Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, March 11, 2011

Resepi: Bingka Pandan / Bingka Telur

Selamat petang dan semakin merangkak ke malam dah ni baru laa kesampaian nak nak ngentri ataupun nyapu umah cyber nih haa...yer laa,orang lain nyapu guna vakum,aku lak guna penyapu lidi jer..sebab tu lambat..eheee..tapi harap2 esok2 celcom dah ok laa..
dua makcik tu dah bising terjerit2 kat shoutbox tuh ha..mek ijahdaut ngan ngan mek mas,kak rosaliza tadi dah awal datang tu sapu umah sikit2 haa..pastu aku dihidang lak ngan puding belang dari dapur Tun Telani yang macam katanya rama2..hah?macam rama2 ke?aku lum nampak gambar dia tadi(loading tak abis lagi),tapi aku rasa mesti dier perasan jer tu..ntah2 macam kepompong tak?hak hak.. <-ayat orang jeles sebab puding dia aritu ntah ape2 jer..heh ^_^ Esok anak2 dah mula bercuti sekolah..nampak gaya tak balik kampung juga cuti kali ni atas sebab teknikal yang tak dapat nak dielakkan.. Kalau tak memang ingin juga berkampung di kampung selama seminggu..huhu Oh,terima kasih buat semua yang singgah kat blog ni walaupun lum update...ada yang tak tinggal komen atau jejak tu pun,amat2 dihargai..tq2. Bingka ni buat malam tadi..dulu2 masa aku rajin,memang selalu buat nih sebab hubby yang request..sekarang ni bukan aku tak rajin,tapi kalau dia request nak ajer aku buatkan *nak jugak cakap yang dier rajin..hahak ;P Meh laa layan bingka nih..
Lembut,lemak2 jer rasanya..

Resepi asal dari kak Joayee@myresipi.com(link kemudian ye). Mekasih kak Jo..sedap bingka nih..menghasilkan kerak yang rangup lembut sebab ada marjerin tu..

Bingka Pandan / Bingka Telur >> Joayee >> HaSue

Bahan2 (loyang 81/2 x 81/2 inch)

* 6 biji telur
* 2 cawan air + pandan emulco/air pandan
* 400ml susu cair(1 tin)
* 3 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula
* 1 sudu teh garam
* 4 sudu makan butter-cairkan

Cara-cara

1. Masukkan telur,1 cawan air,pandan emulco,gula,garam dan marjerin yang dicairkan
2. Kisar bahan ini sehingga halus dan gula hancur sepenuhnya.
3. Masukkan ke dalam bekas agak besar.
4. Masukkan susu cair,1 cawan lagi air dan tepung gandum.
5. Kacau menggunakan whisk sehingga adunan tidak lagi berketul
6. Sediakan loyang. Gris dengan minyak masak(tuang sedikit minyak masak dan sapu rata)..Panaskan seketika dalam oven
7. Apabila sudah panas,tapiskan adunan tadi terus ke dalam loyang
8. Bakar pada suhu 175C selama 1 jam atau sehingga berkerak di atasnya..

Tip: Setelah masak,jangan terus dikeluarkan dahulu dari oven untuk mengelakkan bingka 'turun' di tengahnya. Biarkan selama lebih kurang 5-10 minit begitu barulah dikeluarkan dari oven dan disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong...

Buat separuh adunan pun dah cukup sebenarnya..yang sukatan kat atas tu untuk loyang seperti dinyatakan.


P/s: Sama2 lah kita doakan semoga rakan2 dan umat islam yang berada di negara Jepun dijauhkan dari mala petaka akibat gempa bumi yang melanda .. semoga mereka yang berkenaan berada dalam lindunganNya.. aminn
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

tun_telani said... [Reply to comment]

berjalan2 smb menunggu my laling pickap famili kt epot.. bingka yg byk kerak hantar ke umah ke kak sue.. kalu ada hangus sket2 lagi best!
ps: bentuk rama2 betol laa puding org tu.. xleh nk hntr bukti sbb dh makan.. huhu

~Norul Mas Hana ~ said... [Reply to comment]

sedapnyer...cantik hijaunyer tu =)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said... [Reply to comment]

salah satu favourite i ... cantik memang cantik warnanya...

Zaliedana said... [Reply to comment]

Kak sue cyg,wah sedapnya bengkang(org utara xpanggei bingka)..Kak resepi kek lapis yg senang n sedap yg da letak serikaya,akak tlg rekemenkan kat sy kak,byk sgt resepi kek lapis kat akak nih,xtau nak pilih,bek tanya sifu kan,wlpun xtau lgi taun bila nak buat tu.. ngee

LinRosly said... [Reply to comment]

Assalamualaikum HaSue...

Sedap! Cantik! Bingka Pandan Ni Terliur Kak Lin Tengok...

*P/s: Kak Lin dah buat Popup Comment Sepertimana yg HaSue Suruh...Betul ke Tidak Settingnya tak tahulah Kak Lin...Nanti Tengoklah Yer...Kak Lin Amat berterimakasih...Muaaaahhhhh...

Mas said... [Reply to comment]

suee......ni aku datang nak sarapan bingka kau yg cantik tu..halus mulus jer..yg kerak tu aku suka....
meh hulur kat aku sepinggan....he..he..

izahdaut said... [Reply to comment]

bingka ni mmg aku nak try..tunggu masa yang sesuai skkiit baru nak buat..sebab lakia ku suka mkn kuih ni, tapi dia tak de lak..tak de masa..huhuhuhu..tukar mode pasarah

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
kalau yg rentung terus ok x?bukan apa,kalau alang2 kerak takut basi..ngeee.. a'aa laa,bentuk rama2..cantik! :P

HaSue said... [Reply to comment]

@~Norul Mas Hana ~
sedapp2..hehe..nak sepotong ke?

HaSue said... [Reply to comment]

@Zaliedana
bila sebut bengkang..pasti akak terbyg cerita Mat kat citer kampung boy yg anta kuih bengkang mak dia utk pertndingan memasak..hehe..

kek lapis yg simple byk tu ct.. takpe,pelan2 kayuh..iboh senggaut kata org srwk.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@LinRosly
waalaikummussalam kak..thanks yer..hihi..dah betul dah kak..terus berdezup ke sana mlm td

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
ko pandai ke makan bingka ni mas?aku ingatkn ko x pandai..kalo tau mlm td aku anta..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
yerr...paham..saye paham puan...ehehe...buat separuh je dari adunan di atas...gi tengok kat myr resipi asal k..aku lum ltk link mlm td coz tenet mengong

HaSue said... [Reply to comment]

@Nazrah Bakery
tak masuk komen td rupanya..huhu...thanks yer singgah...amik ler sepotong.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...