Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, October 5, 2009

Kek Lapis Coklat Pudina(Peppermint)

Salam Isnin..
Masih di bulan syawal lagi..oleh itu,jom sambung cerita kek lapis lagi..eheheh...
Jangan ada yg muak lak nengok asyik citer kek lapis jek ek..
Kalo agak2 muak tuh scroll ke bawah jek nengok barbie pakai gaun duit..hee

Sebelum nih kalo kek bakar2 nih memang tak gemar nak buat..
Ada sesetengah resepi kek bakar tak cukup lembap ke tekak kami..
Tahun nih untuk raya buat juga sebab nak kek yang lebih tahan lama..tapi tetap nak yang lembap2 gitu...hehee...
Kalau nak yang lebih gebu,biasanya disyorkan guna api grill...tp bagi sue ia agak kering pulak nengok kadang tuh..ikut selera masing2 lah yer... hb selalu pesan,selera orang lain..kalau tak kena dengan kita...jangan diikut!..hiks :D

Resepi nih sue olah dari resepi kek lapis sedia ada..
Asalnya kek plain dan coklat sahaja...resepi dari kitab resepi lama..ehehe
Memang moist juga walaupun dibakar...rasa peppermint sederhana jer dan tak terlalu kuat..
Sue guna yg dalam botol tuh..pekat jer so tak perlu guna banyak..
Sebelum nih sue ada pernah guna juga sepesen dengan yg nih tapi di pek dalam bekas plastik seperti ovellette tuu..
Pernah sue buat kek peppermint coklat nih versi kukus(resepi lain dari yg nih ye,resepi nih sue x pernah kukus lg) hampir separuh botol guna pun masih tak rasa sangat peppermint nya..huhu...
Jadi rasanya jenama yg digunakan mempengaruhi sangat yer..

Budak2 makan kek nih macam chewing gum kata diorang..hehe..
Pudina diganding dengan coklat memang satu gandingan yg bestt..

Bahan2: (loyang 8.5" x 8.5") -nak kek tinggi sikit guna loyang 8"x8":

Bahan A:
450gm Mentega (Sue guna golden churn)
5 sudu makan susu pekat

Bahan B:
15 Biji Kuning Telur
6 Biji putih telur
320gm Gula halus
1 ½ sudu makan Ovelete
300g tepung Hongkong / Superfined
150ml susu sejat(sejuk dr peti ais)
1 sudu makan esen vanilla

Bahan C:
1 sudu teh(atau secukupnya pewarna hijau)
1 sudu teh (atau secukupnya) perisa peppermint(kdg2 lain jenama lain kepekatannya)

Bahan D:
2 sudu teh coklat emulco-Sue guna brand nona

Cara2 Membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 150c
  2. Pukul bahan A sehingga creamy. Ketepikan seketika
  3. Pukul kesemua bahan B dengan kelajuan perlahan ke kelajuan tinggi sehingga kembang
  4. Campurkan adunan B ke dalam adunan C dan pukul dengan kelajuan perlahan sehingga sederhana-kaup balikkan menggunakan senduk untuk sebatikan adunan
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian- i) Letakkan Bahan C (ii)Letakkan Bahan D (iii) Tanpa warna
  6. Bakar (iii) terlebih dahulu berlapis2 sebanyak 3 lapis-dalam 6 sudu makan setiap lapisan
  7. Diikuti (i) dan (ii) berselang seli dan diakhiri dengan (iii) di penghujungnya seperti permulan tadi.
  8. Untuk lapisan pertama,bakar suhu 140c api atas bawah hingga perang. Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja -makin tinggi lapisan kurangkan lagi suhunya supaya ia masak elok.
  9. Apabila habis melapis barulah guna api atas bawah dan bakar suhu 110c selama 10min atau masak sepenuhnya.
Kalau takde perisa peppermint boleh juga gantikan dengan pandan emulco...jadi pandan coklat lah pulak ye... :)

Selamat mencuba pada yang ingin mencuba..
Kalau ada persoalan boleh jer tanya ye...
Kalau sue tak dapat jawab mungkin boleh rujuk pada mereka yang lebih tahu dan sedia berkongsi ilmu..
Sebaiknya yang berkaitan,tak kira laa pendapat pakar2 kek lapis atau yang baru nak belajar sebaiknya isi kat komen kat n3 nih...senang nak jadi rujukan masa akan dtg..tq :)

P/s : kalo nak tengok rupa kek nih dihidangkan boleh tengok kat SINI(sila klik)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

14 Komen Di Sini:

Sheila Shafeareen said... [Reply to comment]

salam Sue..ialah akk ni mak bdk baru belajar so nak asking.. kek ni boleh kukus ke coz akk nye oven x berapa cihat leee dan kalau telur tu di kurengkan cikit menjadi tak dlm 10 bj kuning telur..?? TQ...Taniah pd sagat bwt kek :-)

Floral Cakes said... [Reply to comment]

salam hasue.. ktk guna warna brand apa,cantik warna hijaunya

HaSue said... [Reply to comment]

Kak Sheila > w'kumsalam..kek nih sue x pernah try kukus kak...biasanya kek yg guna banyak kuning telur nih memang dibakar.. kalau akak nak kukus,sue cadangkan akak guna 10biji telur jer terus..tak perlu asingkan ye.tp proses membuat tu mcm kek lapis bumi tu la.. lepas tu akak tak perlu letak susu sejat yer..insyaallah jadi.. ovellete pula tak letak pun takpe..kalo nak letak juga kurangkan kepada 1 sudu kecil. selamat mencuba ye kak.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

Kak surisarawak > wkumsalam kak...kamek makey brand ee syn yg serbuk ya dan kmk tambah sikit air supaya sekata n sik berketul :)

ain said... [Reply to comment]

1st time akak mkn kek lapis peppermint ni kat umah sepupu hubby masa raya lepas. aduhhh...sedapnya, cantik lagi!!!

Sheila Shafeareen said... [Reply to comment]

Tq Sue sidi bagi pandangan yee akk rasa nak try lah mcm yg sue bg cdangan tu insayAllah menjadi..TQ sekali lg Sue yg cantik manis heee

Alimaz-Kembara Terasing said... [Reply to comment]

post mai sikit kak sue...heheheheh

HaSue said... [Reply to comment]

kak ain > berangin jek masa makan eh kak..hehee..

kak sheila > selamat mencuba kak...insyaallah..alah,akak tuh dah biasa wat kek lapis pun kan..hehee..jgn puji lbih2 kak...kembang jek 1 badan kang..hihi

Alimaz > post sikit cukup ke nak kongsi ngan bdk2 tuh zila?hehe

Chik Mimi said... [Reply to comment]

alamak Sue akak mmg peminat peppermint ni nak jugak sambil guling2

HaSue said... [Reply to comment]

Chik Mi > akak,kalo guling2 tuh sila2 laa guling sampai ke dapo yer..pastu guling lg sampai ke bilik...tak payah dah sue mop karang...ekeke..ampunnn.. :D

Jules said... [Reply to comment]

Assalam....errr....bahan A tu td..ble plak nk masukkan? =/

Unknown said... [Reply to comment]

Assalamualaikum ni nak tanya tepung tu mesti tepung Hongkong / Superfined?? Brand lain tak leh ke ?

Alaimett said... [Reply to comment]

Assalam sis...minta izin amik resepi ni ye tqvm sis

Alaimett said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...