Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, May 17, 2011

Resepi: Laksa Sarawak ..Nyaman Ehhh!

'Nyaman' dalam bahasa Sarawak bermaksud sedap..kalau bahasa melayu lebih sesuai untuk digunakan untuk ayat 'menghirup udara yang nyaman..damai..' gitu kan..jadi jangan hairan lah kalau dengar atau baca orang sarawak biasa kata makanan nih nyaman..ye. ^_^

Bagi yang belum pernah merasai laksa Sarawak nih.. cubalah sekali..pasti selepas beberapa ketika selepas merasainya,anda akan terbayang2 dan terasa2 lagi keenakannya yang ternyata berbeza dari laksa2 lain.. kalau biasanya laksa lain menjanjikan kuah yang pekat,laksa sarawak pula menjanjikan rasa kuah yang lebih rasa rempah pedas2 n lemak2 gitu... disulami dengan sambal belacan dan masam2 limau kasturinya..wuhhh! tak rugi mencubanya..

Adalah senang untuk memasak laksa sarawak,baru2 nih aku siapkan laksa sarawak seorang diri dalam masa 1 jam aje..haha..dalam seminggu buat 2x. Sebab yang pertama tu macam tak puas makan..huh..sedap amat! Tapi memang gigih la,dapur jangan cerita..hihi..dah kenyang baru laa nak kemas2kan balik kan..
Tapi guna pes laksa yang dah siap dijual tu jer... dalam tempoh tu juga laa nak goreng/rebus ayam,kupas kulit udang,rebus telur,cendawan hitam,goreng tauhu,celur tauge, buat sambal belacannya..celur bihun..bf kan zhariff jap..ehehe. Kalau ada pembantu lagi senang nak membuat laksa nih.. kalau nak makan lak,harus beramai2 baru beshh!

Kalau nak makan laksa Sarawak,bahan2 kat bawah nih aku suka letak..mungkin dah terbawa2 cara hidangan restoran kat sini kot.. termasuk laa penyediaan sambal belacan tu..sotong rasanya kurang sesuai laa nak letak..(ada restoran yang letak..aku rasa x sedap)
Tapi kalau malas sangat atau nak cepat,boleh jer nak letak seadanya bahan penting seperti udang,telur dadar,isi ayam,tauge jer.. yang pentinggggggg...sambal belacan itu jangan dilupa..limau kasturi juga..oohh!sedapp gilerr

Kali nih aku gunakan rempah laksa hj manan yang femes tu..lebih senang sebab tak payah toskan rempahnya seperti rempah aku guna kalo takde rempah hj manan nih..hee..
Di sini aku kongsikan cara memasak atau menyediakan laksa..cara aku ye. Sebenarnya asas penyediaan laksa dah disertakan sekali kat rempah tu..
Aku lebih suka ayam yang digoreng sebab ia kaya dengan perisa berbanding ayam direbus..jadi terpulang selera masing2 ye..

Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
  • Tauhu goreng
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika)
  • Cendawan hitam(celur)
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara Menghidang laksa sarawak: Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..

Laksa yang sedia untuk dinikmati..


Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni yer..DJ,nak c n p resepi pes laksa ke sini pula yer..terima kasih.. Boleh juga lihat resepi n cara penyediaan laksa DJ kat sini yer.. ;)

Pes Laksa Sarawak
Resepi:Dayangjack@dapurku sayang

Bahan-bahan : anggaran 200 gm

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.


Rasa laksa sarawak yang lemak-lemak,pedas dan sedikit masam dengan gabungan rasa bahan2 yang terdapat di dalamnya amat membuka selera ..selamat mencuba!

