Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, October 17, 2009

Ikan Kembura Goreng

Semalam lalu kat pasar tuh nampak orang jual ikan nih...arituh dah beli sekali,maknanya masuk ni dah 2 kali lauk yang sama jadi pilihan kat umah nih.heee

Kalau kat sini namanya begini laa..tempat lain tak pasti lak..
Hari tuh kak Rosaliza kate tak pernah dengar lak nama ikan nih(dia duk kl).
Hari tu x sempat nak amik gamba pun..huhu
Jadi siapa2 yg tahu nama lain bagi ikan nih meh laa kongsi ek
Ikan nih sebenarnya anak2 ikan kembura jer...yang mak bapak kembura nih jarang lak jumpa orang jual..huhu..
Yang anak2nya nih selain dijeruk jadi ikan masin,sedap digoreng seperti biasa atau bersama limau kasturi..
Ikan goreng nih sedap diratah..ehehe..tp hati2 laa,'senjata' ikan kat bawah perutnya tuh malas beno nak buang sebab ikan nih kecik2 jer..nak buang semua tak larat makcik..hik...goreng garing bestt

Bahan2:
  • 1/2 kilo ikan kembura-disiang,bersihkan dan ditos
  • 5 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Bawang putih*
  • bawang merah* -bahan2 * tumbuk lumat
  • garam dan perasa
  • Sedikit serbuk kunyit
Cara2:
  1. Gaul semua bahan2 dengan ikan dan perap seketika
  2. Goreng ikan sehingga agak garing dengan minyak yang sudah dipanaskan
Nih laa rupa anak ikan kembura tuh..ada sapa2 yang kenal tak?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

8 Komen Di Sini:

Anonymous said... [Reply to comment]

Kite bab ikan ni memang fail. Tp nak menyebok gak komen. heheh.. perap ngan asam limau ye kak... kalau dpt ratah memang best nie... jadi kucing pon takpe :)

HaSue said... [Reply to comment]

blogresi/ijan > ha'ah..memang besh jadik kucing..ratah sampai abis..hehe

Nur Syazwani Mustafa said... [Reply to comment]

salam...sy rasa ni mcm ikan gelama la..ikan ni sisik tebal skit n kecik...mmg sedap ratah je...kalo x silap ikan ni pun d jd kan ikan masin...sedap tau ikan msin ni kalo goreng garing2....sisik dia kmbg2 kalo d grg kan...

HaSue said... [Reply to comment]

Nur Syazwani > waalaikumsalam....ikan gelama berbeza dari ikan nih..ikan gelama sisiknya lebih nipis..saiz pun lebih besar dari ni..rasa isinya lebih tawar berbanding ikan nih lebih manis..tapi memang kedua jenis ikan nih sedap dijadikan ikan masin...
apa2pun mekasih menyuarakan pendapat eh! :)

Cik Kira said... [Reply to comment]

di rumah kami sllu masak ikan kembura masak sup jak..sup kembura sangat sedap! ^^

noorawati said... [Reply to comment]

kmk goreng ajak nang sedap.... ikan tok boleh jadi pekasam bagi yg nak bawak 'berjauh' makan dgn nasi panas ajak.... ketika musim ikan kembura ini ianya terasa lemak manis walaupun tidak digoreng ika anada ingin mencuba, cuba perlukan ikan kembura,asam keping/belimbing/asam jawa (pilih salah satu), cili, serai, garam &ainamoto letak air sedikit masak sehingga airnya hampir kering kalau msk dlm mircowave pun boleh letak dgn secawan air dan tgu masak selama 10 min je.... su... ni resepi ketika terpaksa berkerja dlm kelaparan... ha ha

bicara hati said... [Reply to comment]

ni kalau kat tmpt saya..dipanggil ikan belanak...saya dari sekinchan. sorry if i'm wrong :)

ed said... [Reply to comment]

Terima kasih atas blog ini. Macam komen bicara hati, kembura dikenali sebagai belanak kalau di semenanjung. Sangat sedap kalau digoreng garing-garing, makan dengan tulang-tulangnya sekali...krup...krup...krupppp... :-)
Tergolong dalam famili Mugilidae, nama dalam bahasa lain:
Valamugil buchanani,
Valamugil seheli,
Mugilidae,
Mullet,
Bluetail mullet,
Bluespot mullet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...