Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, March 23, 2011

Resepi: Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Dah lama nak mencuba buat kukis nih..tengok kak ina@hana ngan kak rosaliza pun dah mencuba..(berdasarkan laporan masakan kat SINI)
Boleh jadi ramai lagi yang dah cuba kan..aku jek selalu tertinggal..eheee...

Dugaan juga bila buat biskut ni tadi..
Sedang aku godek2 bahan..dah masuk semua bahan2 basah.. alih2 si kecik Yana merengek2 nak 'tolong' godek2 gak..sementara tu aku tengok blender lak dia dah siap punggah keluar dari kabinet...
Sebab semak je bahagian tu(sebab kat situ nanti nak ngadap oven tu kang),aku kemas balik masuk kabinet masa tu jugak,bukan sebab rajin sampai tak tertunggu2 kejap lagi kang.hehe..dah simpan balik tu,baru jer menoleh,'TUHH!!"bukan soundtrek orang meludah yer,tapi adunan aku tu terjaTUH..
Aiyarkk!nasib baik laa bekas aku tuh jatuhnya secara menelentang dan bukan meniarap.. tapi jauh sekali nak pasang kuda2..
Ada laa dalam separuh adunan yang tertumpah.. Waaahhhhh...apa lagi,macam orang baca doa laa aku kejap tadi sesambil bersihkan kesan2 tumpahan tu..Zhariff yang duk atas stroller pun geleng2 kepala agaknya masa aku tak nampak..Yana biasa laa bila aku dah baca doa gitu dia insaf laa kejap,siap nak tolong lap bagai..sebelum buat2 sibuk ngan kerja lain dengan muka tak bersalahnya..haihh..sabo jela kan..huhuuu..

Jadinya,satu kerja laa pulak aku nak agak2 tepung nak masukkan dalam adunan tuu...nasibbaik laa dah masuk semua bahan basah tadi ikut sukatan semua.. so bahan2 kering tu aku main agak je..terutama tepung..adehh. Aku buat takde laa macam biskut biasa yang boleh nak terap2 tu..sebab berdasarkan resepi tu(nasib baik resepi tu agak detail), doh agak lembik jer..jadi berserah je laa..apa2 kejadiannya nanti..

Walaupun tak cantik macam famous amos tapi dari segi rasa ada iras2 laa..memang sedap jer..pastu aku guna kacang almond..cuma rasanya bagi yang tak suka manis harus kurangkan gula kot..pandai2 ejas laa yer..ni pun aku guna gula perang sepenuhnya dan kurangkan sedikit tapi masih rasa manis..tapi memandangkan insiden yang berlaku tadi tu..tak boleh laa nak nyatakan secara jelas sukatannya..heh


Biskutnya rapuh jer..yang aku bakar ni macam terlebih bakar la pulak..ni pun belum abis aku bakar,baki doh masih dalam peti sejuk sebab handbag kecik lak meragam nak tido tadi ha..tapi masa aku naip entri nih dua2 handbag kecik nih dah dibuai mimpi..aman kejap makcik!lepas ni nak amik beg beroda tu dari sekolah lak. tu yang naip berdezup jer nih..berasap je kibod..hehe*melampau2 jek statement nih kan..

Jom ah semak resepi..terima kasih ye syari@myresipi.com yang kongsikan resepi ni..

Famous Amos Chocolate Chip Cookies
Source: Syari@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

* 1 cawan gula-hasue x letak
* 1 cawan padat gula perang *- hasue tambah 2/3 cawan sebab guna coklat chips biasa
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telor
* 1 sb susu segar-hasue guna susu sejat
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam *
* 1 sk cream of tartar
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang
* 2 cawan semisweet chocolate chips
* 1 sk vanilla extract
*hasue tambah sedikit serbuk koko

Cara-cara

1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Oklah..yang ni siap2 nak simpan dah..jangan amik yer...dekut nih..nak makan buat sendirik!hahaha...kejam tul kan :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 Komen Di Sini:

izahdaut said... [Reply to comment]

wehh rajin tul makcik neh men sekut lak. nampak sedap tuh sebab ada almond lagik la best.apa nak cakap ek..eh ko amik anak sekolah,dak dua tu camner?angkut skali ye?

