Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, April 24, 2011

Resepi: Muffin Coklat Yani

Kalau korang sedang dilanda keinginan untuk mengunyah sesuatu yang chocolaty, dan tidak terlampau berat..mungkin muffin ni boleh menjadi menu pilihan korang kali nih..
Dah merata tempat resepi muffin nih pergi..maksud aku dah ramai yang mencubanya sendiri..dan rata2 berpuas hati dengan hasilnya.

Bagi aku lak,kalau tak silap ni kali ke dua aku buat muffin coklat menggunakan resepi nih..memang mabeles..ni gara2 tak tahan godaan dari nOOrsha yang reset balik diet dia sebab asyik mengekek aje kebelakangan nih katenya..haha..dah kuwus cekeding nak diet bagi kuwus kelengking ka besan?
Di samping tu nak wat tayangan amal muffin cup pemberian Ryo nih..yang pemberian orang warna kebiruan tu sayang pulak nak pakai...err,kalau pas pakai cuci balik cam guna pinggan boleh tak?hakhak..

Meh laa jamu mata ngan muffin coklat yang sedappppp nih..

Ditabur dengan badam cincang.. sedap ko..!

Dapat 9 cups..kalau tak silap,3 cups aku jer makan..bukan laa sekaligus,sikit2 sekali kan..harap2 aku silap laa...entah2 1 cup je kan..huehue...

Resepi asal dikongsikan oleh kak Yani,tokey myR..dulu dan kini..ahehe..Terima kasih kak yani..muffin nih memang kaya rasa coklat dan senang nak dibuat..
Nak senang lagi sila klik link di bawah untuk cara2 bergambar..

MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Bahagian atas muffin ni a bit crispy..dalamnya moist jer..sedaappp amat! Selamat mencuba! :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

16 Komen Di Sini:

mykhalis said... [Reply to comment]

salin2..bagi wife mintak dia buat..tq tq

HaSue said... [Reply to comment]

@mykhalis
selamat mencuba to ur wife.. :)

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

lawanya muffin cup tu..apatah lg pemberian dari adik sendiri....mesti sedap muffin ni,

tun_telani said... [Reply to comment]

fuhh.. tun berjaya diet lg setakat nih.. hahaha.. tahan2.. ni mmg godaan besar nih..

LiNa_Pg said... [Reply to comment]

ada muffin kat sini..dap2 tuh..akak nak yang volcano nyer..nnt soh hariff anto eh

Sheila Shafeareen said... [Reply to comment]

sue mmg jeles ni...itu jam jugak nak..x dpt nak gajuk le heheh
dah x tahan nak masuk dapur gak leeee

Deliah's Deli said... [Reply to comment]

sue,suker tgk pics kat bwh tu...esok2 tgk depa pakat main syorok2 dlm lemari plak...:)

Nazrah said... [Reply to comment]

ee..saya suka jenis jenis mapin ni..kalau dah kata sedap mesti nak cuba

Zalieda Zaliedana said... [Reply to comment]

Ehem2 amboi wat mapin lak,,Dapnyer..Zhariff meh cikit kat aunty,bagi sorok2 jgn tunjuk kat mama eh..Weekend nih mmg bz sokmo lah kak sue,bz g perabih duit haha..

hani said... [Reply to comment]

seperti biasa, saya amik bau ye...ehmmmm..ehh kenapa bau pahit2 je ni??? hangit eks??? hahhahaha

Olivia said... [Reply to comment]

Now look at what you’ve done … you have me seriously craving for a piece of this
Looks fantastic, I love the rustic look, to me it looks much better this way!

Mas said... [Reply to comment]

sedappppnya....
meleleh dah air liur dah ni...
cari tisu....

Unknown said... [Reply to comment]

wawawa.......
dikau kejam..
ayu suka sangat yang namanya coklat.....
mana nak cari nie??
terliur ooo

Anonymous said... [Reply to comment]

npe sy wt mufin ni tgh2 die x naik ye..sy letak badam kt atas mufin..

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
cik anon kena panaskan suhu ke 200c dulu selama 5 minit sebelum masukkan muffin ni utk bg naik tgh tu.. dah masuk muffin baru turunkn suhu kpd 170c.. muffin ni mmg x tggi sgt sbb moist je

noreez said... [Reply to comment]

wah sedapnya muffin hasue
kalau rajin mehlah singgah blog akak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...