P/s: Inilah laksa yang aku nak makan sangat masa mengidam pregnantkan zhariff tahun lepas..hiks!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

33 Komen Di Sini:

Cik Puan Nurul said... [Reply to comment]

Ya Ampun dah lama sgt nak terai laksa ni..nk cuba buat tp org kata payah nk cari bahan la,kene beli pes dekat sawaklaa tp rasanya boleh buat seniri je kan pes tu..haishh harus terai ni meleleh dh air liur ni iskk

K.Nor said... [Reply to comment]

alahaiii bila boleh wat projek ni..

atie @ ejay said... [Reply to comment]

wah..my peberet!tp tak penah makan ngn telur rebus n cendawan hitam tu.. pasni bleh la cuba. rempah laksa srawak pun dah sampai tuh

syuhaila binti mustafa said... [Reply to comment]

yummy2!! nyaman2 :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Cik Puan Nurul
Jgn percaya pd cerita tahyul..hehe..lepas ni boleh cuba buat sendiri yer. kalo nk jugak beli pes tu rasanya ada pengedar rempah laksa kat fb tu..

HaSue said... [Reply to comment]

@K.Nor
take yr time kak..hehe..

HaSue said... [Reply to comment]

@atie @ ejay
boleh cuba..sy pun ikut cara hidangan kat restoran..mmg best jer buh tu..

HaSue said... [Reply to comment]

@syuhaila binti mustafa
nang nyaman jak kn..hehe..dah jd org srwk sementara harus selalu mkn laksa swk tu iela.. :P

Mas said... [Reply to comment]

sue...aku tahu makan jerk...
buatnya tak pernah lagi...kikiki

jiran aku berniaga laksa sarawak ni...
jadi tu la alasan nape aku tak buat2.....
selalu beli jerk...
kekadang dia pulangkan pinggan..dapat sepinggan laksa sarawak..bestkan...

CT Delima said... [Reply to comment]

Assalamulaikum hasue

mintak semangkuk.. :DD memang sedap laksa sarawak ni. sebab kak ct dah merasa, keharuman rempah laksa sarawak ni lain sikit dari laksa2 yang sedia ada. Ni kalau nak makan kena tunggu rumah kawan kak ct tu buat open house lah nampaknya... huhuhu

cik cek said... [Reply to comment]

Sue....kak cek naaakkkkk semangkuk....sedapnya ....kechurnya....kak cek penah makan Laksa Sarawak masa ke KUching rumah abg kak cek tahun lepas...memang ummphhh....masih terasa kesedapannya...penah cuba buat guna pes laksa sarawak...bila mkn ngape tak berapa nak sedap....
He he he...dah habis....baru teringat....Laaaaaaaa....kak cek boleh lupa letak santan...tak ke kelako...memang kelako....he he he...:)

mrs.spicy said... [Reply to comment]

salam sue..i love laksa sarawak..tapi mee kolok i suka lagikkk..hehehe

mun kitak masak laksa sarawak share la ngan kamik eh.

mrs.spicy said... [Reply to comment]

eh silap..mee kolok

izahdaut said... [Reply to comment]

waduh lagi laksa srwak kat sini.. ko buat pes tu ye.. rajin betul mak orang neh... bagi sikit rajin tu kat aku...

ko makan stengah mangkuk je ke? kikiki.. aku kalau makan neh susah woo.. ingat akak aku buat baru ni, cam jeling2 je orang lain makan supaya diorang tak makan banyak sangat. aku nak mkn bnyak. hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
aaa..munasabah jugak laa alasan ko tuh mas..lagi2 kalo yang makan kite sorg jer..hehe..kalo yang tukang makan 3-4 org(atau sorg 2 tp kuat makn) baru best nak buat sndiri kan...melainkn nak cuba tu harus buat sndiri laa

DJ Dayang said... [Reply to comment]

waduhh! yaaahh!...nyaman eh!...rasa nk molah agik dah tok...mentang2 pes laksa gik ada...ekeke. ada org sik suka bau rempah mcm org branak ya..tp kmk nang sukalah sb nyaman...tp mun molah pes ngekot resepi kmk ya, baunya sik kuat gilak. bolehlah dicuba mun rajin...hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam..
lor..akak kan rajin..xyah tunggu kwn hidangkan laksa tu..akak buat sndiri jer..puas makan...bhn2 pun x terhad..hihi