Trying To Be Muslim.. said... [Reply to comment]

Hasue....wah3...rajin tol ni, mengkukiskan diri ...ada nuts & almond...adeh...mengudaaasssss!

Umie said... [Reply to comment]

nyaman eh...

Watie Rose said... [Reply to comment]

rajinnya...mesti lam pala otak dok berpusing jerk dok pikir makan pagi tgh hari malam segala..minat memasak nih nak kena semai kan tak semestinya dia pandai masak tp kalau malas pun tak guna kan..yg penting rajin kann...* eh eh lelebih sudah...*

umi's cup cake said... [Reply to comment]

wa..nampak sedap la biskut ni..umi nak cuba la..minta izin amik resepi ya..

Chik Mimi said... [Reply to comment]

waduh 3x sue sedapnya chocchips tu nak jugakkk

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Kak sue,sapa yg da handbag jer yg tau betapa dugaan n tensionnyer kkadang ngan handbag2 nih,sy pong sama la,handbag besaq nih mmg suka memunggah,kalo dia bgn kita nak msk pong jenuh berperang n bertempik bagai ngan dia,huhu sabaq jerla ngan perangai anak2 ni kan,kita dolu2 pong xtau lah cmner lak mak bapa kita jaga.Ngee.. Akak,cite panjng lebaq nih,ayaq xda ka,eh jgn lupa sekut yg sedap tuh hidang skli yer,hehe..

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
tu laa..kalo ko duk dekat2 kan sng..sng jer nak ngoder kat ko kan..huehue..
a'ah..dak dua tu ikut gak..kalo ada org jaga tinggal ler..hehe..selalu hb je amik..ni tadi dia kebizian lak :D

KakAsma said... [Reply to comment]

ada lagi tak famous amos tu Sue,akak suka yang ada almond,memang tak tolak..sedap tu..amek resipi lagi buat nyer..jangan ditanya..ada masa karang buat arrkan...
almaklumlaa beg tangan tu pantang ajer..kejap2 nak nenen...ngeh..ngeh..ngeh...

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam Sue..walaupun ada kejadian yang tidak diingini berlaku, namun kukis sue tu nampak sedap bangat.

beginilah bila ada hanbag kan...buat kerja macam kelam kabut sikit. Sama mcm akk semalam..lepas buat doh donut sue tu, amani jaga lak...sampai kembang penuh besen baru akk dpt buat heheh

Sedap n ranggup je nampak kukis sue tu, memang rajin la sue ni masak2

tun_telani said... [Reply to comment]

sedapnyer!!!!!!!!!! choc chip cookies mmg cookies yg plg best dlm dunia! erk.. terover lak.. nk menunjukkan betapa suke nyer tun mkn cookies nih.. ape lagi, pos laa bekas yg plg bawah tu kat tun..

Mas said... [Reply to comment]

sue...aku nak buat nanti biskut ni...nampak sedapp la..tunggu aku beli walnut dulu..he..he..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

sedapnyer...rumah kina x de oven...kalau tak dah lama nak cuba.

Anonymous said... [Reply to comment]

kak nak tanya. kekacang kan mcm walnut ker almond ker kena panggang dulu ker
atau gaul trus jer... ranggup tak kalau gaul skali jer

cikmin said... [Reply to comment]

sian betul dah budak2 tecik tu dapat gelaran dek omak derang ni..ekekek..

p/s sue..nak kirim pes boleh?

QASEH MANSYA said... [Reply to comment]

maaf yer..nak mana nak dapat tar tar tu yer

Anonymous said... [Reply to comment]

salam, mtk resepi k,thanks.

Noora said... [Reply to comment]

hi salam...nampal sedap btul cookies ni..boleh i tanya i cawan berapa gram nya.. tak berpapa faham lau buat by cawan. saya harap utk buat cookies ni utk anak2 saya. Terima kasih. awak boleh email saya ke switnora@gmail.com

Unknown said... [Reply to comment]

Akak, kalau guna mentega letak minyak juga ke? tak berminyak sgt??

Anonymous said... [Reply to comment]

Nak tnye sk dn sb tu stand 4 pe ek? Im blurr

shuzana said... [Reply to comment]

Terima kasih sue sbb share resepi ni..sedap sgt...raya thn ni beberapa kali saya repeat bakar..byk sgt peminat cookies ni...terima kasih skali lg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...