Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, March 20, 2011

Resepi: Kuih Kasturi Dan Cara Membuat Inti Kacang Hijau

Ini kesinambungan daripada entri minggu lepas..kalau biasa korang beli atau buat inti yang letak tepung untuk senang dibentuk,cuba laa cara ni pula...rasa inti tu memang rasa kacang hijau jer..takde tepung2..hehe..
Gula pula,kalau tak suka manis2 sangat boleh laa ejas yer..kalau 3/4 cawan tu pun manis,boleh laa guna 1/2 cawan.Kalau takde rasa manis langsung tak sedap juga kuih ni..betul tak?*aku biasa letak 1 cawan sebab hb suka manis sket

Aku tak suka beli kuih nih,lagi best kalau dapat buat sendiri..bukan apa, kita boleh adjust sendiri ikut selera..ehee..kalau rasa malas pun memang tak beli ler kot.. :D
Sebenarnya,semenjak minggu lepas hari tu hampir tiap hari nak buat kuih ni..atas permintaan suami dan anak2..tu la,anak2 pun dah berjangkit ngan babah diorang suka makan lak kuih ni..
Sebenarnya boleh jer buat inti banyak sekali,lepas tu simpan dalam peti sejuk..nak buat kuih ni baru keluarkan..
Kat rumah nih memang gitu..ada menu yang disukai tu,akan makan sampai lebam(puas2) dulu baru stop buat..nak buat lagi,tunggu musim akan datang..hehe

Macam aku bagitau kat entri lepas,ada orang letak kelapa kat inti kacang hijau ni kan,tapi kali ni memang tak letak,ada yang letak tepung tapi tu pun aku tak letak gak..
Meh nak kongsi cara aku buat kuih ni bagi yang nak tahu tu.. buat izahdaut (rasanya mek Jah dah pun buat kuih nih) dan Aizura(yg bertanyakan resepi ni pada entri lepas),harap berpuashati dengan penerangan bergambar nih..
Harap boleh faham laa bahasa yang aku gunakan ni yer..hehe..

Inti Kacang Hijau
Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
Inti yang sudah siap dimasak dan sedang disejukkan..

Kuih Kasturi / Kuih rengas / Kuih Kacang Hijau
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
  • Inti kacang hijau secukupnya(rujuk cara membuatnya di atas)-Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. *sila rujuk gambar di bawah ini
Inti yang sudah dibentuk supaya senang untuk digoreng..inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan
Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
Kuih yang sudah dicelup pada adunan tepung dan sedia untuk digoreng di dalam minyak yang sudah dipanaskan..


Dah siap! Sedia untuk dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang..Kulitnya agak rangup dan inti yang lembut jer..selamat mencuba! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

24 Komen Di Sini:

Ayu Safieza said... [Reply to comment]

Hasue..Assalamualaikumwbh....salam kenal yer...Ayu minta izin nak link Hasue ke dapur kecik ayu tu yer...

nak tanya, Hasue ada recepi kek hati pari dok? Ayu cari lame doh tak jumpe la.....:)

tun_telani said... [Reply to comment]

sedap! sedap! nk 4-5 ketol..

Kak Sam said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
tq hasue. ni masuk terus dalam list my homework. Bila nak siap tak tau lagi. Terima kasih sekali lagi sebab kongsi step by step tu.

Mas said... [Reply to comment]

sue...aku lak klu buat inti kasturi ni, sama macam kau cuma aku letak sikit jer kelapa parut....
ehhh..nanti aku nak buat ikut resepi kau lak...he..he..
tunggu aku beli kacang hijau dulu...
dah terliur ni nengok kuih kasturi kau tu...sedappp...

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue..emmm buah kuih kesukaan cik abe ni..kul berapa sapanya.

Akk jarang2 buat kuih ni, tahun lepas rasanya tak buat langsung kut heheh...akk selalu juga letak tepung atau kelapa dlm inti tu heheh.

pas ni boleh cuba cara sue pulak..mekasih kongsi kat sini ya..moga murah rezeki lagi

Quay Po Cooks said... [Reply to comment]

Looks very delicious.