HaSue said... [Reply to comment]

@cik cek
ahahaha..gelak golek2 baca kisah kak cek nih..mmg kurang sangat laa kalo tak buh santan tu kak oii..hehe..dah terlupa nak wat camne kan..kalo letak santan pure lagik sedap ow kak..ngencess terbyg2 nih..hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@mrs.spicy
w'kumsalam..
owh,mrs spicy duk mana ye? kalau jumpa mee kolok tu dier masak ngan daging masak kicap pun dah sedap..lyn ngan sup n sambal cili ringkas...sbb mee koloknya sndiri dah sedia sedap kan.. =)

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdaut
ko nih kot yer pun nak bgtau tak baca entri aku jgn laa sangka aku serajin ituu..hahaha... aku dah terang lg bersuluh guna sportlight tu bgtau guna rempah hj manan..yg aku share resepi pes tu utk mereka yg nak cuba buat sndiri..ehehe..

setengah mangkuk apa raserrr...mau semangkuk penuh sekali duduk..pastu rilek jap amik smangkuk lg..mkn slow2..menikmati katekan..hihii.sedappp kan kannn

Zaliedana said... [Reply to comment]

Kak sue,nmpak sgt kak izah xbace n3,@pong saje nak puji,coz leh dapat laksa semangkuk..Fuhh mmg terliur kak,sekbek tgk n3 nih pas mkn dah..Leh save resepi nih seksiap,hihi..

Kak Rosaliza said... [Reply to comment]

assalam sue...sib baik akk sempat juga merasa laksa srwk ni, kalo tak kempunan rasanya.

laksa ni mmg lain dari laksa2 kat sini, rasa rempah yg kaw2, terasa2 lg keenakkan laksa ni

Ryo Azhar Rahza said... [Reply to comment]

eheh...nanti cuti gawai korang balik kan??kita buat reramai yerr..hahaa..

Along Maklong said... [Reply to comment]

telan air liur jelah maklong.. hehe..
makan tak pernah.. masak apa lagi.. nak kena cari kat mana ada jual laksa serawak..

dZana said... [Reply to comment]

tgok laksa sue.. rasa nk terbang ke sarawak pulak..

tun_telani said... [Reply to comment]

lama nyer x makan laksa sarawak.. kt nk 2bulan dh xjumpa nih. kt miri byk pes hj manan nih. kt sini mcm jarang2 pulak jumpa.
ps: sila letak resepi sambal belacan yg sesuai mkn ngn laksa sarawak ye..

Naz said... [Reply to comment]

assallamualaikum sue..

sori la lambat datang.. akak tak sihat sebenarnya tapi berselera tgk laksa ni.. Pernah makan dulu dan akak sukaaaaaaaa sangat..Bestnyeeeee...

Nur68 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Sue

Kamek nang suka laksa sarawak tp kamek prefer laksa without telor rebus ya...tp sambal mesti byk and pedas....

adeh....paksa cari laksa kak tok, dah tenggok rasa geruk kamek nanga ..hehehe

syuhaila binti mustafa said... [Reply to comment]

harus mkn.. sudah menjadi penggemar laksa srkw skrg :P

Keluargaku Syurgaku said... [Reply to comment]

Baru minggu lps masak laksa Sarawak paste Hj Manan......adik beradik ipar nak merasa laksa sarawak nie....

Noor said... [Reply to comment]

x penah rasa.... tp nampak sedap sesangatlah, kecur air liur.

Anonymous said... [Reply to comment]

hmmm..nang nyaman orang sarawak madah..mun kitak orang mok lebih nyaman agik kuahnya n rasa lemak kuahnya, x payah pake santan..tp lebih bagus pake susu cair jak..try la ye..gerenti nyaman..

e'ey said... [Reply to comment]

i loooooovvvveeeeeee laksa sarawak glak3.......perggggghhhhhhh....!!!!!!ng nyaman glak3.........aha...!!!simple jak mlh ea paduhal.....ehehe ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...