Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, December 29, 2011

Resepi Nasi Baryani Batu Pahat Dan Kuah Daging Baryani

Assalamualaikum.. ^_^

Kemain semangat aku nak blogging pepagi tadi,tapi celcom kata no service. Suruh banglong check hp pun takde coverage..ciss sungguh jer perkhidmatan celcom lately..tapi nak wat camner kan,buat cam biasa jelah..saborrr..huhu..

Sementara nak membalas komen2 pada entri sebelumnya..nak share menu yang resepinya dah daku cuba sendiri ni,iaitu nasi baryani (atau biasa kita sebut gak beriani) dan resepi kuah dagingnya sekali..aiseh,formal sungguh ayat aku..

Dah lama gak nak try resepi ni tapi terbengkalai sebab masa tu susah nak dapat beras basmathi kann.. lepas tu tak jumpa2 gak rempah beriani yang bukan keluaran produk makanan segera.. ni aku jumpa masa kat miri aritu..sapa2 duk miri leh laa guna rempah keluaran ragavan,insyaAllah sedap.. iklan ini tidak ditaja oleh company ragavan yer.. :D


Untuk beras basmathi tu aku guna beras PUSA yang aku guna untuk buat nasi minyak hujan panas aritu..leh cari dalam blog ni kalau nak tengok resepinya dan rupa paras bungkusan beras basmathi aku sebutkan tu ye..

Terima kasih untuk nani atau nama komersialnya mrsdayat dari laman web myresipi.com atas perkongsian resepi nih..rasanya dah ramai gak rakan2 myr yang mencuba dan suka rasanya kan..
Kalau belum cuba lagi meh laa cuba2 lak,mana tau kena dengan selera.

NASI BARYANI BATU PAHAT
Resepi: Mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 orang )

3 cawan beras basmathi -hasue rendam lebih kurang 10minit dan toskan
rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
  2. Masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  3. Masukkan air..tunggu sampai didih
  4. Masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
  5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker.Biarkan nasi masak seperti biasa
  6. Bila nasi sudah masak, keluarkan daun-daun yg ada didalam periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
  7. Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  8. Masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...
Jangan lupa.. nak 'kick', buh sekali kuah dagingnya kat nasi beriani tu,sekali dengan isi daging..dalam gambar ni aku tak buh lak..masa makan tu baru makan bersama daging macam biasa..ehee


Haa..sesambil korang tunggu nasi baryani masak,boleh laa masak kuah dagingnya pulak.. aku ni bukan nak kuah ajer..sekali nak buatkan lauk makan nasi beriani tu.. guna tulang n isi2 daging gak..jadi aku guna pressure cooker.. kena laa pandai2 ejas timing ek..

Kalau tak ada daging lembu,boleh jer gantikan dengan ayam ke,daging kambing ke,unta ke..kuda ke..kot2 dah teringin sangat nak merasa kan..hehe..

Sekali lagi,resepi ni masih gunakan penyumbang resepi yang sama(resepi kat atas nun),mrsdayat dari web myresipi..sebenarnya memang dia bagi link kat resepi nasi beriani kat atas ke kuah daging ni.. so aku buat ler sekali n tepekkan satu muka surat yang sama kat sini untuk senang dirujuk ek..yang penting dah cuba sendiri.. ;)

Terima kasih untuk mrsdayat,izinkan dikongsi buat pembaca blog ini pula.. selamat mencuba ye semua yang ingin mencuba! insyaAllah sedappp..!

KUAH DAGING BARYANI
Resepi: mrsdayat@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4 org )

Setengah kg daging lembu (potong kiub) -hasue guna bahagian tulang lembu
Setengah biji bawang besar (hiris)
baki bwg merah+halia+bwg putih yg di blend **dr resepi nasi baryani batu pahat
1 biji tomato saiz besar (belah 4)
3-4 biji cili hijau
2tbsp tomato puree
1tbsp sos tomato
1/4 cwn susu cair
sedikit ghee(minyak sapi)
sedikit rempah tumis
3 tbsp rempah baryani
garam,gula,ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup,daun bawang,daun pudina
1 tbsp yogurt

Cara-cara
  1. Gaul daging dgn yogurt.sementara tu,panaskan minyak sapi (anggaran rata bwh periuk)
  2. Tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris.biar bwg agak garing sedikit
  3. Masukkan baki bawang2 yg diblend.Kacau sehingga naik bau
  4. Masukkan daging..gaul sebati
  5. Masukkan tomato dan cili hijau.cili tu takyah hiris.masuk sebijik2..
  6. Masukkan pula daun-daun,garam,ajinomoto dan gula.kacaukan sebati
  7. Tutup periuk,biarkan lebih kurang 10-15minit supaya daging tu lembut. (pastikan kuah tu sama rata ngan daging.kalau tak rata...bule tambah air)
  8. Ambil seketul daging,picitkan..utk tgk dah lembut atau belum. Bila daging dah agak2 empuk,masukkan sos tomato,tomato puree dan susu cair. kecilkan api,kacaukan dan biar lagi atas dapur..
  9. Akhir sekali..masukkan rempah baryani dan kacaukan sebati..
  10. Boleh la di hidang bersama nasi baryani...
Kot2 ada antara korang yang mengidam nak makan nasi baryani batu pahat tapi jauh jer nak pergi kan,boleh laa buat sendiri..lenkali kalo ada pergi batu pahat kat Johor sana,boleh la kita try ..kan..aa sapa nak belanja? ;p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

7 Komen Di Sini:

Sheila Shafeareen said... [Reply to comment]

As'salam mak hai rajinnya dia...nasi riani idaman dan kegemaran keluarga...lama dah x pekena....kalau dekat sure dgn muka x malu tumpang mkn wakakakakak.

cantik npk nasi tu pjg2 dan bederai

tun_telani said... [Reply to comment]

semalam masa naik belon, die serve beryani ayam. sedap! hehe.. *saje cakap utk menunjukkan saya tidak jeles melihat nasi beriyani dgn beras yg panjaaanggg nih. hehe.. tapi, rempah tumis tu rempah ape? mmg tulis kat paket tu 'rempah tumis' ke? ataukan ia merujuk kepada kombinasi rempah kasar, ie: kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih? cuba chekgu terangkan? anak murid agak terconfius sket nih..
hahaha.. dpt lawan x ayat formal chekgu? ;p
ps: bintuluuu pun xde rempah beriyani! baru je angkut dr kampung. hoho

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Assalamualaikum HaSue..nampak sungguh menyelerakanlah nasi ngan daging itewwwwww

lina_pg said... [Reply to comment]

assalam sue..salam rindu di angin lalu..missed you toooo
Nak nasi neryani S'wak mari 1set ya..
Tak pedas sangat kan?Kuah lebey sket,Maisarah nk mkn sekali

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

assalam sue, cantiknya nasi beriani tu, kalo kak lina 1 set, akk nk 3 set nasi penuh, lauk pun lebih hehe

mRs sYa said... [Reply to comment]

Sue,try gune rempah beriyani sernan...


not bad gak sdp...bau dia pun harum.

izahdaut said... [Reply to comment]

Woo.. Sungguh dasat ko ari ni sue. Hahaa.. Lawo giler nasi panjan panjan tu. Oh hati jgn la jeles. Perut kan tak mo makan nasi dah. Lemak pun dah susut tu. Kata perut. Kakaka.. Terbako sue membacanyaaa. Aku suke aku suke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...