Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, October 9, 2009

Ampap Hati Ikan Yu..lagi!

Lamaaaa...dah tak dapat makan hati ikan yu nih..
Semalam hb dapat kol dari tokey kedai kopi area nih bgtahu suruh amik..hb apa lagi,bedezupp dia gi amik..ekeke...peminat tul laa..hehe

Korang kalo tak reti n rasa pelik nak makan,baik takyah belaja makan tau..
Bukan apa,kang susah lak kitorang nak dapat hati ikan yu nih kalo ramai reti makan..hahahaa..kijam tul..hihih..

Bahan2:
  • 100g hati ikan yu(kalau besar potong kpd beberapa bahagian (dlm 2inci setiap potongan)
  • 1 tangkai cili merah*
  • 2 cili padi*-cili2 nih boleh tambah ikut kepedasan yg dimahu
  • 2-3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 1cm halia*
  • 1inci x 4 (4inci)kunyit segar(hidup)*-nak lebihkan sikit pun takpe
  • 1/2 sudu teh belacan*
  • 4-5 keping Asam gelugor-kalau guna asam keping,1 keping besar dah memadai(bergantung selera)
  • Garam dan serbuk perasa
  • Daun kunyit secukupnya-racik/mayang halus sedikit daripadanya
Cara2:
  1. Bersihkan hati ikan-PENTING buang hempedunya yg berada dipangkal hati. bersihkan semua sekali. Kalau tidak seluruh masakan akan pahit nanti. Potong jika perlu,jika saiz hati yu tu kecil,x perlu potong2,tp jangan lupa buang hempedunya
  2. Tumbuk semua bahan2 bertanda * sehingga lumat.
  3. Dalam bekas,masukkan hati ikan yu,masukkan bahan2 tumbuk,asam gelugor,garam dan perasa serta daun kunyit yang diracik halus.Gaul sebati seperti hendak menggoreng ikan :)
  4. Daun kunyit yang sudah dicuci disusun di dalam periuk sebagai alasnya(renyuk2kan sedikit untuk lebih aroma)
  5. susunkan pula hati ikan yu yg sudah digaul bersama bahan2 tadi ke dalam periuk yg sudah beralas daun kunyit.Tutup semula dengan daun kunyit secukupnya.
  6. Masukkan air sehingga menutupi paras hati tadi.
  7. Masak dengan api perlahan sehingga airnya surut
  8. Sebatikan rasa dan biarkan seketika lagi sehingga airnya benar2 kering(nak tinggalkan sedikit kuah pun ok)
  9. P/s:kalau nak masak lebih lama boleh tmbah sendikit lg air dan ulang langkah 8.
  10. Selamat mencuba :)
Punya laa malas nak amik2 gmbo masakan kebelakangan nih,tapi hati ikan nih punya pasal...ku desak hati ini jua...lagi2 nak menayang kat seorang budak beso kat PoliMu nun..keh kehh...
Harap2 beliau tak tido malam laa kang terbayang2 betapa sedapnya n lemak2 rasa hati ikan nih sepertimana yg beliau tahu..hahahaa...(gelak org ja'at)

Masakan nih tak semestinya orang sarawak jer tau makan dan tak semua orang sarawak reti makan yer..heheee....
Yang penting takleh kurang asam,kunyit...kena ada rasa garam..pehh...cam lauk orang berpantang pun ader nih..cuma sedap sangat2 sebagai pembuka selera...
Makanpun bukan sekali suap terus masuk,main cubit2 jerk..perhhh..
Ahaii..malas nak cakap banyak...kang ada pulak nak try makan...hahak :P

P/s:b Budak yg dimaksudkan tuh adik ku itu laa..hehh :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 Komen Di Sini:

Unknown said... [Reply to comment]

tau dah mesti sedap punyer....hehe

sunkist said... [Reply to comment]

mana ada pelikk.. walaupun tak pernah mkn hati ikan yu ni.. tapi kalau dah rezeki dopan mata apatah lagi kalau hang yg masak mesti mauu tryyyy hihihi..

ieda said... [Reply to comment]

huuhuhuuh sedap ker dik .. akak x pernah dengar mahupun makan ...

rasa dia ada tak mcm rasa ati ayam tuh .. lemak2 ..

zai kulim said... [Reply to comment]

re:thanks singgah blog zai..hati ikan yu..emm sedapnyer zai pernah mkn member masak..sedap..

Cikmin said... [Reply to comment]

uiiihhh...mmg pelik2 je hasue ni masak nya...x pernah makan la hati yu ni..ishhh...jgn lak akak teringin ye hasue..eh x teringin la..x punyer....hihihihi....sedap eh...

bintangku said... [Reply to comment]

sedap ker hati ikan yu? tak penah mkn. Rasanya camner?

hazila said... [Reply to comment]

First time dengar ni. Tapi pagi tadi tengok kat Astro, Kepala ikan yu masak steam.Tapi akak tak pernah makan ikan yu lagi.

HaSue said... [Reply to comment]

sis POSH > tau dah ekk..hehe

sunkist > x pelik eh?hehe..kalo depan mata memang nak paksa hang makan walaupun hang kata pelik..ekeke..sedap tauu..lembut jek

Kak ieda > nak kate macam hati ayam,lain gak kak...hati ikan yu nih lembuttt jer teksturnya...rasa memang lemak2 gitu..

zai kulim > tq gak singgah cni..sedap kan..haa,tu laa..kalo penah rasa baru tau..hehe

Cikmi > ehehe...tak teringin kot...kang bisik kat cK junior pakat2 suh teringin.ekeke...tp betul sedap tau kak...hehe

bintangku > sedapp...rasanya lemak2,tekstur lebih lembut dari hati ayam..bergabung dengan bahan2 yg digunakan..menambah keenakannya..yg penting semua rasa ada.. :)

Kak hazila > kalo kepala ikan yu sue x penah makan lak...tp MIL sue n beberapa org cakap,kepala ikan yu sedap wat sup..bunyik mcm kurang best tp ramai kate sedap..x berkesempatan nak try..sebab jrg beli sekor2..selalu cari hatinya jek..huhu

indahhouse said... [Reply to comment]

Salam kak hasue, besar ke hati ikan yu tu? saya tak penah rasa. nampak sedap jer...;)

ain said... [Reply to comment]

akak x pernah mkn ht ikan yu!!sedap ekh!!

HaSue said... [Reply to comment]

indah > wkumsalam...hati yu tuh bergantung pada saiz ikan..kalo besar ikannya besar laa hatinya..hehe..dua2 saiz sedap...tp dpt yg besar puas hati ler..hiks

kak ain > sedapp kak..akak takyah try laa,kang kesedapan susah lak kita berebut kat kedai pasal hati nih jrang jumpa org jual asing2..ekeke

Cikmin said... [Reply to comment]

xmo ar sue..kang sian cikkamal nak pi cari lak..weeeeeee....kang ada kena suruh kirim rendang kering hati ikan yu kang...hahahahaha...

HaSue said... [Reply to comment]

CikMin > hahaha...sian laa cik abe akak kang ek..hehee...buat rendang pun sdap gamaknya kan..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...