Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, October 10, 2009

Kek Lapis Sandwich Oreo

Buat kek nih untuk raya hari tuh...
Saja2 laa reka resepi..memang mndapat sambutan dari muda mudi(kawan2 adik aku) yg berani komen kate sedap..brapa kali jer topup kat meja hidangan dah abess..
Nak membuatnya nih agak mencabar laa jiwa raga...
Bukan mencabar bab nak membuat kek...tapi mencabar sebab stok oreo yang di'nawaitu'kan nak buat kek tu menjadi pujaan hati budak2 kat umah nih..huhuh..mula2 tuh beli 3 bungkus oreo,pastu si kakak nak makan..banglong pun nak jugak...last2 tinggal sebungkus!huh..
Babah diorg beli laa lagik 4 bungkus...2 untuk budak2 tuh,2 untuk kek...
Sebab lom buat lagi,siap sorok dulu takut dikenen budak2 lagik.hehee...
Tak sure berapa bungkus nak guna kan..
At last,guna 2 bungkus pun dah cukup..tuh pun seketui kena cukai lagik..hihih...

Bila dah buat kek nih.haaa...amik,biskut oreo versi beso..ahak..

Nak tepek resepi tapi lom jumpa mana ntah letak resepi tuh..
Masa buat nih main conteng2 jerk..kalo jumpe kite tepek laa eh..hee
Nih guna inti2 oreo skali,taknak membazir..so cam makan biskut versi kek laa jadinya.heheh
Jamu mata jelah kan...nih pun masa nak pek nih arituh..so x banyak gambar dr sudut berbeza...pusing2 pun gitu gak ler ghupanya...aheh
Nampak tak inti kat tengah tuh?
Kek nih moist juge walaupun dibakar..
Lapisan atas dan bawah guna tepung biskut oreo...dan tengah tuh letak inti oreo...
Nak kena edit/update balik laa nanti ek..
Ingat hari nih nak wat kek lapis lagik..

Update:
Minta maaf yer terutama buat ibu Khai yang duk bintulu tu...lama baru terupdate resepi nih sebab baru terjumpa balik draft resepi baru2 nih...sibbaik leh paham sendiri apa yang ditulis..hehee..
Untuk rujukan sendiri dan anda yang bertanyakan resepi sebelum nih..di sini dikongsikan resepi sepenuhnya ya...

Kek Lapis Sandwich Oreo
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2: *sukatan gelas 200ml

450g mentega berkualiti
1 gelas gula halus
1 sudu teh ovelette
10 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 gelas tepung hong kong/gandum
50g serbuk santan(1 peket)
2 peket oreo-sebarang perisa yang disukai(pisahkan intinya dan biskutnya dikisar sedikit halus)
2 sudu besar susu pekat

Cara2:
  1. Pukul mentega,ovelette dan gula halus sehingga putih berkrim.
  2. Tambahkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul menggunakan kelajuan perlahan.(masukkan sebiji,pukul sebati baru masukkan sebiji lagi sehingga telur habis)
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
  4. Masukkan pula tepung (ayak) dan gaul rata(pukul sebati dahulu selepas itu gaul menggunakan senduk) sehingga adunan benar2 sebati.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian.
  6. Bahagian pertama di tambahkan oreo kisar dan susu pekat manakala bahagian ke 2 ditambah serbuk santan. Kacau lagi sehingga sebati- adunan ini juga masing2 dibahagi 2 bahagian
  7. Panaskan oven pada suhu 160c dan gris loyang menggunakan butter dan ditabur rata dengan tepung.(boleh lapikkan baking paper)
  8. Bakar sebahagian(yang sudah dibahagi 2 tadi) warna hitam sehingga masak(lebih kurang 10-15 minit-bergantung suhu oven masing2)-cucuk dengan lidi untuk mengujinya dah masak ke belum dan dilapis dengan sebahagian adunan warna putih yang sudah dibahagi. Bakar sehingga masak tapi jangan terlalu kering nanti lapisan mudah terbuka..(jika ingin membuat 4 lapisan warna putih,sila bahagi kepada 4 bahagian)
  9. Susun inti oreo sehingga hampir memenuhi permukaan atas kek putih dan lapis lagi dengan adunan putih. Bakar lagi menggunakan api atas sahaja sehingga masak.
  10. Akhir sekali,masukkan adunan hitam dan bakar dengan api atas dahulu dan setelah masak,bakar menggunakan api atas bawah selama 10 minit dengan suhu 110c untuk memastikan kek masak sekata.Selamat Mencuba!

Note Biru: Lapisan putih lebih cantik jika dibuat 4 lapisan dan ini bermakna adunan putih juga harus dibahagi 4 bahagian dan bakar selapis demi selapis..tapi kalau tak berapa rajin..bakar jer 2 lapisan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 Komen Di Sini:

eriey said... [Reply to comment]

alahai terliurnyer!!!nk buat x reti laa kak sue..huuhhu

ain said... [Reply to comment]

ye lah...terliur dah ni sue!!!

HaSue said... [Reply to comment]

eriey > haa eriey.tuh x reti ke ader virus M menular secara berleluasa tuh?hhehehe

kak ain > lahai kak..nak jemput makan dah lama licin..eheee...tunggu kalo ade buat lg br la lh jamu mata lg skali ek.hee

Sulela said... [Reply to comment]

Tunggu resepi la...nak cuba...hehehe

sunkist said... [Reply to comment]

sue, kek hang ni buat kita betul2 terliur.. selalunya kalau tgk kek tak de le terliur camni.. dh boleh bayang rasa oreo dlm kek ni.. sedapppnye sue.. ooo .. hang bakaq eh? nampak cam kukus je tu.. moisttttt.. bak sini sepotong sue! ;)

K.Nor said... [Reply to comment]

sue ni teruk la.. akak duk tunggu kek lapis sampai, tak ada jugak.. tup2 keluar versi baru lak.. ish.. cepat la.. yg ni akak nak ni.. cpt!!!

HaSue said... [Reply to comment]

Sulela > kalo dapat dah nanti kite update ek

sunkist > hang nih penggemar oreo ke?leh geng ngan budak2 laa hang nih,brebut makan oreo..hehe..ehh.kalo nak hang datang laa beraya ke rumah raya lepas..hik hik :P

K.Nor > laaa...akak duk tunggu kat mana tu?sue kan dah anta kat depan umah akak aritu..ntah2 dimakan ayam kot..ekeke..

Daniera said... [Reply to comment]

aduhhh...nyaman nih. share la resepi dier kak :) please3x... ;)

HaSue said... [Reply to comment]

Daniera > Insyaallah yer iera...dah jumpa nanti akak kongsikan..untuk rujukan akak juge..heheee

Daniera said... [Reply to comment]

hehe..macih :)

Servant of Allah swt said... [Reply to comment]

Best ny reshipi2 HaSue
Pls kp it gg, Sista
Ramadhan mubarak t you&your family

Anonymous said... [Reply to comment]

salaam...i like................=) terima kasih share resipi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...