Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, October 13, 2009

Kek Hati Parek(Hati Pari)

1st of all..Kek nih bukan kite buat yer..just nak kongsi rupa paras kek nih dari jarak dekat bg mereka yang tak pernah melihatnya..cuma pernah mendengarnya..sebab kek nih fofular katekan.. terutama bagi penggemar kek2 sarawak..x kisah laa berlapis ke tak yer

Bila sebut kek hati pari,atau sebutan originalnya dalam bahasa sarawak, (sila betulkan lidah anda) sebagai 'hati parek' macam orang perak sebut payhrakk..atau sebutan 'ghen' dalam bahasa jawi yg selepas guruf ain tuh..hehe..cuba sebut btul2 yer..
Begitulah sebutan nama kek nih sebenarnya.. cuma sekarang nih dah di'bahasa melayu'kan agar senang difahami masyarakat 1 malaysia.

Bila pertama kali merasa kek nih mesti tak cukup sepotong..
Walaupun agak manis,tapi manisnya berbeza dari kek biasa..

Sebab tuh ramai yang tercari2 resepinya..
Bila dah jumpa resepi pula..terdiri dari pelbagai versi ..huhu
Cuma satu kaedah yang tetap dikekalkan...ia dikukus selama 8 JAM!!(untuk 1 adunan)..
Ramai pula tak sanggup buat..hmm
Kalau nak kukus tu,jangan laa pula duk tercongok tunggu kek tuh masak depan dapur gas..cuma lawat la sekali sekala,check air pengukus takut kering...untuk selamat,set timer(penggera masa)..
Kek nih antara kek sarawak yang lama dikukus..jadi nak makan sedap jangan banyak songeh yer..haha..kijam laks :P
Bagi yang kencing manis,anda tetap tak disyorkan yer..

Kek nih kalo zaman dulu2 memang ramai yang buat ntuk hari raya,sebab dulu2 takde peti sejuk..namun ia tetap bertahan lama
Inilah keistimewaannya..tekstur kek,rasanya yang lembut lembap dan ketahanannya sudah menjadi trademark kek hati parek nih...berbeza dari kek buah2an biasa...

Nak kongsikan respinya di sini..
Cari2 resepi lama yang ada dalam simpanan,tak jumpa pula...
Jadi untuk rujukan sesiapa yang ingin cuba membuat kek nih,
Disertakan disini resepi kek hati parek yang dikongsikan oleh dayangjack dimyR..thanks DJ :)

Bahan2:loyang 9" x 9"
  • 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
  • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
  • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk > resepi browning sugar)
  • 1 kati / 600 g kismis hitam
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

Cara-cara

  1. Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
  2. Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
  4. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
  5. Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
  7. Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
  9. Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
  10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
  11. ***utk info, dyg hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
  12. ***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.

*Kek nih pemberian daripada ibu seorang rakan hb yg berasal dari sini..
Sebab tak berkesempatan nak gi beraya umah diorang,dia kirimkan kek nih dan 2 jenis kek lapis lagi untuk kami sekluarga..alhamdulillah,murah rezeki anak2 dan ibubapa diorg.. :P

Nih laa rupa paras kek lapis yg dua tuh..hehe..kek lapis asam manis dan kek lapis blueberi(jem)..cantik,kan ? :)

P/s: Sila betulkan kalau ada silap mana2 yer.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

10 Komen Di Sini:

Floral Cakes said... [Reply to comment]

eh!!!nampak sedaaap kek kitak ya...!!!!
tambah2 kek umah kmk dah abis tok.

Anonymous said... [Reply to comment]

Uish, susah metul belajar mau sebut itu kek nama.. huh! terbalik balik BM kite lepas sebut nama kek Parek kak HaSue nie.hehehe

HaSue said... [Reply to comment]

Kak surisarawak > umah kitak ya mun dah abis kek bila2 masa jak molah nok nyaman2..hehe

blogresipi > haa..sebut betul2 tau ijan..hehee

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam Hasue,pernah molah dolok tp texturenya keras.tp kita mpun kek ok jak rupa.

Anonymous said... [Reply to comment]

Rasa kamek ada somethg wrong with this recipe. Sbb kek kamek very dry la, sik brapa nyaman.... Ikut exactly recipe yg atas tok. Masa arwah mak kamek molah dolok sik dry pun. Very moist, kacak jak. Pls check. Tq.

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
Salam..
Macam kamek padah kat atas ya,resepi tok kamek just kongsikan jak utk panduan sesiapa maok cuba..tapi kmk mpun belum cuba gik..kamek refer dari link blog kawan mek,dayangjack ya..coz resepi dalam simpanan kamek sik tauk dah kat siney.huhu...tp mun ikut logik nang dry la kan sbb ngkah 9 gelas tepung..atau pun saiz gelasnyaa kecik kali..
Insyaallah lain kali kmk cuba molah hati parek yg moist.mintak maaf ats kesulitan ktk..

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
Mungkin juak sbb sukatan gula ya dh dkurangkn agak byk..biasanya resepi kek srwk tok,makin ngkah gula byk..kek makin moist n tahan lamak..insyaAllah lain kli kmk cuba molah n share.

Alongriena said... [Reply to comment]

Rasa kmek tpg OK dh ya sukatan. Telur mok grade A. Gula hangus n browning kmek sik ingat. Resipi Mak kmek lbh kurang mcm atas ya tp x dry koh.

Unknown said... [Reply to comment]

9gelas ya brapa gram?

comel said... [Reply to comment]

The best testure kek mun ktorg guna tpg h/kong. Kmk juz guna 2 cwn ja tpg ja coz kmk ada ubah2 sikit resepi n kmk guna buah prune

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...