Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, March 25, 2011

Resepi: Daging Kandar Sedap :D

Sebenarnya dari tengah hari semalam tu tenet wat hal..terbantut perjalanan aku nak berblogwalking dengan yana n zhariff gi rumah2 cyber kawan2..*siap angkut anak2 lak tu..
ni gara2 teralih kiub broadband ekor panjang ni laa..bayangkan tergerak sikit pun boleh menganggu signal line tenet tu haa...sebab tu aku masih guna yang versi keluaran broadband awal2 dulu ni..ada haritu hb beli yang versi baru,terus cucuk tang lappy tu haa..(ni versi beruk laa takde2 ekor kot..yang versi lama ni versi kera..ekor panjang..so masih boleh adjust nak letak kat tempat ada signal..)Akibatnya,tak dapat connect langsung gara2 takde signal!hampagas jek..penjual tu kemain lagi yakinkan area ni ok jer..nasib baik takde kontrak nak langgan at least setahun tu..
Kalau kat sini boleh sambung streamyx,dah lama ku tinggalkan broadband nih..aheh..Sebenarnya bukan line tenet jer,line tepon pun sama..huhu

Bercerita pasal menu yang menjadi model entri kali ni,bila nampak je kaksma kembali blogwalking aritu..terbayang2 la pulak keenakan daging kandar yang satu ketika dulu femes juga di kalangan blogger2 masakan..kaitannya daging kandar dengan kak asma ni sebab kaksma laa yang berkongsi resepi yang sedap nih satu ketika dulu..hihi

Pada pendapat aku laa,daging ni memang sedap ..sesuai sangat kalau dimakan dengan roti dan pasti sekali dengan aneka jenis nasi..
Kalau nak tahu rasanya macammana,haruslah cuba sendiri..cuma aku kalau ditanya dari segi rasa tu,mungkin aku boleh katakan rasa daging ni adalah gabungan masakan daging masak kari,masak kicap dan masak merah..hehe..

Kali nih aku letak tomato segar dari ladang..ehem2..memang sedap..pastu tak letak sos tomato tapi tomato segar yang dicincang je..best!
Yang tabur2 kat atas tu bukan daun lalang yer,tapi daun sup yang segar dari ladang juga..ehem2 lagi sekali.. kalau nak tengok ladang yang dicemburui ramai tu(hahaha...) sila jenguk SINI

Tanpa buang banyak masa lagi,kita amik lagi resepi nih untuk dikongsi sekali lagi kat sini..sebelum nih dah pernah ditayang amalkan,tapi takpelah..sebab aku rajin arini kan..aku post lagi sekali..terima kasih kak asma di atas perkongsian ini..

Daging Kandar
Source: kaksma@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1/2 kg daging
* 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
* 2 sudu besar kicap pekat maggi
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
* 1 labu bawang besar(dimayang)
* 1 ulas bawang putih (dimayang)
* kulit kayu manis dan bunga lawang
* sedikit daun kari
* garam dan perasa

Cara-cara

1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Memang sedap dan diakui oleh orang2 yang sudah mencubanya sendiri.. wallahhh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

19 Komen Di Sini:

Nazrah said... [Reply to comment]

nampak sungguh menyelerakan ....

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Sedap sungguh dagging kandar sue itu, lagi sedap semuanya segar dari ladang, nasib baik tak bela lembu, kalo tak daging pun segar dari ladang..

Suka tgk hasil tanaman sue...tak susah2 nak beli, main petik je pas tu masak, kalo nak beli sikit2 leceh je kan, yg lebih tu membazir je.

Dengan rasa besar hati, nak je akk ajak sue pindah sebelah umah akk ni. kalo akk pindah ke mukah susah lak akk pakai stremyx heheh

izahdaut said... [Reply to comment]

petang karang aku nak buat untuk menjamu cik abg lomantik.hahahha..

Mas said... [Reply to comment]

sue, aku dah try daging kandar ni....
memang sangat sedap...
tengok daging kau ni buat aku rasa nak buat lagi lak...he..he..

Yat Maria said... [Reply to comment]

Hasue..


Ishhhh selera benar la tgk this lauk!!!harus akak try jugak ..

K.Nor said... [Reply to comment]

sorang lg tayang lauk daging.. nak tapau gak 2 senduk kat sini.. :)

KakAsma said... [Reply to comment]

kata orang dah masak kena anto sket,aper kata anto sket nak ghase ajer..maceh laa mask lauk peberet kat umah akak juga..cayang...muahahaha

HaSue said... [Reply to comment]

Nazrah Bakery:
Rasa nya pun begitu juge..hehe

LiNa_Pg said... [Reply to comment]

sue..tengok pun dah tau kesedapn daging kandar ni,tambah lak bhn2 suma segar dari ladang.Nnt soh zhariff anto mai sket

HaSue said... [Reply to comment]

@Kak Rosaliza
hahaha...tergelak bace komen akak nih.. kalo bela lembu,nak masak untuk sekeluarga je..nak semelih sekor tuh pk byk kali kak...nak jual la pulak kang..sekali masak semelih seko.pakai 500g jek..hihi..nak simpan lak esbox takut x muat.. :D

tulaa,nanti pindah sblh umah akak..pastu pinjam streamyx akak laa kan..ngahaha

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
pasti abg lomantik tertawan je nanti..hihih

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
ko dtg ni ada bawak daging tumbuk x mas?heee.. mmg sdp kan dgg kandaq nih..

HaSue said... [Reply to comment]

@Yat Maria
harus tu kak,harus!

HaSue said... [Reply to comment]

@K.Nor
2 senduk tu pasti x cukup kak..baik akak buat sendirik..pastu anta ke sini 2 senduk..pasti cukup.. :D

HaSue said... [Reply to comment]

@KakAsma
kata orang tak baik diikut sangat kak..hahaha.. maceh wat akak yer..kalo akak dkt,nak aje suh akak je yg masak..pasti lebih sdp!hii

tun_telani said... [Reply to comment]

eii.. saje je dia ni kan... nk suruh org jeles laa tu tayang tanaman segar dr ladang.. x jeles pon.. x jeles pon... (mode x dpt menerima hakikat xde kebun..)

Watie Rose said... [Reply to comment]

la ihh..giler tgk ladang kecik tuh, agak2 berapa ekar tuh, ke sekangkang kera jer...subur2 betul cer bg petua sket..cer bg petua sket....hehe

Wattie said... [Reply to comment]

Salam Sue,
Tak sat tengok daging tumbuk kat rumah Mas, ni daging kandaq lakkk, mana satu nak buat dulu niiiii... mai semangkuk nak cicah ngan roti

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Kak sue oii kak sue,nih org penang dah datang nak mnta daging kandaq nih,nak cicah loti,ishk tuan umahnih kedekut betoi la,xbuka pintu le plak..Zhariff o zharif tlg buka pintu kat aunty jab,mama xnak buka,ngee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...