HaSue said... [Reply to comment]

@Ayu Safieza
waalaikumussalam wth..
salam perkenalan buat ayu juga...trm kasih ye..nanti kite link balik..tenet nih wat hal laa pulak..org dah ramai on9 dari bercuti kot..hehe..

Resepi kek hati pari ada dah kongsi dlm blog ni oleh dygjack..tapi kite x try lagi resepi tu..resepi dlm simpanan sy ada juga,nanti bila dah try pasti akan dikongsikan juga..hehe..err,mengidam ke? :D

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
nah, amik seketui sudah. :D

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Sam
waalaikumussalam.. dah banyak homework ek kak?takpe,pelan2 kayuh..jgn benti kayuh lak..kang terhenti jek kat situ..hehe..
sama2..dan selamat mencuba :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
tu laa mas,aku ada bgtau kat entri lepas..aku suka gak kalo buh kelapa parut sikit..tp cik abe x suke jadi sbg isteri taat(ecece..ngengada kan) aku x buh laa kelapa parut tu..hehe..

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Rosaliza
Waalaikumussalam.. dah dlm pjalanan td kak..hehe..mmg peberet giler laa..masuk musim dah kat umah ni..pas ni musim kuih apa laa lg agaknya..aritu musim mengkaramel jek..haha..tp ni pun td smpt wat puding karamel..ngeee

nanti ada masa leh laa try kak..hrp lebihj sdp dr ltk tepung..tq kak atas doanya..aminn :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Quay Po Cooks
yes..it was delicious.. ;)
Thanks 4 dropping by

Zaliedana said... [Reply to comment]

Assalam kak sue,meh ckit kak kuih nih,kalo dah abis g la buat kak,inti msti da lagi lam peti kan..Kak,rajin betoi akak masak macam2 yer..

Rabiatun Adawyah said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Sue, akak suka betul dgn kuih ni..teringat masa kecik2 dulu, mak akak selalu juga buat kuih ni.
Akak copy yer, utk buat rujukan. terima kasih Sue.

mamawana said... [Reply to comment]

wow...wow...wow...sedapnyer resipi2 kat sini

Anonymous said... [Reply to comment]

tq hasue... suke n x sabar nak mencobe... hihihi..

umie said... [Reply to comment]

kmk suka kuih tok kak sue...

Nor Hafizzah Niat said... [Reply to comment]

Assalammualaikum...
Mintak share yek..sy pun nk cube resepi wat kuih ni.lgpun memang suka sgt kuih.selalunya memang beli je.ni boleh la try pulak..
Terima kasih..:)

kak zah said... [Reply to comment]

Assalammualaikum hasue....salam perkenalan dari kak zah...time ksh dgn resepi 2,blh sharekn..dulu akak wat kuih 2 campur gn kelapa n tpg,tapi bile nk goreng jd berderai.mgkn ade silapnye.2yg mls nk wat,nk bli je....xnie nk cube resepi hasue...

Maksu Ros said... [Reply to comment]

Salam Ha Sue, akak suka kueh rengas ni.Dulu akak pernah buat tapi bila nak bulat2kan susah sangat sebab lembik, jadik akak tambah tepung. Tapi kalau ikut cara Ha Sue ni mesti lagi sedap sebab pure gitu tak ada tambah2 tepung ke atau tambah kelapa.Nanti boleh akak cuba.Tima kasih.

rzillah ari said... [Reply to comment]

hye sue..salam kenal..
iftar nanti nk try buat la..nyummy..
hsbnd ela ske ni..

http://rzillah.blogspot.com

Faizura Aini said... [Reply to comment]

Assalamualaikum kak. I nak tanya tentang 1/3 sudu marjerin tu...yang dah lembik at room temperature or is it melted marjerin? Terima Kasih kerana sanggup share resepi ni. JazakAllah

Faizura Aini said... [Reply to comment]

Assalamualaikum kak. I nak tanya tentang 1/3 sudu marjerin tu...yang dah lembik at room temperature or is it melted marjerin? Terima Kasih kerana sanggup share resepi ni. JazakAllah

Supinah Laila said... [Reply to comment]

sedapnye kak .......... huhuhu thanks ye share resepi kuih akak tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...