Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, August 3, 2009

Kek Lapis Tembikai [Kukus]

Ada iras buah tembikai tak?hehe..

Sempena besday banglong aku saja jela nyemak kan diri kat dapur bukak silat gayung bercampur silat payung malam tadi. Mula2 nak buat kek lapis bumi kegemaran banglong tuh,tapi stok nescafe dah mengejung rupanya so aku dengan pantas dan tuntas sekali mengambil keputusan untuk membuat kek lapis tembikai tapi buku resepi aku tak jumpa kat mana ntah..tercantas jap idea aku nak wat kek apa..

Godek2 dalam myR jumpa lah resepi oleh maryam81, tapi kek bakar nih aku tak berapa suka nak buat sebab dalam umah nih suka kek basah2 gitu..Memang kek lapis tembikai nih jenis bakar pun.saja jer ngengada nak kek kukus..
Resepi nih aku kurangkan tepung dr sukatan asal,x sampai 1 1/2 gelas.so yg sesuai letak 1 gelas je dah cukup sebab lebihkan horlicks.

Kalau ikutkan resepi asal,kek lapis tembikai nih berlapis2 gak dalam satu warna.
Kalo dikukus,ia tak hangus kat atas so x nampak jugalah lapisan tu nanti..
Cuma untuk warna merah tu aku buat lapis2 gak untuk nak bagi cantik 'biji' tembikai tuh berterabur..setiap lepas melapis baru tabur kismis atasnya..tapi kismis pun letak sikit ye tak..hehe..next time nak letak choc chips (untuk kek bakar) lak..

Meh laa layan resepi gubahanku nih..rasanya kek nih lebih lembap sebab dikukus dan sukatan tepung aku kurangkan dan lebihkan sedikit kandungan horlicks.

Sori yer,gamba x kemas sgt..nih tapau utk banglong jamu kawan2 kat sekolah.

Bahan2: (untuk separuh adunan-guna loyang 8 1/2 x 4 1/2inch)
  • 230g mentega golden churn
  • 5 Biji Telur gred A atau B
  • 1/2 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum/tepung hongkong
  • 3/4 gelas horlicks-perisa original
  • 3 sudu makan penuh susu pekat manis
  • 3 sudu makan penuh serikaya
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna merah
  • Pewarna hijau/ pandan emulco
  • Chocolate chip /kismis hitam yg dipotong agak kecil secukupnya
Cara2 Membuatnya:
  1. Panaskan pengukus dan gris rata acuan/loyang degan mentega dan di tabur tepung sehingga rata sepenuhnya. Pastikan loyang ditepung2 supaya tepung rata dan tidak bertompok2.
  2. Di dalam bekas kering,pukul mentega dan gula halus sehingga putih/kembang dan masukkan telur satu persatu. Pukul adunan dengan rata setiap kali memasukkan telur seterusnya.Ulangi langkah tersebut sampai telur habis.
  3. Setelah itu masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya dan horlicks original. Pukul sebati menggunakan kelajuan sederhana
  4. Masukkan pula tepung. Biasanya saya ayak terus ke dalam adunan sambil dikacau perlahan sehingga tepung habis dan adunan sebati. Pastikan adunan benar2 sebati dengan menggaulnya menggunakan senduk
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian-3 senduk untuk warna hijau,2 senduk tanpa warna dan selebihnya warna merah-gaul bersama kismis/coklat chips yg digaul dengan sedikit tepung
  6. Kukus dahulu warna hijau. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air menitis jatuh ke atas kek. (kadang2 tuala diletak atas penutup pengukus tidak membantu)
  7. Apabila permukaan kek agak kering(jgn tunggu menggelembung),lapis lagi dengan warna asal.-Uji dengan hujung lidi jika kurang yakin masak atau belum
  8. Ulangi langkah tersebut untuk melapis warna merah. Kukus sehingga masak. Salah satu cara untuk tahu kek sudah masak apabila bahagian tepi kek sudah agak renggang dari loyang.
  9. Sejukkan sepenuhnya di dalam loyang sebelum dikeluarkan dn dipotong.SELAMAT MENCUBA :)
Rupa tembikai yang baru dibelah.. :) guna sikit jer kismis sebab kat umah nih tak berapa suka letak banyak2..
Pada sesiapa nak mencuba membuat kek lapis tu.cubalah yer..ia bukan saja cantik tapi sedappp..
Kek nih juga sesuai untuk gubahan hantaran :)

