Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, August 29, 2009

Onde-onde Inti Kelapa

Salam ramadhan ke 8..
Selalu tengok buah melaka a.k.a onde2 nih kan?
Kalau kat sini,biasanya rata2 orang jual inti kelapa nih..jarang2 lak jumpa yang inti gula melaka semata2 tuu..intinya pula terpulang nak letak banyak kelapa atau nak letak gula lebih.
Tapi lebih sedap manis sedikit laa...kalo tawar rasa tepung pulut pun hambar jer kang...
Kuih nih peberet banglong,boleh jadi hari nih pun menu kuih nih lagi sebab ada lagi lebih inti semalam.heee
Bahan2:
  • UNTUK INTI:
  • 250g gula Apong/gula melaka
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa
  • ADUNAN TEPUNG:
  • 250g Tepung pulut
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya
  • BAHAGIAN LUAR:
  • Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam
Cara2:

INTI:
  1. Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu.
  2. kacau sehingga gula benar2 cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap,tambahkan sedikit browning sugar. Padamkan api-inti sedia digunakan

KUIH:
  1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat2. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis.
  2. Jerang air dalam periuk, masukkan bebola tadi dan ia akan timbul setelah masak.
  3. Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi
NOTE: Ada juga orang tambah sedikit keledek rebus yang dilecek halus..
Tapi tak pernah try lagi letak keledek dilecek..tuh makcik yang jual kuih nih yang bagi tips..supaya tak terlalu rasa tepung pulut katanya..malas beno ler nak rebus keledek ehh..heee
Kalo rajin bleh cuba laa hari nih.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 Komen Di Sini:

Love2cook Malaysia said... [Reply to comment]

Uish..klu lah Hasue tinggal berdekatan Love...mesti Love dah sampai umah U, nak ngap onde onde nih ;) nyum nyum!

che'iza said... [Reply to comment]

Rajin ko buat inti sue... Kalau den totap den balun ngan gula melaka jer... hehehhe

minTanG_teLip2 said... [Reply to comment]

wAh~. . pEbret itE nEh . . .

HaSue said... [Reply to comment]

LOVE > Best er tuh love kalo tinggal dekat2..leh tuka2 makanan hri2.hehe

che'iza > dah terbiasa makan inti gini...hehee

mintang_telip2 > nak ke?heee :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...