Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, October 18, 2009

Bun Manis

Sila jangan tukar channel...anda berada di blog yang betul..jangan terkejut lak tengok ada roti..heheee...nih baru kuar menu roti kat umah nih ekk..
Dah gitau sebelum nih,kat umah ni roti2 kurang laku sebab tuh nak try buat sendiri lambat sket..di samping tepung roti atau tepung berprotein tinggi belum dijumpai sebelum nih...roti yang dibeli pun sebungkus,2 tuh jarang2 abis sebelum expired..letak dalam peti es jek..atau pelbagaikan menunya..huhu

Sekarang dah tahu kat mana ada jual tepung tu.. Cari kat supermarket biasa memang tak jumpa laa...kena gi kedai alat2 bakery baru jumpa.
Buat bun dari resepi ros..memang jadik n gebus jek...
Cuma kite mak budak baru belajar..salah silap harap tunjukkan..ahaks
Lepas nih abis laa tepung roti kat kedai tuh kang..kite jek beli n orang2 kat umah nih kena paksa makan roti.hahahaaa...(harap laki aku x bace n3 nih..hii :P)

Buat bun kosong dan ada juga yang letak inti kacang merah..yang bun kosong tuh makan cicah kari,baru laju sket..heee

Resepi kopipes dari myr..mekasih Ros /Onigiri

Bahan2:
  • 150 gram tepung roti
  • 100 gram tepung gandum
  • 140 ml susu segar ( kalau takde buleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar marjerin atau butter
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver ( klu takguna pun takpe-tapi kalau ade lagi bagus)
Cara2:
  1. Kalau ade cik BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10 atau 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
  4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai. Harap tips saya ni dapat membantu ya....Selamat Mencuba..

P/s:Kalau agak2 orang kat rumah ni dah 'suka' makan berjenis2 roti,baru berkira2 rembat BM pulak..kan! Kalo masih gak x berapa nak suke...kirimsalam jela kat cik BM kat kedai tu..huhuuu :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 Komen Di Sini:

Anonymous said... [Reply to comment]

akak, roti je ke? nak breakfast ni... gulai2 ayam ke, takde ke? hehhe... mengada kan.masuk umah orang demand2 pulak :D

Watierman said... [Reply to comment]

Salam Sue...langkah pertama...bun manis...langkah ke 2 ..bun wif choc chips...langkah ketiga...bun wif sosej...Uli..Sue jangan tak uli....dah nampak cam nak suka dah tu...pelbagaikan Sue...mesti suka lah!!!

Ann said... [Reply to comment]

wah meroti yer...ann punya BM pun dah lama tak goyang gerudi...penyakit M menyerang....

ain said... [Reply to comment]

akak pernah try gak buat roti ni tp keras kematun pulakkkk. since then...bye byeeee!!!!

sunkist said... [Reply to comment]

sue, cantik bun hang walaupun pertama kali meroti! tahniah sue! pasni mesti nk meroti lagikk hehe

HaSue said... [Reply to comment]

blogresipi/ijan > ha'ah...roti jelaaa...jangan nak demand2..kalo dah lepas pantang ok laa nak demand2 ..hihi

kak watie > makin berkobar laa semangat nak meroti bace komen akak nih..heheee

Ann > guna BM tuh mesti nak buat banyak jenis baru besh n berbaloi guna ek ann..hehe

kak ain > apa yg bye bye kak?xnak meroti dah ke?hihii

sunkist >tq2....bertambah kobar2 nih.hikhik..errrr,tp ntah sapa nak makan kalo buat roti jek kang.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...