*Kek kukus nih dah tersenarai dalam list menu raya tahun ni..buat adunan penuh!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi asal yang bakar aku copy n paste kat sini gak untuk rujukan masa akan datang

Thanks to maryam81

Kek lapis tembikai [Bakar]

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 10 Biji Telur
  • 500gm Mentega
  • 1 gelas gula
  • 3 gelas tepung
  • 1 gelas horlicks
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin kecil sri kaya
  • 1 sudu makan perasa tembikai
  • Pewarna merah
  • Pandan paste
  • Chocolate chip @ kismis hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Gula + mentega di pukul hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul hingga rata.
  4. masukkan horlicks + perisa tembikai dan pukul lagi.
  5. masukkan sri kaya + susu dan pukul hingga rata.
  6. Bahagi kepada 3 bahagian :- 1. 3 senduk + pandan paste 2. 2 senduk biar plain 3. selebihnya + pewarna merah
  7. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
  8. Chocolate chip @ kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah.
UPDATE:
> Untuk kek lapis tembikai kukus, JANGAN gunakan coklat chips. Hanya gunakan kismis sahaja sebagai 'biji' tembikai. Ini kerana cip coklat akan mencari bila kek dikukus.
Selamat mencuba..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

hana said... [Reply to comment]

k.yung pong suka yg kukus2! yg bakor2 cam kering gtu! cam tk besh plak! hahahaha... akaknyer horlick udah pinish la sueee!! ko tulun ler watkan akak kek nih! dh ngencess mmula nengok tadik! lawoo sehhhhh!! cam real jerk!!

Fiza Nordin said... [Reply to comment]

sue,mmg cantik dan nampak lembap sgt...rajinnye mak banglong ni yek...syabas!

ohooo kite 31 tahun.kite tua 2thn le yek dr awok.xpe,klu nak teruskan panggil akak pun boleh.nak panggil fiza je pun boleh. :D

dina said... [Reply to comment]

ada saja resipi yang menarik kau ni ek... aduhai...kek ni kalau buat hantaran orang kawen cantik kan?

c-idah said... [Reply to comment]

antara tepung hongkong
dengan tepung gandum
mana satu yg lagi
bagus hasilnye?

ingatkan tembikai betullah td..
cantek warnanye,berseri..

rasa dia mesti lg sedap..

HaSue said... [Reply to comment]

hana@kak Ina > kat sana takde jual horlicks eh kak?minuman malt lain takde gak ke?hehee..sue bleh jer buat nih..kang pos sana lagi beso cendawan kat kek tuh dr keknya haa..hehee..

HaSue said... [Reply to comment]

K Fiza Nordin > Lepasnih leh la akak try kek nih..sebab senang jer kak..hehe..

x kesah ek..kite pun x selesa gak kalo panggey akak kalo takat jarak umur tak jauh sgt.kang macam perasan mude lak kan..hihi

Anonymous said... [Reply to comment]

Selalu dengar agar2 tembikai jer.. kek tembikai pon ade ek... kukus2 lembap2 gitu cam best pulak.. kalo dpt bawak bekal g sekolah jgk best neh.heheh

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

salam....nampak sedap kalau makan misti lagi sedap kan.....kak sue resepi cucoq jagung yang paling best tak dak ka....heheheh..

HaSue said... [Reply to comment]

dina > kalo untuk hantaran memang cantik,tapi kena laa buat 1 adunan penuh. nih sukatan untuk separuh adunan n guna loyang kecik jer.hehe

Yana said... [Reply to comment]

Slm Hasue, akak dah try buat kek lapis tembikai kukus nie..mmg sedap..Tq atas resepi nie yer..Akak nak ambik..Kalau sudi, singgah le kat blog akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...