Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, March 4, 2011

Ayam Kunyit

Sepatutnya nak ngentri nih malam tadi..tapi cari2 gambar tak jumpa lak..mata pun berat kemain...
Jadi buat Pn Sakinah dan sapa namanya cikgu aritu(sori lupa lak) yang bertanya menu sesuai untuk pengamal diet atkins..ini salah satu resepi ayam yang anda boleh cuba masak sendiri yer..

Resepi Ayam Kunyit >> HaSue

Bahan2:
  • 500g Ayam
  • 1 tangkai cili merah*-optional
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 2cm halia*
  • 1 batang serai*
  • 2-3 inci kunyit hidup*
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping asam
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Air secukupnya
Cara2:
  1. Ayam dipotong kepada saiz sesuai. Tumbuk bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan asam keping.
  3. Masukkan ayam.. Kacau goreng sehingga ayam kecut sedikit barulah tambahkan air sehingga sama paras ayam. Perasakan dengan garam
  4. Masak sehingga ayam empuk dan kuah hampir kering.
  5. Selamat mencuba!

Buat pengamal diet atkins,menu ayam ni memang sesuai dimakan begitu sahaja jika sudah bosan dengan ayam yang digoreng cara biasa..

Yang tak diet pun(nak makan dengan nasi) boleh masak cara ini dan boleh tambah sedikit belacan jika suka.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

izahdaut said... [Reply to comment]

Ayam gini kalau berkuah akumpanggil gulai masam ayam. Tambah je tempoyak jadi gulai masam tempoyak. Erkk tempoyak banyak carbs tak.. Huhu..

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
Kitorg panggil masak kunyit jer..tapi salu buh belacan kalo ngan nasik mmg ngan..kalo nak ratah gitu aje xyah letak belacan.hee

Psstt zah,durian musuh atkiners tuu..hahaha..buah tu byk carbs weh :P

tun_telani said... [Reply to comment]

Morning!!!!!! sy baru pas bekfes cengkodok ikan bilis, bukak2 blog ada org tayang ayam dah.. haish.. nk wat kuar ayam dr esbok aa gini..
ps: kalau tambah daun limau purut jd ayam phat phet, x?

Mas said... [Reply to comment]

amboii..awalnya mek ijah tu mengomen...he..he...
mas lak tak pernah masak lagi ayam macam ni...masak lomak ada la..he..he...
nnti2 aku try buat la....

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
morningggg2..bekpes2 x ajak akak pun..huhu... ayam phat phet tu menu thai ke?hehe..boleh jer nak campak daun limau purut tuh..nak perisa kunyit lbih,hiris daun kunyit

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
mek ijah tolong buatkan aku air pagi ni mas..ekeke..x pnh ek?mcm masak kari gak laa tp guna kunyit..hehe..simple2 gini mas..utk yg x berapa suka byk2 rempah

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Kak sue,wah nmpak sedap jer ayam masak cenggini,wlpun smple,tapi menarik la,bebudak pong leh mkn,xpedas kan..Masuk list dulu ah..

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to comment]

sgt3.. mnarik... rasa lapar plak... adush!

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam Sue..akk ingatkan ayam tu goreng tu yg herannya lekat elok je kaler kunin2 tu heheh..rupanya tumis n ayam tu msk ngan air..bestnya

Siti Asiah said... [Reply to comment]

saya mang hantu ayam...watla camne pon...mesti suke...
tengok menu ni cam sedap jer...balik kang blh cube...tengah diet gak ni...tp care SENDIRI...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...