Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, October 3, 2009

Kek Lapis Bumi [Kukus]

Entah kenapa masa buat kek2 lapis tempoh hari memang tak nyempat2 nak amik gambar..
Rasanya sebab konfiden leh amik close up bila dah sampai kat kampung dan setelah dipotong2 kot..Hmm...
Tapi bila dah sampai kampung memang lupa terus nak posingkan kek2 tuh..
Sibuk shopping last minute lagi..nak buat itu..ini..
Bila dah hidang(yg potong orang lain) lak memang ingat nak makan tapi tak ingat nak posing2kan..huhu..
Minta maaf sangat2..bukan taknak kongsikan ye
Nih antara yg sempat ditangkap..
Sebab last peking..nih pun buat sebab anakanda sulung yg menjadi penggemar kek nih yang request. Nak tengok gambar ek nih lebih banyak klik link diberikan kat bawah nih ye

Resepi nih dah kongsi kat myR,terima kasih pada kawan2 yg dah mencuba sendiri yer...
Boleh lihat hasil kek mereka di SINI(sila klik)

Bahan2 (8" x 8")
  • 450g Mentega (sy guna golden churn)
  • 1 Gelas / 180g gula halus-boleh kurangkan ke 3/4 gelas kalo x suka manis
  • 2 / 220g Gelas tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya-boleh guna tin kecil kalo nak kurang manis,tp gula jgn kurgkan
  • 1 Tin kecil susu pekat manis-dalam 10sudu makan
  • 3/4 Cawan serbuk nescafe(campurkan dengan 1 sudu air panas untuk mencairkannya)-tambah browning sugar untuk pewarna tambahan[optional]
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau dan Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang(putih).
  2. Masukkan telur satu-persatu..(sambil adunan masih dipukul dgn kelajuan sederhana)
  3. Masukkan esen vanila,seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  4. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum.. (pastikan tepung dah diaayak)
  5. Bila adunan dah sebati,bahagikanlah kpd 3 bahagian.. (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan nescafe(letak browning sugar untuk warna lebih gelap)
  6. (Pastikan pengukus dah mendidih sebelum mula mengukus ye puan2) Ambil 1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah dioles mentega atau dilapik kertas minyak..kukus kejap je,jgn lama sgt sbb nanti lapisan mdh trtanggal. Tp pastikan la adunan dah tak cair dah ye..asal nampak msk ok la tu.
  7. Lepas tu ambil pulak 1 cawan gak adunan nescafe,kukus lagi. Diikuti adunan kuning. Ulang lagi warna hijau,nescafe dan kuning sampai habis..
  8. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.
  9. SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! ;)
Tips :
>Tutup loyang kek menggunakan aluminium foil semasa sdg mengukus utk mengelakkan air pengukus menitik di atas kek.
> Untuk kek lapis yang mempunyai perisa(yg nih perisa nescafe),semakin banyak ulangan lapisan...atau semakin nipis setiap lapisan..rasanya semakin sedap dalam setiap gigitan.. :)

Sebelum nih dah bagi resepi untuk setengah adunan dalam sukatan metrik(gram) Klik SINI

Kek nih walaupun menggunakan 3/4 cawan nescafe insyaAllah tak pahit..tapi aroma nescafe ketika kek ini sedang dikukus semerbak jer...tak caya tanya Kak Rosaliza..
Rasanya memang sedappp..tak caya lagi tanya Kak ina/hana jepun..hehe :)..
Bukan apa,mereka dah cuba sendiri membuatnya..walaupun ada yg baru pertama kali membuat kek lapis kukus..tapi hasilnya memang boleh dibanggakan.

Bagi penggemar kek lapis sarawak yang belum pernah mencuba,mungkin inilah masanya anda mencubanya sendiri.
Opps..takde paksaan ya..tapi pengalaman sendiri adalah guru terbaik.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

9 Komen Di Sini:

ain said... [Reply to comment]

sue..mcm sng je nak buat kek lapis kukus ni. cuma nak tanya, gelas tu, gelas yg cam ne, blh tukar cawan ke..???tq dear!!

hana said... [Reply to comment]

haah sedap sedap sedapp! tp haru skali dh tk leh nk buat lg sbb bhn byk dh yilek! huhuhu..

cikmanggis said... [Reply to comment]

bestnya tapi cm ni lemah bab lapis melapis ni...

HaSue said... [Reply to comment]

Kak Ain > Rupa paras gelas tu boleh rujuk kat http://sue-hasue.blogspot.com/2009/07/cerita-kek-lapis-sarawak.html

Kandungan gelas tu 200ml air kak..kalo ade cawan saiz sama leh laa guna..

Tak pun akak guna sukatan gram jer..sue dah edit balik resepi tu untuk rujukan dalam gram.

Selamat mencuba yer :)

HaSue said... [Reply to comment]

hana /kak ina > bahan apa yg yillek tuh kak?nescafe,serikaya n susu ek?hihi... susu pekat tuh ade resepi kat myr,serikaya pun ader..err..nescafe akak tumbuk laa biji kopi yer..ekeke

cik manggis > akak..jgn la lemah semangat kak...anggap cam buat kuih lapis jer..cumanya kek nih lagi sedap ler..ehehe

Umie said... [Reply to comment]

salam..kak sue..anak buah kmk ada molah kek tok ri ya..ada kmk embak balit ke Putrajaya tok...nyaman...

Anonymous said... [Reply to comment]

emm kak adekah ia same dgn kek kukus ?

HaSue said... [Reply to comment]

umie > w'kumsalam wth..nya kah?nang nyaman kan...anak bujang kmk yaa nang suka jak eh..

Uruchimaru > ia memang kek kukus dik..dan ia dikukus secara berlapis2 untuk mendapat lapisan seperti dlm gambar.. :)

ztsffil said... [Reply to comment]

Boleh x kalau buat cara bakar dioven

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...