna tpg cap lili ni nak wat kuih.
Tapi akak sendiri..main belasah aje. Akak beli cap Tesco laa, cap sauh laa..hehe..(pasal akak mmg taknah wat kuih tradisional ler). Setakat goreng pisang, cekodok, biskut2 raya aje. Tak pandai wat kuih tradisional..sian2!

adad said... [Reply to comment]

aku tak penah nampak tepung cap lili ni. slalu guna tepung cap sauh tu. cap2 lain mmg tak penah terai...

-atiQah- said... [Reply to comment]

hehehe...thanks kak sue atas info yg sgt berguna.. ;-) mula2 baca tajuk ingatkan tepung warna biru tu yg tiruan..hehehe..rupa2nya xsesuai utk kuih2 kukus..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to comment]

tq sbb share info...sy xpernah beli tepung cap nie..selalu kalu beli tepung gandum cap sauh jer..he he he

HaSue said... [Reply to comment]

CINTAMANISZ lite > cap sauh tuh pemes kat semenanjung ek...hehe

Jiya > haaa..sorang lagik pengguna cap sauh..ekeke

atiQah > ahehe..tak tau ler pulak..tiruan ke apa kan..hihi..tuh setakat nih laa tqah.yang akak cuba sendiri..tak tau lepas nih ..ehe

Hanim > haaa..sorang lagi pengguna cap sauh.leh wat iklan nih.hihi :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...